Archive for the Category »Coret «

[Coret] Today 12 March 2010 is My 4th Anniversary

Impau balik kisah 4 tahun yang lepas… perit wooo nok buleeh ke kawen tuuu… Tapi alhamdulillah, dah selamat pun kami selama 4 tahun ni dengan jayanya hidup bersama 3 orang cahaya mata…. [ada hati nak tambah lagi ke?] ~ insyaAllaaaaaaaaaaaaah!

4

Persandingan serba bajet, asalkan kawen sudah… tapi disebalik perkahwinan ni, yang pahitnya tak usah lah aku cerita…. macam2 choba’aaaaaannn… huhuhuhu!

Tapi dari segala macam choba’aan tuu lah yang membimbing kami selama 4 tahun ni… Berkat doa semua orang tua, mak, arwah abah, makcik, pakcik, nenek, kebayan.. yerr aku tahu ramai yang mendoakan kesejateraan rumahtangga aku…. (mana nak cari rumahtangga yang hari2 berperang, macam kena paksa kawen.. hihihihihi)

terima kasih..

Terima kasih jugak di pihak keluarga hubby yang akhirnya sudi menerima aku sebagai menantu hantu…. Akanku cuba perbaiki diri dari hari ke hari…

Anyway,

Walaupun aku tak dapat apa2 dari hubby sempena anniversary kami ni, tapi aku gembira sebab menerima payment pertama dari Score A.. yer, malam semalam aku cek akaun Score A aku, berhasil juga titik peluh aku selama ni… alhamdulillah…

So apalagi korang, jom join aku wat side income… tapi sesapa yang tak sanggup bersusah payah tapi nak harap hasil datang bergoleek, aku sarankan jauhkan diri dari aku, sebab aku perlukan orang yang bersemangat tuk ubah hidup mereka… Mungkin yang lebih bersemangat dari aku, dan mereka itulah yang akan berjaya…!

**menggarap harapan semoga malam ni hubby ada wat surprise celebration…

Jangan mengharap sangat amy ooiii, laki ko tengah kering tuuuu….!!

Sekian...!
[Coret] Kemas Meja

Pagi ni lambat skit membebel sebab sampai2 jer office, mood berkemas pun datang… eeeh tipu!!

Actually dari semalam jer lagi cam dah boring ngan kedudukan PC atas meja ni… so nak mood baru, nak kena tukar position laa kan?  So dah plan, pagi2 ni sampai jer office, nak bukak PC dulu, tukar2 tempat mana yang patut…

Now, dah kemas… (erkk… cam tak berapa nak kemas gak sebab banyak sangat barang).. takpelah, yang penting, PC berubah hala…

Cerita semalam, tidur awal.. so memang tak sempat nak mengadap blog langsung nak buat entry… so no fresh entry…!

Apa yang pasti, tak sabar nak tunggu minggu depan.. lalalalalalala~~~

Sekian...!
Category: Coret  4 Comments
[Coret] Pening Tak Pening Pening Argghhhh!!

Seharian eeeh, semalaman mencari hotel…

Kawan²,

Mana lagi murah, online booking atau walk-in??

Kalau walk-in kita leh tengok condition sekali kan…?  Tapi macamnya akan buang banyak masa kat situ akibat mencari hotel ataupun berkemungkinan penuh dan tiada pilihan….!

Sila bagi suggestion percutian paling budget abad ini….!

**Zikri exam hari ni, selama 4 hari… wish him luck!

Sekian...!
Category: Coret  4 Comments
[Coret] Monday Blues

Mood agak kureng skit laa pagi ni… tapi tidaklah membawak kepada badmood, cuma so so aje…

Dalam ertikata laen, macam MALAAAAAAAAAS jer nak keje, dapat duk umah kan best??  [Bila lah nak kaya ni??]

 

Eh, tetiba aku rasa macam nak meluahkan perasaan…

Sabtu lepas kami ke rumah baru SIL yang baru diserahkan kunci.. (entry kuar nanti), then dapat lah tarik feel rumah baru tuu…. syiok kaaaan?  Bilakah aku betul2 nak dapat feel tuuu….?

Okeh, mulai hari ni, aku nak tanam azam… AKU NAK DAPATKAN UMAH YANG ADA KOLAM RENANG TUK ANAK2 AKU NI, suka betul berenang, nak nak si Zulfan… ceria jer lepas dapat berenang..

