Archive for the Category »Zulaikha «

Bantal Lengan

Alahaiiiiiiii…. soooo cute adik abang….

20022010797 Punyalah lena tidur, sampai macam2 aksi depa ni buat….

Sejuk rasa hati tengok bebudak masa tengah tidur kan?

Sekian...!
Category: Zulaikha, Zulfan  15 Comments
Bukak Seluar

Macam2 hal anak2 ni kaaan…?

Yang sorang suka bukak baju, yang ni plak suka betul tanggalkan suar sendiri….25022010824 pastu meronta, orang nak pakaikan dia tanak….

Nangis ke tak nangis, aku sentap kaki Ika, paksa dia pakai balik suar tuuu….. biar dia tahu, benda ni tak elok!  Not allowed AT ALL!!

Pernah jer Rohmah cerita, masa dia tengah sembahyang si Ika buat tiger show depan dia…

Ika tanggalkan suar, siap tanggalkan pampers lagi pastu duk ruku’ depan dia… terus Rohmah tergelak batal sembahyang…

Aiisshh, aku memang tak nak biasakan laa anak dara bogel tak pakai baju tak pakai suar… nanti dia dah kebiasaan, pastu bila pergi rumah orang, tak duduk senang laa jawabnya!

Bukan takat anak dara, anak bujang pun aku tak biasakan duk umah tanggal baju… takat nak tidur malam tu, kalau dah panas sangat, nak wat cemana kan.. tapi waktu siang hari, kalau panas sila mandi!!

Sekian...!
Category: Zulaikha  6 Comments
Tutup Muka, Silau!

Orang lain dah tidur, dia sorang tak mauu tidur lagi.. memang lately, dia sorang ni selalu tidur lambat…

03022010698 03022010699

Malam tu hubby tak balik sebab ada banyak order catering.. Macam selalu, bila hubby tak balik, Zikri pun nak menempek jugalah dalam bilik… So dia tidur kat bawah ngan Zulfan, aku ngan Ika tidur atas katil…

Tapi sampai ke sudah, Ika ni tak jugak tidur.. puas dah aku nak gaya dia suh tidur…

0402201070204022010701

Bila dah tidur lambat, bangun pun dah tentulah lambat.. biasanya Ika akan bangun pukul 9 pagi.. tak macam Zulfan, subuh pun boleh bangun…

Tapi pagi tu, aku bangun cam biasa bersiap nak pergi keje.. nak bersiap, dah tentulah aku bukak lampu…

dan2 tu dia leh tutup muka dia cenggitu… amboi amboi amboiii anak daraaaaaaaaa….

Sekian...!
Category: Zulaikha  16 Comments
Ngakah

Tanya orang terengganu, ngakah tu apa…?

Aku perasan perangai budak Ika ni kaaaan, pantang orang leka skit, dia pun akan buat projek dia tersendiri… depan orang dia buat tak tahu, tapi kelip jer mata, dia pun pegang apa yang kita pegang sebelumnya…

Macam gak mainan Zulfan, dia tahu kalau dia nak main masa orang tu ada memang tak boleh, tapi kelip jer Zulfan takde, tidur ke hapa ke, dia pun cepat2 take over….

 16022010773  16022010772

Ini tengah buat lakon semula mama dia make up kat dressing table tu… jenuh dah si Rohmah berkemas lam laci tu, tapi dirombak balik dek budak niii…

konon2 bila tutup mata dia dengan langsir gitu, orang tak boleh nampak ler dia tengah buat apa….?  buat lawak betul!!

 16022010777 16022010776

puas ngakah kat dressing table, dia ‘kemas’ side table plak… hah, tu berdiri tegap tu sebab dah tersentap ler tuu kena sergah ngan mama dia….  panggil banyak kali pun, tetap gak tegak dia berdiri… nak tergelak aku masa amik gambar niii

 

16022010778

tak serik…

Dah kena sergah 2 kali pun tak serik gak.. kali ni dia pindah plak kat kabinet ni, tempat aku simpan semua novel2 aku…

Aku dah tak tahu dah apa jadi kat novel2 aku tu, dah berkeronyok dikerjakan budak Ika ni… berkali2 dah pun si Rohmah duk kemaskan novel tuu…

3 port ni favourite Ika tunjuk bakat dia… Memang dah peel dia cenggitu.. dari kecik suka sangat ‘mengemas’…  Pasrah je laaaaaa

