Archive for the Category »contest «
A friend minta aku & reader blog aku join the survey and chance to win 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.
Macamana nak join survey ni? Just click here
Gud luck!!
Nak tergelak aku baca komen2 korang kat Teka|Janggal tuuu..
Paling best dengan effort Sherry yang tak jemu2 meneka.. thanks Sherry but unfortunately, takde satu pun tekaan tu menepati jawapan yang aku nak, mahupun sipi2 yang berkaitan….
Semua pun duk fokus kat budak berdua tu, macam2 gaya tidur korang teka kat diorang tu…
paling best ada yang teka, ‘ada lagi sorang dalam selimut tu’…. Hehehe buat apa menyorok kat situ? Hahahahaha
No no no no, semua pun salah, takde sorang pun duk cakap pasal katil… ada ler yang cakap memula tidur bawah, pastu tidur atas katil, memang laa tapi tetap lah bebudak tu yang jadi motif utama…
Nampak tak Ika tengah tidur dalam keadaan melengkung?
Yer, kayu katil aku runtuh, so sebab dah nak dekat Subuh, aku tidur jer laa dalam keadaan gitu…
kan aku pernah blogkan pasal katil aku yang runtuh dulu…
Maaflah, nampaknya sorang pun tak berjaya meneka dengan tepat atau terhampir…
Anyway, nanti aku pikir2kan lagi nak buat teka apa, ada hadiah nak bagi tapi takde idea nak buat teka teki…
Opps, FYI, aku dah pun pakukan kayu pelapik tilam aku tu… selamat ler sekarang buat sementara,… aku sendiri pakukan, nak harapkan hubby, tunggu dia rajeeen dulu yaaaaaaaaaaa….!!
Followers sahaja dibenarkan meneka… Sapa yang tak follow, cepat2 follow…!
Teka apa kejanggalan atau kejadian yang berlaku di sebalik gambar ni…
Jawapan terawal yang tepat atau terhampir, itulah pemenangnya…
Hint: Aku pernah ceritakan pasal isu ni…. Selamat mencuba!!
Aku isytiharkan, bulan March ni adalah bulan top commentator… sesiapa dapat hit commentator tertinggi tuk bulan ni, aku bermurah hati nak kasi hadiah….
Di samping aku kasi hadiah, aku akan buat special review tuk blog top commentator ni… [chewaaah tiru nampaaak…? kekekeke]
Syarat: Only Follower yang layak jadi top commentator… Yang belum jadi follower, copek2 laa follow……..!!
Tu jer syaratnya…. Gud Luck!!
Oh teringinnya aku untuk memiliki BlackBerry® Storm™ 9520 ni.. untuk blogger tegar seperti aku, sudah semestinya internet memang tak dapat dipisahkan…
Kemudahan internet pun sekarang semakin canggih kan? Bukan hanya di laptop dan komputer, malah kita lebih mudah melayari internet dengan handphone sahaja…
Lebih mudah dengan BlackBerry® Storm™ 9520
Semua dalam satu.. samada mendengar muzik, menonton video ataupun capture image semuanya ada di dalam satu kamera bervideo… memang sesuai dengan title blogger, aku tak perlu lagi membawa banyak gadget untuk ke mana2.. cukup dengan BlackBerry® Storm™ 9520
Email juga adalah sangat penting buat blogger tegar macam aku… dengan access email yang pantas, aku akan lebih efisen untuk menjawab setiap komen yang diberikan oleh pembaca blog aku…
Windows IM, Yahoo IM, Facebook® and Flickr® adalah alternatif komunikasi yang paling terkenal sekarang ni… dengan adanya tools ini, aku dapat menghantar status terkini kepada rakan-rakan aku, dan juga pembaca-pembaca blog aku…
Kepantasan sehingga 7.2mbps dalam melayari internet dengan adanya teknologi HSDPA, Wi-Fi dan boleh juga diguna sebagai modem. Satu lagi penjimatan kerana aku tak perlu susah payah membeli modem tuk melayari internet di rumah menggunakan laptop.