Pastu semalam pun dia mintak lagi nak pi kolam, memang kebetulan SIL pun pi lagi umah baru dia, sebab nak bincang ngan contractor pasal nak renovate skit umah tu… so kami menumpang lagi lah mandi kat sana…

cerita sebelum kejadian tu, si Zulfan dah tak senang duduk dah kat umah, kejap2 mintak pi kolam (sebab si papa dah berjanji dari semalam).. Ika yang tengah tidur pun disuruh kejutkan.. Pastu aku bagi alasan, Moklong nya nak sembahyang dulu.. Tak lama lepas tu dia datang kat aku, cakap Moklong nya dah siap sembahyang.. hahahaha pintar!!

Pastu ngam2 nak pergi, tiba2 dia mengadu sakit perut, bila aku cakap sakit perut tak boleh berenang, dia pun gosok2 perut dia then cakap dah baik dah… alahai, kesian kan??

Tak sampai hati aku nak usik dia, then aku suruh dia pi berak lepas 3 kali dia mengadu sakit perut dan 3 kali tu jugak dia cakap dah baik sebab aku cakap sakit perut tak boleh mandi..

Pergi berak dulu, mama tunggu..

Betul2 rupanya dia sakit perut sebab nak berak.. Kesian dia kena pura2 tak sakit semata2 nak pergi mandi kolam umah Bholong (MokLong)..

Takpelah, kalau mama tak mampu gak nak beli rumah ada kolam, lepas 2 tahun Moklong janji nak duduk sendiri rumah tu, so boleh laah Zulfan tumpang mandi sana ya…. [Nota simpati – harap2 papa baca entry ni]

Sekian...!
Category: Coret  5 Comments
[Coret] Sayu, Pilu, Rindu

Semalam aku telefon Liza, saja nak tenangkan hati dia… ye laaa, aku pun pernah kehilangan orang yang tersayang, so aku faham perasaan yang dia alami, apatah lagi kehilangan tu secara mengejut bagi  dia, mestilah lebih perit berbanding pengalaman aku.

Aku cuma nak buat  dia ketawa, tapi akhirnya aku sendiri tak sanggup nak ketawa… Liza, harap ko tabah.

Dia masih lagi bercuti, masih di kampung… katanya mungkin seminggu lagi dia kat sana, mengenangkan adik dia yang tengah mengandung tu bakal hidup sekeluarga jer kat umah arwah maknya…

Tiba2, aku pun rindukan arwah abah…

.

.

.

.

.

.

Ada sapa2 nak pinjamkan abah dia kat aku tak?  Aku rindu nak peluk abah

Sekian...!
Category: Coret  8 Comments
[Coret] Rohmah Akan Pergi Meninggalkan Kami

To my new readers, FYI Rohmah is my maid….

Semalam lepas aku masak2 then tunggu masa nak mandi & solat maghrib, tetiba Rohmah datang kat aku, katanya nak mintak tolong aku call kan makciknya.. Dia nak bercakap dengan makciknya…

Bila aku tanya kenapa [sebab pelik, selalu dia tak macam tu], katanya ayah dia yang kat Indonesia call bagitahu dengar khabar makciknya nak balik kampung sebab orang tua kat sana tak berapa sihat..

So Rohmah dah risau, sebab dia dah takde sapa2 lagi kat sini.. So kalau makciknya nak balik terus dia nak ikut.

.

.

.

.

.

.

Terus aku rasa macam nak terduduk walaupun masa tu aku tengah duduk.

Ada persediaan ke kalau Rohmah tak ada nanti??

Jujur aku katakan, memang aku takde persediaan langsung, tak pernah terfikir pun benda ni akan berlaku!!  Kedudukan aku sangat selesa bila Rohmah ada bersama²… tak pernah terlintas kat fikiran yang Rohmah akan tinggalkan kamii dengan cara mengejut macam tu, kecuali sebab kematian.

Terus otak aku jadi tak center.  Aduiiiiih aduiiiiih aduiiiih apa aku nak buat ni…?  Mana aku nak campak bebudak ni??  Dah setahun lebih dah idup aku tak huru hara dengan hal² penjagaan anak² ni… adeeeh adeeeh adeeeh…

Lepas makan malam, aku kasi Rohmah call makcik dia…

Pastu dia pass phone kat aku sambil sengih² macam kerang tak berapa nak busuk…

Hah, kenapa?

Makcik saya cakap, bukan dia nak balik tapi dia takut ada operasi, kalau dia kena tangkap dia balik laa….

Kenapa, makcik awak takde permit ker?

Dia dah tak mampu nak sambung, dulu waktu ada anum dia yang sambungkan [anum suami makcik dia yang dah meninggal baru² ni]

.

.

.

Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….. hoyeaaaay Rohmah tak jadi balik!!