Sekian...!
Category: Zulaikha  5 Comments
Ada Baby Atas kepala

kemaruk betul si Ika ni nak baby.. caiiitt!!  Suka ler papa ko erk kalau cakap benda cam niii…

16022010782Si Ika ni, semua benda berpatung dia panggey baby… teddy bear pun baby, patung kecik pun dia panggil baby, sampaikan pengikat kepala ada patung kecik pun dia penggil baby…

Tengok ler si Rohmah punya keje…  Letak 2 patung atas kepala Ika..

lately dia memang tak lekat lama berikat rambut tu, tapi bila cakap jangan buang baby, lama laa plak dia menahan kepala..

Sekian...!
Category: Zulaikha  5 Comments
[Coret] Ngamuk

3-4 malam berturut, Ika bangun mengamuk tengah malam.. ntah tak tahu apa yang tak kena..

Selalunya kalau dia terjaga tengah malam, then hubby akan angkat dia naik atas katil, aku peluk dia then dia akan sambung tidur balik tapi 3-4 malam sudah, melarat² dia menangis..

Semalam adalah yang paling dasyat [lama].. sampaikan kitorang kena bangun dukung dia silih berganti pun tak berenti nangis..

Last aku tak tahu laa pukul berapa penyudahnya sebab hubby yang ‘settle’ kan.. [ye laa, bila hubby dukung dia, buat apa aku nak stay awake kan, lagi baik aku sambung jer tidur]

Kisah Zulfan plak, masa aku masak for dinner last night, dia masuk dapur then tanya aku

Mama tak eje?

Esok mama keje

Ewaaah ewaaah dah 4 hari mama duk umah, malam buta baru nak tanya mama keje ke tak? Huhuhuhu, tinggalkan depa tadi masih nyenyak tidur tapi Zikri ada kat umah, kan sekolah tutup seminggu…

Sekian...!
Putus Lidah

Hokeh, itu imaginasi terlampau aku yang dalam panik… Walaupun sebenarnya tak putus tapi luka lidah Ika adalah sangat teruk juga, ya…..

 13022010764 13022010766 13022010767

Bergegas aku pi klinik sebab tak tahu apa nak buat.. darah dah penuh 1 tuala…

Tapi doktor tu boleh buat rileks jer, tengok pun tak, siot betul!

It will recover

Tu jer yang doktor tu cakap, hampeh!!

Dia kasi ubat tahan sakit then ubat sapu kat lidah…

Kisahnya, si Ika panjat coffee table then terjatuh, gigi dia yang 4 batang tu tergigit lidah dia.. oiiii makan depan wooo, cam dah hilang ketajaman lidah Ika tu…

Sekian...!
Category: Zulaikha  7 Comments
[Coret] Tak Jadi Gaduh

Kejadian adalah subuh hari tadi… Kami laki bini duk argue pasal duit..

Abang nak buat bayar roadtax dulu, faham tak?

Taak.. ~ tiba-tiba Ika menjawab.

Bersembur kami bantai gelak… dalam tidur pun boleh menyampuk orang tua bercakap ker…??

Dengar kami gelak, dia yang tengah mamai terus terjaga.. nak cover malu punya pasai, dia sengih² macam kerang busuk….

Terus mak pak dia tak jadi mencakau harimau… ngeh ngeh ngeh… selamat aku dari kena marah ngan hubby….

Cerita pasal Ika, skang ni hampir tiap2 malam dia  bangun sendiri panjat katil… aku ingatkan hubby yang angkat dia naik atas bila dia nangis tengah malam, rupanya tidak…

Hubby sendiri tak sedar bila dia panjat katil..

Tengah malam nak peluk bini, tiba2 ada plak budak kenit ni kat tengah²… kata hubby laaah..

Yang tak syiook nya, memang port dia tengah² antara kami… dah dekat seminggu dah gini, aiseymaaan tak boleh jadi!

Ika…!  Gi tidur bawah..

Nanaaaaak…!!

Terus palingkan muka dengan muncung sedepa…!

Sekian...!
Category: Coret, Zulaikha  5 Comments
Menonggeng…

238Inilah akibatnya kalau orang lain dah tidur bangun tidur bangun tapi dia tak mau gak tidur2 lagi….

Last2, sambil makan biji mempelam lemak, sedar2 ajer dah menunggeng macam tu….

huhuhuhuhu….

