Archive for the Category »Family «
ampuuuuuuun… maaf suami ku yang tercinta…
tapi memang puuun!! gitu lah gayanya kalau bini makan angin ngan anak2, laki takde masa nak temankan…
Ni cerita minggu lepaaaaas….
sebab minggu sebelumnya, opis aku ada buat picnic sempena Sports Club, excited dah nak pergi tetiba Zikri remind aku, dia ada Kem UPSR esoknya…
so terpaksa laa Rohmah simpan balik barang2 yang nak bawak ke picnic…
Si Zulfan sampai ke sudah duk tuntut janji, kata nak mandi sungai… kesiaaaaaaaaaaaaan…
![]()
Dengan sadisnya, aku redah gak pi Ulu Yam anak beranak tanpa laki.. apa buleh buat…. laki aku keje tak macam orang laiiin…! Tak keje takde duit…
Kenapa aku boldkan ayat tuu? sebab itu ler ayat hubby tiapkali aku merungut dia takde masa… (perli nampak?)
So pagi Ahad ada pasar tani kat area umah, keluar umah pagi2, (takpayah mandi, mandi kat sana jerr)
Pastu singgah pasar tani, beli nasi lemak, mee goreng, apam balik & kerepek… simple!!
Ehhhh, baju renang aku beli kat Bandung… RM30 jer baju tuuu….
Khemah pasang sendiri, terkial2 pun tegap gak berdiri.. ehh tipuu tak tegap, senget skit!
Lantak ler, janji nampak khemah tu, buat aku tukar baju!
Mandi kejap takdan 10 minit, dah ajak balik… si Zulfan ler!!
Ika aku memang tak heran, dia memang tak suka mandi!
pastu kan pastuuuu
Masa nak kemas2 nak balik, ada satu family ni baru sampai.. dia ambil port kat depan, bucu khemah kami…. ada suami, ada isteri, ada anak 2…
Masa bini dia gi terjun sungai ngan anak2, si laki ni menegur aku…
Datang dari semalam ker?
Ehh, takde laaah… pagi tadi jugak sampai..
Oooo, awalnya nak balik?
[Sengeh] bebudak ni dah puas mandi…
Kesian tak kat aku?? gamaknya dia ingat, aku bermalam kat sana, lari dari laki bawak anak2 sama…
Cis, bedebah! Lebih elok aku sewa hotel, best tidur takde nyamuk!!
dah bagitau aritu, banyak giler gambar pending dalam camera…
skang dah mendownload kesemua gambar, so mari kita bercerita basi…
Cerita pada 12 June… alamak dah dekat sebulan rupanya gambar ni.. kekekeke pasrah!!
Pergi PD sebab kazen hubby kawen, tapi hubby pun ada kenduri yang dia kena handle so aku ler kena pergi mewakilkan dia… bersama anak2
Elok jer 2 beradik ni duk belakang… elok ler sebab dah kasi umpat makanan…!
sampai kat sana awal, sebab kul 8.30am lagi aku dah bertolak dari Bandar Tasik Selatan..
Kenapa dari sana? sebab pepagi buta aku dah mangun, antar prospek ke NDO (New Distributor Orientation) sekaligus dari saya terus…
Pakat2 dengan adik badik hubby konon nak sampai sana sama2, tapi aku sampai PD, depa baru nak bertolak dari KL… ada kesulitan berlaku kat sana…
So kami layan diri…
![]()
Sesampai jer ngam2 pengantin baru nak bernikah.. habis nikah, nasi pun belum siap masak, so melepak ler kejap dalam umah sesambil nak tunggu adik badik hubby yang lain sampai…
Buhsan menunggu sebab ini budak tak reti duk diam.. depa duk berlari keliling hantaran, aku takut depa terjunam dalam kek pengantin…
Siap nasi terus kami pelahap makan… Dah makan, malas nak tunggu terus kami balik..
Ngam2 nak balik, adik badik hubby sampai.. takpelah, mereka memang dah sewa homestay, nak duk lama kat sana.. siap nak mandi pantai lagik…
Aku ada tugas petang tu, nak collect balik prospek dari NDO.. so please excuse me laa erk…
Kan kat simpang PD nak keluar ke highway tu kan ada benda ni kat corner…
Takde pikir2 panjang, aku terus stop kan kereta kat tepi jalan.. pasrah redah panas ke keter kebal nii… sekali sekala hiburkan hati anak2, alang dah sampai katanya….