**peringatan untuk diri sendiri, sentiasa ada payung sebelum hujan dalam apa jua keadaan

Sekian...!
Category: Coret  13 Comments
[Coret] BBB – Betul Betul Busy

Sapa kata kat aku semalam LLB – Looks Like Busy…??

Busy weiiiih, bukan buat2 tawww… kekekekeke

Aku tengah duk edit company profile ni, dari Power Point nak masuk ke word…adeeeeh, pening kejap petang semalam…!  Ada sesapa boleh tulunnn aku ker? Hahahahahaha!!!

Pastu banyak quotation barang nak kena mintak, tuk tender yang nak tutup 18hb ni…

ada sapa nak bagi quotation kat aku tuk barang2 ni tak?

  1. Smart White Board – 5 set
  2. Plotter & cartridge – 1 set
  3. LED Digital Clock – 9 units
  4. Heavy Duty Photostat Machine – 3 units
  5. Computer Table (Dual) – 110 units
  6. Printer/Scanner Table – 43 units
  7. Computer Chair – 150 units

.

.

.

.

**Hutang Jan-Mar RM2450… bila mauu bayar niii….???

Sekian...!
Category: Coret, hubby  6 Comments
[Coret] Macam Busy

Tak tahu apa yag nak busy kan harini, tapi rasanya macam busy… Rasa macam ada banyaaaak benda nak kena buat harini, tengoklah keadaan macamana…

Entry gathering, esoklah aku publish memandang semalam aku takde mood nak buat draft… lagipun, ada gambar yang aku takde, tapi duk dalam camera Oli…

Sekian...!
Category: Coret  8 Comments
[Coret] Gathering

Dalam perancangan, sepatutnya aku keluar rumah ke Taman Tasik Tasek Perdana pagi ni pukul 8am.  [sepatutnya dah on the way lah sekarang]

Sepatutnya jugak, aku tak dapat hadirkan diri ke sini, tapi sebab tiba2 plak hubby cancel plan dia, so aku minta izin hadirkan diri dari Puan Pengetua di saat2 akhir…

Nasib baik laah, dibenarkan…..

Hubby tak ikut, cuma aku anak beranak, dibantu oleh si Rohmah yang setia. :)

Petang semalam dah survey tempat tu, sekaligus menjawap kenapa aku strike kan ejaan tasik dan ditukar kepada tasek  sebab ejaan sebenar adalah Taman Tasek Perdana.  Patutlah aku cari dalam GPS tak jumpa!  Kalau ikutkan GPS, namanya Taman Perdana. Macam-macam!!

sebelum pi ke Tasek Perdana, aku singgah kedai borong runcit, beli jajan tuk bawak ke sana… sepatutnya kena bawak menu sorang satu, tapi sebab aku malas nak masak, dah last minute aku tak tahu nak pikir nak masak apa, so beli jajan jer lah senang….!

Syarat paling penting, kena bawak hadiah sorang satu.. malam semalam gak aku pi Carrefour cari hadiah… hehehehehe

27022010843

siap beli wrapping paper & cello-tape lagi….

 

27022010844

Sapo laah yang bertuah dapat bungkusan gula2 aku niii….?

Sekian...!
Category: Coret  14 Comments
[Coret] Not In The Office

Harini aku mungkin takde dalam ofis sebab kena standby kat ofis lama, buat keje dari sana… ada urusan yang perlu di selesaikan kat sana… Sehingga urusan tu selesai, aku akan rotate ler dengan staff lagi sorang tu, on off ofis lama to ofis baru… letih wooo main cenggini…!

Takpe la, dah tugas nak wat cemana…

Semalam aku gi klinik dah tuk penyakit ‘misteri’ aku ni… [misteri laa sangat kengkonon]..

Doktor takde plak check urine kat aku, kalau kalau kalau teeeeeeeeeeeeeeeeeet

Tapi dia cakap, sebab aku baru berenti injection depo, kemungkinan ‘kalau’ tu rendah tapi tak mustahil…

Pening2, loya2, muntah2 aku tu plak mungkin sebab virus banyak skang ni, cuaca pun tak menentu so dia kasi aku ubat yang tak mendatangkan effect kat ‘kalau’ aku tuu… aku pun heran kenapa dia tak mintak aku buat urine…

But, semalam dia nak kasi MC, tapi sebab dah keje sekerat hari dan masih banyak benda aku nak kena selesaikan semalam, so aku tolak laa pelawaan doktor tu nak kasi aku MC… aku cakap, aku makan ler ubat tu malam nanti [semalam]..