Sekian...!
Category: Zulaikha  7 Comments
AMARAN: Gambar Kotor

Hehehe, jangan tertipu…

Bukan kotor, cuma comot skit jerr…………….

Makan nasi lauk ikan masak lemak kuning… [papa masak]

17012010601 17012010602

NO KOMEN!!!

Sekian...!
Category: Zulaikha  3 Comments
Buruknyaaa…!

Tengok ler budak serabai ni… Anak sapa ntah, mesti anak papa dia tuu, kalau anak mama dia takde ler serabai cenggini… heks!

15012010595

nampak tak ujung2 gigi Ika belah bawah… hehehe ntah ikut sapa ntah tetiba tumbuh kat ujung belakang tuu…. [kan dah cakap, entry gigi sesajer jer minggu ni] hahahaha

Dah tu sengeh cenggitu, eeeeeeeeeeeeeii buruknya Ika oiiiiiii….!!!

Maafkan mama, Ika.. terpaksa dedahkan gambar buruk Ika demi 16K nuffnang

Sekian...!
Category: Zulaikha  6 Comments
11pm

Tak tidur lagi, duk terkinja2 melompat katil dua beradik….

Mama bukak baju laa, nak ekon

Itu perintah Zulfan… kena turut!

18012010607

tak sampai 5 minit….

dua-dua pun terbonjeng….

Sekian...!
Category: Zulaikha, Zulfan  One Comment
Hantu Pocong

hantu pocong sinonim dengan cara bergerak yang suka meloncat loncat kaaaan…..

kalau bebudak yang suka meloncat2, nak panggil apa lak erk?

28122009559 28122009557 28122009558

Malas nak amek video.. so aku amek beberapa shoot yang menunjukkan ini bebudak suka meloncat2 atas katil sampai mak pak dia pening…!!!!

Especially Zulfan, kekadang aku dah geram, aku cubit kat celah peha dia, sakan dia larikan peha dia, tapi tetap gak meloncat…

Tak sampai hati nak cubit betul2, kang terencat plak keseronokkan dia enjoy katil mama papa tuuu…

Teringat plak zaman aku kecik2 dulu, pun suka gak meloncat atas katil tapi selalu kena marah ngan mak..

Mak aku garang wooo……… so tak sempat ler aku meloncat sepuas2 hati kat atas katil mak…

Tapi bila duk hotel, mak suh kami 3 beradik (abang, aku, adik lelaki) loncat sepuas hati…

Sekian...!
Category: Zulaikha, Zulfan  2 Comments
Zulfan vs Zulaikha

Tiapkali aku bawak Zulfan & Zulaikha kuar, SEMUA orang cakap, muka budak berdua ni memang sepesen… ye ker?

Tambah plak kalau hubby ada, diorang akan cakap, budak berdua ni ikut muka hubby… ye ker? [sekali lagi]

aku ni tak pandai laa nak tengok muka budak macam muka bapak ke mak ke… tambah2 lagi anak sendiri, sebab hari2 dah pandang muka diorang, dah tak nampak tang mana beza tang mana sama….

Tapi ada satu gambar tu, Zulfan & Zulaikha ambil gambar dalam posisi yang sama…

Gamaknya kalau aku crop muka budak berdua tu close up, buleh tak korang teka yang mana Zulaikha yang mana Zulfan?

sweetdarling sweetdarling

Ehhh, takde persamaan puuun…..!  aku still boleh nampak yang mana satu Zulaikha yang mana satu Zulfan…

ker sebab aku ni ibu mereka?

**aku tanya Zulfan, mana satu diri dia.. ehh, pandai ler dia teka…!!

Sekian...!
Category: Zulaikha, Zulfan  8 Comments
Sleeping Beauty

Entry celah2… hehehehe

20122009485Bestnya tidur meniarap gitu erkk…. elok plak bantal terletak jer kat kepala… kalau tidak, bantal ntah ke mana, kepala ntah ke mana….

Sekian...!
Category: Zulaikha  2 Comments
Penggal Kepala

01102009023

Hehehehehe

Kekekekekeke

Hahahahahahaha

Kah kah kah kah

Ngeh ngeh ngeh ngeh

Sekian...!
Category: Zulaikha, Zulfan  7 Comments
Panthology Report

MARSYA ZULAIKHA AFKAR BINTI MAZLAN

Specimen: Left Side Of Neck Nodule

Gross: Specimen of excised nodular tissue measuring about 2.0cm x 1.5cm 1.0cm.  Cut surface shows ruptured cystic areas.  Submitted entirely in a single block.

