Archive for the Category »Zikri «
~~STICKY MODE~~
I’ve been inform pasal lencana ni masa pergi majlis ramah mesra pelajar UPSR kat sekolah Zikri aritu…
Lencana SAYA MURID CEMERLANG adalah one part of motivation kepada murid2 yang ada peningkatan dalam pelajaran mereka. Setiap bulan, lencana ni akan bertukar tangan, tak kira siapa, asalkan mereka ada peningkatan, mereka akan dapat semat lencana ni kat baju.
So tak sangka plak Zikri terpilih tuk dapat lencana ni…
![]()
dalam kelasnya, ada 4 murid jer yang dapat pakai lencana ni, syukur alhamdullillaaah… terima kasih SCORE A sebab dengan SCORE A lah, aku nampak pelajaran Zikri ni terurus..
Balik sekolah takde lah dia buat keje tak menentu, sebab aku dapat guide dari ofis, aku dapat pastikan dia buat latihan dalam SCORE A lepas balik sekolah.
Kalau dulu, duk beli buku latihan jer, aku pun boring nak semak buku dia, dia yang buat latihan apatah lagi kaaan?
Dengan pelajaran berkomputer SCORE A ni, anak2 jadi lebih excited sebab dapat pakai komputer… walaupun sebenarnya tengah belajar, tapi warna2 dalam SCORE A tu buatkan diorang rasa macam tengah main game!
Sesapa berminat nak tahu lebih lanjut pasal SCORE A ni, contact me k?
***aku cabar Zikri, kalau dia dapat pakai lencana tu sampai akhir tahun, ada hadiah besar menanti dia… waaah lagi excited dia belajar dengan SCORE A…
Ingat tak aku menang voucher Levi’s worth RM300 for best outfit Digi Pimp My Day Challenge? So inilah masanya aku nak redeem voucher tu…
Kalau tak kerana hanya Levi’s terpilih sahaja yang terima voucher tu, takde maknanya aku nak pi ke sana…
Oh itu bukan seluar Levi’s yaaa anak2…. yang aku pakai itu Padini sahaja…
Bengkek giler aku kat salesgirl Cina yang chubby tu, mementang ler ramai cina tengah membeli Levi’s, aku yang melayu ni dia layan nak taknak jer… [agaknya sebab aku pakai suar Padini, bukan Levi's]
Aku mintak suggestion, cutting apa yang sesuai tuk aku yang gemuk ala2 skit lagi nak chomel niii.. dia suh aku try jeans yang sebaris tergantung kat tengah laman tu..
Aku try sehelai dua, memang can not go la sebab cawat dia pendek, so aku surrender laa balik jeans tu.. bila aku tanya lagi cutting lain, katanya takde, itu jer tuk lady..
Pastu aku melilau sendiri dalam kedai tu try jaket ke hapa ke jadah lah yang berharga RM300 atau terhampir.. jaket pun tak muat, size L tapi sendat kat perut, apakah?? [sila jangan berani nak kutuk aku gemuk]
Pastu ada sorang budak lelaki melayu, aku mintak cutting yang sesuai dengan aku, aku cakap cutting pompuan semua low cut, tak lepas dengan perut aku yang buncit ni laki aku tak suka aku pakai seksi2 gitu..
Pastu budak tu kasi laa aku 2 helai cutting lelaki, tengah aku beratur nak masuk fitting room, tetiba itu amoi terkejut tengok aku beriya nak membeli, bukan main2..
terus dia tanya aku, dengan sapa aku amek suar tu, aku cakaplah.. terus dia sound itu budak, aku ni customer dia.. eeeh tetiba dia jadi cukup peramah, dapatkan aku Levi’s yang betul2 sesuai ngan aku..
Ikutkan hati jahat, nak jer aku cakap, aku takmo dia layan aku, aku nak budak lelaki tu layan tapi aku malas ler nak banyak songeh tengah2 ramai umat cina tu…
So akhirnya aku ambil Slim Boyfriend punya cutting RM279.. jantan pun jantan ler makngah, janji aku pakai seksi ler jugak peha aku kat situuu…!
Kena potong skit kaki suar.. in between nak menunggu, kami melilau laa satu 1 Utama…
Pergi pun time nak raya cina.. mahunya umat cina meramai laa di mana2 nak bershopping tahun baru… kucing miawww miaaww besar bagak pun melambak…
so kebetulan plak ada contest, hubby merajen pi register Zikri masuk ke sana…
mencanting batik [lukisan]
![]()
![]()
Tak menang pun, dapat hadiah saguhati jer… cemana nak menang, background pun gelap, warna batik pun gelap, jadi lah gelap gelita Tahun Baru Cina… marah wooo orang cina gelap2 gitu…
dapat botoi air pun cukup lah dari takde apa menonong jer kaaan…. happy bukan main dah tu si Zikri….