So memang power giler ubat tu, aku telan then terus tak sedar sampai kul 7am tadi… tambah plak bateri henpon kong, aku lupa nak charge, lagilah alarm tak berbunyi, nyenyak jer aku tidur…

Aku mamai tak mamai, terasa hubby kucup cium dahi aku ntah waktu pukul berapa tapi subuh lah, dengar macam dia suruh aku bangun tapi sebab alarm aku tak berbunyi so aku ignore je laa…

banyak plak membebel… k, lah.. entry arini semua aku dah auto-publish…

Sekian...!
Category: Coret  3 Comments
[Coret] Sakit

Bangun pagi tadi, kepala rasa berputar2… berjalan tak rasa jejak di lantai… Ya, Allah… apa penyakit pulak aku ni??  Kesan dari muntah2 Ahad lepas tak habis lagi rupanya…

Malam semalam pun macam tu, lepas makan terus badan aku rasa tak selesa, nak muntah tak muntah, pening tak pening, mual tak mual… uhhhh…

Ditambah plak dengan modem broadband yang rosak, PC & Laptop aku tak boleh nak detect device tu… kata Zikri, si Ika pijak kat modem yang tergantung kat CPU… takde pasal cari pasal!!!

Pagi ni, i need to rushing for 1 tender yang tetiba supplier call semalam cakap nak buat… sempat ke tak wallahualam but as my part, aku kena prepare jugak laa apa yang patut…

So i think, no fresh entry for today.. rasanya banyak sangat keje nak kena settle kan hari ni, dengan kepala ni tak center jer rasanya.. adoii laaaa….

Sekian...!
Category: Coret  6 Comments
[Coret] Putrajaya

I’m going to Putrajaya… eh, tak…!  Dah ada kat Putrajaya dah kot skang ni… [this is autopublish].  Kalau aku tak pi Putrajaya, maknanya aku MC arini…

Cerita pasal semalam punya aktiviti:

Pepagi semalam pi ke Bandar Tasik Selatan hantar Azura buat preview Score A… Bukan main bersemangat lagi dia lepas dengar preview tuu, harap2 ada ler rezeki dia dengan Score A ni…

Lepas tu, tak nyempat2, aku rasa cam tak sihat secara serta merta… Tengah2 duk buat closing ngan Mas, aku pi toilet, muntah darah kat situ gaaak… beriya2 punya muntah, muntah ngandung pun tak beriya camtu sekali [sekaligus menjawab spekulasi yang korang berniat nak komen] ~ tapi dalam hati duk cuak gak ni…!

Pastu kepala aku berpusing2, aku rasa macam dah tak ada darah kat kepala aku, aircond yang sejuk pun macam tak cukup udara…

Pastu masuk jer keter, aku macam dah tak boleh nak bergerak, muntah lagi kat tepi kereta… tapi nak buat cemana, kena lah balik jugaak!

Bismillahii tawakkal tualallahhh…

Aku duk ulang2 baca tu sepanjang2 jalan… buat pertama kalinya aku bawak kereta dengan penuh berhemah.. bersyukur sebab aku sampai jugak kat umah, tapi nak naik ke rumah punyalah satu penyiksaan kat badan aku niii…

Terus muntah lagi kat tepi kereta in between nak angkat2 barang nak wat naik umah.

Masuk jer umah, aku terus letak barang ataih lantai, masuk bilik baring.. kepala memang dah pusing2  360 darjah.  Si Zulfan dan si Ika datang nak bermanja2 lompat2 katil, aku suh Rohmah keluarkan bebudak tu, tutup pintu bilik, anggaplah aku takde kat umah…  sayup2 aku dengar Ika melalak, marah sebab kena kuar dari bilik aku.

Pukul 4pm hubby balik, suh dia picit2 skit, tapi tetap aku rasa terbeban lagi kat kepala, tak tahu tang mana yang belum lepas.

Lepas makan malam, aku suh hubby hantar aku buat reflexology, lega lah skit rasa badan ni ringan….

So hopefully aku skang berada di Putrajaya kalau tak aku terlentang terbaring lagi atas katil.. dah telan ubat migrain walaupun aku tahu, pening2 ni bukan migrain…!

Sekian...!
Category: Coret  3 Comments
[Coret] Ngamuk

3-4 malam berturut, Ika bangun mengamuk tengah malam.. ntah tak tahu apa yang tak kena..

Selalunya kalau dia terjaga tengah malam, then hubby akan angkat dia naik atas katil, aku peluk dia then dia akan sambung tidur balik tapi 3-4 malam sudah, melarat² dia menangis..

Semalam adalah yang paling dasyat [lama].. sampaikan kitorang kena bangun dukung dia silih berganti pun tak berenti nangis..

