Archive for the Category »MySelf «

Dentist Lagi

Gigi aku menyengat lagi… ini dah kali keberapa punya menyengat…

Aku tau, kalau aku biarkan lagi, memang gigi ni takkan bagi chance kat aku pun sampai bila2…

Paling aku risau takut gigi aku ni wat hal masa aku tengah driving ke Kuala Nerang, hantar Yana masuk matrik kat sana.. (masa entry ni di publish, kami memang dalam perjalanan ke Kuala Nerang)070520101069 mak dah harapkan aku bawak Yana ke sana.. hubby lak ada keje, memang tak boleh nak ikut sama…

So kami akan pergi sebuah kereta, hanya bergantung harap pada GPS semata2…. doakan kami selamat pergi selamat pulang…!

Berbalik pasal gigi aku ni… aku pi klinik kat Sri Rampai, menunggu kat sana sampai 3 jam sebab tak buat appointment punya pasal…

Yo laaa, aku sakit dan dan tu jer aku serbu klinik… memang ler kena tunggu turn… depa akan priority kat appointment patient laa kaaan…

Tapi akhirnya penantian berbaloiii!!

Doktor tu sangat best, dan sangat baik dan sangat sopan… dan paling penting, aku terkejut sebab kejapan jer gigi aku dah tercabut…

Harganya baru RM150 tuk gigi last sekali belah atas…. murah!!

Sekian...!
Category: Family, MySelf  6 Comments
Di Satu Pagi Yang Lapar

satu malam yang aku balik lambat aritu, sampai umah dah pukul 2am…

Perut lapar malamnya tak makan apa pun, jadi paginya cam nak balas dendam…

31032010994 Bawak bekal nasi, ikan bilis goreng kicap, ayam masak merah…

itu semua hubby yang masak malamnya sebab aku kan tak balik umah, ada keje malam tu sampai pagi…

Bukan tak boleh beli nasi lemak ke, bihun goreng ke tapi sebab nampak cam best jer ikan bilis goreng hubby tuuuuu…. ummmph!

Sekian...!
Category: MySelf  3 Comments
Masker

dah lama tak manja2 kan kulit… serius, lama gilerr….!!

Aku bukan jenis yang tiap2 bulan nak pi facial laaa…

Pun bukan jenis tiap2 malam nak belek muka, sapu krim tu, sapu krim ni sampai setengah jam…

31032010995 Tapi alang2 mak dah kasi Olay masker ni, apalagi bedal je laaa…..

31032010996 Menjerit2 si Ika ketakutan… memang tak mahu langsung dia pandang muka aku.. hahahahahahaha

Lepas dah cabut buang, terkelip2 dia tengok aku gamaknya duk fikir betul ke idak…

Sekian...!
Category: MySelf  7 Comments
Uuuuuh Lupa Nak Cerita

kan dah cakap aritu, dah jumpa balik jam tangan aku yang hilang…

Alaaaaa, jam tangan yang hubby hadiahkan tuk harijadi aku, pastu aku ganti balik beli jam baru pakai cek Nuffnang pertama…

Tak sangka boleh jumpa balik…!30032010993 Jumpa kat poket coat yang aku pakai laaaaaaaaaaaaast day before aku noticed jam ni hilang…

Yeer, aku pakai coat ni masa pi kursus & motivasi, the next day kami ke Ulu Yam, mandi air terjun… lepas tu ler baru aku sedar jam aku takde…

Then, baru2 ni sekali lagi aku nak pakai coat ni, then pelik ler kenapa koceknya berat sebelah…

Rupanya si Rohmah nak membasuh coat ni dengan jam, dengan anting2 dengan perdume one drop kat dalam poket ni…

Habis jam aku mampuiih tak gerak jarumnya… tak pi repair pun lagi…

Alahaiii rezeki, aritu hilang voucher, dah jumpa.. pastu hilang jam pun dah jumpa, alhamdulillaaah!

benda hilang ni memang tak boleh dicari2.. nanti pandai ler dia muncul sendiri…. hhehehhee

**weekend ni nak kena shopping voucher parkson tu…

Sekian...!
Category: MySelf  6 Comments
Dilanggar Motor

Semalam, on the way balik ambil Rohmah, masa nak masuk simpang umah aku tu, tetiba terasa kereta aku dilanggar dari belakang…

Tengok2 cermin pandang belakang, ada motor sebiji jatuh…24032010973

Akku berenti turun, tanya kat akak tu ada cedera ke tak ke… katanya takde apa2…

Akak nak ke mana?

