Archive for the Category »Zulfan «
Al-kisah, balik keje Jumaat tu agak keterlambatan sebab bosses aku masuk lambat, suruh aku siapkan surat last minute….
Mahu atau tidak, terpaksa laa jugak buatkan, walhal tugasan memasak kat umah dah menanti tuu….
Balik2, rushing terus masuk dapur…. sotong masak kicap…
tengah2 duk memasak, teringat plak tadinya bos duk ulang2 cakap ada berbuka puasa on monday… tapi dalam list aku, takde plak reservation on monday nya tuu… was2 sudah….
So aku pun call laa my colleague tanya ada tak dia yang buat reservation for our bos yang tu… katanya ada, so lega…
Tengah2 duk bercakap phone dengar tak dengar, dengar plak si Zulfan duk melalak kat hall…
Aku pun libas rotan sedas kat dinding konon2 nak bagi bebudak tu terkejut…
Last2 aku yang terkejut tengok tisu yang Zikri pegang kat kepala Zulfan berdarah….
Aduiiii…. sotong atas dapur belum masak, dah la masa tersuntuk, tambah plak tertimpa bala…
Aku pun tengok kat kepala Zulfan… memang luka, nampak dalam…. panik tak panik laa jugak [aku kan cold cool....] tapi tak tahu nak buat apa ngan luka tuu…
Kalau kat lengan atau kaki, boleh tampal plaster, ni kat kepala….! call hubby pun, tak membantu apa2… dia pun tengah kalut handle 2 majlis berbuka dengan sibuk kat dapur Holiday Villa….
Aku pun capai bag, capai kunci kereta heret si Zulfan gi klinik… Sib baik ada doktor nak buka klinik time2 nak berbuka gitu… (Teringat kes emergency si ika tergigit lidah, sumpah kalau klinik lain tak bukak, memang aku takkan jejak jugak klinik tuuu)
Kata doktor, nak jahit luka tapi tak panjang sangat… nak di ‘glue’ tapi stok takde plak kat klinik tuu…
tapi kalau dibiarkan, tak boleh sebab lukanya dalam juga kat tengah2 tuuu…. last, jahit!
Takde bius ke doktor?
bius pun sama gak, kena cucuk gak ngan jarum.. baik jahit terus sebab ni satu jahitan jer ni…
Korang jangan tanya keadaan Zulfan masa tu, dia cold cool jer masa tu [macam aku], tak melalak pun… even dalam keter pun sibuk plak duk tanya aku kita nak gi mana…
So masa menjahit, jarum dah masuk 2 side kulit kiri dan kanan belahan… si assistant doktor plak terlebih2 takut, si zulfan diam jer…
Pastu masa doktor tarik benang nak ikat tu laa si Zulfan menangis skit… gamaknya perit kulit kelapa kepala dia kena tarik….
Ngam2 siap jahit, assistant klinik tu blah… katanya kepala pening…
dan2 tu jugak kepala aku pun malap, telinga berdesing macam nak pitam… aku pun blah jugak…
Tinggallah Zulfan & doktor, pastu sorang lagi assistant masuk gantikan assistant yang nak pitam tuu…
Aku rasa dah OK skit, aku masuk balik bilik pembedahan [bilik pembedahan katanya!], tengok Zulfan dah turun katil sambil pakai selipar… cayalah Zulfan!!
End up, hari Rabu doktor suh datang balik nak buka jahitan…
kalau suruh Zulfan melompat sekarang ni, memang jawapannya tanaaaakkkk….
Tapi korang tunggu lah time dah buka jahitan esok, apa lak jawapannya….
Ahad semalam, mak hantar 2 orang prospek dari Terengganu untuk hadir NDO (New Distributor Orientation).. apa lagi kalau bukan Score A…
Sepatutnya, pagi yang mereka sampai dengan bas, aku kena ambil di stesen bas Putra, tapi sebab Cik Sakiah tu nak stop by kat Greenwood, kononnya nak pass barang kat anak sedara dia yang duk kat sana, so aku suh jer dia turun kat situ…
Greenwood pun tak jauh mana dari umah aku…
Eeeh, tetiba dia ubah plan, nak singgah terus umah anak sedaranya, kiranya aku amik dia masa nak hantar pi NDO.. ok, jimat skit masa tidur aku.. hehehehe
So pukul 7.30am, aku tunggu beliau di Greenwood, terus pecut ke ILSAS, Bangi… Cantek tempatnya, first time aku sampai sana… Thanks to my GPS..!