Last saturday kan bebudak sekolah gantikan tuk raya Cina… Tapi sekolah Zikri buat perjumpaan ramah mesra dengan ibubapa pelajar tahun 6 tuk UPSR niii….
Pepagi lagi aku dah bangun.. [pergi keje pun tak pagi macam ni]
Bisik kat telinga Zulfan, nak ikut tak pergi school, terus dia bangun buka mata… Zulfan ni memang senang bangun tidur, tak payah susah payah kejutkan dia…
saya ngantuk tau ni, tapi saya gagahkan jugak sebab semangat nak gi school… peace!
gediknya mama kau ni, Zulfan…!
Takde mood lah nak cerita panjang2.. bukan korang nak baca pun kan…. cuma nak eksen kat gambar budak niii….
Dia pun sama angkat sumpah ikrar pelajar UPSR, nak belajar bersungguh2… kekekeke
Si Zikri kan nak UPSR tahun ni.. menggagau laa aku cari altenatif tuk dia belajar.. nak antar tuition aku tak mampu memandangkan tuition tu pun kita tak tahu cikgu tu bertauliah ke idak ke.. mahal pun dah tentulah mahal…
Satu subject RM50 sebulan, kali dengan 5 subject dah berapa…?
Faktor masa pun jadi penyebab.. tak larat laa weiiih aku balik keje nak masak lepas tu nak antor dia pi tuition lepas tu nak kena angkut dia balik lagi…
Kebetulan, budak ofis aku kenalkan aku dengan Program Online Score A ni… latih tubi dengan online, dengan pengawasan ibubapa yang minima…
Kat situ ada Online Demo, kalau korang nak try korang leh klik kat Demo tu masukkan demo ID 82828
setiap apa yang anak kita jawab, kita dapat tahu… betul atau salah, berapa kali jawab baru dapat jawapan betul so dari situ kita dapat tahu dia tembak jer ke atau dia betul2 pikir sebelum jawab…
Tengok jawapan tembak aku… dah keluar apa yang aku jawab salah, berapa kali jawab baru betul…
Ini plak eNotes yang korang leh tengok kat soalan atas tu, tepi sebelah kanan… anak2 boleh refer kat eNotes ni in case depa lupa apakah fungsi number ke hapa ke hapa jer laaa… semua subject pun ada eNotes ni….
ini adalah program2 yang ada dalam webportal anak2 kita… eTopic adalah topik dalam setiap matapelajaran.. contohnya Math, dalam topic nombor perpuluhan atau pun Bahasa Melayu dalam topik Tatabahasa… sama juga dengan semua subject…
Macam tu jugak dalam eAssessment, eTrial Exam dan ePast Year Exam… Ok tuk latihan yang ni semua, ada Malaysian of record yaaa… jadi jika anak2 kita dapat Top Score, nama diorang akan masuk dalam list pelajar2 Score A seluruh Malaysia… bangga tak? Kebanyakkan score diorang dah 100%, tapi depa challenge on time taken laa pulak, fuuuh giler kan kalau dapat tanam semangat bersaing ni kat anak2 kita…?
basically, semua subject ada… dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 5.. yet akan ada plak tuk kindergarden.. now tengah 70% pembinaan webportal tuuu…
- Standard 1 to 3
- Standard 4 to 6
- Form 1 to 3
- Form 4 to 5
Mari kita intai parents punya portal plak…
Boleh select nama anak yang mana korang nak cek report card depa.. kalau 10 anak ko register ngan score A, 10 anak laa listed kat situ… [10 anak pun satu kali bayar jer... jimat!!]
Aku dapat tahu apa yang Zikri buat, berapa topic dia buat hari tu, apa subject yang dia buat, berapa masa yang dia ambil tuk jawab test tu…
skang ni schedule Zikri, lepas balik sekolah, pukul 3pm buka Score A buat latih tubi sampai pukul 5pm…
from my office, aku boleh buka parent’s portal, boleh tengok apa yang dia dah buat sepanjang waktu tu.. ataupun boleh juga aku request tuk SMS report.. setiap kali dia abiskan satu test, aku akan received SMS inform score dia tuk test tu, berapa soalan salah, berapa masa dia ambil tuk jawab test tu…
But since aku ada internet access kat office, aku tak payah terima SMS tu, anytime jer aku boleh bukak parent’s portal tuk cek Zikri..