Histology: Tissue covered by mildly hyperkeratotic and parakeratotic epidermis.  The underlying stroma is markedly inflamed consist of dense infiltrates of acute and chronic inflammatory cells with foreign body giant cell reaction engulfing the keratin material along with oedema.  No remnant of cyst wall is present.  No fungul bodies, granuloma or evidence of malignancy is seen.

INTERPRETATION: FEATURES ARE COMPATIBLE WITH DESTROYED AND INFLAMED EPIDERMAL CYST WITH SUPERIMPOSE ACTERIAL INFECTION.

 

Tak paham aku bahasa sains ni sebab aku nyaris failed sains masa SPM.. tapi bila doktor dah cakap “as what i told you, nothing to worry about” aku terus excited, tak teringat nak tanya lebih lanjut pasal report ni…

Yo doktor kita… tahu kah doktor kita komen report ini…? [ada doktor tawww baca blog aku… kita bangga taww doketor…]

Sekian...!
Category: Zulaikha  7 Comments
New Hair Style

Bukan aku, tapi Ika….

15122009427

Korang tengok ler style apa yang si Rohmah dah dandan kan kepala Ika ni… rajen sungguh!

15122009428 15122009426 

Pesen rambut ni Rohmah buat masa kitorang nak pi check up Ika tempoh hari… kejapan betul dia siap ikat2 rambut Ika tu…

sapa mau buat pesen rambut lagi, mari mari murah murah… hantar jer anak2 ke rumah aku…. hahahaha

Sekian...!
Category: Zulaikha  10 Comments
Luka Yang Terdedah

Pagi semalam pergi ke Tawakal lagi, jumpa Datuk Dr Soma buat check up tuk luka Ika tuu….

Katanya dah sembuh…

15122009438 15122009437

Kata doktor, boleh biarkan macam tu jer, tapi aku tetap gerun sebab aku tahu, tangan Ika duk active jer nak menggaru tang leher dia tu…

So doktor suh aku pi pharmacy, amek alatan yang dia tulis lam form tu, then naik balik atas, dia akan ajar aku cemana nak buat…

So aku buat macam yang doktor suruh, ada ubat glossy sapu kat luka tu then tutup dengan kain dressing tu, tampal ngan plaster..

Twice a day sapu ubat tuu…

Terima kasih buat kawan2 yang memberi sokongan dan kata2 semangat tuk aku tempuhi dugaan Allah ini… Terima kasih teman!

Sekian...!
Category: Zulaikha  10 Comments
Tunggu Insurans Clearkan Bil

dalam wad, PAED Shiela ada datang visit… Dia cakap dia akan kasi antiboitik tuk Ika makan… Pastu blah..

Tak lama, Datuk Dr Soma lak datang… Sentiasa ceria dan meceriakan pesakit…

So dia jenguk then tanya serba sikit, then dia cakap boleh balik laa kejap lagi… Ika pun dah kencing, tak muntah so should be no problem…

Aku dah kebuluq tak makan apa2 sejak masuk wad semalam… hubby lak cakap dah abes keje tapi tak sampai2 gak lagi…

aku pesan hubby suh bawakkan aku breakfast tapi bila dengar Doktor cakap dah boleh balik terus aku cancel tapaw, makan kat luar terus laa… teringin nak merasa makan kat Haslam..

Tapi hubby sampai pukul 11.30am… tunggu punya tunggu tak jugak siap2 claim insurans.. last nurse cakap boleh ler keluar makan dulu kalau mahu… nanti dah siap makan, baru naik balik..

Aku kelek Ika dalam separa sedar tu…

Dah abes makan pun tak siap2 lagi insurans punya claim.. last2 kami2 layan tidur atas katil spital…

 12122009384 12122009385

Ika selesa tidur berkelubung badan aku.. dia nak jugak duk celah tu… nak wat cemana, aku relakan je laa… asalkan dia lelap…

Pukul 1.30pm, nurse datang kejutkan aku tidur, bagitahu insurans dah siap claim, so aku leh pi settlekan bil kat kaunter discharge..

