Archive for the Category »resepi «

Mee Udang

Dah puas kak ina kl terliurkan aku, skang giliran aku plak terliurkan korang erkkk….

Terbaca resepi ni kat blog dia semalam, dan dan tu jugeeek aku masuk dapur masak mee udang…

Semua bahan ada cukup lengkap, cuma aku pi cari mee kuning ngan petis je kat kedai…

20022010794Failed laa aku bab2 seni hiasan makanan nii… hahahahaha~

Okeh, nak tak resepinya? senang sajork!  Resepi kak ina bagi tu, aku extrakan skit isipadu muatan pemakan… hehehehe

Kalau nak follow kak ina, boleh pi blog kak ina.  Tapi kat sini, follow me….

  • Mee kuning
  • Udang
  • Sawi
  • Kobis
  • 2 biji kentang
  • Bawang merah kisar
  • Bawang putih kisar
  • Halia kisar
  • Udang kering kisar
  • 3 sudu Sos Tomato
  • 1 sudu Sos Cili
  • 1 sudu Sos Petis
  • 2 biji Telur
  • Daun sup & bawang goreng hiasan

1) Rebus kentang sampai lembik, angkat dan lenyek.  Guna air rebusan sama tuk rebus udang sampai masak, toskan udang.  Air rebusan ni akan dipakai tuk kuah pulak nanti

2) Tumis cili boh, bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering yang dah dikisar.

3) Masukkan air rebusan udang tadi, biarkan mendidih.

4) Masukkan sos cili, sudu petis dan sos tomato. (tapi aku lebihkan skit setiap sudu yang aku letak)

5) Masukkan kentang lenyek.

6) Masukkan kobis dan sawi.

7) Pecahkan telur dan biarkan merenih.  Siap!!

 

20022010796

Dah semestinya laa sedap kan…!!!

Si Ika tu kan tak boleh makan udang, nak nak ada telur plak tuu so aku kenalah buatkan sup segera tuk dia. 

Sekian...!
Category: resepi  9 Comments
Kerabu Kaki Ayam

Ada orang geli nak makan kaki ayam kat sini?

Aku pun dulu waktu kecik2, geli betul nak makan kaki ayam.. nak nak makcik aku yang tak suka makan ayam tu mencecey mulut dia cakap kaki ayam tu kuis2 tahi sendiri…

Tapi aku tak ingat lah waktu umur berapa aku start makan kaki ayam, but i remember, my 1st kaki ayam was kaki ayam goreng kat pasar malam…

pastu menggila lak kat kerabu kaki ayam.. newest, kerabu kaki ayam yang tak bertulang kat restoran depan masjid kat simpang gombak… fusssh marbeles… kunyah kunyah telan, kunyah kunyah telan… takde ler ko susah payah nak pueek balik tulang kaki ayam tu…

Pastu semalam, aku bikin demo… sementelah selambak kaki ayam hubby wat balik balance dari dia masak sehari2…. so aku try buah kerabu kaki ayam…

30122009568

Senang bangeeeeeeeeeeeeeeet rupanya… tak padan merengek2 kat hubby suh ajak makan kerabu kaki ayam kat kedai…

Kalau aku tahu senang, dah lama aku buat sendiri…

Tapi hubby cakap tak cukup masam.. yo laaah, berapa lama jerk aku rendam kaki ayam tu dalam air limau…

K, kepada sapa2 yang berminat, meh ler aku nak share skit resepi sap sap soii nii…

Resepi Kerabu Kaki Ayam

  1. Kaki ayam direbus sampai lunyai empuk (buh garam skit kat air rebusan tu)
  2. Potong bawang besar, cili padi, serai
  3. Gaul dengan air limau
  4. Tambahkan garam & gula secukup rasa

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..!! Sebaiknya biarkan 2-3 jam sebelum dihidang…

Sekian...!
Category: resepi  6 Comments
Percubaan Membuat Mee Siput

Opps, bukan membuat, tapi memasak Mee Siput…. (http://oneyani.blogspot.com/2009/09/resepi-mee-siput.html)

Hasil nukilan dari posting Yani masa bulan posa aritu… selera nengok mak dia goreng mee siput…

kebetulan plak, kedai runcit kat depan umah ni ada jual mee siput ni, kat Carrefour aku dah cari, takde…

So apa lagi…

semalam hubby takde, so boleh ler masak mee waktu malam..