Ini report tuk Zikri… Bahasa Melayu, dia buat tuk Standard 6 average score dia 90.49% 12 kali test… tuk UPSR, anak2 boleh access Standard 4 to 6.. so maknanya aku boleh suruh Zikri reverse balik buat exercise Standard 4 kasi refresh skit otak dia…
Macam subject Math ni.. ada topic yang dia belum belajar dalam Standard 6, aku nak ajar pun tak berapa nak sabar jadi cikgu so aku suh dia buat Standard 4 punya latih tubi…
Ini summary yang dia buat Math tuk standard 4… nampak kat situ topik apa yang dia buat, paper set apa, score dia, time taken..
Dari sini jugak kita boleh detect topic apa yang anak2 kita lemah dalam subject tu… contoh macam si Zikri ni laa erk… topic Mass dan Time banyak dia dapat 80% jer.. so as parent, kita kena tekankan dia pada topic tu… banyak kan lagi exercise berkaitan topic yang dia lemah tu…
Dan as parent kita leh review wrong answer yang dia dah jawab…
Soalan nombor satu dia jawab salah but after 1st tried, dia jawab betul.. so boleh dimaafkan… kita nasihat skit supaya dia lebih berhati2 dan banyak kali pikir bila nak jawab soalan…. [ye laa tu aku nasihat.. keh keh keh] ~ tak reti weiih nak lembut2.. kalau aku jadi cikgu, mahunya semua anak murid aku antor surat resign.. hahahaha
Oh, ya..! Score A baru lancarkan e-dictionary. So kalau anak2 kita ada apa2 word yang diorang tak paham, just double click kat perkataan tu, automatik kamus akan keluar kat depan mata, terangkan apa maksud perkataan yang kita tak tahu tuu…
Dan juga perkara paling penting perlu diingat!! Score A satu2nya portal yang dapat kelulusan tuk siarkan soalan2 peperiksaan tahun2 lepas sejak tahun 1990-an… takkan jumpa koleksi soalan tahun2 lepas yang paling banyak selain dari Score A.
So, ok.. cukup tak penjelasan aku pasal WebEducation ni…? kalau tak cukup, kita leh buat live demo, hokeh.. no problemo…!
Kawan2, marilah kita dedahkan anak2 dengan pelajaran zaman IT dan teknologi… didiklah anak2 dari mula… aku nyesal sebab dapat tahu pasal benda ni lambat.. Zikri dah nak exam sesangat dah.. tapi nasib baik lah belum terlambat… kalau tak sempat tahun ni, maybe dia boleh score tuk PMR dia nanti…
Pokoknya, aku memang akan continue Score A ni selagi aku rasa benda ni sangat praktikal… daripada aku duk abis duit beli buku latihan banyak2, pastu aku takde masa nak semak buku2 tu, baik laa aku serahkan pelajaran Zikri pada Score A.. aku semak jer apa resultnya….
Kalau ada sesapa yang berminat nak tahu lebih lanjut, aku boleh terangkan dengan lebih detail, I PROMISE tiada paksaan macam jual baju dalam ke, ubat langsing ke, penapis air ker..
TIADA PAKSAAN, kalau suka, korang leh timbang2 kan, kalau tak suka korang boleh say bye bye…
Semalam lunch hour pi Low Yat….
Tujuan dia satu, nak kasi anak pandai belajar!!!
Apa kena mengena anak pandai belajar dengan Low Yat? Ada pusat tuition ke kat sana….?
Eeeeh, bukaaaaaaaaaaan…. pi sana sebab nak beli satu alatan belajar kat sana… [dengan harga yang paling murah!]
Yerrr Zikri belajar thru online… sangat berkesan bagi aku!!
Aku malas nak kasi dia pakai laptop aku, laptop kan sensitif, banyak tangan kang, cepat plak rosaknya…
Mahu atau tidak, kena lah aku melabur skit.. tak mahal pun, satu set PC tu baru RM960…
Itu harga yang aku dapat, mungkin korang leh dapat lagi murah dari aku… wallahualam…!
Pokoknya, kat Low Yat tu, korang cakap jer korang ada berapa duit, depa akan buat macam duit yang korang ada [jangan cakap ada RM1 dah ler]..
Sikit duit korang, sikit ler spec yang korang dapat…. Anyway, korang doa2 kan lah Zikri belajar elok2… study smart and success… amiiin!
Jarang aku publish pasal budak ni sorang…. sebab dia jarang ada gambar yang sorang2.. maklumlah, dah besar, dah tak cute lagi.. hehehehe [cute jugak kalau dia tak menyakitkan hati]
Ini gambar tahun lepas, 1st day dia masuk Sekolah Kebangsaan Danau Kota (2)… So far, dah 3 buah sekolah yang dia belajar…
Ini plak waktu maid kami berenti.. terpaksa biarkan dia berdikari sorang2 kat umah.. Zikri sekolah petang, so pagi2 dia kena layan diri sendiri kat umah… sementara jer, lepas 2 minggu kami dah dapat maid baru, alhamdulillah…[tgk pakai baju terbalik]
Gambar kat kampung… Happy yerr dapat balik kampung jumpa nenek?
