Archive for the Category »Mak «

Hadiah Hari Ibu

Hehehehehe…

Tidak ber’harga’ tapi amat valuable….mak header 1 Mak teringin nak header kat blognya….

katanya cantik blog orang lain, bukak2 nampak gambar tapi blognya kosong jer…

Agak lama gak bertangguh, bukan sebab taknak buat, tapi sebab aku lupa…

dah bitau semalam, aku buka tutup DVD, last2 tak tengok cerita apa pun, tandanya aku boring tak tahu nak buat apa….

Memang mood blogging betul2 hilang.. kat ofis plak busy…

Oh, ya… itu lah arwah abah masa muda2… ensem kan…?? mestilah hensem sebab tu mak terpikat.. ada gak gambar mak masa muda tapi mak tak kasi taruk sebab masa tu mak tak pakai tudung, nampak rambut….

Tiba2 mood nak edit gambar datang bertubi2… :)

Sekian...!
Category: Mak  4 Comments
Meraikan Mak

Terima kasih kat Dee sebab sudi meraikan mak…

Kami berjumpa masa nak hantar mak balik dengan bas malam Rabu lepas… asalnya nak berjumpa sebelum kami berangkat ke Bandung tapi fikir2 balik, elok jumpa selepas, boleh aku kasi ole2 sekali…

24032010974Memang mulanya berjanji nak jumpa di The Mall ajer, tapi masa kami keluar rumah malam tu, hujan lebat betul!

So aku call Dee, ajak jumpa kat stesen Putra jer sebab memang aku nak parking situ… mana tahu, bila dah sampai sana rupanya kat sana baru habis hujan… cuaca skang ni memang tak boleh percaya kaaan…?  hujan setompok2…

Ntah apa nama kedai ni, Dee yang bawak ke sini tapi nasi ayamnya memang sedap!

Borak2 kat situ, pukul 9pm kami dah bergerak ke stesen bas… kawan Dee nak balik awal, katanya nak tengok CSI? hehehehe 24032010975 Dee ada gak bagi aku, mak & mira ole2… lupa plak nak snap.. maafin aku ya Dee… tengok nanti kat blog mira kalau dia ada publish ole2 dari Dee…

Bas mak kul 10.30pm tapi bas sampai awal, so kami pun punggah lah bag masuk bas…

10.15pm mak dah naik bas, aku malas nak tunggu sampai bas gerak, so aku minta izin balik dulu…

Sekian...!
Category: Mak, Meet Blogger  2 Comments
Polis Tak Nak Buat Keje!

Ingat tak entry aku pasal mak kena kacau?

Hari Isnin baru ni, mak diminta datang ke pejabat polis.. tak tak tak.. sepatutnya hari Ahad, tapi ditunda ke hari Isnin…

Pastilah mengharapkan satu berita gembira yang akan disampaikan, kaaan? Tapi……

Kalau setakat polis nak bagitahu nama pemilik nombor tu yang memang kitorang dah tahu, BAIK TAK PAYAH…!!!!

Kitorang kalau boleh nak tengok muka budak tuuuu, budak kurang hajar yang beringus tapi tergamak buat gangguan sexual kat orang tua yang berumur 50-an, yang aku percaya sama baya ngan mak dia sendiri…!!!

Pastu polis tu boleh cakap apa tau, banyak lagi kes yang polis perlu selesaikan [konon setakat kes kena ganggu mak aku ni, tak perlu lah nak kecoh2 kaaan?]

YER, SETAKAT KENA GANGGU, TAK PAYAHLAH KECOH2, TUNGGULAH LEPAS KENA ROGOL DULU KER, BARULAH BOLEH BUAT REPORT….

SEBAB TU LAAAAA, BANYAK JENAYAH SKANG NI… DARI AWAL TAKNAK DIBENDUNG, BILA DAH BERLAKU, BARU KECOH2 CAKAP BANYAK KEJE NAK KENA SETTLE, PADAHAL DUK MENYANDAR KAT KERUSI TENGOK TV DALAM BALAI!!!! [mungkin bukan semua, tapi kebanyakkan orang bawahan memang perangai macam ni]

Kesudahan kes mak, penutupnya adalah nama budak tu yang memang kitorang dah tahu dari awal.. dan polis memang tak boleh nak buat apa-apa tindakan [sebab budak ni pun dah report polis simcard dia hilang... yer lepas 2 bulan hilang, baru nak report apa kes??]