Screen 3.25" memang puas tengok laa weiiihh…. paparan sehingga 65,000 warna. SureType® pula akan memudahkan aku menaip sms dengan pantas dan mudah..
Download percuma dengan Celcom BlackBerry®.
dan inilah sebabnya kenapa Celcom menjadi tempat yang paling tepat untuk aku memiliki BlackBerry® Storm™ 9520
dengan hanya ansuran RM216 setiap bulan selama 12 bulan, aku mampu memiliki BlackBerry® Storm™ 9520. Oh RM216 ini bukan hanya tuk BlackBerry® Storm™ 9520 sahaja, ia termasuk juga BlackBerry® Advance fee yang bernilai RM148.
Atau
Bayar RM252 setiap bulan selama 12 bulan, dan dapatkan plan Celcom Exec 250 dengan BlackBerry® Advance fee yang bernilai RM250.
Sangat jimat bukan…?
Kalau korang bukan pelanggan Celcom, tak perlu risau, korang masih boleh memiliki BlackBerry® Storm™ dengan syarat, segeralah dapatkan Plan Celcom Exec 50 atau Celcom Exec 250.
Macam aku ni, aku memang pelanggan Celcom Exec 50, bila2 masa sahaja aku boleh dapatkan BlackBerry® Storm™ ni di mana2 Blue Cube terdekat.
p/s: i loikeee the blue teddy bear.. so cute!! When your customer can get the blue teddy bear, Mr Celcom?
Aku sebenarnya tengah menunggu satu jemputan tapi sampai skang tak dapat² lagi…
Sepatutnya, hari ni lah last jemputan tu diedarkan, tapi duk refresh email 100x tak jugek keluar email dari mereka….
Penat dah buat entry ni…. [penat sangat ker?] hurmmm…
Harap² aku duk dalam waiting list… dan ada ler orang yang reject invitation tu dan ganti ngan aku.. huhuhuhu
Lama ni tak tengok wayang… [tapi nak tengok wayang FREE]
Suatu petang, seperti biasa jika ada kelapangan, aku dan suami akan membawa anak2 keluar berjalan2 ke taman permainanan…
Yer, sangat seronok bila kita dapat melihat anak2 gembira dan riang ketawa kerana dapat lepas bebas bermain di luar dengan udara yang nyaman kerana mereka sudah jemu terperuk dirumah 5 hari seminggu setiap hari kerana aku dan suami sibuk bekerja.
Tetapi, sangat menjengkelkan apabila sedang kita seronok bergembira, diganggu oleh Mr. Boss yang memang tidak peduli apapun yang sedang kita lakukan.. Grrrrrrrrrrrr!!!
Jika dulu, setiap kali Mr. Bos mengganggu hari bersama keluargaku, kami terpaksa berhenti berseronok dan anak2 terpaksa mengikut aku mencari access internet samada di pejabat atau pulang semula ke rumah semata2 untuk menempah tiket penerbangan beliau!!!!
[nangis anak2] huhuhuhuhu
Tapi sekarang aku tak risau lagi, kerana kini aku sudah mempunyai flymas.mobi…. dengan hanya beberapa saat, aku sudah dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai pekerja tanpa perlu mengorbankan masa anak2!!!
Jom sama2 kita belajar cara2 menempah tiket dengan mudah, semudah 1,2,3 dengan flymas.mobi
1) Log in flymas.mobi, klik ke Book Flight.. (peringatan: boleh pilih Bahasa Melayu atau English)
2) Setelah memilih destinasi, tarikh untuk berlepas, kelas penerbangan dan berapa jumlah penumpang, sila tekan butang BOOK
4)Sila beri perhatian kepada tambang murah yang tersenarai mengikut waktu2 tertentu… [Jimat!!]
5) Setelah kenalpasti jadual penerbangan yang dipilih adalah betul dan tepat, sila tekan butang PURCHASE untuk terus membuat pembayaran.
6) Anda diminta mengisi maklumat penumpang. Tekan butang CONFIRM jika anda sudah pasti dengan segala maklumat yang diberikan
7) Harga perlu dibayar telah tertera.. Isikan pula maklumat kad kredit untuk membuat pembayaran pada tiket yang telah ditempah.