Mula2, buka tenet cari resepi dulu… hahahahaha.. nampak iklan nuffnang kat tepi tu? dah keluar iklan, haruslah kelik2 kaaan….

 DSCN3785

.

.

Lepas tu rebus dulu mee…

Kena rebus ke Yani?  Kat bungkusan cakap kena rebus, tapi awat mee mak Yani elok jer lagi bersimpul macam siput?

DSCN3786

.

.

Taraaaaa…. DSCN3787

alamak, nampak pucat laa kan.. tapi memang tak merah mee ni, takde cili boh pun… cuma bawang & bawang putih sajork… pastu sos tiram, lada hitam..

tapi seriously ini version aku.. suh letak tepung jagung pun aku tak letak, non ado kat umah… nasib laaa, so kuah adalah sedikit untuk mengelakkan kecairan kuah itew…

Apapun, anakku adalah memuji kelazatan mee ini… siap bertambah2 Zikri… bayangkan, 6 simpul siput tu, habes kami makan 3 beranak…

sweetdarling

gambar Ori tuan tanah…. nampak menarik kann…? banyak intipati yang dia letak… ada ayam, kobis, bunga kobis, udang, fish cake, telur…

Aku punya intipati:

  • Mee Siput
  • Udang
  • Fish Ball
  • Fish cake
  • Sawi
Sekian...!
Category: resepi  14 Comments
Mari Memasak… Paprik

Hari ni, aku nak brief cara masak Paprik Sweetdarling Style…

Semalam kan hubby masak tomyam, and stok bahan2 yang teramat melimpah ada lagi lam peti ais… daun limau melambak, serai melambak, apa lagi boleh buat…?

So mari memasak paprik… (kecoh…!)

DSCN3469

daging skit, nak bagi pemanis… boleh gak tambah ayam, tapi aku tak mo sebab ayam tu aku dah buat goreng…

DSCN3470

Udang yang melimpah dan gedabak.. sajer jer nak penuhkan udang.. anggap lah ini paprik udang.. ngeh ngeh ngeh,…. boleh jugak letak sotong, lala atau apa2 seafood yang ada….

DSCN3468

Sayur-sayuran.. korang leh letak apa sajer yang korang suka.. antara kat situ, nak tambah cendawan putih ke apa ker, suka hati laa.. ikut selera sendiri…

DSCN3471

Bahan utama: serai, daun limau, bawang, tomato, cili skit… limau tu aku sajer jer letak memandang ada lebih sebiji sisa hubby masak semalam.. kalau tak pakai skang, kecut lam peti ais jer laa jawabnya… limau ni, boleh kalo tak letak… opps bukan letak limau yerr, tapi perahan air limau tuuu tawww!

ok, let’s begin….

Memula sebab ada daging, kena empukkan daging kejap.. aku keringkan air daging atas kuali… agak2 dah kering skit tambah minyak then tumis cili boh, bawang kisar & bawang putih kisar….

agak2 laa dah garing skit, masukkan serai, daun limau, bawang, tomato & cili… tambah air skit supaya tak kering sangat…

Lepas tu tuangkan sos tomato, sos cili dan kalau ada sos tiram, leh masukkan sos tiram…

masukkan sayuran yang keras, supaya empuk skit… kemudian baru boleh masukkan sayuran yang lembut… last masukkan udang… gaul sampai pueh hati…

DSCN3473

Maka tercipta lah paprik yang sangat mewah dengan sayuran… boleh di’kawen’kan dengan ayam goreng atau telur goreng dadar…. ermmm lazat!

sila mencuba… (ayat terjemahan Korea)

**maaf lah, punya tak senonoh main hidang yang dalam kuali jer… yang hidang kat meja, lupa nak amek gambar.. dan masuk sesuap nasi baru teringat, terus berat montot nak bangun amek camera.. lantok ler…!