Akak nak ke depan tuuu… Tapi muka dia cam bengang ngan aku

Akak tak nampak ke saya signal nak masuk simpang ni?

Tak tahu lah tak tahu lah

Adeeeeh, aku pun panik gak ni, tak tahu sapa yang salah, call hubby tak berangkat plak….

Pastu akak tu kata tunggu husband dia datang, aku alihkan, motor dia ke tepi…

Pendekkan cerita, husband dia datang tengok kereta aku terus dia kata nak ganti… tak payah susah2 nak report polis… agaknya memang dah tahu lah salah bini dia…24032010972

Aku amik phone diorang, nanti arini nak kena lah settle kereta aku dulu.. cuba polish yang hitam tu, hilang ke tak… kalau tak hilang, kena lah aku cat balik kaaaaaaan…?

Lampu tu pun retak, memang nak kena ganti baru…

dalam bab2 gini aku jadi blur gak, betul ke yang aku buat ni, ke memang nak kena report polis jer?

Sekian...!
Category: MySelf  11 Comments
Gambar Langsuir… Sapa Pernah Tengok?

Panjang kan rambut aku time ni…?

11032010933 Ni 10-11 tahun yang lepas aku agak, sebab Zikri masa ni baru setahun lebih…

Ni limited passport Singapura, anak2 leh lagi attach sekali lam passport parent…

Bukan nak cerita pasal passport, tapi nak cerita pasal rambut mengurai aku tu… rindu arr nak rambut panjang cam dulu…

Tapi kan tapi… serius aku tak pernah gunting langsung rambut tu sampai ler dia panjang gitu.. sebab tu laa hujung dia tu ada pendek panjangnya….

Azam baru, nak bela rambuut panjang balik!

Sekian...!
Category: MySelf  10 Comments
Dah Jumpa Voucher Parkson!!!

Ahad lepas hubby ajak bebudak ni pergi mandi kolam [lagi] kat umah SIL yang ada kolam renang tuu…. Aku siap bawak laptop lagi, konon nak santai ler sambil2 layan anak mandi [feeling orang kaya!]

Tapi nan-ado aku dapeek nak beronline tepi kolam.. cuaca panas, laptop aku nampak gelap jer… hahahahahaha

Last2 layan bebudak jer tepi kolam.. gambarnya tak payah ler aku attach kat sini, dah buhsan dah asyik2 bebudak mandi kolam, tunggu kat umah aku sendiri nanti, baru aku expose lagi anak mandi kolam erkk… [amiiiiiiiiiiiin!!]

Pastu kan, on the way balik tu, tengah2 aku duk peluk2 bag yang aku isi laptop ni kaaaaaaaaaaaaaan, kan kan kan….. :) terasa cam sesuatu gitewwww kat tepi tuu….

14032010952

Eh ada poket zip laaa bag ni rupanya….. uniknya…. [hehehee mangkuk memang macam ni, selalu hilang ingatan]

Jom kita tengok apa yang ada dalam zip ni… macam ada sesuatu jerk….

14032010953

Eeeh, ada kertas laaaaaaa… tebal lak tuuu….!!

14032010956

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah voucher Parkson laa rupa2nya…. kat sini rupanya aku letaaaaaaaaaaaaaaak, patut lah tak jumpaaa….!!

Selama ni duk laa tunggang terbalik isi dalam bag ni, tak jugak timbul2, duduk dalam zip rupanya….

Mangkuk kaaan aku ni? Sendiri letak sendiri lupa….

Sib baik expiry date 15 Apr 2010, sempat laii den pi bershopping… kalau lah time aku jumpa tu dah expired, memang meraung ler jawabnya….

Sekian...!
Category: MySelf  6 Comments
Reflexology

Ntah zaman mana punya gambar… dah lama tak guna camera, terus lupa ada gambar kat dalam camera lupa nak publish……  006

ada satu hari tu, berat sangat bahu aku, sakit kepala pun tak hilang2, terpaksa laa lebur duit gi reflexology… 007008

Best kena urut bahu pakai tulang lengan.. faham tak cemana?? tak faham kaluuu, sendiri test arr…..

Aku ngambek gambar ni pun, takut2 gaaak, takut kena marah sbb amik gambar… hahahahahaha

Ok arrr, malas nak bebel.. mood tengah kedaung sebenarnya ni, hati tengah panas… chaw~

Sekian...!
Category: MySelf  One Comment
Mai Sini Tolong Jap…

To my great readers…….