Kalau nak tahu, ini adalah baju favourite Zikri.. dia ada 2 helai baju yang sama, 1 nenek dia yang kasi, lagi 1 papa dia yang belikan… asyiklah nak ulang baju yang sama sampaikan aku buhsan…
A lovely brother… sayang sangat kat adik pompuan dia.. adik lelaki selalu diusiknya… :) Tapi perangai kebudakan belum luntur lagi, selalu jugak ler gaduh ngan adik2nya….
Nakal… amek gambar lepas makan dia San Francisco…
Waktu di sunway lagoon tahun lepas..
Di air terjun ulu yam 2 tahun yang lepas.. masa ni Ika duk dalam perut lagi… Zulfan plak masih takut2 nak main air…
Naik kuda di zoo, pun 2 tahun yang lepas waktu Ika masih dalam perut, agaknya sebab tu senang sangat aku beranakkan Ika, banyak sangat berjalan…
Budak taekwando… dah berenti dah sekarang sebab tukar sekolah…
Best friend ever kat kampung…. Tua setahun dari Zikri tapi badan dia keciiiik sangat…
Aku rasa dah 3 minggu planning nak bawak anak2 pi main2 kat playground dalam JJ ni tertangguh dek kerana hujan lebat tiap2 petang minggu…
Asal nak kuar jer, hujan menderu2, terus semangat malas menjelma, lepas solat sambung tidur… hehehehe sian budak2.. padahal kalo aku terus jer pi pun, takde apa hal pun sebab kat dalam JJ bukan kena hujan pun… tapi MALAS bila hujan dah turun menderu.. Semangat nak tidur lagi kuat…
Tapi akhirnya, tercapai jugak… sekali aku kasi chance sampai 40minit main..
Rohmah yang snap gambar, jadi haruslah gambar Ika yang melebih2 dalam camera… Seronoknya Ika, first time laa ni dia enjoy dalam playground ni.. datang sebelum ni, last rasanya Ika lom pandai jalan… lamanya aku tak bawak budak2 datang sini…….
**entry ni di draft pada 9 Nov 2009 (lamanya baru nak kasi kuar)
Aku sibuk duk memilih baju, Zulfan sibuk duk merengek kat papa dia suh naekkan dia kat menda ni….
Sib baek Zebra ni besar, buleeh ler si Zikri menumpang sebontot…. sebenarnya dia lagi seronok dari Zulfan….
Aku memang totally tak tahu menahu langsung pasal dia naek raksasa Zebra ni sebab aku busy memilih baju…
Pandai plak hubby yaaa… dah faham gamaknya karier bini dia sebagai blogger tegar, nak dapat kan duit nuffnang sebelum bulan 3 tahun depan….
Makna gunting dalam lipatan adalah:
Kain yang diletakkan gunting kemudian di lipat.
Tapi peribahasa orang dulu2 pula bermaksud, sesuatu perbuatan yang tidak baik yang boleh menyakiti orang lain, tersembunyi di sebalik suatu yang kita tak boleh nampak. Moralnya, kita kena berhati2 dengan setiap persahabatan yang kita jalinkan supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Tetapi…
Hari ni aku nak cerita pasal gunting rambut sebenarnya
Dah besar budak bujang ni…hubby leh tinggalkan dia sorang2 kat situ, hubby plak borak ngan tukang gunting yang tengah gunting rambut Zikri..
Aku masuk jer kedai tu, aku tanya Zulfan mana…? Nuuun kat ujung sekali tengah tadah kepala.. Aiik, tak nangis pun.. tak marah pun kena tinggal sorang2 kat situ…
Cutenya aku tengok…..!!
Ini budak plak, sebelum sampai kedai, berpuluh kali dia remind kat aku suh pesan hubby tak mau gunting botak… dah banyak kali dia kena nyakat ngan hubby, gunting botak rambut dia.. padan muka! Sapa suruh cerewet sangat….?
Nak ngurat sapa nak lawa2..? Belajar pandai2, tak lawa pun pompuan suka!
Layan gambar…
amin amin amin amin.. duk sapu muka 30kali…
Tetiba dia leh sembahyang terbalik… ngadap ke belakang plak…!
Gambar ni yang elok² semata.. in between amek gambar ni, macam² jadi..!