Sekian...!
Category: Mak  12 Comments
The Power Of Redmummy

Sapa tak kenal KakRed?

kalau tak kenal, lebih baik korang pi jenguk skang blog dia, study cara dia blogging… idol betul!!

tapi bukan tu tujuan aku nak bercakap skang ni…

Tujuan aku tulis entry ni, sebab aku nak ucapkan…

beribu ribu ribu ribu ribu terima kasih buat KakRed dan readers yang sangat helpful!

sebab apa?  sebab akhirnya persoalan kepada masalah mak yang menggangu mak selama 2 bulan ni, hampir terjawab…

Tak selesai lagi, tapi dengan bantuan readers KakRed, 70% apa yang dirisaukan telah melegakan sikit hati kami, sebab teka teki yang bermain skang ni, dah nampak depan mata.. cuma skang ni, kami nak cari mangkuk hayun yang mana satu bernama dot dot dot…

sehingga sahih nanti, aku akan war war nama puk**ak tu kat sini, besaaaaaaaaaaaar punyaaaaa nama nanti aku letak..

So agak2 korang ada adik2 ke anak ke nak kawen kan dengan orang ni, sila reject tanpa belas kasihan yaaa…..

Sekian...!
Category: Mak  4 Comments
Sapa Nak Tengok Gambar Mak Masa Kecik?

Ambil gambar ni dalam facebook Bahdin…

123

Tak sangka leh tengok mak masa kecik2 dulu.. hehehhe, macam muka sapa?  Cute kaaan?

Sekian...!
Category: Mak  5 Comments
Mak Perlukan Bantuan, Tolonglah….

Pagi ni bukak blog mak, jumpa entry ini….

Memang aku dah tahu awal2 pasal kes ni, ntah budak beringus ker, ntah jantan yang dah bulu beruban ke, tak tahu siapa…

Polis pun macam buat deeek jer…

Tak sangka, dalam usia mak macam gini, dapat plak gangguan se**al, lahabaww betul orang tuu… Dah la arwah abah dah tak ada, lagi laa mak sedih bila jadi perkara macam ni kat dia…

Kena plak dapat mesej kotor, lagi laa dia sedih dan rasa terhina…

Jadi aku nak mintak tolong kawan², ada tak cara macamana nak tahu sapa ‘orang’ tu [kalau betul dia orang]… kami nak tahu siapa dia dan berapa umur dia..

Ada ke ‘orang’ tu kami kenal, dan sengaja dia nak pedajal nak ganggu mak… Atau totally memang kami tak kenal tapi apa motif dia sampai tegar betul kacau mak sampai macam tu sekali…

Tolong ya, kawan…. aku merayu sangat² ni…

Sekian...!
Category: Mak  8 Comments
Bila Mak Berpesan

123

Seboleh²nya hutang dengan sesiapa pun, aku akan cuba lunaskan secepat yang boleh….

Kadang tak mampu banyak, bayar sikit pun at least kita bayar.. jangan buat2 lupa dengan harapan orang pun akan lupa… supaya orang tak serik nak bagi pinjam lagi :)

:)

:)

:)

so sapa nak bagi pinjam kat aku duit… aku bayar ler.. tak lari dari hutang…

***teringat hutang tudung orang tak bayar lagi kat aku, PENIPU!!!!  Jual tudung tapi hidup nak menipu duit orang!!

Sekian...!
Category: Mak  3 Comments
Cerita Mak

Menarik betul cerita mak yang ni…

Serius, tersentuh rasa hati….

Mak, cerita laa lagi erk…..!  Kami nak teringin sangat nak tahuuu….

Sekian...!
Category: Mak  One Comment
Blog Mak

Nak bagitahu, mak bukak blog sendiri… canggih kan…..?

