Archive for the Category »Fren «

Walimatul Urus, Aku Yang Memikul Amanah

08022010755

  • Norliza Sulong & teman
  • Nurazumy & keluarga
  • Maz Musliha
  • Tg Zanariah & teman
  • Tg Sheirawati Aminah & keluarga
  • Khairul Anwar Abdul Razak & teman
  • Maziana & keluarga
  • Cheema & keluarga
  • Jang & Puspita & teman2
  • Suella & teman
  • Dayah Rafy & suami
  • Afrah Aida & suami
  • Azura Ismail & keluarga
  • Hafizi & Dayah serta keluarga

Ada kad jemputan ni dengan aku… sila2 lah lapangkan diri mai collect… Jamuannya pada 6 March nanti di Gombak… Lawo kad tu, rugi kalau tak amek….

Sekian...!
Category: Fren  9 Comments
Penangan Facebook, Dunia Jadi Kecil… ~ Kisah Benar

image

Cuci² mata… tengok gambar ni… tumpang bahagia….. Tetiba anak dia jadi ramai.. seronoknya, takyah susah payah beranak….

Rasa rindu kat dia…. apa khabar kau sekarang?

Pastu, tangan gatai klik kat “In the photo” tu.. jangan salah sangka ya, sajer buang² masa…

Tiba²

image

Aikk, kenapa si Yatie ni ada kat sini… siasat kat Yatie, tak dapat jawapan… so tangan yang gatal ni terus jer tekan², kut lah boleh jumpa sendiri jawapan tu…. [yatie pun dapat banyak anak segera jugak.. untungnya korang…!]

image

Jumpa gambar ni… yang komen tu, ayahnya sama nama..… mesti adik beradik dia… oh, mungkin jawapan ada kat sini… so aku pun klik plak kat si pengomen tu….

image

Lagi dasyaaaaaat!!!

Mutual Friends ada 3… Semua tu sepupu sepapat aku…. adakah kita bersaudara…??

Tengok2 nama kat online, Farezi ada.. pi terjah dia.. di samping tu, si Yatie pun menjawab jugak soalan aku…

Kawan sepejabat… Dulu dia keje kat Air Asia, skang dah berenti, kata Yatie.

Kata Farezi pulak, bukan kawan sekerja tapi kawan…. [Farezi plak keje ngan MAS]

Yang si Fazrin tu buat apa plak kat situ…?  Yang tu aku belum tanya, tapi pelik laa minah Spore ni takkan tetiba plak berkawan dengan kawan² Faremi & Farezi… :)

Walauapapun jawapan mereka……. Kecik kan dunia…??

Sekian...!
Category: Fren  3 Comments
Kenapa Kau Nak Kawen Dengan Laki Orang?

Aku baru dapat berita BEKAS kawan baik aku ni nak berkahwin tak lama lagi… [bukanlah baik sangat pun, dia cari aku bila kesempitan jer.. bila dah habis kawan2 dia tak boleh tolong dia, baru dia cari aku.. well, aku ni kan baik hati.. dah tahu macam tu, aku tolong jugak takat mana mampu]

Tahniah sebab berjaya menamatkan zaman janda nya dengan begitu cepat sekali… Tak ler merana cam aku ni, menjanda hampir 10 tahun….

jaTapi kenapa kau nak kena kawen dengan laki orang…?

Okeh laaa, laki orang dan kau plak janda, MAYBE boleh diterima dan dimaafkan… kalau tak boleh terima, takkan lah Allah wujudkan bermadu sampai 4 kaaan…?

Tapi kenapa kau nak kawen dengan lelaki yang isterinya tengah sarat mengandungkan anak mereka yang ke-3????

Kenapa?

Aku tak puashati betul lah….!!

Cara kau, gedik kau memang dah lama tak bertempat.. dengan laki aku pun kau nak menggedik, kaaan… tapi aku sabar, sebab aku tahu, laki aku ‘kuat imannya’…. alhamdulillah, laki aku tak tergoda dengan kegedikkan engkau tu… [dalam hati dia, mana aku tahu] tapi tetap bersyukur sebab laki aku ‘terselamat’…

Tapi kau tak serik ker…? dulu kau kawen dengan bekas laki kau pun kau ambil laki orang, sampai dia ceraikan bini dia.. ok, kes tu memang bekas laki kau terkenal dengan gatal miang…

Dah jadi macam ni, kau cari lagi laki orang, kenapa?  Sebab dia kaya, banyak duit… kau tepuk dada tanya selera…

Sekian...!
Category: Fren  15 Comments
Asliza & Kahlid

DSCN4136

Cantik gak pengantin pakai silver kan?