Total bil is RM2,952.35 tapi insurans cover only RM2,613.19 so aku kena top-up sendiri RM339.15 (tolak RM300 dah bayar tuk deposit)

Tak senang jugak weiiih walaupun dah ada insurans…. (insurans free company bayar, sepatutnya kena bersyukur laa kan, dari tak ada langsung)…

Sekian...!
Category: Zulaikha  10 Comments
Macam 1st Time Jumpa Ika 1 Tahun 5 Bulan Yang Dulu…

Lepas meneran, kuar suara baby nangis… pastu rasa tak sabar2 nak pandang muka dia, dakap dia kat dada…

Macam tu lah aku rasa waktu nurse tu cakap, operation Ika dah siap… huhuhu  :(

**selagi tak abes entry ni, selagi tu ler aku sebak tiapkali nak menulis

12122009373 12122009374 12122009375

Ika masih lum sedar… tak tahu laa samada dia masih dengan ubat bius atau dia betul2 tidur macam biasa…

sebab kalau dia tidur pun, memang susah nak bangunkan dia.. gerak2 kan badan dia, tetap gak dia teguh tutupkan mata :)

Sayu pilu hati aku macam kena hiris tengok anak terlentang tidur macam ni dengan wayer berselirat kat badan… Ini baru temporary, apa perasaan ibubapa yang anak mereka ditimpa musibah.. oh, aku insaf dengan kekuasaan-Mu Ya, Allah!

 12122009377 Inilah dia Datuk Dr Soma…. The Surgeon (kenapa aku nampak gumukkk… oh, tidakkkkkkkkkkk!!)

Thanks Doctor, thank you very much

No need to worry much laa… bla bla bla speaking cair yang aku susah nak paham… aku English level 1, dia speaking Level 10, mana laa aku nak paham… aku angguk2 je laaa…

12122009378

Ika yang masih belum sedar tapi sebabkan dia dah batuk2 tadi, so doktor izinkan dia balik ke wad…

12122009379

Aku membontot trolley Ika dengan penuh debaran… tak sabar nak tengok Ika bukak mata, pandang aku….

12122009381

Tapi bila dia bukak mata, sudahnya macam ni laaa… Dia nak aku pangku dia kat bahu…

Dia nak tidur meniarap atas dada aku…. Then tak bagi aku lepaskan dakapan aku dari badan dia… Pantang aku beralih nak letak dia atas katil, dia terjaga & menangis…

Takpe laa Ika, tidur laa macamana pun yang Ika mahu… mama tetap akan peluk Ika, protect you…. cepat sembuh, sayang!

Sekian...!
Category: Zulaikha  11 Comments
Ketika Menanti.. Penantian 1 Penyiksaan… Tau Tak…??

Waktu tunggu Ika, aku belek balik henpon aku, tengok gambar yang aku amek kat dalam OT tadi…

12122009371

Sebak balik dada aku tengok Ika terbaring macam tu.. terngiang2 suara dia merayu menangis taknak aku biarkan dia atas katil tu… sayup2 suara dia hilang lepas ubat bius dah masuk dalam badan dia…

Skit lagi nak menitik airmata aku, cepat2 aku alihkan perhatian aku….

12122009372

Ini yang aku buat masa tunggu Ika yang tengah duk dalam OT…

Aku boleh main sampai Level 6 tuk game ni… tapi waktu aku tunggu Ika ni, aku gagal 4x dalam Level 1…

Nampak sangat otak aku tak link ngan mata aku…

Nampak sangat aku sengaja alihkan perhatian kat game ni, tapi nampak sangat tak berjaya…

Tengah2 duk ulang main Level 1, tiba2 Oli call… bagi kata2 semangat kat aku…

barulah aku berjaya masuk ke Level 2…

Tak sempat abiskan Level 2, nurse dah datang panggil aku… katanya Ika dah siap….

Terus aku sumbat laptop dalam bag, gegas pi cari Ika… hati dup dap dup dap macam nak nangis pun ada gakk…. aku tengok jam pukul 9.15am so tepat 1 jam Ika punya operation…

Sekian...!
Category: Diary, Zulaikha  2 Comments
Admission for Ika

Bersiaran secara live di katil 211-4 Hospital Tawakal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur via Celcom broadband N97.

Petang tadi aku call Tawakal, tanya macamana Ika punya wad, latest pukul berapa aku boleh masuk tapi katanya katil semua tengah full so diorang akan call aku balik lepas arrange katil tuk Ika…

Tertidur kejap aku lepas dinner (camne tak gumuk?), pukul 9pm hospital call panggil suh masuk wad..