Diakhiri dengan gambar ini budak bujang….
Exam baru ni, dia dapat 1A 4B, alhamdulillah ada peningkatan…
Tapi kalau beliau boleh buat dengan lebih tekun, alangkah lebih elok results tu nanti?
Nasihat mama, tinggalkanlah segala mak nenek game tu buat sementara waktu… belajar belajar belajar dengan tekun, abis UPSR mama kasi abang main game puas2….
Aku kaaan, semenjak dua menjak ni bukan main galak lagi update status kat FB tuu… 1 hari sampai 2-3 kali… kalau tak, seminggu sekali pun aku malas nak layan FB… tengok² kawan² punya jerr…..
Lepas tu, korang tak rasa pelik kerr…? kadang² status kat FB tu sebenarnya takde isu apapun, contohnya macam ni:
Tak ker segala perbualan tu sebenarnya boleh dilakukan dalam telefon ke, ataupun boleh jer berborak dalam YM, sebab masing² pun ada YM kaaaan…. kekekekeke
Cam artis² pun, kadang² sajer macam nak expose publisiti (like Awal & Scha aritu), publish status yang agak² kategori privacy tapi sengaja laah kot nak suh spy hidu….
apapun niat kita, kadang² seronok gak membaca status korang² dalam FB…. kadang² seronok gak menyampuk status kawan²…. ibaratnya bergurau senda, jauh tapi dekat di hati…..
Baru jer cerita pasal hantar Yana belajar ke Kolej Matrik Kuala Nerang, semalam dia kecoh² nak balik, kononnya tak tahan duk sana sebab BORING???? Dia lebih sanggup sambung belajar Tingkatan 6…
Alahai adikku Azliana… ceteknya lagi pemikiranmu itu, wahai adik…
Tidakkah kau anggap ini adalah satu proses peningkatan usia, inilah dugaan dan cabaran hidupmu untuk melangkah ke alam dewasa, wahai adik… cubalah muhasabah diri…
Cubalah dikau renungkan, saat kau keluar dari sana dengan jayanya, rakan2mu masih lagi bertungkus lumus nak menghabiskan Tingkatan 6 atas pulak… saat rakan²mu baru nak menjejak menara gading, sedangkan kau sudah hampir tiba ke puncak…
Betapa engkau sepatutnya bersyukur kerana berpeluang untuk melanjutkan pelajaran, kenapa kau tidak mahu tabah sedikit untuk merintangi gelodak jiwa mudamu??
Mana ada kejayaan tanpa kesusahan? Mana ada keseronokan tanpa kesedihan??
Ya Allah, Ya Tuhanku… Kau tabahkanlah hati Azliana Abdul Aziz untuk terus berjuang di sana, tabahkanlah hatinya… Kau kurniakanlah kesabaran dan ketenangan dijiwanya, Ya Allah…
Gigi aku menyengat lagi… ini dah kali keberapa punya menyengat…
Aku tau, kalau aku biarkan lagi, memang gigi ni takkan bagi chance kat aku pun sampai bila2…
Paling aku risau takut gigi aku ni wat hal masa aku tengah driving ke Kuala Nerang, hantar Yana masuk matrik kat sana.. (masa entry ni di publish, kami memang dalam perjalanan ke Kuala Nerang)
mak dah harapkan aku bawak Yana ke sana.. hubby lak ada keje, memang tak boleh nak ikut sama…
So kami akan pergi sebuah kereta, hanya bergantung harap pada GPS semata2…. doakan kami selamat pergi selamat pulang…!
Berbalik pasal gigi aku ni… aku pi klinik kat Sri Rampai, menunggu kat sana sampai 3 jam sebab tak buat appointment punya pasal…
Yo laaa, aku sakit dan dan tu jer aku serbu klinik… memang ler kena tunggu turn… depa akan priority kat appointment patient laa kaaan…
Tapi akhirnya penantian berbaloiii!!