Cuba korang mai tengok skit kat leftside belah bawah blog aku nin… kan ada MY VISIT kat situu…

Aku betul2 visit tauuu…..

Tapi kaaaan, andaikata korang yang baca blog aku ni, tapi aku tak letak link korang kat situ, sila laah bitau kat sini yaaa…. aku tak mahu jadi berat sebelah, korang datang blog aku tapi aku tak visit blog korang…

Tapi korang kalau nak menetap kat sini sebagai silent reader seumur idup, terserah korang laa erkkkk….. hakak tak kesaaaah!

tapi kaaan tapiii, aku notice ler ada 1-2 blog yang tak naik2 link korang walaupun korang dah hapdet… aku ni, kalau memvisit, aku pakai klik mana yang naik jer… yang kat bawah tu aku kurang selidik laaa kaaan… takdan masa…

So kesian blog korang yang tak naik tu, bila aku teringat baru aku pi jengah… so silalah lakukan sesuatu kat situuu…

tu jer pesanan khas penaja…

Sekian...!
Category: MySelf  12 Comments
Jangan Baca Kisah Malang Aku!

Waaaah, kalau kata jangan baca, makin rasa nak buat, kan??

Mengajar anak pun macam tu jugak, kalau kita larang, lagi dia nak buat.. last2 suruh jer, baru depa akan berhenti..

kalau depa tengah memanjat, suruh depa panjat tinggi2 lagi…

Berbalik pada kisah malang aku, meh ler aku nak citer….

25022010817

Sila lihat pintu ni baik2 yer… dah berlubang kan tempat tombolnya??? hurmmm ada sebabnya tuuu…

Sebab ini 25022010818

Ini25022010819Daaan ini….25022010820

Aku kan kena duk opis lama semalam, so berseorangan je laa kaaaan… Then after lunch lepas aku berkejar balik dari repair modem broadband, dah laa lewat sampai ofis, tergesa2 ler aku ke pantry tuk ke toilet…

Sesudah membuang apa yang patut, bila aku nak kuar dari pantry tup tup terkurung koooooooo…..!!!

Pintu ni memang ada sejarah terhebat menguncikan orang dari dalam…!  Tombol pintu ni, ntah berapa kali tukar pun tetap gak ’suka’ kurung orang…!

Berpeluh hakak… dah cuak!! telefon semua kat luar, dah ler sengsorang kat sini, entah nak mintak bantuan sapa laa gamaknya…

Dah laa cleaning services nak sampai kul 3 tuu, memang nyaring2 je laa bunyi telefon berdering, lepas phone ofis, handphone aku plak yang berdering, bertukar2 ler… aku dah nak nangis, tidur situ le gamaknya aku….!

Uhhh malas nak citer panjang2, tengok gambar pun korang dah tahu ceritanya kan?

Sudah terlepas, aku terus call office, kata manager, takpe nanti tukar baru..

What?? kalau tukar baru, saya taknak duk ofis ni…

Biar pintu tu rompong macam tu, ada tombol pun, bukannya pernah berkunci… setakat memisahkan pantry dan pejabat, biarlah berlubang gitu!!

.

.

.

Kisah malang aku tak habis kat situ jer… kisah petang plak…

Perjanjian aku ngan orang yang repair modem broadband aku tu, petang ni kalau siap aku nak gi collect laa lepas keje…

Memang betul dah siap, sib baik takde charge apa2…

Pastu cleaning services ni plak, terhegeh2 indon tu buat keje, nak kena cakap satu-satu maka lambat lah siapnya…

Pukul 6.30pm siap, aku terus gegas pi ke Plaza Pantai, kali ni aku driving terus ke sana sebab tengahari tadi pening2 aku datang balik bila aku naik lrt… berdesing kepala aku masa lrt lalu bawah terowong…

Tapi jemnya subhanallaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah….

Tengok jam dah pukul 7pm lebih, tak boleh jadi!, sampai kat KL Sentral nak masuk ke Bangsar, lagi teruk jem tuu, aku terus lencong masuk KL Sentral… naik lrt!! 25022010822

Takde masa dah aku nak masuk parking segala, selamba kodok aku letak kereta kat departure area…. mintak2 selamat laah tak kena saman!!