Lepas uruskan registration tuk mereka berdua, aku pecut balik umah sambung tidur… lepas Zohor aku kena pi sana balik…
Aku bawak bodyguard kecik, Si Zulfan asyik ler duk main game dari pagi, so aku heret dia pi sana…
Sambil2 duk dengar taklimat NDO tu, si Zulfan dah ketiduran…
yang lawaknya, sambil2 tidur boleh lagi dia tepuk tangan bila semua orang duk tepuk tangan… orang² kat tepi kami duk tergelak dengan gelagat budak nii….
Balik umah, aku tanya Zulfan… diorang cakap pasal apa?
Cakap pasal duit
Hehehehehe….
Hah apa tak lawak????
Ooooh, takpe.. sebab tu tajuk kat atas, “Perasan Lawak”… so tak payah salah kan aku…
Tajuk kena tepat dengan isinya… jangan perasan bagus tapi tak bagus!!
Nak membebel hal Zulfan….
Gelagat dia lately terkadang sangat sangat sangat mencuit hati, terkadang sangat geram, sangat nakal dan sangat bijak (mati ler puji anak sendiri – ada sesapa nak buat menantu?) ~ okey, reserved to Sis Rasp!
Ada 2 ayat dia skang ni yang bukan main power lagi, tatkala aku tengah menyinga (Oh, bukan Dr. Singa kita)
Bila aku marah Zulfan, biasanya kalau dia duk meloncat atas katil tengah² malam, time² aku nak feeling terlentang atas katil atau aku tengah beriadah dengan laptop atas katil…
Bila aku dah hangin, larang pun dia tak dengar, aku pun apalagi, ugut dengan rotan ler….
Bila dia tengah aku marah sangat² ngan dia, dia akan kuarkan ayat ni
Mama apa arah Uffan? – Mama, kenapa marah Zulfan?
Sebab Zulfan tak dengar mama cakap jangan loncat, jangan loncat….
Adakah patut dia tanya aku kenapa marah dia….?
okeh lagi satu ayat dia…. Ni dia guna dalam situasi yang memang sah sah sah dia buat salah, dan masa tu dia biasanya tengah menangis melalak
Mama tak ayang Uffan ke? – Mama tak sayang Zulfan ke?
Kalau aku jawab tak maka makin kuat laa dia melolong..
Sayanglah! Tapi kenapa Zulfan tak dengar cakap mama?
Ayat yang biasa aku guna kalau dia tanya soalan gitu…
.
.
.
.
Errrkk, boring yaaaa cerita aku ni?
O.K. boring!
Bye bye
Almost every morning, ginilah keadaan anak2 aku bila aku bangun nak bersiap pergi keje….![]()
Ini semua collection gambar hari lain2.. berkurun punya aku simpan sekeping2 ambil tetiap pagi….
Yang ni paling best, sorang terkangkang, sorang terbontot… ini pagi yang depa memalam panjat katil aku, tidur sampai ke pagi… ![]()
Last but not least, gadis yang suka sangat kontrol ayu ni… tengok lah cara tidur dia… tangan tu memang favourite dia alas pipi….
Lupa dah ini cerita bila, tapi yang pastinya bulan lepas ler… waktu mak datang tuk NDO (New Distributor Orientation for Score A) hari tu…
Mak ke rumah kawan seperjuangannya dalam insuran kat Kuala Kubu, aku pun teringat ler Makcik Rehan pun duk area sana gak…
Jadi kami menyinggah ler di sana…
Ada cerita lucu pasai Zulfan yang duk berkenan sangat nak kawan ngan anak dara Makcik Rehan.. (ampun sis rasp, tak sangka laak sapphire dicurangi)
Tapi hakikatnya, Mencah tak sudi sangat nak berkawan dengan Zulfan…
Dek kerana terlampau nak tunjuk macho depan awek, buat julung2 kalinya si Zulfan makan ubat sambil duduk dan tanpa meronta2 pendekata ditelannya ubat larut tu bulat2 tanpa membazirkan ubat tu walau setitis puuun….