Sampai sana dalam pukul 2pm.  Tak nampak plak batang hidung staff Shell LPG lalu kami terus bersantap laa…  sebelum tu, sempat aku bersalam ngan As sambil hulur hadiah kat dia..

Tak sempat ler nak borak lelama sebab dia tengah get ready nak sambut suami dia datang…

Dah siap makan, Ika plak bangun tidur, aku pun sambung plak suap Ika.. tengah2 duk suap tu la, my best friend ever kat Shell LPG datang menegur..

DSCN4135

Kak Roy..

Ibu kepada 3 orang anak, eldest 21 tahun kalau tak silap, the youngest nak masuk form 1 tahun ni… nampak muda kan?

Masa aku memula keje, aku tak percaya Kak Roy ni ada anak yang dah besar2… sangka aku, maybe anak2 kecik sekolah rendah lagi… seriously, she looks soooo young! aku kagum dengan dia!

Pastu time kami dah nak balik baru lah terjumpa Azah, Nazreen dan ada beberapa orang lagi yang aku tak kenal, keje masa aku dah berenti dari sana….

Satu aku suka keje dengan Shell, they are soo open minded and friendly… respectful dan suka makan2… hehehhehe

Tapi apakan daya, tak terdaya aku nak terus keje kontrak jer kat sana… lagipun, rezeki aku lebih melimpah dengan company yang aku keje sekarang ni, syukur alhamdulillah…

**persahabatan yang terjalin, tidak patut diputuskan

Sekian...!
Category: Fren  3 Comments
Perutusan Raja Sehari

Aku dapat 2 jemputan kenduri di hari yang sama tapi berbeza jaraknya…

30122009564

Nak mintak pendapat ni…

Kalau korang dapat 2 jemputan (aleeeh, baru 2 dah kecoh) pada hari yang sama, satu nun di Perak, lagi satu sejengkal jer kat KL ni jugakk…

Yang mana lebih afdal tuk kita hadirkan diri?

Apapun jawapan korang, yang jauh sudah kutitipkan hadiah…

Selamat Pengantin Baru Mya… semoga berpanjangan jodoh sehingga ke akhir hayat..  Maaflah aku tak dapat nak hadirkan diri, hubby aku cakap, suntuk sangat dah nak buka sekolah jalan jauh2….

Sekian...!
Category: Fren  3 Comments
Lagu Ini Hanya Untuk Diri Aku Sendiri, Memori Aku Sendiri

Enjoy myself dengar lagu ni semalam kat radio Red.fm…

Terasa terbang kembali ke zaman lampau, zaman2…………………. aisssh, apa khabar orang di sana.. sihat ke kamu laki bini…

Terima kasih kerana menghiburkan saya tika waktu itu.. terima kasih kerana menghulur bantuan di kala kesempitan, terima kasih, terima kasih….

Sekian...!
Category: Fren  One Comment
Sebuah Persahabatan Yang Dibina, Bagaimana Ia Sepatutnya Bermula…?

Aku pernah berkunjung ke blog A.. sampai sekarang tak pernah dapat kunjung balas dari beliau (beliau tidak pernah menyapa di blog aku walaupun aku kerap jugak tinggalkan jejak di blog beliau)..

Kemudian, aku kenal B dari blog A…

Aku berkunjung ke blog B, menyapa B walaupun sapaan aku tidak kena pada waktunya tapi….

B berkunjung balas ke blog aku dengan ramahnya… teguran aku pada dia, disambut dengan baik tanpa rasa dendam…

Kini aku rasa mesra dengan B, walaupun ramai yang berkata A adalah seorang yang lemah lembut berbudi bahasa…

Maaf A, saya tidak berkesempatan mengenal anda tapi saya suka dengan persahabatan yang dihulurkan oleh B…

Dari awal, saya tidak memihak sesiapa, tetapi saya sangat menghargai setiap persahabatan yang dihulurkan…

Kawan, semoga persahatan ini berkekalan…!

Sekian...!
Category: Fren  15 Comments
Jang…

 

My schoolmate…

DSCN3142

Semalam, Jang datang ke rumah aku… Tujuan, nak ambek Applique Tee yang dia upah aku aritu…

DSCN2919

Ini lah baju tuk Jang…

Sebenarnya plan nak pi breakfast sama2 semalam, tapi sebab aku dah cancel puasa Sabtu, terpaksa ganti puasa semalam.. Satu sebab lagi, planning tergantung kat tengah2..

Tak tahu keputusannya jadi ke tidak sampailah pagi semalam Jang call and dia cakap, dia nak datang umah aku memandangkan kawan dia boleh tumpangkan dia ke mari..

Sekian...!
Category: Felt, Fren  6 Comments