Hubby baru jer kuar sambung keje, terpaksa patah balik tuk antar kami…

11122009349 going to our ward…

11122009350 11122009351

Percubaan tuk menimbang Ika tapi gagal… akhirnya papa dia kena angkut sekali atas timbang dengan Ika, then kemudian timbang balik secara solo, tolak balik total timbang berdua tadi… bersamaan 10kg

 

11122009352 Inilah penginapan kami malam ni…

Tapi punyalah Si Ika menakal tak mahu tidur… sebab dia sudah nampak benda ini sebelum masuk wad tadi…

11122009355 11122009357 11122009358

Nasib baik laa mini slide ini betul2 depan pintu wad kami.. So takde laa jauh sangat kami merayap dari katil..

cuma masalahnya, wad semua dah sunyi sepi.. kanak2 semua dah tidur tinggal Ika sorang terpekik2 menjerit kesukaan dapat bermain…. adeeeehhh hakak segaaan!

Appointment surgery Ika esok pagi pukul 8.30 pagi… aku bukan risau sangat pasal surgery tu tapi aku duk memikirkan cemana aku nak handle budak nakal ni lepas surgery…

Isk, gerun ler aku nak jaga bab2 luka ni kang terkuis terhapa erkkk…. itu yang aku nak korang doakan, mintak2 takde benda tu berlaku, cepat2 laa luka dia tu sembuh nanti…

Tepat pukul 12 malam, budak  ni dah lelap lepas kena cubit… hahahah tu jer cara dia… kasi dia nangis skit, pastu pujuk suruh tidur….

Tapi elok jer baru dia lelap, depa nak amek darah dia laa plaaak

11122009359

Nasib baik ler dia tak terjaga kalau tidak, takkan mahu dia serah jari dia tu…

Dah nak tidur dulu, bye bye…

12.15am Tawakal Hospital

Sekian...!
Category: Zulaikha  12 Comments
Dandan Rambut

25112009251

25112009256

kan dah cakap, Rohmah laa orang yang paling happy bila rambut Ika dah boleh di toncet…

tengok ler, apa yang dia kerjakan kat rambut Ika tuuuu….

25112009257**Saaaaaaaaaayang kakak – ye ker Ika?**

Sekian...!
Category: Zulaikha  3 Comments
Tercemar!!!

 

Ikaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….!!!!!

Uwaaaaaaaaaaaaaa wawawawawawawawaaaaaaaaa abes dinding aku….!!!

25112009259Memang terkejut ler Ika kena jerit dari aku… tengok ler apa dia dah buat… sib baik ler kat tangan dia tu pensil… Cepat2 aku suh Zikri padamkan…

Terus aku keluarkan waran tangkap jangan benarkan Ika pegang pen…!

Ika ni, memang tauuu!! Zulfan pun takde perangai macam ni…

Sekian...!
Category: Zulaikha  6 Comments
Memang Hantu…

Sorang lagi pesaing aku dalam rumah…

21112009243

HANTU DURIAN….

Dia boleh join sama2 makan durian, bertukar2 ulas plak tuu,…..

Abes laa mama kena share durian ngan lagi sorang…

Dalam umah, aku & zikri jer hantu durian.. hubby tak berapa minat sangat, dia cuma akan rasa seulas dua…

Zulfan pun camtu, tak maunya bila aku nak suap kat mulut dia… tapi Ika ni, siap nak pegang sendiri….!!

Pastu bila aku nak pusingkan biji durian tu, dia siap marah sebab takut kita nak ambil buang…

Bila suruh tukar lain, barulah dia letak biji durian tu dalam tong sampah then amek yang baru….

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… papa, lepas ni tak boleh dah beli RM10 selonggok, kena beli 2 longgok laaaa….!!

Sekian...!
Category: Zulaikha  8 Comments
Bergelap Pun Takpe

14112009213

Nampak gelap tak gambar ni?

Yeeer memang pun dalam gelap..