Last aku tak tahu laa pukul berapa penyudahnya sebab hubby yang ‘settle’ kan.. [ye laa, bila hubby dukung dia, buat apa aku nak stay awake kan, lagi baik aku sambung jer tidur]

Kisah Zulfan plak, masa aku masak for dinner last night, dia masuk dapur then tanya aku

Mama tak eje?

Esok mama keje

Ewaaah ewaaah dah 4 hari mama duk umah, malam buta baru nak tanya mama keje ke tak? Huhuhuhu, tinggalkan depa tadi masih nyenyak tidur tapi Zikri ada kat umah, kan sekolah tutup seminggu…

Sekian...!
[Coret] Berdarah

Bangun tidur tadi, ada darah dalam mulut Ika.. tak tahu datang dari mana tapi mungkin ke lidah dia tu berdarah balik?

Ada kemungkinan ke perkara tu boleh berlaku, wahai doktor kita?

dan first time jugak, Ika tak selera susu… puas dipujuk2 baru lah dia nak isap susu… tapi sekali isap, berdesup laa habis…. ha ha ha ha

sat gi akan kuar entry publish pasal burfday hubby tapi sampai sekarang pun aku tak wish apa2 kat dia.. silap haribulan laa dia cari gaduh semalam..!

I would never wish to him as long as he say sorry!

Sekian...!
Category: Coret  4 Comments
[Coret] Tengah Tidur

Masa korang duk baca entry ni, aku rasa aku tengah syiook lagi tidur ataih katil.. kenapa?

Bukan MC tapi aku dibenarkan masuk lambat ke ofis arini memandangkan dah 2 hari aku balik lambat… Oh, sebenarnya semalam takde lah lambat sangat, dekat kul 7pm jer pun baru aku balik, tapi sebab malam sebelumnya yang aku balik kul 11pm tu, the pagi semalam tetap gak aku datang cam biasa, so aku gantilah dengan arini, dapat masuk lambat..

Oh, memang ofis aku takde istilah OverTime yer kawan²… balik lambat, boleh lah datang lambat keesokkan harinya.. tapi memang jarang sangat lagi aku balik lambat pun, kecuali ada kes² nak submit tender macam 2 hari berturut² yang lepas…

K lah, aku pun dah ngantuk.. semalam tak ‘jumpa’ Ika satu hari suntuk, tadi dah jumpa.. manja bukan main lagi dia, rindu agaknya…

Hubby pun sam =)

Sekian...!
Category: Coret  Leave a Comment
[Coret] Balik Lambat

Semalam aku berkampung kat ofis sampai 11pm mengerjakan 2 tender yang perlu dihantar hari ni…

Balik jer umah, anak2 dah tidur… hubby plak memang dah call bagitahu dia tak boleh balik malam ni sebab nak kena masak banyak malam semalam…

Sayu hati bila kita balik, anak2 semua dah tidur [bila mama ada umah, bukan main liat plak mata korang erkkk?]

Siap mandi, aku peluk Zulfan sambil cium2 pipi dia.. terus dia bukak mata…

Mama alik?

Alahai…… saaaaaaaaaaayang Zulfan

Ayang Mama..

I Love You, Zulfan

I love you too too too, Mama [too tu memang dia sebut banyak kali yerrr…]

Pastu aku cium Ika plak… No respon!! Hahahahaha, memang minah ni tidur tak ingat dunia…

ruginya aku satu hari tak dapat tengok mata anak²… pastu bangun pergi keje plak anak tak celik mata lagi, diorang mesti rasa macam aku tak balik rumah semalam, kan?

Apa perasaan hubby yang hari² balik tengok anak dah tidur?  Ok, fine.. aku memperbesarkan cerita… walaupun hubby balik kejap waktu petang, keluar balik lepas dinner tapi still rasa macam tak cukup masa tuk anak² kan….

Sekian...!
Category: Coret  4 Comments
[Coret] Tak Balik Sebab Tertidur

Semalam tidur awal gak, ntah kenapa ngantuk sangat² sampaikan masa tengah buat draft blog, kepala pening berpinar…

Bebudak duk fresh lagi mata sambil loncat² katil so aku kasi umpan hanger, semua pun baring tutup mata…

Pukul 4am Zulfan bangun, dia kejutkan aku sambil berdiri kat birai katil…

Ma… Uffan ejuk laaa….

Meh naik atas, tidur ngan mama [Ika memang dah lelap atas katil dah]

Rupanya hubby tak ada, patut lah dia kejutkan aku… Dah naik katil, nak susu pulak…

Sambil2 dia minum susu, aku call hubby, tak berangkat… Recall² balik dalam kepala hotak, ada ke dia cakap tak balik malam masa dia nak kuar sebelumnya… rasanya macam tak ada.