Sekian...!
Category: puasa, resepi  13 Comments
Tukang Masak Baru.. He3

Ahad yang indah :)

Kan Rohmah takde, balik cuti.. so sepagi Ahad tu terpaksa laa bangun ikut jadual anak2…

Hubby plak gegas ke pasar Chow Kit buat stok tuk minggu ni (tapi stok yang dia beli macam tuk sebulan.. grrrrrrrrrrrr!!)  aku tak suka simpan stok banyak2… rimas duk penuh lam peti ais..!

Eh, tetiba dia terajen laa plak nak masak arini…

 DSCN3463 DSCN3464

Tu diaaa….. susun barang macam nak masuk rancangan memasak… nak masak apa? ngeh ngeh ngeh :)

Kitorang masak awal arini, sebab petangnya nak bersenang lenang, selain nak kena keluar amek Rohmah, dan juga nak bersiar2, jalan2 dengan kereta keliling kota :8

 

DSCN3465

Lala goreng berlada, tom yam dan puyuh goreng…. Tang puyuh tu laa yang jadikan hubby semangat nak masuk dapur sebenarnya… Ngeeeeee, lamanya tak makan puyuh nyam nyam nyaaaaam….!

Hubby beli puyuh sepeket, goreng 4 ada lagi dalam 6 ekor rasanya dalam peti ais… nanti nak buat masak merah…!

Lala goreng berlada tu, resepi mak dia.. dah tumis lada, bawang, bawang putih (aku letak extra skit), tambah skit ngan air asam jawa… pastu hubby sajer tambah sos tiram skit.. last sekali pecahkan telur sebiji….kacau biar telur tu hancur… Lazaaaaaaaaaaat!!

Tomyam lak, jangan korang tanya laa apasal pucat… memang hubby tak pakai rempah segera ke apa… semua nya asli…!  Serai, daun limau purut, bawang besar, tomato & air limau… bahan2 kat dalam tu, ikut suka nak letak apa laaa kaaan…

**banyak betul hubby beli daun limau.. issssk!!  takpe, esok aku goreng paprik!

 

DSCN3466

Kueh mueh hasil rembatan di Pasar Ramadhan Setapak, depan masjid tepi lombong….

Yang panjang tu murtabak singapore.. aku pun tak tahu cenggitu rupanya murtabak singapore… pastu ada tepung pelita, akok manis, dengan apa erk yang kecik macam apam balik tapi letak sekaya jer… Last but not least, samosa yang besar & penuh inti daging yang sedaaaaaaaaaaaaap…!

DSCN3467

Overall, biasalah kalo hubby ada, mussti meja kena penuh…..

Sekian...!
Category: puasa, resepi  7 Comments
Lemak Kulit Rambai

Korang pernah makan taaak??

Aku tak tahu mana asal usul lauk ni, tapi kalo orang Terengganu, memang dah kenal sangat laa Lemak Kulit Rambai ni… (sapa dok tahu, aku tang!)

Kalau belah Kuala Berang, menu ni siap boleh buat lauk kenduri lagi.. (kenduri adik aku laa tu, bini dia orang Kuala Berang)

Malam kelmarin hubby bawak balik buah rambai.. aku suh Rohmah potong kulit dia, isi dia simpan lam peti ais memandangkan nak tunggu makan buah tu, lambat sangat….

So Rohmah agak kepelikann laa skit bila aku suruh simpan kulit tu…  :)hehehehe (katanya memang buah ni takde pun kat kampung dia)

DSCN3393

So semalam, lepas balik keje aku gegas masak lemak kulit rambai ni.. cara masak sama macam masak lemak sayur.. cuma kalau belah Terengganu, lemak sayur ni akan lagi kick bila tambah dengan ikan panggang yang di tumbuk halus….

Selain tu, aku masak rendang daging…

DSCN3393

Hohohoho… jangan awal sangat nak puji “pandainya masak rendang”… sebab aku pakai pes segera homemade, beli kat kawan aku….

Ada kuzi

Ada briyani

Ada nasi briyani

Dan rendang yang aku masak ni… sangat mudah… panaskan pes, letak daging atau ayam, tunggu empuk, hidang…!