Zulfan sibuk duk tunjuk buku atas meja, kena marah, sambung balik sembahyang. Duk belek kain baju dalam almari Zikri, sambung balik sembahyang. Marah Ika main mainan dia, sambung balik sembahyang. Marah Ika duk kelepet sejadah dia, sambung balik sembahyang…
Sampaikan Zikri kena sembahyang lagi sekali sebab dah lupa apa yang dia tengah baca, takleh concentrate Zulfan duk bising² marah Ika…
Semalam, hubby takde so semua budak² pakat tido lam bilik aku… semua tu sebenarnya Zikri sorang jer, yang nak tido sekali lam bilik ngan adik² dia…
Ika awal² dah tido masa dalam kereta balik dari makan, Zikri lepas sembahyang Isya’ terus terbongkang, tinggal Zulfan terkontang kanting duk layan aku menjahit..
Last aku bosan dia mintak apa tapi aku tak paham, so aku ajak dia masuk bilik…
Dia suruh aku bukakan baju dia… padahal ekon dah pasang… aku malas nak banyak songeh, aku layan jer…
Tak sampai seminit, dah terkubur…
Lately ni, dia asyik suruh buka baju masa dia nak tidur.. walaupun dah pasang ekon, dia tetap nak suh bukakan baju, baru dia leh tido…
Pastu aku sambung balik menjahit…
Sejam kemudian:
Alahaiii anak² aku… sayu kejap hati tengok keadaan macam ni… Kelakar pun ada…
Kemudian aku pakaikan balik baju Zulfan tu.. kang demam plak.. aku yang lengkap berbaju ni pun, berselimut tebal bagai tak tahan sejuk, ni kan plak dia…
Tapi serius laa, si Zulfan ni kalo berkelubung selimutkan dia, tak lena dia tidur… Dia nak sejukkkk sentiasa.. Ika pun ada nampak ciri² si Zulfan ni.. kalo tidur tak pasang ekon, mulalah basah bantal padahal dah pasang kipas puun…
Sabtu, kami anak beranak bersiap² keluar.. banyak urusan aku nak kena settlekan…
First ke Giant, sebab nak cari 3-4 helai baju budak perempuan tuk Applique Tee Shoppe aku, lepas tu aku ke Avon plak beli order dari budak² opis aku….
Kemudian, barulah aku ke Pasar Keramat, pi ke tailor ni, sebab nak tempah baju melayu tuk Zikri & Zulfan….
Sebelumnya aku dah datang survey harga, ada satu kedai tu namanya Saddam.. sesapa yang biasa lalu depan Pasar Keramat ni memang notice la kaen rentang Saddam Tailor ni..
Tapi mak aiii sombong nak mampus.. orang nak mampus pun tak sombong cam dia…
Aku tanya, layan tak layan jer menjawap… Pastu aku tanya harga takleh kurang lagi ker, “tambah lagi bolehlahh”
waaaah gitu dia jawab kat aku.. Malas aku nak layan, aku terus blah.. nak jer aku melaser kat dia, takde kedai laen ke yang dia nak sombong² tu? Tapi terkatup laa plak mulut aku ni ngenangkan dia orang tua…
Pastu aku teringat, kat celah tu ada lagi satu kedai… Abang tailor ni nak keluar masa aku sampai tu.. nasib baek…
Sanggup plak dia bukak balik pintu kedai dia, padahal bukan aku nak masuk pun.. aku nak tanya harga dulu, kalo sesuai, aku proceed lah
Dia bagi harga RM60.. aku mintak kurang dia kasi RM55…
Aku mintak kurang lagi memandangkan aku nak tempah tuk 2 helai.. Dia bagi….
So dats y, sabtu nya aku bawak bebudak ni datang ukur… Biar siap awal, senang…!
Abang tailor ni puji ini budak sangat cerdik.. tak nangis pun bila kena ukur… Dia cakap, dia dah ukur banyak budak, kebanyakkannya menangis takmo di pegang…
Huuuuh, ini budak memang gangster… mana nak takut orang…! Hahahahaha…
First time ni bebudak ni pakai baju melayu customade… kita tengok cemana hasilnya… mestilah bagus kan nak banding kalo aku yang jahit macam yang hubby suruh… ehehehehehe
Bebaloi tak RM50 seorang… murahh!!!
Weii mana nak cari dah tailor menjahit RM20-30?? Tailor sekarang kaya² tauu.. agak² tak tahu nak buat keje apa, pi belajar menjahit, pastu amek upah… sure lumayan!!
Sabtu pagi, temankan papa pergi training softball @ Tasik Titiwangsa
Zulfan tolong papa buat warm-up… (papa kena kutip bola yang Zulfan lontar lempar)
.
Papa yang sedang melontar… lontar cantek² tauu papa…!!
.
.
Mama & anak² bagi sokongan padu kat tepi padang… hehehehe!
.
.
.
Tinggalkan papa dengan trainingnya, kami melangkah ke taman…
Seronok tengok Zulfan & Zikri berebut bola.. pandainya Zulfan tendang² bola… berapa kali jatuh, tapi dia tak nanges, agaknya dia faham, waktu bermain adalah untuk bermain sepuas²nya.