Doktor tu sangat best, dan sangat baik dan sangat sopan… dan paling penting, aku terkejut sebab kejapan jer gigi aku dah tercabut…
Harganya baru RM150 tuk gigi last sekali belah atas…. murah!!
Rasa bersalah sebab asyik buat entry pendek jer kat blog ni.. keje senang namanya, tak layak rasanya digelar blogger…
So dengan rasa payah dan keletihan, aku cuba mencipta entry riadah kami anak beranak di Petrosains 2 minggu yang lepas…. ![]()
Idea datang waktu aku nak menghabiskan voucher Parkson, dah redeem voucher tak tahu plak nak buat apa…
Dah lama si Zikri mintak nak masuk Petrosains tapi asyik tak kena masa… so kebetulan dah sedang elok sangat lah kami ke sana…
![]()
Amik package combo, lawat sains music sekali, harga dewasa RM15, kanak2 ntah berapa ringgit jer.. kami masuk 2 dewasa, 1 kanak2, 2 infant baru RM35…
‘Macam2 music’ manual ada kat sini, punca & bagaimana muzik terhasil, apa kesan muzik dalam mood & kehidupan sehari2 kita, semuanya dapat diteroka kat sini…
Zikri cuba nak jadi DJ rap… hehehhe, menjadi ler skit2….
Dalam setengah jam ke sejam dah boleh qatam sains muzik ni… seronok budak2 ni dapat teroka alatan muzik kat situ…
Tiba masa nak masuk ke Petrosains… kena naik gondola… syioook!! sangat
Bila dah sampai stage atas, kita leh request stroller tuk infant.. FREE..!! Sebab katanya memang nak pusing kat dalam tu makan masa dalam 2 hingga 3 jam jugak ler…
Terkujat jap aku…!! aku ingat just masuk pusing2 tengok2 intai2, sejam dah abis leh balik…
![]()
dah ler kami masuk sana kul 1 petang, dengan tak lunch lagi bebudak tu, ngan botol susu Ika kami tinggalkan jer dalam locker yang disediakan… adeeeeh…!
Banyak benda yang kita leh teroka dan tambah pengetahuan pasal petrol dan sains ni…
imej 3D.. boleh dilihat tapi tak dapat disentuh…!
masuk ke alam dinasour… excited!! Interesting!!
Test drive pesawat ringan… angin kuat terasa hingga ke luar…
Dapat rasa sendiri pengalaman ke pelantar minyak, naik heli…. segala action ada kat dalam heli ni tapi budak ketinggian bawah dari berapa meter takleh masuk…
Sib baik Zulfan ngam2, then Ika dengan Rohmah terpaksa masuk halan shortcut… pening2 aku naik heli ni dilambung gelombang ribut atas angkasa… eheksss!
Zikri & orang minyak… hehehhehe
Ini plak dalam deck pelantar.. bilik rehat pekerja…
Atas katil tu ada orang batu, action2 as pekerja tengah tidur… aku suh Zulfan panjat katil pastu dia nampak orang batu tu, melalak2 dia terkangkang2 nak turun…. nak lompat takut jatuh! hahahahaha jahat ler aku ni!
Ini plak bilik rawatan…
Kitchen..
![]()
Ika dah kemalasan… kasut pun dia suh bukak sebab dia nak relex2 jer atas tu berjalan sambil kena sorong….
Penonton setia kat tepi tu… hehehhe
Last2 takleh tahan sabar, asyik abang & abangngah jer berlumpa, Ika pun nak join gak sebontot…!!
Sudah tamat dalam petrosains, kami ke KFC makan dengan sangat kebulur!!!!!
Peringatan, makan dulu sebelum masuk ke Petrosains tapi awas, dilarang membawa makanan masuk, so makan jer kenyang2 sampai abis yaaa…
**Aku masih di PWTC for DSA Exhibition….
Sajer jer kasi nama syiook2 sendiri….
Excited nak bawak kids pergi sana, sebab rancangan pagi nak pi Bird Park tapi pagi semalam Zulfan bangun tiba2 merengek nak main game..
Kes semalam dia tak puas main game tapi kena tidur…
Pastu dah lambat, so rasa malas dah pi… so kalau pi tengok momkey jer sempat kot….