Nak buat raya pun sonang.. boleh ler berangan menu rendang kat umah korang raya tahun ni yaaa…. hahahahahaha :8

dannnn menu tambahan…

DSCN3394

Bihun hong kong….

Sekian...!
Category: puasa, resepi  4 Comments
Mee Hong Kong

 

Uhhh lamanya tak bercerita pasal resepi kaaan…? Bukannya apa, aku ni ari² masak, so rasa macam takde apa dah yang special…

Tapi malam semalam, teringiiiiin sangat nak makan mee hong kong… Kebetulan aritu ternampak ada separuh bungkus lagi meehun dalam plastik… So terus mulakan operasi mencari bahan…

Takde apa pun yang di cari, cuma sawi dan fish cake sahaja… laen² semua dah ada stok…

So semalam aku berbuka dengan mee hoon.. tapi tetap gak masak nasi sebab hubby tak mo makan mihun… sungguh kekampungan kaaan….??

DSCN3119

Aku dah cerita belum pasal resepi mee hongkong?? Takpe aku ulang balik serba ringkas…

Bahan tumis yang utama adalah (1):

  • Bawang putih
  • Halia

Bahan tambahan (2):

  • serbuk lada hitam
  • garam
  • bawang goreng
  • daun sup
  • cili jeruk
  • sawi

Bahan rencah pelbagai (ini tak semestinya kena letak semua, boleh pilih) (3):

  • daging (potong kecil)
  • fishcake
  • udang
  • sotong

Caranya:

  1. Tumis bahan 1 sampai garing, masukkan bahan 3, biarkan sehingga masak… **tips: daging boleh direbus dahulu**
  2. Setelah masak rencah²nya, masukkan bihun yang telah dilembutkan berserta sawi.
  3. Gaul sebati, taburkan lada hitam, garam dan perasa… Gaul lagi.
  4. Setelah sebati, boleh dihidangkan dengan bawang goreng, daun sup dan di makan bersama cili ceruk…

SELAMAT MENCUBA!!

Chewaaaaaaaaaaaaah….!  Aku tauuuu, ada yang terliur nak makan mee hongkong ni, tunggu aku pelawa jer kaaan…???  sabar errk, hari raya pun boleh, kita buat “close open house” cam tahun lepas erk….

Sekian...!
Category: resepi  2 Comments
Masak Labu

Dah kenyang perut baru teringat nak amek gambo… So amek jer laa gambo saki baki yang ada dalam periuk…. kekekeke maafkan aku kerana terpaksa bagi korang nengok yang balance jer……

Dah lama aku beli labu ni.. Oh, aku memang suka makan labi labu.. So aritu sebelum MIL pergi Mekah, ternampak ada labu kat umah dia… Pastu aku terbayang sayur lemak labu yang selalu jual kat kedai² makan waktu dulu² tapau untuk lunch.. Sedap agaknya kalo aku try buat sendiri…

So masa pi Jaya Jusco AU2 aritu, paksa hubby beli labu separuh biji.. Dia cakap cukup lah separuh, buat apa beli sampai sebiji… Camtu ler dia kalo bini dia nak memasak.. Bila aku tak masak, dia kutuk² plak… cakap macam kap lam ya nga (betul ke aku eja? failed jawi niii)

Pastu aku tanya dia, pucuk apa yang selalu orang masak ngan labu tu, dia bleh lak cakap tak tahu???  Adeh laa, last aku masak sup kobis, aku test masukkan skit labu ni.. sodap…!!! nyum nyum nyum…

Pastu masa aku pi Pasar Tani aritu, tiba² lak hubby tahu masak lemak labu kena masukkan Pucuk Manis… so aku pun beli laa seikat… Tiba nak masak semalam, tanya lak hubby camne nak masak… oh, teramat senang rupanya……..!!!

Kesimpulannya, aku dah jumpa lagi satu resepi kegemaran anak²… Masak Lemak Labu dengan ayam goreng berempah… fuuuh, meletup budak² tu makan…

Sekian...!
Category: Diary, resepi  10 Comments