Sungguh kasanova kan anak teruna aku tu??
Dah 2 hari si Zulfan bangun tidur pagi buat perangai… merengek merepek cakap nak macam2, bila kita prepare tuk dia, dia cakap taknak, pastu mula lah cari akalan lain yang boleh menyusahkan orang….
Aku tanya Rohmah, skang ni memang peel dia bangun tidur merengek gini ker?
Kata Rohmah, kalau time aku takde, dia bangun elok jer terus bukak tv… aiseh!! Tak suka mama ada kat rumah ke sayang oiiiiii??
Pagi ni pun sama…
Celik mata, nak bangun tapi dia nak suruh orang angkat dia turunkan dari katil… aku turut!
Pastu dia kata nak milo, aku tanya nak panas ke sejuk? Terus dia mengamuk tanak yang panas, nak milo sejuk… sungguh2 punya tanak, macam orang tak bagi dia pilihan, beriya2 nak milo sejuk, nak milo sejuk…!!
Pastu dah kasi milo sejuk, tak mahu milo plak… pastu aku pujuk2, dia cakap tanak aku…
Kalau taknak mama, mama pergi keje laa… salam mama?
Melalak plak tanak salam.. bila aku cakap taknak salam pun takpe, mama gi keje dulu… pastu aku kuar pintu melalak plak cakap nak salam… dah salam bagai, malalak plak nak makan serunding daging (favourite dia, menangis2 mintak serunding daging macamlah orang tak kasi dia makan..
Dah hidang serunding daging, aku suruh lah rohmah letakkan sekali air milo dia yang dah buat tadi, pun mengamuk2 tanak milo…. last2 dia mintak air sejuk jer…
So itulah sarapan Zulfan pagi2 ni bila celik biji mata…
Barulah dia redha aku pi keje, salam cium bagai…. Uhhhhhhhhhhhhh!!
Sajer jer nak tayang gambar budak ni dengan baju tidur yang beli kat Bandung….
Sambil2 tu nak tanya, apa khabar anda di sana…??
Maaflah ya, entry kurang berquality… aku ‘busy’ laa lately…
Ada orang leh buat cam saya?
saya boleh pegang 4 botol dalam satu tangan sajer… sapa boleh buat macam saya, sila tampilkan diri… [siap leh buat peace lagi]
Tugas Zulfan bila mood elok bangun pagi, dia akan kutip semua botol susu hasil tuaian dari malamnya sampai paginya..
4 botol tu sebab Zulfan malam 1, Ika malam 1, paginya Zulfan pun 1, Ika pun 1…
Sudah minum, suruh dia tunjuk hebat kutip botol hantar kat dapur…
Budak2 ni kena puji2 hebat skit, barulah dia bersemangat nak buat apa2… hehehehe
Lepas orang puji2 dia pandai mesti dia akan tanya
Hebat kan, mama? hebat kaaan…?
Yerr hebat lah!!
Suka taaau dating ngan budak ni berdua… sebab dia akan jadi very the behave sangat sangat sangat!!
Kejut dia awal2 pun dia tak kisah.. so memang pun aku kena kuar awal pagi Sabtu tu… kul 9am dah kena kuar dari umah sebab janji ngan Maz kul 9.30am kat ofis…
![]()
Silau errrk…. sian anak mama… nah pakai spek mama hokeeeh?
Kita nak gi anerr?
Ikut mama work, ok?
Ya [memang dia akan jawab YA...... - dats his style]
Balik dari Kenshido, ofis HQ our Score A, dia ajak aku shopping… sebab aku sebut nak belikan dia spek baru yang suitable tuk dia…
Dia hangeen tiapkali dia menyandar kepala, cangkuk spek aku yang panjang asyik londehkan spek tuu….
Singgah Wangsa Walk beli adiah kawen tuk kawan aku, then beli spek Zulfan sekali kat kedai RM5
Alahaiiiiiiii…. soooo cute adik abang….