So sms kat Sis Rasp tanya kat mana actually tempat tu, sebab dia pernah kuarkan entry bawak sapphire ke sana…
sampai2 jer terus nampak monkey panjat kereta orang.. so aku judge monkey ni memang jinak laa erk….
![]()
So ajak anak2 turun… diorang yang lebih excited… takut, tapi macam berani…. hehehehhee
Zikri & Zulfan jer laa amik gambar, Ika aku tak izinkan… aku lak seriau kalau tiba2 monkey ni panjat naik atas badan anak2 aku….
Brother ni macam familiar sangat ngan monkey2 ni.. siap panggil2 nama lagi tuu… agaknya dia mmg otai laa kat sini, siap tolong sapu2 saki baki kulit buah yang monkey2 ni makan, sedekah dari orang…
Kata brother yang baju itam tu, yang ni sekor kena pulau… dia takleh campo dengan yang kat atas pokok tu, nanti habis kena belasah…
Kisahnya, dia dengan ketuanya dah buat hal.. ketuanya dah lari ntah ke mana, tinggal dia sekor2 kat situ… so dia kat pinggir2 je laa…
Macamana nak gi ke sana??
Korang ikut Jalan Ampang pastu masuk ke Taman Tar untuk ke Kelab Darul Ehsan (KDE)…
Dari situ korang susur jer terus jalan sampai ke atas, sampai laah jumpa monkey2 ni…
According to Sis Rasp, siang2 pagi monkey ni takde, dia aktif waktu petang dalam kul 5.30pm… so semalam aku pi pun dah pukul 6.30pm by 7.15pm kitorang balik, monkey2 ni pun dah lesap…
Boleh mengeypohkan diri kat sini….
Sibuk nak mintak hadiah, memang dia nii mata $$$$$$$$ sesajor…
Memang bankrup kalau duk melayan dia ni.. tapi duit dia berkepok ko tauuuuuu, pandai simpan duit… dah nama pun simpan, memang simpan sampai mati laaah, pastu menjahanamkan duit orang, dia lah ratu!
Anyway,
Tahniah, Yana… Congrats sebab tak sia2 laa usaha kuat belajar ko tuu, harap dapat sambung belajar dan jangan sia2 kan harapan mak….
Kunci umah SIL dah dapat…
umah moklong ada olaaaaaamm
Kemain excited bebudak sebab nak mandi kolam…
Maka berangkut lah kami anak beranak ke rumah SIL, berangan laa kejap konon2 dapat rumah sendiri…
Haaai laa papa… bila nak beli umah ada kolam ni….?
Platinum Walk, Setapak (in front uptown Danau Kota)
katanya, shoplot bawah ni Mydin dah concur… Waaaah syiook laa aku shopping Mydin lepas nii…
![]()
Walaupun SIL tak duduk sini lagi, tapi bebudak ni dah rasmikan pool ni… hahaaha, bukan kami ajer, banyak jer family lain pun lepas gian mandi kat sini… syioook….!!!
Ini lot yang betul2 mengadap swimming pool, memang seronok kalau dapat lot ni tapi kena tahan bising laa kalau petang2 bebudak mandi kat situ… memula syiook la, lama2 kang tak tahan telinga di buatnya…
Tapi umah SIL tu sama floor ngan swimming pool gak, cumanya sebelah belakang skit, so takde laa terdedah ngan environment public ni kaaan
Tasik yang berdekatan, pemandangan dari pool floor… tengah duk build lagi kawasan ni, sok2 dah complete cantiklah tuuu….
Ini pemandangan dari 5th floor, poolside… bawah dari 5th floor ni parking kereta.. barulah betul, sediakan rumah, kenalah sediakan parking sekali… adat rumah kat Malaysia ni, rumah ada parking takde, pastu satu masalah pulak kena sidai kereta tepi jalan, pastu boleh laa polis ke, DBKL ke cari duit saman kereta. isk isk isk… biasalah, Malaysia boleh!!