8) Anda boleh menyemak semula segala maklumat tempahan di FLIGHT STATUS bagi yang telah membuat pembayaran atau tekan butang MY BOOKING bagi yang memilih butang HOLD sewaktu tempahan tadi.
Segala tempahan, pembayaran menjadi lebih mudah dengan flymas.mobi, semudah bermain dengan anak2….!!!
Sekali lagi Nuffnang membuka ruang untuk semua blogger [opps nuffnagers only] untuk merebut peluang menonton
filem terbaru karya Garry Marshall (director Pretty Woman) dengan percuma..! Thanks to Warner Bros.
Teringin nak menonton apa kisah di sebalik filem Valentine’s Day ni, gabungan pelakon-pelakon handal dan terkenal…
![]()
Komedi romantik, memang kena dengan selera aku.. dan kalau lah aku diberi peluang untuk memilih antara semua pelakon-pelakon Valentine’s Day ni to be my valentine, aku akan pilih Jessica Alba…
oiitt, napa? Tak boleh ker dating ngan perempuan? Aku memang suka arr dia… minat kat semua lakonan2 dia…
OK, first of all aku nak bitau, pertama kali aku ‘kenal’ Jessica Alba adalah masa dia berlakon Dark Angel. Fuuhh, masa tu idol sangat laah dia bagi aku… Mantap giler bila orang perempuan ni jadi ‘hero’ [wira] kaan?
lakonan Jessica Alba dalam Fantastic 4 pun mantap dan memang fantastic!! Dia memang sesuai jadi wira yang seksi!!!
Kerana itu jugalah aku minat kat dia kerana aku rasa kami ada persamaan dari segi perwatakan.. ganas, kasar tetapi seksi [ahaks!]
Gorgeous nyaaaaa…………..
So, kalau lah aku diberi masa untuk dihabis bersama dengan Jessica Alba di hari Valentine tahun ini, aku akan bawa dia makan di restoran kegemaran aku, sambil chit chat tentang kehidupan dia dan juga kehidupan aku…
Aku juga akan bawa di berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur, kenali dan cintai Malaysia.
Setelah puas berjalan-jalan aku akan bawa pula dia pulang ke rumah aku, jumpa ahli keluarga aku.. aku percaya, anak-anak aku pun aku suka dan gembira berjumpa dengan Jessica Alba, actress cantik, anggun, pesona dan miliki senyuman yang amaaat menawan!
Sesungguhnya, aku memang kepingin menonton filem VALENTINE’S DAY ini kerana ingin melepaskan rindu aku kepada Jessica Alba… anggaplah filem ini sebagai dating aku bersama Jessica…
Jessica, see you in cinema……………………….!!! Here i come…!!
So please allowed me to kipas tinggi2 to Astro B.yond yaaa… I also want to win Astro B.yond full set laa because the quality sooo damn sharp!!!
Bermula dengan redah sorang2 ke Sri Hartamas sambil baca2 doa semoga my GPS tak meragam tengah jalan so i can reach there dengan berjaya…
Thanks to GPS, pandai dia dengar pujuk rayu aku… muaaah muaah!
Actually 1st aku sampai ke Modesto’s Plaza Damas, kat situ the only Modesto’s yang GPS tunjuk kat aku, but aku dah tersilap.. sib baik cepat2 tersedar lepas tengok 7pm still lenggang kangkung lagi kat situ..
Nuffnang, next time you kena prepare GPS code laa, easier to find your event place… hehehe
so cepat2 masuk kereta balik, cari Modesto’s Sri Hartamas tu memang tak jumpa, so teringat masa aku google map, aku ternampak ada 7Eleven kat situ, so just ikut arah ke 7Eleven.. sib baik jumpa!
sampai je, warm up dengan other bloggers yang kenal on the spot, even several times dah masuk blog diorang (especially kak ina kl) tapi inilah 1st time jumpa diorang
All 1st time met… Byzura, BeautifulNara, Kak Ina KL… but they was sooo ramah tamah macam dah bertahun kenal…
Show dah mula… i’m so nervous… macam aku plak nak tengok my own baby after give birth….