Punyalah lena tidur, sampai macam2 aksi depa ni buat….
Sejuk rasa hati tengok bebudak masa tengah tidur kan?
3-4 malam berturut, Ika bangun mengamuk tengah malam.. ntah tak tahu apa yang tak kena..
Selalunya kalau dia terjaga tengah malam, then hubby akan angkat dia naik atas katil, aku peluk dia then dia akan sambung tidur balik tapi 3-4 malam sudah, melarat² dia menangis..
Semalam adalah yang paling dasyat [lama].. sampaikan kitorang kena bangun dukung dia silih berganti pun tak berenti nangis..
Last aku tak tahu laa pukul berapa penyudahnya sebab hubby yang ‘settle’ kan.. [ye laa, bila hubby dukung dia, buat apa aku nak stay awake kan, lagi baik aku sambung jer tidur]
Kisah Zulfan plak, masa aku masak for dinner last night, dia masuk dapur then tanya aku
Mama tak eje?
Esok mama keje
Ewaaah ewaaah dah 4 hari mama duk umah, malam buta baru nak tanya mama keje ke tak? Huhuhuhu, tinggalkan depa tadi masih nyenyak tidur tapi Zikri ada kat umah, kan sekolah tutup seminggu…
rupanya, ada lagi hadiah tuk dak Zulfan ni…
Pemberian last minute dari AyahSu & MokSu..
So surprise… apa agaknya kat dalam tu erk….
Mama, ukak laaa….
Yeaaa…. ada Enten… [Ben10]
Waaaah pandainya MokSu & AyahSu beli hadiah tuk Zulfan.. thank you MokSu & AyahSu…..!
Awat parkinson? kekekeke…
Hubby yang excited suh amek gambar dari awal sampai lah akhir.. siap suh Zulfan gayakan adiah tu semata2 nak suh aku amek gambar…
aikkk, terlebih sudah! Sapa blogger ni, dia ke aku..? ngeh ngeh ngeh!
Yer kawan2… seperti yang korang tengok masa entry Why I Like It Longer, batu loncatan landasan aku adalah si Zulfan ni laaa…
dan masa dia konon2 tak sampai nak ambil botol susu tu, dia siap cakap eiiih tak ampaaaii… sebijik macam aku suruh, supaya penghayatan dia lebih mendalam.. hahaha
Suruh tidur masa bukan waktu tidur, siang hari buta, siap berselimut pulak tu, manalah budak ni mahu… dipaksa2 pejamkan mata.. ngeh ngeh ngeh…
cuak jer aku nak kuarkan khazanah selimut dia tu yang dah lama bersemadi.. lepas shooting, cepat2 aku sorokkan balik selimut busyuk dia tu.. risau beb, kang berbusyuk balik, tak pasal2 LG nak tanggung?
Sibuk jer nak berpeace… rosak rancangan mama nak tunjukkan si anak ni kecewa sebab dapat tuala pendek…
Bukan anak yang kejam, bukan juga ‘ibu itu’ yang kejam, tapi ’suami itu’ yang kejam sebab katanya, kalau tunda hari lain, tak ada orang yang datang…
Bermakna, biarlah ibu kepada anak itu tak dapat datang, asalkan pakcik makcik dan sepupu sepapat anak2 itu dapat datang… bunyinya sangat kejam kan? Tapi apa aku boleh buat, buat2 pasrah!!
Titipkan sahaja camera, pengubat duka…..
Haii lah papa… mana lagi sepupu sepapat yang lain…? Takkan Miza sorang jer yang ada kot?
Ada Secret Recipe Manggo, Spageti, Roti Jala, KFC dll.. [dll tu maknanya benda yang aku tak nampak laaah]
Video lama, baru terjumpa dalam facebook… Ini waktu aku pantangkan Ika… kecik lagi Zulfan waktu ni… sweet moment!
Masa tu dia dah ngantuk sangat²..bila nak tidur, ada plak kakak² dia (anak2 baby sitter) datang nak bawak dia main ke rumah diorang…
So bila dah letih main, balik umah tak nyempat2 nak lelap mata…












Hot Comments