Sudi² lah korang jenguk blog mak tu…

~~~~~MATAHATI~~~~~~

jangan lupa jugak klik2 iklan kat sana…! daaaaaaaaaaa~~~

Sekian...!
Category: Mak  3 Comments
Pembahagian Harta Pusaka Dari Mekah

hehehehe… aritu dah war2 kan, mak bahagi harta masa aku tengah duk sibuk prepare breakfast… so no photo taken from my camera…

So untuk tidak menghampakan [cisss siapa nak hampa?] so aku publish gak entry ala2 suasana masa membahagi hak masing2….

Refer jer kat link ni… (blog adik aku)

Sekian...!
Category: Family, Mak  One Comment
[Coret] Dah Lama Mak Balik

Disebabkan kat umah takde tenet, maka tak dapat lah aku nak update secara live…

Lepas tu, masuk jer keje ari Isnin (semalam) tetiba plak blog ada masalah bandwidth, so tertangguh laa mood nak bercerita…

Mak sampai sini pagi Sabtu pukul 1.30am… Sepatutnya pukul 12.30am tapi flight delayed, nasib baik aku call Tabung Haji dulu sebelum bertolak ke KLIA… kalau tak, memang berjanggut plak menunggu flight sampai…

Kawan², yang mana masih menanti yang tersayang pulang dari tanah suci, 2 jam sebelum waktu ketibaan tu, calling2 laa Tabung Haji tanya waktu sebenarnya pesawat mendarat, jadi takde laa kita nak membazir masa menunggu kaaan… Oh ya, boleh call kat nombor ni 03-62071919 kasi nama dan nombor IC jemaah…

Tapi kami sampai di KLIA pukul 2am… kapalterbang mak dah mendarat tapi mak belum keluar sebab tengah tunggu bagasi… ini prosedur biasa, memang kalau lambat bagasi diorang keluar, maka lagi lama laaa kita2 ni menunggu kat luar…

Tapi alhamdulillah, mak keluar jam 3 pagi lebih kurang so salam² peluk cium bagai, kami bertolak balik dengan van hubby (muat tuk whole family tolak budak2 yang terbongkang tidur kat umah).. sampai umah lebih kurang 4am, mak tak tidur.  Katanya nak qada’ dulu solat yang terlepas waktu penerbangan..

Fakta TAK MENARIK!

Aku geram kat 4-5 orang minah getik kat sana… berdiri kat belakang dan tepi aku waktu menunggu kat tepi pagar arrival tu…

eh mummy mummy… eh bukaaaan… tak mungkin mummy aku pendek macam tuuu..

eh daddy daddy.. eii tak mungkin daddy aku berserban macam tuu…

Duk ulang2 mummy daddy dia tu kat semua makhluk yang keluar dari pintu tuu… Eiiiiy tolong lah!!!! hormat skit mak pak orang lain kalaupun mummy & daddy hang tu cantek bak superstar!!

Tapi sudahnya, mummy ntah ke mana, daddy ntah ke mana, yang dipekiknya maaak maaak maaak jugak… berjurai gak airmata.. hilang ler gelak getik gedik tadi tuu…

Pastu kan, jenis tak hormat orang lain.. sesuka hati masuk lam pagar, pastu duk bersalam2 kat dalam pagar tu…

Weiii abeslah aku tak nampak mak aku niiii!!

Selamba aku sound tapi depa wat tak reti jer… WEIIII boleh tak korang pi salam peluk cium menangis merintih kat luar sana… korang dah buat jem kat depan tu, abes orang lain tak nampak mummy daddy dorang kuar tau taaakkk….?

Disebabkan mahkluk 4-5 ekor yang tak bermoral ni, aku terlepas mak aku.. tau2 jer mak dah keluar ikut pintu belah kiri sana… Si*l betul!!!  Frust adik aku yang kononnya nak amek gambar mak waktu tolak troli keluar dari pintu tuu….

Oh, apa barang yang aku collect?  Nanti2 aku citer… tak amek gambar pun lagi.. masa mak mengagih harta, aku tengah busy siapkan breakfast tuk depa2 masa tu…

Sekian...!
Category: Coret, Mak  6 Comments
Papa, Ika nak beskal laaa

Pergi rumah anak saudara sahabat mak hari Sabtu masa mak ada KL aritu sebab depa buat kenduri anak-beranak sempana kepergian mak & sahabat ke tanah suci…

Gagal lagi GPS aku sebab itu kawasan baru… Taman Seri Budiman, Cheras… langsung tak wujud dalam malsingmaps…

DSCN3924 DSCN3921 DSCN3923 DSCN3922

Sib baek ‘kakak’ tu kasi Ika pinjam basikal tu.. katanya “pinjam jer kan?” hehehehe cute sungguh!

Zulfan plak memang dari mula sampai hingga nak balik, tak nak masuk dalam rumah sebab seronok main basikal kat luar.. Makan nasi pun bersuap sambil2 dia main basikal jer…

Sepinggan habis nasi, ralit main sampai tak sedar nasi dah banyak habis… alangkah seronoknya dapat duduk umah teres, seronok skit anak2 main2 kat laman… Papa……………………………!!!

Sekian...!
Category: Mak, Zulaikha, Zulfan  4 Comments
[Coret] Masih Demam

Balik kerja semalam, nampak Ika terlentang depan TV, dahi bertuam tuala dingin… alahai, tak kebah lagi anak mama…