I lovee Astro B.yond….! [apalagi, ini bodek laa nii]
Kitorang bukan just tengok the 1st ads from Astro (tak pernah kuar kat mana2 channel lagi tauu), tapi selepas penerangan dan pengenalan tentang Astro B.yond ni, kitorang diberi satu task berkumpulan untuk diselesaikan…
Investigate, who is the killer… ada 5 gambar yang ditampal di serata tempat, setiap gambar ada klu masing2 yang membawa kami kepada penyelesaian siapakah pembunuh cinta 3 segi tersebut…
Yer, klu yang diberi perlu di cari menggunakan kanta pembesar.. motif? Tentulah nak bagitahu kat korang, gitu ler kalau tengok tv gambar tak sharp… nak kena suluh2, intai2 baru boleh nampak…
Kalau korang nonton Astro B.yond, bukan setakat klu, jerawat artis pun korang boleh tilik… betoiii ni, aku tak tipu laa oiiii…. Nampak terang jerawat Kak Red kat dalam Astro B.yond aritu… Jeragat Abang Nara pun leh tengok, takyah nak tilik2… hahahaha
Weiii, ini bukan tilik live laa, Kak Red & Abang Nara dan ada lagi beberapa ikon blogger awal2 lagi dah masuk dokumentari pendek Astro B.yond nii… So depa kuar tv laa malam tu…
OK, kesudahan investigation ni, i got the wrong guess.. not answer, but guess… [ni ler akibatnya kalau tak guna Astro B.yond].
Aku ingat pembunuh tu mestilah lelaki memandangkan cinta tiga segi yang terlibat adalah 2 lelaki dan satu perempuan..
Konon2, mestilah lelaki kedua ni marah sebab awek dia ada lelaki lain, so dia pun bunuh laa lelaki tu…
RUPANYA…. pembunuh tu PEREMPUAN…
Nak tahu macamana ceritanya…?
GAY!!!!! [cukup dengan satu perkataan kan?]
So pemenang diambil based on sapa cepat jawab dan betul, group tu laa pemenang… Satu group ada 1 chance jer..
Antara group tu, sorang jer yang dipilih untuk menang full set of Astro B.yond… jawab 5 soalan dengan betul, sapa jawab yang paling banyak betul, dia lah menang..!
congrats to the winner… won full set of Astro B.yond.. [me? win for this entry laa... can arr?]
Tapi walaupun aku tak menang malam tu, aku percaya semua yang datang malam tu enjoy sangat2… enjoy dengan food, enjoy dengan kawan2 bloggers and of course enjoy dengan Astro B.yond..
Untungnya dapat tengok Astro B.yond lebih awal dari orang lain…!
Last shoot before balik… oh, kami juga sangat enjoy dengan goodies ituuuuuuuuuu….
Thanks Astro B.yond!!!
** join Astro facebook to get latest updated about Astro…! Dan juga ada game penyiasatan kat dalam tuu… cepat cepat cepat!! 1 chance per person only, so make sure jawab dengan betul….!
This is my very 1st event sepanjang dunia blogging aku… 2010 membawa satu semangat baru untuk aku melibatkan diri dalam event2 nuffnang yang ditawarkan.. Tak menang tak apa, at least i have ’something’ to bring back with me….!
Maka dengan semangat itu, aku cuba menubuhkan team aku sendiri, menyeru semua blogger who can join my team for Digi Pimp My Day Challenge…
My 1st step tak sia2… walaupun di saat2 akhir, at last team aku terbina… gigih aku berusaha mencipta banner untuk team kami. Nama KABABOOM untuk team aku ni adalah idea spontan aku waktu berYM dengan Oli pasal team kami…
Bermula dari membuat banner, tiba2 perasaan tamak datang, lalu aku mencipta pulak video tuk team kami [ada perasaan nak memang konon]… Hahahaha, tak menang pun tapi kami tetap berpuas hati dengan video kami sendiri, tonton tanpa jemu [syok sendiri lorrr... apa lagi]
Tak sangka, aku terima invitation via email…kami berjaya ke DIGI PIMP MY DAY CHALLENGE… bersorak KABABOOM team, bertambah2 semangat kami untuk pulang dengan tidak sia2… Bertambah lagi bila ada voucher Levi’s RM300 untuk best outfit…[idea gila tiba2 datang!!]