Rehat sekejap bawah bangsal yang disediakan kat tepi taman ni… Nyaman berteduh kat bangsal ni dengan angin bertiup sepoi²..
Ika tonggeng botol air sampai juling² mata.. hehehehe
Turn Ika take over the ball.. wahhh Ika pun dah pandai nak sepak² bola tu… reti jer dia meniru apa yang Zikri & Zulfan buat…
Jambatan gantung
.
.
“Maaa… ajuuuuu..” Zulfan suruh mama hayun dia laju²… heheheh beraninya Zulfan…..
Zulfan nak naek yang tapak hijau (tinggi) tapi tak sampai, so dia panjat yang kuning sajer…
Actually cuaca tengah panas terik maklumlah waktu ni pukul 10-11 pagi.. tapi Zulfan dia tetap aktif lari sana sini, panjat itu ini, melongsor, membuai tak kenal penat….
Sepagian di taman, masing² balik kepenatan…
oh, ya mesti korang semua heran kenapa ayat aku & title kat entry kali begitu skema kan….
Entry ni dibuat khas untuk Baiboo Baby’s Day Out Contest… Thanks to Baiboo tuk contest ni..!!
Sejak pindah umah baru, mengaji Zikri jadi tunggang langgang skit in between nak mencari tempat mengaji, makan gak laa 2 bulan rasanya si Zikri tak mengaji…
Mujur lah dia anak yang soleh, tanya kawan dia sana sini akhirnya jumpa laa satu Opah yang mengajar mengaji… Syarat mengaji, aku kena jumpa sendiri Opah… Oh so proper & beradap…
So, aku pi laa umah Opah tu tapi Opahnya takde.. pastu kena cari masa lagi so aku boleh pergi lagi umah Opah dan akhirnya bila aku call, kata anak Opah tu, takpe laa aku tak payah datang jumpa Opah sebab aritu aku dah pi…
so dengan excited, the next day Zikri pergi mengaji..
Balik keje petang tu, Zikri datang kat aku, katanya Opah mintak duit RM20, baru boleh start ngaji… WHAT????
Aku dah mula cuak.. risau gak aku kalo2 kawan Zikri banyak akalan… Tak pernah aku jumpa orang yang mengajar ngaji belum apa2 dah mintak duit..
Tawakkal, yaaa aku percaya Zikri, bagi duit RM20 macam yang Opah mintak…
Tak boleh lambat skit, tak sampai 5 haribulan, Opah sound sila bayar duit ngaji… What and what and what…?
OK, fine lagi.. she got her right penat lelah dia mengajar ngaji..
Pastu malam semalam and tadi Zikri cakap kat aku, katanya Opah sound, cuti sekolah ni sapa2 yang agak2 nak balik kampung tu, sebelum balik bayar dulu duit ngaji…
Uhhhh………… tak pernah lagi aku jumpa orang ngajar ngaji gini punya mata duitan… Ikhlas ke tak sebenarnya dia????
Bukan laa kata aku nak skip bayar ke apa, tapi tak sampai 5haribulan dah mintak duit ngaji, apa ke hal… Pastu budak2 lambat bayar dia siap sound, miskin sangat ke mak bapak korang sampai tak boleh nak bayar duit ngaji? Ada patut ke tak patut??
Dulu masa ngaji ngan nenek kat umah lama, kadang bukan tak bayar tapi lupa.. sampai 2 bulan pun lupa… so bila aku ingat aku akan bayar double.. bukanlah tak mampu, kadang2 kita takde duit kecik atau tak amek duit kat bank…
Pastu pasal cuti sekolah ni, budak2 semua menjawab, cuti sekolah 2 minggu, balik kampung… takkan kena bayar RM20 jugak? Opah tu boleh cakap, kalo dah berkira sangat, tak payah datang ngaji…
Aku dengar Zikri cakap macam tu, uuuuuuuuuuuhh tak payah pergi ngaji pun takpe laa Zikri, sakit pulak hati aku dengorkan si Opah ni mata duitan, bukan nak ikhlas mengajar mengaji, tapi mengajar sebab nak kejar duit semata2…
Zikri pun cakap, kawan dia cakap ada kat surau belakang umah tu pun ada ustaz ajar mengaji.. RM15 jer… aishh bukan masalah duit laa Zikri, tapi masalah attitude.. ajar mengaji, mana boleh sebut2 mintak duit ni, Allah tarik balik pahala…
Weiiii birthday sapa ni weeeehh…..? Apasal semua orang dapat adiah plak nii…?? Ni mama jeles niii, birthday korang mama tak dapat apa² puuun????