Berlari bapak anak nak naik lrt, turun ke Kerinchi, berlari plak ke Wisma Goshem tuuu… tup tup bila sampai

25022010821 C*nb**g betul!!! kata nak OT, so aku boleh collect lepas office hour!! Memang *&^^&$%^R^&#7 menyusahkan orang betul laaaah!!!!!

Maka pulanglah aku dengan kecewa!  nasib baik lah ada modem DIGI yang aku dapat free aritu hadiah memang DIGI MY PIMP CHALLENGE, so boleh laa pakai buat back-up!  Sib baik belum jual!

Maka boleh ler aku beronline hari ni….

Sekian...!
Category: MySelf, Office  13 Comments
Feeling Better

Baru sampai ofis dari Putrajaya…

Feeling better but not 100% recovered.  Ada lagi kadang2 rasa tiong kat kepala, rasa mual kat tekak dan terasa sebu kat perut….

Sekian...!
Category: MySelf  Leave a Comment
Income Nuffnang

Semalam aku dah shoppingkan duit Nuffnang yang aku dapat minggu lepas…

Sebagai ingatan, aku nak ler membeli sesuatu yang boleh dibuat kenang kenangan bahawa inilah hasil pertama aku dengan nuffnang..

ada sedikit sentimental value di situ kononnya…

Pun dah cakap, jam tangan hilang entah ke mana laa perginya duhai sayangku… dan memang aku beli ler jam tangan sebagai ganti yang hilang tu..

18022010784 

18022010786

B.U.M.

mampu beli.. padan ler dengan cek Nuffnang yang aku dapat RM200+ tuu….

Korang tengok dari jauh dah laa yer.. nothing special kat jam ni, simple2 jer yang penting ada haribulan kat situ…

Ada lagi satu jam BUM ni, cantek… tapi sayangnya takde haribulan so aku terpaksa membatalkan niat aku untuk membeli jam itewww…!

Sekian...!
Category: MySelf  27 Comments
sWeEtdARLinG Please STOP!!!

Izinkan aku membebel panjang…

Lately ni kan, aku rasa macam bukan diri aku dalam dunia blogging… aku duk sibuk ambil tips sana sini macamana nak tingkatkan traffic blog, macamana nak tarik ornag datang baca…

Yer, memang bagus baca dan ikut segala tips2 tersebut tapi bila dah terlalu extreme, blog kita bukan blog kita lagi.. Our blog is no longer ours…

Baru2 ni aku banyak berkenalan dengan orang2 hebat yang dapat income nuffnang secara mendadak… macam aku ni lainlah, setahun lebih blogging, baru mampu cash out kan 1 cek…

Tapi bila aku tengok blog2 mereka, seolah2 terlalu taksub dengan kejayaan2 yang dicapai…. tips sana sini, memang bagus.. tapi tidak bagus untuk diri aku sebab bila aku cuba ikut tips2 tu, my blog is no longer my blog..

Tujuan asal aku blogging adalah sebab nak miliki diari maya macam kawan aku sorang tu, seronok tengok dia blogging pasal anak2, pasal keluarga dan sesekali kaitkan juga isu semasa…  Itulah yang aku angankan untuk blog aku jugak…

Di samping tu, jadi tambah seronok bila dapat pulak duit sampingan dari nuffnang… perhatian kat sini, DUIT SAMPINGAN yaaa, amy!!

So kenapa nak jadi macam orang lain?  STOP sWeEtdARLinG !!

Sekian...!
Category: MySelf  15 Comments
Demi Mencari Sehelai Levi’s

Ingat tak aku menang voucher Levi’s worth RM300 for best outfit Digi Pimp My Day Challenge?  So inilah masanya aku nak redeem voucher tu…

Kalau tak kerana hanya Levi’s terpilih sahaja yang terima voucher tu, takde maknanya aku nak pi ke sana…

07022010720Oh itu bukan seluar Levi’s yaaa anak2…. yang aku pakai itu Padini sahaja…

Bengkek giler aku kat salesgirl Cina yang chubby tu, mementang ler ramai cina tengah membeli Levi’s, aku yang melayu ni dia layan nak taknak jer… [agaknya sebab aku pakai suar Padini, bukan Levi's]

Aku mintak suggestion, cutting apa yang sesuai tuk aku yang gemuk ala2 skit lagi nak chomel niii.. dia suh aku try jeans yang sebaris tergantung kat tengah laman tu..

Aku try sehelai dua, memang can not go la sebab cawat dia pendek, so aku surrender laa balik jeans tu.. bila aku tanya lagi cutting lain, katanya takde, itu jer tuk lady..