Aku dakap dia, beriba.  Aku tuam² lagi dahi dia kasi sejuk skit… Kata Rohmah hari ni dia diam jer.. Sehari suntuk mengadap TV, tidur, ngadap TV, tidur.

Pagi ni, lepas hubby selesai keje dia, dia akan balik umah, bawak Ika gi klinik… Cepat sembuh ya, sayang!

Dah 2 hari mak tak sms aku… So pagi tadi aku sms mak tanya khabar.  Dah jumpa ke Cik kat sana?  Mak sihat ke tak?  Kenapa lama tak sms?

Cepatlah masa berlalu…

Semalam terbaca dalam blog kengkawan pasal ayam DJ-LRC.. lamanya tak order ngan Kak Didi…

Kak Didi,

Nanti 19/12 (Sabtu) or Ahad nya saya nak order secara pukal tawww… Nak jamu keluarga besar saya masa menyambut mak balik dari Mekah… Tungguuuuuuuuuuuuuu…..!! (Lupa nak jamu mak minggu sebelum mak gi Mekah)

**updated: mak dah reply sms.  Katanya dia ada antar gambar (MMS), tak sampai la tu kot… nanti send lagi sekali

Sekian...!
Category: Mak, Zulaikha  2 Comments
Saat2 Perpisahan… 40 Hari Tanpa Emak

Entry bergambar dan menggila dengan video.. sila abaikan jika tak berminat.. entry ni khas untuk adik badik aku…

09112009178 09112009180 **Masa tengah collect beg sandang, dan keperluan2 yang ditaja** 

 

 09112009182 09112009183 **Bahdin & Auntie Sharifah pun ada sama hantar mak…**

 09112009185  09112009187 09112009188  09112009190

Tiba giliran video plaaak… sila bersabar loading satu persatu…

 

 

 

 **Video ni amek kat projector screen kat tengah padang… siap depa pasang camera nak bagi keluarga jemaah tengok..**

Ada lagi camera kat depan pusat pelepasan, scan bag.. tapi tak larat nak tunggu sebab giliran mak lalu depan tu lambat lagi… mak kena beratur collect passport dulu kat kaunter then baru lalu depan camera tuu…

Sebab jam pun dah 4.45am, tak boleh tunggu dah, penat sangat… hubby pun dah dekat 24 jam tak tidur start dari pagi semalam…

Keluar dari Komplek Tabung Haji Kelana Jaya, hubby ajak breakfast kat MekDee…

09112009192**Muka dah sembab sebab dah ngantuk sangat

09112009191**Beli 3 set breakfast percuma sekotak Corn Flakes setiap satu (tiba2 iklan CornFlakes plak)

 

Sampai rumah kul 5.30am terus tidur… pukul 8am terjaga tak larat lagi nak bukak mata, terus sms kat kawan ofis bagitahu aku halfday…

Tapi tak boleh nak tidur lama, jap2 ada call masuk tanya cemana keadaan mak… Buhsan & tak tenang, anak2 pun dah bangun duk hempap2 badan aku, terus bangkit mandi, pi ofis…

Malamnya, aku balas dendam.. tidur dari pukul 8pm sampai ke pagi.. hahahaha puas hati aku!! (rasa macam keje kilang waktu dulu, bila shift malam, gini ler jadinya)

Sekian...!
Category: Mak  13 Comments
Tetamu Allah

Semua pun dah tahu kan, mak dapat jemputan dari Allah tahun ni… Dah malas nak cerita ulang2 segala kesulitan dan ujian yang Allah berikan di awal keberangkatan mak…

So pada hari Khamis aritu, aku membawa jemaah2 ni balik ke KL, nak kena tunggu penerbangan dari KL ke Mekah…

DSCN3904 DSCN3905

Ayahngah datang dari Sedili, Johor semata2 nak mengazankan mak.. Pilu, sayu, syahdu.. Aku pun menitik airmata padahal aku belum pun berpisah ngan mak tapi ntah kenapa syahdu sangat bila dengar Ayahngah azan pagi tu… Beralun bergema suara Ayahngah azan… Sedapnya Ayahngah azan…

Hujan plak turun renyai2… Dalam hujan renyai jugaklah kami bergerak kembali ke KL…

Dari renyai bertukar lebat selebatnya sampai tak nampak apa pun kat depan mata, so aku terpaksa berhentikan kejap kereta kat Marang, berteduh kat stesen minyak…

Kurang dari setengah jam, hujan dah reda skit so aku teruskan perjalanan.. Memang hujan tak berhenti2 sampailah di Kemaman…

nasib baik hujan reda di Kemaman, lepaslah hajat aku nak minum2 kat Hai Peng..

DSCN3915

DSCN3909 DSCN3907DSCN3906 **haruslah minum kedai kopi kena order kopi kan?**

Paling syok bila sejuk2 ekon dalam kereta dan luar kereta, dapat kopi panas, dapat plak pekena telur masak separuh…. Taraaaaaaaaaaaa..!

DSCN3910

Nyuummm nyuummmm lazaaaaaat!!

Dipendekkan cerita, kami sampai Perhentian Genting Sempah dalam pukul 3pm, berhenti sembahyang dan minum2, sampai umah ngam2 pukul 4pm…

Dipendekkan lagi cerita, aku story keberangkatan mak dari Kelana Jaya ke Mekah di next entry… Adik badik aku pun tunggu video yang aku amek masa lambaian mak… Huhuhuhuhu rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu (baru 2 hari mak pergi)

Sekian...!
Category: Mak  14 Comments