Semalam, lepas masak² (yang simple sahaja), aku terlelap jap sementara nak tunggu mood mandi sampai…
Tup tup dengar suara hubby panggil aku kuar bilik… Pastu aku yang tengah mamai² unjuk tangan kat dia, (konon² tak larat nak bangun sendiri)… hubby pun tarik ler tangan aku, bawak keluar dari umah….
Nampak ler benda² alah ni…..
Hubby suruh panggilkan Zikri… Zikri kuar buat muka pelik…
Bukan abang punya…. kata Zikri
Hahahaha, nak tergelak aku…
Buat masuk laa dalam umah… kata aku. Terhegeh² Zikri sorong basikal tu masuk ke dalam umah.
Aku heran, kenapa muka Zikri tak ceria, tak happy.. macam blur² masa dia angkat basikal tu masuk…
Lepas turunkan seat (sebab tinggi sangat), but still kena jingkit skit.. OK laa tu.. berhati² abang bawak basikal tu gi sekolah.. Rajen² laa nanti pi masjid, sembahyang Jumaat… Jalan kat tepi², jangan masuk kat jalanraya, lalu ikut kaki lima tau… melintas baek² DAN JAGA ELOK² BASIKAL NI JANGAN HILANG… MAHAL PAPA BELI TAUU!!
Mama test drive… alamak, besarnya montot aku!!!!
Masa nak hidang makan malam, Zikri datang kat aku..
Masa mama panggil abang tengok basikal kat luar, abang ingatkan mama nak cakap abang amek basikal orang… sebab tu abang kata bukan abang punya…
OOooooo… patutlaa muka dia tak happy.. BLUR!!!
Ini kat lobby hotel 2nd night kitorang kat sana… Lepas dinner kat bilik MIL, kitorang nak berangkat pulang ke bilik kitorang yang jauh “kedaung” tu… Singgah lobby jap sebab ada live band tengah duk nyanyi² kat open lounge…
Hubby aku kasi Zikri RM10 tukar token tuk having fun dengan game² kat situ…
Layan Zulfan merempit….!
Cabaran jadi parents….
Aku kena refresh balik otak aku cemana nak buat bahagi dalam bentuk cenggini…
Adehhh, betul ke ni????
Aku belasah jer, janji bila aku kira pakai calculator, jawapan dia betul! Hahahahaha…
Zikri kena marah “Masa cikgu ajar, ko taknak tengok betul² kaaan..? Balik umah, mula laa tak reti nak buat!”
“Abes tu, masa cikgu tulis abang tak nampak sebab terlindung badan cikgu”
Banyak ler ko punya alasan!!
Sebenarnya mama pun cuak, dah lupa cemana nak buat… TAPI…………… matematik ni matapelajaran favorite mama tau!!!
Walaupun party ni held on 2nd day we all kat Cherating tu.. tapi disebabkan aku lupa nak buat auto publish entry for the wishes, so aku kasi entry ni kuar dulu….
maafkan mama yer, abang..! Mama lupa sebab kita kan excited sangat nak bercutiii… bukan senang kan papa nak bercuti OFF 3 hari tanpa gangguan….
Party serba ringkas ni takde rancang² puun.. kebetulan Ja (adik ipar aku) akan sampai pagi tu dari KL (dia sampai lambat sebab ada kerja)…
So hubby suruh dia cari kek on the way nak sampai ke sini… Udah sampai tu… kami semua yang tengah best bergolek tidur terus bangun pergi port MIL aku…
korang nak tau takk..? (sila jawab nak nak naaaak!!)
Masa kitorang tengah nyanyikan lagu burfday tuk Zikri, ini budak kicik sudah sengeh² perasan.. gamaknya dia tengah refresh time masa orang nyanyikan dia lagu time burfday dia aritu…. heheks!!
ini budak pun tangkap syok dengar lagu happy burfday… siap tepuk² tangan….
Kak Putu, Mekaseh….!!
First time dapat award yang bertemakan keibuan cenggini…..

Pastu ada plak peraturan tuk amek award ni… macam kena tag laa jugeeek, takpe… gigih ni aku menjawab..!
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
~ Tak boleh nak cakap dengan penuh kasih sayang terhadap Zikri… entah kenapa, sejak dia membesar ni, aku TERPAKSA marah dan kadang² memukul dia… padahal dari awal aku berazam nak menjadi ibu yang penuh kasing sayang and no no no pukul²…. But, Zikri niiii….. selalu buat mama naek hantu angin…
.
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
Zikri
- Dia ni kalo rajen, masyaAllah…. memang habes satu umah berkilat² dia kerjakan….