Pastu aku melilau sendiri dalam kedai tu try jaket ke hapa ke jadah lah yang berharga RM300 atau terhampir.. jaket pun tak muat, size L tapi sendat kat perut, apakah?? [sila jangan berani nak kutuk aku gemuk]

Pastu ada sorang budak lelaki melayu, aku mintak cutting yang sesuai dengan aku, aku cakap cutting pompuan semua low cut, tak lepas dengan perut aku yang buncit ni laki aku tak suka aku pakai seksi2 gitu..

Pastu budak tu kasi laa aku 2 helai cutting lelaki, tengah aku beratur nak masuk fitting room, tetiba itu amoi terkejut tengok aku beriya nak membeli, bukan main2..

terus dia tanya aku, dengan sapa aku amek suar tu, aku cakaplah.. terus dia sound itu budak, aku  ni customer dia.. eeeh tetiba dia jadi cukup peramah, dapatkan aku Levi’s yang betul2 sesuai ngan aku..

Ikutkan hati jahat, nak jer aku cakap, aku takmo dia layan aku, aku nak budak lelaki tu layan tapi aku malas ler nak banyak songeh tengah2 ramai umat cina tu…

So akhirnya aku ambil Slim Boyfriend punya cutting RM279.. jantan pun jantan ler makngah, janji aku pakai seksi ler jugak peha aku kat situuu…!

Kena potong skit kaki suar.. in between nak menunggu, kami melilau laa satu 1 Utama…

07022010714 07022010717 Pergi pun time nak raya cina.. mahunya umat cina meramai laa di mana2 nak bershopping tahun baru… kucing miawww miaaww besar bagak pun melambak…

so kebetulan plak ada contest, hubby merajen pi register Zikri masuk ke sana…

mencanting batik [lukisan]

070220107270702201073407022010740 Tak menang pun, dapat hadiah saguhati jer… cemana nak menang, background pun gelap, warna batik pun gelap, jadi lah gelap gelita Tahun Baru Cina… marah wooo orang cina gelap2 gitu…

07022010743

dapat botoi air pun cukup lah dari takde apa menonong jer kaaan…. happy bukan main dah tu si Zikri….

Sekian...!
Category: MySelf, Zikri  3 Comments
Cara Memotivasikan Diri

Dengan bayaran sebanyak RM70, dari pukul 8.30am to 7pm, makan minum siap disponsor….

Aku gagahkan diri tuk dimotivasikan, dicuci akal dan fikiran, alhamdulillah…. ternampak sedikit cahaya yang menanti di hadapan…

   30012010666

Tuan Aziz Jutawan.. itu aku gelarkan pada beliau walaupun beliau tak habis2 membahasakan dirinya ’saya’ dan orang2  terdekat hanya memanggil beliau Encik Aziz sahaja….

Very down to earth.. keperitan hidup yang pernah beliau lalui dijadikan landasan tuk memotivasikan orang lain… Aku kagum!!

30012010664

Cadangnya nak pergi berempat, last minute yang sorang sebelah aku ni ada hal perasaan plak, tak jadi pergi..  But early in the morning dia tukar fikiran, alhamdulillah…

But last minute lagi sorang cakap tak boleh datang, sedara husband meninggal so diorang terpaksa ke N9…

Lagi sorang plak cakap lambat sebab bos ‘ganggu’ last minute… dari pagi membawak ke tengahari membawak ke petang last terus cancel… huhuhuhuhu rugi RM140 tawwww….!

30012010667

dewan memang penuh dengan para hadirin lebih kurang 300 orang, cuma ada berapa biji kerusi kosong, maybe kes cam member2 aku, tak boleh datang last minute..

 30012010668

Sebenarnya ada kisah disebalik hari Sabtu lepas.. gigih bangun pagi redah jalanraya pergi ke Bandar Tasik Selatan, ingatkan motivasi buat kat sana…

Tup tup sampai sana, tempat kosong.. aku call kawan aku yang arrangekan motivasi ni… dia semak balik sms, baru perasan tempat tu kat Dewan Muzium Negara.. so lari pecut ler aku ke Muzium Negara plak.. sampai sana dah pukul 9.30am.. lewat sejam!

Nak wat cemana, dah takdir aku nak rugi sejam kat situ…

 

Dan kerana motivasi ni jugak lah menjadi penyebab kenapa seorang ibu tak hadir ke majlis harijadi anaknya

Sekian...!
Category: MySelf, Score A  6 Comments