Besar kan balkoni umah… SIL untung sebab umah 5th floor ni silingnya tinggi, so rumah pun nampak lebih besar…
OK lah, memang seronok kalau dapat duduk umah baru… Ya Allah, murahkan lah rezeki tu, dapat ler beli umah baru tuk seisi keluarga….
Anyway, umah ni SIL & MIL taknak duduk, dia nak sewakan.. katanya dah ada penyewa Cina nak sewa RM1,400 sebulan.. woooowww, baik bayar tuk umah sendiri kan?
Jumaat, mintak excuse kat manager, pagi nak masuk lambat sebab nak settlekan hal passport kami anak beranak… kesinambungan entry ni laaa… hehehehe
Ye laa ye laaa, aku nak bercuti… setengah tahun taaw plan cuti nii.. huhuhu kasihan…!! Sib baik ada everyone can fly….
So dah boleh agak kenapa aku buat March Top Commentator..? tak join rugiiii….!!!
Subhanallaaaaah, punyalah panjang beratuuuur sampai luar bangunan… padahal aku dah datang kul 8am tawwwwwwww…..
Ntah mana ler diorang ni nak pergi ramai2 nak buat passport ni? Bercuti secara berjemaah ke hapa ni yang semua datang nak buat passport sekaligus…? Cam tau2 jer aku nak buat passport, nak sabotaj laa tuu [eh tetiba emo
]
Oh, sedikit info tuk buat new passport ni,
- IC pemohon asal dan salinan
- Surat beranak tuk kanak2 12 tahun eh ke 16 tahun ke bawah dan salinan IC ibubapa/penjaga
- Gambar ukuran passport 2 keping
- Borang permohonan (nak selamat, isi siap2 kat umah)
Pergi pagi2 tuk dapatkan nombor giliran, kalau terlambat mungkin tak dapat nombor nanti sebab setiap hari imigresen ada quota yang terhad tuk meluluskan permohonan. Aku pi kul 8am tu pun dapat angka 1123, masa aku dapat nombor tu, giliran tengah panggil 1034, hebat kaaan??
Sib baik servis baeeeeeek punya lajuuuu! Tahniah Imigresen!!!!
Tengok, ni yang boleh duduk, yang berdiri berduyun lagi kat luar nuuun!
sudah selesai di kaunter passport, tunggu jap tuk buat pembayaran… aku amek passport yang RM100 tuk 2 tahun.
Lepas buat pembayaran, sila tunggu 2 jam tuk collect passport yang dah siap tuu… So aku anak beranak balik ler dulu umah MIL, makan2 sebab dah lapor…
Pastu tiba nak sembahyang Jumaat, aku pun pohon diri nak balik, nak baring2 jap, 2.30pm nak sambung keje balik…
So konon2 on the way nak pi ofis, aku singgah ler kejap kat Imigresen Setapak tu tuk collect passport, confirm dah siap punya! Then boleh ler aku terus masuk office…
Hapa??????????
Anak2 kena datang sekali tuk collect passport depa????
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Lenkali baca dulu kat slip tu hapa yang depa tulissss!!!!!
Maka, Isnin ler baru aku datang collect passport ni, waktu lunch aku kenalah lari jap amek anak2, bawak ke Setapak then antar depa balik umah balik… tak dayo dah aku nak patah balik time tu jugaaaak….
Sekarang takde kat ofis
pergi membawa diri.. ehek! Poyo!
Sibuk duk isi borang semalam, dan memastikan semua dokumen lengkap dan dibawak sama2, jangan ada yang tertinggal tercicir, alamatnya kena buat 2x keje… huuuh dah takde masa!
Tak jumpa lah yang macam dalam gambar Puan Pengetua nak buat tempat gathering tuuu….
Tapi kami jumpa ini….
![]()
Sebab hari dah petang senja, so takde le semangat nak cari tempat tu sangat, asalkan dah tahu tempatnya udah ler… esok pagi pagi ni, nampak ler bila dah ramai2 orang berkumpul kat situuu….
Layan bebudak ni main playground… kesian, dah berapa minggu bercuti panjang, melepak kat umah jer…
Rupanya banyak tempat yang boleh bawak bebudak ni pergi…
Taman Burung kat sini nampak menarikkkk!! Tengah2 ronda ngan kereta kat dalam tu, ada beruk 2-3 ekor duk melepak tepi jalan, bersorak Zulfan seronok tengok beruk tuuuuuuu…
Eiiyyyy, nanti weekend bila free mama bawak ke sini erkk…. kita masuk Bird Park tuuuuu….