- Boleh harap pergi kedai
- Walaupun kena marah, dia hanya diam dan nangis… TAK PANDAI LAGI nak menjawap
- Boleh harap jagakan adik²
- Lepas kena marah dan bermuhasabah diri, dia akan cakap “mama, lepas ni abang janji nak jadi orang berguna” ahaks.. yo laa tu, tak lama lepas tu ko buat lagi bang!
- Pandai amek hati semua orang
- Tiapkali nak kuar umah mesti dia akan cakap “pergi dulu, assalamualaikumm..” sejuk hati aku!
.
Zulfan
- Suka menari
- Suka menyanyi, walaupun tak paham sepatah haram lagu dia
- Kalau merajuk, dia akan baring dan buat² pengsan (so fun!)
- Kalau panggil mama, dia akan panggil dengan nada yang sangat berlagu
- Dah pandai jaga adik (Ika), especially kalau Ika maen benda² yang bahaya
- Kalau berjalan, salah seorang dari kami tercicir dia akan alert dan tanya
- Kalau aku hias rumah, dia akan cakap cantek… tak abes² dia akan puji…
.
Zulaikha
- Kalau dipanggil, kepala dia akan melentok… konon² malu…
- Dah pandai menyanyi
- Dah pandai nak berjoget (tiru Zulfan)
- Kalau dia pegang sesuatu benda, jangan cuba nak kacau… nanti dia akan menjerit
- Walau kenyang macamana pun, bila aku balik keje, Ika tetap nak menempek kat nenen
- Cara dia menenen, ya rabbi….. tak reti nak baring elok²… sila rujuk sini
- Suka suap Ika makan sebab dia memang suka makan….
.
.
kena pass tag ni kat orang laen….
aku kasi kat:
- Dyla
- CikNaa
- GeeRyder
- Quefamili
- Rasp
- SawSawLady
- To My Mom!! Walaupun dia tak ada blog, tapi aku kasi award ni kat dia… You are such a great Mom!!
Pagi ni half day cuti sebab nak temankan Zikri masuk sekolah baru… yer yer yer….. walaupun dia dah darjah 5 tapi bukan sebab aku manjakan dia hokeeeh…? tapi sebab dia kan dah tukar sekolah baru, dekat ngan umah baru…
Malam semalam dah pesan kat Zulfan, bangun lambat yer Zulfan pagi esok… hapa nyaaaa, elok aku nak bersiap, Zulfan bangun… sebelum dia melalak, aku suruh Rahmah cepat² siapkan dia… takpelaa ajak dia pun, boleh membangkitkan semangat persekolahan dia nanti… biar dia tak sabar² nak sekolah..
Hari pertama dah ada perhimpunan… for your information, berapa kerat sangat laah pelajar sekolah ni… satu tahun ada 2 kelas jer.. Amanah & Bestari.. Hihihi, lawak plak rasa.. anyway, ni sekolah baru.. Kesinambungan Sekolah Kebangsaan Danau Kota…
Disebabkan Zikri “budak baru” so dia kena queue dengan sebarisan budak² baru campur darjah… Zulfan geram tengok abang dia duk jauh²… Melalak nak join sama… huhuhuhu sabar errrk Zulfan…
Last² aku kena upah dia roti yang jual kat kantin sekolah tu… Bertenang laa kejap dia kat meja kantin tu…
Tiba dah abes perhimpunan tu, budak² lama semua masuk kelas tinggal budak baru tunggu cikgu bagi kelas kat depa.. Zikri dapat kelas 5 Amanah…
Pastu masa Zikri duduk tunggu nama dipanggil, mak pak laen duk dekat² ngan queue depa, aku pun dekat laa gak, boleh lak tiba² Zulfan meluru kat Zikri then jelepuk duduk sebelah Zikri cam student laen… Aku panggil tak mau dia bangun, terus melentuk kepala atas riba Zikri… Aduuuuh!!! Melalak ler kejap bila aku dukung dia wat lari dari situ, takut gak kalau aku biar, nanti cikgu sound, malu!!
Lepas Zikri masuk kelas, aku pi bayar RM1.50 tuk insuran pelajar… Yuran sekolah belum bayar sebab masih tunggu keputusan mensyuarat agung PIBG… kemungkinan bulan Feb baru leh tahu berapa total yuran sekolah… Takdak terus pun takpa!!
Terus pi pejabat beli lencana & pi kedai buku plak beli buku² sekolah dia… Selesai, aku balik umah tidur rehat jap… Dekat kul 1pm aku kuar balik pi sekolah Zikri… tengok keadaan suasana cemana gamak kalau dia balik sengsorang jalan kaki OK ke dak…
Cam OK jer… So OK jer laa Zikri, balik jalan kaki jer laa ko, save duit bas!
Sekian…!















Hot Comments