Apalagi… tengok sendiri kegilaan kami….!!
Heiii, ingat senang ker nak lari satu 1 Utama dengan berpakaian macam ni…? kami terpaksa letak muka kat belakang badan tauuu [ilustrasi, sila jangan percaya]
Bermula dengan registration pukul 2.30pm di Mardi Gras, 1 Utama… yer kami sampai awal… terlebih excited atau takut sesat.. sendiri jawab [takut dengan ugutan nuffnang: sampai lambat will be disqualified]
Masih blur apa akan terjadi pada kami…. kesian kan? Datang semata2 menyerah diri dengan harapan dapat bawak balik laptop sorang sebiji…
Maka cabaran pun bermula… DIGI PIMP MY DAY CHALLENGE!!!!
Ada 8 check point… mana satu kita nak pergi dulu ni??
Aiiyaaa, i tak familiar 1 Utama laa…
Me too!
Yer, sangat bonus sesapa yang selalu datang shopping kat 1 Utama ni… 4 of us, bluuuuuuuuuurr….!!
1st check point:
They said this is Nokia Challenge… i dun know, told ya i’m blur.. but apa yang kami perlu buat ialah watch the Digi Ads in Nokia phone, then solve the puzzle of numbers…
My guess was right, we have to use alphabet in keypad phone… INTERNET DONE RIGHT… not sure how long we took to answer the puzzle but i’m sure we are not the fastest [coz tak menang]
Tak jauh dari situ [still in RainForest], we have Bull Eye Challenge.
Tried my best to get the sharp shoot but…. this is my 1st time sumpit-sumpit ni…[sedar diri] we only get 4 chances.. no turn back!
See our result? We wasted the sumpit laaa….
We don’t give up… try to win other challenge… so we found SWATCH station.
Apa yang kami kena terpaksa buat di sana adalah fikir iklan terbaik yang kami boleh rakamkan berkenaan SWATCH dan DIGI, kemudian download ke dalam Facebook menggunakan DIGI broadband yang kami dapat waktu registration tadi… Tag DIGI dan TIMEOUT.. [Very fast downloading laaa broadband DIGI!!]
One time challenge only.. no trial, no repeat… so dats the result.. myself tak puashati dengan video ni, apa lagi judges… [marah kat diri sendiri pun tak guna!]
Lupakan perkara yang lepas, kami bergegas lagi cari check-point seterusnya… turun naik escalator… jumpa QUIKSILVER…
Kami kena jadi model ekspres… capai dan sauk apa2 ajer outfit yang ada dalam bakul then… smile………..~
Rasanya dah cukup gedik [siap kenyit mata konon nak tambat hati juri] tapi apa boleh buat, ada team yang lebih gedik dari kami… hahahaha
Then kami terjumpa CELEBRITY FITNESS.. tak sangka kami betul2 serah nyawa kami kat sini….
DIGI & NUFFNANG, you all sedar tak, you telah dera most of us untuk berlari 800m kat dalam Celebrity Fitness ni… I know you want tell us that time & speed is important, but…………… aiyaaa!! Tengok, we all terpaksa tayang punggung…
Sedar kami dah suntuk masa tuk cabaran di Mardi Gras, kami patah balik ke sana even kami tahu, we are closed enough with Batting Cage [rasa macam dah dekat, sayangnya kat masa sebab kena ulang alik jalan yang sama, tenaga dah banyak terbuang berlari jogging jalan laju2 kat atas treadmill tu...
Argghhh cabaran di Mardi Gras lebih dasyat dari berlari 800m rupanya...!!