Pastu si Zulfan meragam lagi, lepas minum susu nak air.. pastu mintak susu balik aku tak layan.. dia pun mendayu2 laaa tengah2 malam, aku buat tak tau jer… syiook gak macam kena ulit… kekekeke

Pastu mata tak boleh nak lelap plak.. risau pasal hubby, ntah² apa jadi kat dia… call lagi, tak angkat jugak…

Call lagi, tak angkat jugak.. Last nak call dia, kalau tak angkat jugak, aku gegas ajak Zulfan redah subuh hari pi cari dia kat rumah catering…

Awass lu… jangan macam² yaaa…..!

Sib baik pulak dia angkat.. katanya dia tertidur.  Oh, ada sedikit membidas di situ dari aku… Tak payah balik!  itu kata muktamad dari aku [kata kat mulut jer, bukan kata kat hati]

Tup tup dia balik jugak… [legaaaa] tapi mulut tetap gak duk pertikai, balik buat apa?  dah nak subuh pun, tak panas bantal kang, nak kena kuar balik…

Katanya buat cream caramel 40 bekas sampai tertidur… kalau betoii takpe, tapi kalau hang tipuuu siap hang!!!  Awas!

Sekian...!
Category: Coret, hubby  7 Comments
[Coret] Tak Jadi Gaduh

Kejadian adalah subuh hari tadi… Kami laki bini duk argue pasal duit..

Abang nak buat bayar roadtax dulu, faham tak?

Taak.. ~ tiba-tiba Ika menjawab.

Bersembur kami bantai gelak… dalam tidur pun boleh menyampuk orang tua bercakap ker…??

Dengar kami gelak, dia yang tengah mamai terus terjaga.. nak cover malu punya pasai, dia sengih² macam kerang busuk….

Terus mak pak dia tak jadi mencakau harimau… ngeh ngeh ngeh… selamat aku dari kena marah ngan hubby….

Cerita pasal Ika, skang ni hampir tiap2 malam dia  bangun sendiri panjat katil… aku ingatkan hubby yang angkat dia naik atas bila dia nangis tengah malam, rupanya tidak…

Hubby sendiri tak sedar bila dia panjat katil..

Tengah malam nak peluk bini, tiba2 ada plak budak kenit ni kat tengah²… kata hubby laaah..

Yang tak syiook nya, memang port dia tengah² antara kami… dah dekat seminggu dah gini, aiseymaaan tak boleh jadi!

Ika…!  Gi tidur bawah..

Nanaaaaak…!!

Terus palingkan muka dengan muncung sedepa…!

Sekian...!
Category: Coret, Zulaikha  5 Comments
[Coret] Lapar Laa Pulak

Sebelum keluar rumah tadi tak rasa lapar… So takde sediakan apa2 tuk breakfast, takat minum air teh 2 gelas…

Datang ofis, tetiba plak rasa lapar.. nak turun membeli rasa malas laa pulak.. huhuhuhu

Weekend lepas adalah weekend yang mencabar kesabaran aku pada Zulfan… sejak dua menjak dia dah pandai main game thru my old handphone, sangatlah geram tiapkali dia tak dapat nak bukak satu satu game, then dia akan meraung suh aku tolong dia… tak kira apa pun yang aku sedang buat!!

Sekian...!
Category: Coret  2 Comments
[Coret] MINDEF

Pepagi mengharung jem pi MINDEF dari umah…

Kat dalam GPS takde jumpa MINDEF, tapi Affin Bank @ Mindef ada plak… [Eh, bukan tak tahu jalan nak pergi MINDEF, tapi sajer jer on GPS nak bagi aktif]

Turun naik lif pi 3 tempat jumpa pegawai, elok jer masing² ada kat tempat masing².. tapi yang bukan pegawai ni plak, pagi² dah hilang.. terpaksa aku tunggu…. Hehehehe

Sekian...!
Category: Coret  One Comment
[Coret] Kelibut…

Pagi ni kelam kelibut…

Niat petang semalam, pagi ni dari umah terus ke LHDN Wangsa Maju sebab nak cop setem hasil kat tenant agreement office…

Tup tup baru sedar, semalam lenggang kangkung balik dari ofis, tertinggal aggreement tu.. so pepagi dah sampai ofis ambil balik agreement tu, patah balik ke LHDN Wangsa Maju.. sib baik dekat jer…

Pastu sampai office, kelam kelibut plak sediakan semua dokumen needed tuk submit Status Bumiputera kat Kementerian Kewangan..  Kebetulan collogue aku pun nak ke Kementerian Kewangan Putrajaya jugak, so kirim sekali kat dia… Tak payah 2-3 kali pergi… Kang banyak kali claim, boss bising plak :)

Dah siap semua, lega….!!