Lately, Ika tidur lambat so aku tutup lampu pun, dia tak takut… Ini paksaan buka CD upin & ipin…

Korang tengok, bukan main lain menegak badan gitu jer nengok TV… itu belum lagi kalau dia melenggak…

Malam selepasnya, aku tutup lampu, tak pasang TV pun, puuuuuuun dia boleh merayau2 dalam gelap… aku tak sedar dia tidur kul berapa, tau2 jer dah tertidur [must be hubby ler tidurkan, lepas dia balik keje tengok anak dara dia sorang2 lagi 'idup' dalam gelap]

Sekian...!
Category: Zulaikha  7 Comments
Bebas Bermain

Aku rasa dah 3 minggu planning nak bawak anak2 pi main2 kat playground dalam JJ ni tertangguh dek kerana hujan lebat tiap2 petang minggu…

Asal nak kuar jer, hujan menderu2, terus semangat malas menjelma, lepas solat sambung tidur… hehehehe sian budak2.. padahal kalo aku terus jer pi pun, takde apa hal pun sebab kat dalam JJ bukan kena hujan pun… tapi MALAS bila hujan dah turun menderu.. Semangat nak tidur lagi kuat…

Tapi akhirnya, tercapai jugak… sekali aku kasi chance sampai 40minit main..

DSCN3935 DSCN3934

DSCN3941

DSCN3946

DSCN3949

Rohmah yang snap gambar, jadi haruslah gambar Ika yang melebih2 dalam camera… Seronoknya Ika, first time laa ni dia enjoy dalam playground ni.. datang sebelum ni, last rasanya Ika lom pandai jalan… lamanya aku tak bawak budak2 datang sini…….

**entry ni di draft pada 9 Nov 2009 (lamanya baru nak kasi kuar) :)

Sekian...!
Zulaikha Punya Masalah

19112009230 19112009231

Tengok Ika seronok bermain macam takde masalah jer kan…? Tapi aku dah mention awal2, Ika ada satu ‘bisul’ kat leher which is takkan hilang selagi tak buang akarnya dari dalam…

Doktor advice Ika kena surgery, so pagi Khamis aku ke Tawakal Hospital tuk dapatkan khidmat nasihat dari PAED sekaligus nak dapatkan appointment tuk surgery..

Kenapa pilih Hospital Tawakal?  Sebab hospital ni one in the list Prudential punya hospital… So aku akan dapat 90% claim dari kos surgery tuu… mujur company bayarkan insurans tuk kami sekeluarga…

Jumaat plak, aku dapat appointment dengan Surgeon plak.. [hari yang 'diMCkan']

20112009236Datuk (Dr) Soma… Very nice person.. dah berusia but very capability.. I trust him soooo much, he decrease my worried laaa…

20112009240**Sian Ika.. dia tak tahu apa2, kalau boleh, mama nak tanggung sakit Ika tuuu – jari tetap maintain nak peace :)**

20112009238 **Huduhnya quality pakai camera depan henpon niii…..

Decision dah dibuat… Ika akan buat surgery dia pada 12 Dec 2009.. OMG, dats is my late father’s birthdate….!!

Tapi kata surgeon tu, no need to worry laa, very small surgery, very little one.. After surgery boleh terus balik rumah, buat activity macam biasa… will be amaze..

Tapi aku request ler nak admitted sebab tu syarat dapatkan claim dari insurans, so surgeon tu cakap lepas operate leh rest dalam ward, next day boleh balik..

Tapi aku nak request masuk wad malam sebelumnya laa, sebab katanya aku kena bangunkan Ika pukul 5 pagi, bagi dia minum Milo then datang hospital tuk buat surgery..

So kalau aku duk wad malamnya, pagi tu takde ler aku rushing pi hospital subuh2 hari kaaan?

Apapun, nanti hospital akan call balik lepas insuran aku dah confirmkan claim aku approve… Doakan tuk Ika ya kawan2….

Sekian...!
Category: Zulaikha  9 Comments
Lebih Sudu Dari Kuah

Bermaksud, perkara yang kecil diperbesar2 kan…

Tapi bukan nak cerita pasal perkara kecil ke perkara besar ke, melainkan nak bercerita pasal SUDU…

16112009225

Apalah gunanya SUDU tu sayang, kalau yang suap ke mulut tu tangan juga akhirnya….?

Tapi naaaaaaaaaaaaaak jugak Ika request SUDU tiapkali nak makan…

16112009226

Tak mahu disuap.. especially kalau hubby ada, melebih2 ngada2 dia tuuu.. ANAK PAPAAAAAA……………………!

Sekian...!
Category: Zulaikha  11 Comments