Tugu Negara pun boleh kita lawat nanti..
**papa, boring lah asyik Tasik Titiwangsa jerrrrrrrr…. next time kita datang sini, k??
Ntah kat mana si Zulfan ni belajar, nampak jer signboard KFC tengah jalan, terus sound aku akan pi makan kat KFC….
Tetiba pagi tu hati aku lembut lalu aku terpedaya… hahahaha
![]()
Beli 2 set Chicky Meal kat budak berdua tu, si Zikri makan burger, aku dan Rohmah share lunch plate walaupun di pagi hari di waktu pukul 10pagi…
Aku sebenarnya bangun awal sebab nak pi Avon, ada barang sale yang kena rebut cepat2 sebelum kehabisan.
So aku pergi kat Avon Giant Melawati, kat situ ada KFC, sajer ler melepak2 ke sana sebab tak tahu lagi dah nak tuju ke mana pagi2 gini…
Zulfan, lainkali jangan paw mama lagi erk.. kalau nak paww, tunggu papa ada sekali… [gila kedekut punya mama, hahahahahaha]
Dapat email ni…
Sapa yang tak dapat baca kat sini, nak tahu kisah lanjut, bak sini mai email korang, aku forward kat korang nanti..
Tapi sungguh² aku bersyukur sebab dapat si Rohmah as my maid… Anak² aku pun sayang sangat kat dia especially Ika laa kan.. kadang sampai tersasul nak panggil aku tapi terpanggil kakak dek terlalu kerap sangat duk kakak kakak kakak kat umah tu…[tapi muka pandang aku]
Dia pun rasanya memang sayang sangat laa kat Ika tu sampaikan nak balik cuti pun sayang nak tinggalkan Ika.. sudahnya tak bercuti langsung si Rohmah ni.. [bukan aku yang tak kasi yaaaa]
Dia bercuti 3 bulan sekali, tu pun tak mahu lama²… tidur semalam umah makcik dia pun dah cukup laaah…
Ini pun, dari cuti raya haji aritu sampai skang belum balik cuti lagi, sampaikan kami lak risau, terpaksa pelawa dia nak balik ke tak puuuun dia tak mahu…
Nanti kalau saya nak cuti, saya cakaplah…
Katanya….
Tapi dalam baik² dia tu, biasalah ada gak kelemahan dia.. terutamanya bab² blur… kadang datang hari blur dia, naik gak angin aku tapi aku tak sampai hati nak marah sangat, takat rengus2 jerk… naik kesian plak bila aku marah² dia sebab dia diam tak menjawab….
Tahun ni, hubby nak naikkan gaji dia sempena dah setahun keje ngan kami… Terima kasih yaa Rohmah sebab tolong jaga anak² dan rumah kami….
Macam dapat ilham dari mimpi, celik jer biji mata, hubby cakap dia nak pi Ulu Yam… pelik kan?
Memang takde warning2 puun, memang celik biji mata terus dia ajak… sib baik makanan semua dia nak sediakan.. aku sediakan badan jer…!
Aku suka ke mari… sebab airnya cetek, sesuai tuk anak2 mandi dengan pengawasan yang kurang….
![]()
Dah lama beli khemah ni, tapi baru sekarang ada chance nak pakai…
Pandanglah lihatlaaah….. gadis kampung seeeeh… pakai kain batik mandi kat sungai.. ahaks!!!
Memula ingat tak nak sentuh langsung air tu.. dan kain batik tu memang aku spare bawak kut2 laa takde tempat nak pasang khemah, so boleh pakai kain batik masa budak2 nak tukar baju nanti [termasuk lah bapak budak]… sekali…………………. tak tahan godaan beb!!!
![]()
Ika tak suka sejuuuk… so kejap jer dia berendam kat dalam air tu..
![]()
So kami melepak jer lah dalam khemah.. indahnya….!!!












Hot Comments