Tengahari ni ada meeting kat ofis ni yang tak bersangkut paut dengan admin department.. Tapi bila namanya ada meeting yang involve ‘orang luar’ ni, sudah tentulah ada makan2…

Yang ada 4 orang, tapi haruslah kena order makan tuk 20 orang.. ngeh ngeh ngeh…. Seperti biasa, air tangan hubby jugak yang bebudak ofis ni suka… Briyani oh briyani… uummmmhhh…!!

Sekian...!
Category: Coret  3 Comments
[Coret] Tiada Jam

Dah 2 hari datang keje tak pakai jam tangan.. tak tahu ler mana aku letak…

Last aku confirm pakai jam ari Sabtu ler, lepas tu balik singgah umah MIL, aku lupa laa plak simpan kat mana masa nak solat….

Ahad aku tak ke mana2, so rasanya tak peduli pasal jam…

Isnin kami ke Ulu Yam, hilang ingatan tak pasti aku pakai jam ke tak, yang pasti balik dari Ulu Yam tangan aku ‘kosong’….

Ker aku tanggalkan kat Ulu Yam, pastu dah tercicir… rezeki ko laa Ulu Yam…. atau tertinggal kat umah MIL, tapi diaaam jer MIL tak cakap ada jumpa jam ke hapa ker….

Jam tu hubby hadiahkan tuk burfday aku tahun 2007… huhuhuhuhu….

Yaaaaang, nak jam baru..! [tetiba plak jadi ‘Yang’]

Sekian...!
Category: Coret  2 Comments
[Coret] Tidur Yang Tak Lena

Sejak dua menjak ni, tidur malam aku tak lena laa… [tapi kalau tidur siang, lenaaaaaaaaaaaaa….]

Ada sebab kenapa aku tak lena…

Aku ni, kalau ada apa2 yang aku nak buat, selagi tak buat, selagi tu laa aku duk terpikir pasal benda tu.. nak tidur pun duk terpikir benda tu… keadaan ni akan berlaku samada waktu aku nak tidur, ataupun aku terjaga awal pagi, then terus tak boleh nak tidur…

Benda ni, lambat laung akan aku kongsikan jugak kat sini, cuma belum cukup masanya lagi… [Ilmu belum penuh di dada]

Susah nak percaya, tapi itulah hakikatnya… bukan senang mau senang, bukan susah mau susah, yang penting kena usaha.. Tang berusaha tu lah, aku rasa macam aku bermimpi… Dan perasaan takut bermimpi tu buatkan aku rasa semua ni igauan di siang hari, mustahil untuk aku tempuhi… [eh, kenapa tiba2 aku buat ayat skema ni…?]

Sekian...!
Category: Coret  3 Comments
[Coret] Protected Entry

Aku nak menceritakan hal semalam tapi rasanya agak sensitif tuk dibuat entry terbuka pagi2 cenggini…

Lagipun, lama kan aku tak buat protected entry…

amacam, agak2 boleh tak aku kuarkan satu protected entry petang nanti…?

Kepada kawan² yang keypochi sekalian :) , agak² kalau nak berkepochi tu, pandai² ler korang tanya password kat aku erk… kamu dipersilakan…

Bukannya apa, supaya aku dapat ‘kawal’ orang2 yang tertentu dari membuat spekulasi buruk terhadap aku nanti…

Sekian...!
Category: Coret  5 Comments
[Coret] My Blood Go Upstairssss

Mak aiiih, kemain banyak S aku tu….

Apa tak nyer, elok mood cantik kuar umah, tau2 sampai kat keter rasa macam nak menyumpah nak maki hamun…

%&^$%^&()*)(^$&^

Keter aku sekali lagi jadi bahan buangan… Kali ni keter aku transform jadi ashtray plak… bingaiii!!!

Bukan sepuntung dua weiiihhh…. gamoknya satu gelen habuk rokok punay collection depa pi tiiiiiiuuuuuunnn kat atas keter aku… geli aku nengok!!!

Nak buka pintu keter pun tercemar, celaka punya binatang!!

Esok aku entry siap ngan gambar kalau korang tak percaya!

Sekian...!
Category: Coret  4 Comments
[Coret] …..

…… maknanya blur!

Bangun pagi abes rasa kebas2 badan, tak pasti faktor apa tapi hubby dah repair katil yang senget semalam [mak aiii, pantas erkkk… cuba kalau suruh repair benda lain, berjanggut nak menunggu… untung2 langsung tak buat sampai ke sudah]

so pagi ni, bangun pagi adalah kelembapan skit… duk snooze alarm sampai ke sudah pukul 7am, si Rohmah ketuk pintu bilik…

Memang awal2 aku dah pesan kat dia, kalau aku tak bangun pagi, by 7am kejut ler aku… Sebab kalau dah sampai time tu, mesti aku dah termatikan alarm pastu sambung tidur balik…!

Pagi ni, sebelum pi ofis pi singgah IPD Sentul jap, amek lesen dot dot dot… jangan ditanya, ini urusan pejabat…!

Errmmm, dalam kepala otak, ada 2 entry untuk nuffnang yang harus diselesaikan… buat time weekend nanti lah… aku perlukan bantuan seorang model cilik, nantikan ajer…

Sekian...!
Category: Coret  Leave a Comment
[Coret] Katil Runtuh

Waktu nak tidur semalam dah jangka, struktur katil ni tak selamat….

Pastu, tambah lagi sebelum tidur, Ika & Zulfan duk lenjan katil tu sampai kena marah, minum susu then terbongkang dua-dua atas katil…

Hubby balik pukul 11.30pm, angkat budak2 tu turun ke bawah… Then kami tidur… teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!!

Tidur yaaa, bukan ‘tidur’… then tetiba kedegang, tilam luruh ke bawah, menyenget.

Alas kayu kat bawah tilam tu dah jatuh… memang dari awal lagi dah jangka, dia senget sebab Rohmah baru lepas tukar cadar…  Kayu alas tu pun senget sebab frame katil yang dah kembang, kena letak betul2 tuk pastikan kayu tu terletak elok.. [paham ke apa aku cakap ni?]

Kesudahannya, malam semalam kami laki bini gotong royong angkat tilam, betulkan balik kayu alas tu..

Ada plak kayunya yang dah tertanggal… frame tu pun dah tercabut skru [ganasnya…..] ~ sila salahkan Ika & Zulfan yang suka benauu melompat2 atas katil tuuu….!

So untuk sementara, sila tidur secara berhati2… eheks

Sekian...!
Category: Coret  12 Comments
[Coret] Smooth

Hari semalam berjalan lancar tanpa sekatan… :)

So takde apa cerita menarik pasal semalam yang patut aku isukan kat sini… Selain dari gigi yang kena tarik kuar tu, gusinya ada laa terasa kebas2 manja, tapi takde laa senak menyiksa macam ada gigi kat situ sebelumnya…

Semalam pun ada buat draft tuk entry2 aku ni, tapi rasanya semua gambar2 yang ada, takde yang hot issue laa.. apa nak jadi ngan blog aku sekarang ni.. tak panasss panaasss panassss……

Kena cari pasal laa kalau mau bikin panas.. ahaks!!

Tapi kaaaaaaaaaaaaaaan, rasa bulan ni lambaaaaaaaaaaaaat sangat nak cukup bulan, kenapa erk? lalalalalalalaa….. [menyanyi dalam hati]

Sekian...!
Category: Coret  2 Comments
[Coret] I’m Backk

Baru balik dari Putrajaya…

Ada banyak benda nak cerita… Ok,

1.  Live Blogging:  See aku punya entry kat bawah, konon2 nak live blogging siap type kat situ apa motif gambar tersebut diletak, tapi non ado dia kuar… eheks, penyelesaian sudah ditemui, tunggu nak cari masa jer nak selesaikannya.

2.  Aku punya GPS dah sihat walafiat yeaaaay….. senang2 jer aku dapat guna pagi ni… Ntah la, semalam aku godek2, jumpa setting internet, tukar ke celcom3g… aku pun tak sure tang situ ke silapnya, tapi arini senang jer dapat detect satelite…

Sekian...!
Category: Coret  One Comment
[Coret] On MC

pepagi lagi dah terasa sakit gigi.. sakit gigi yang membawak ke kepala… berdenyut2 kepala…

Then, pepagi lagi dah sampai ke klinik gigi… tak tahan dah, 3 hari menanggung sakit, ingatkan dia nak surut sendiri rupanya tak baik2 puun…

Tak tahan punya pasal, aku redah jer naik ke klinik gigi depan umah aku ni… Nampak cam klinik cina, tapi rupanya banggali…

Huhuhuhu peralatan kat sana semuanya old fashion, takde nurse pun.. dialah doktor, dia lah reception, dia lah pharmacist, belakang charge aku RM350….

Mampuss…!! Sib baik boleh pakai kredit kad… sumpah aku tak jejak lagi dah kat klinik tuu…!

 

**kebas ubat bius sampai ke hidung!!  korek idung tak syok, tak rasa apa.. hahahahahaha

Sekian...!
Category: Coret  One Comment