Skill tarian aku dah tumpul dek gumpalan lemak2 di badan... ok, sebenarnya stage tu licin so aku takut jatuh... ok, abaikan alasan aku tuuu...
Sila lihat tapi dilarang gelak atau ketawa atau sengih atau apa sahaja dengan niat nak memperkecilkan bakat kami... kami sudah cuba sedaya upaya tuk buat yang terbaik... [uweeeeeeeekkk]
Kalau nak ikutkan perasaan malu, naaak ajer aku delete video ni, tapi demi sebuah laptop, sekali lagi KABABOOM tebalkan muka… hahahaha
OK, sudah2 laa korang duk gelak kat video ni… jom kita lari lagi cari check point seterusnya… masa dah suntuk sangat…!!
DIGI is our next challenge…
Cabaran DIGI MUSIC adalah cabaran paling senang, tapi jujur kami katakan, kami memang takde experience dengan DIGI MUSIC so agak terkial2 untuk selesaikan cabaran ni… Tapi Digi Music memang best laah… cepat saja boleh dapat lagu yang kita nak…!
Ok, tak mampu fikir panjang2 lagi… masa dah dekat pukul 6pm… kami berlari ke New Wing untuk ke top roof kat mana BATTING CAGE terdapat di situ…
Cage penuh, jadi kami terpaksa tunggu giliran… OK, at least kita boleh berehat kejap kat sini… [tak lama pun dapat rehat, dah kena panggil buat batting]
oh, if my husband was here, i should be glad, he is softball player and pernah practice kat sini pun… but i dont have the talent, this my 1st batting….
Personally i want to thank to Ash sebab dia banyak menyumbang score point kat sini sampai kitorang menang this challenge…. YES, we won!!
Since we was the last team kat challenge ni, so immediately kami dapat tahu point kami paling tinggi among others…. yeaaah!!
So kami pulang ke Mardi Gras tuk serahkan stamped kami… we finished all the 8 challenge… kami bangga dengan diri kami sendiri, walaupun banyak cabaran kami tak dapat buat yang terbaik tapi kami berjaya tamatkan semua cabaran.. yang penting, cabaran ini telah merapatkan team kami yang memang tak pernah kenal sebelum ni….
We feel so exhausted… tapi bila kami dengar team kami dipanggil tuk best outfit, tenaga datang balik….!!
Cabaran tak habis macam tu aja, kami kena fight plak dengan gorgeous team called Digi Dolls… we have to cat walk on stage…
Kalau kena juri professional dah tentu lama kami kena tendang ke bawah, tapi pemenang dikira from sorakan dari other bloggers kat bawah…
Tak sangka kami menang…!! [pura2 tak sangka]. Terima kasih kat semua yang bersorak tuk kami yang huduh tetapi berani mati ni… [demi voucher Levi's RM300 ~ impian menjadi kenyataan]
Credit to Jackieloi for the stolen photo… Kami dah betul2 excited sampai lupa nak bergambar… oh, ya!! for the Batting Cage challenge, kami dapat Modem Broadband from DIGI… Thanks DIGI, thanks Levi’s..!
And thanks to NUFFNANG, RAINFOREST, QUIKSILVER, BATTING CAGE, SWATCH, MARDI GRAS, NOKIA, BULL EYE, DIGI, LEVI’S, CHILI’S, ADIDAS, AND TO ALL SPONSORED THE VERY CHALLENGEFUL GAMES….!
Apa yang kami aim, alhamdulillah tercapai….!!
Kononnya, BUSUK BUSUK PUN kami nak bawak balik RM300 voucher Levi’s dan akhirnya kami berjaya…!!
Walaupun dipenghujung, kami kena fight lagi dengan Digi Dolls yang sangat gorgeous…. Tapi dengan rupa kami yang buruk dan unik ni jugak yang mendapat sorakan kuat dari all the bloggers….
TERIMA KASIH KAT SEMUA YANG BERSORAK TUK KAMI MALAM TUUU……!!!
Nak tengok rughpa pakaian kami tuuuu?
Buruk rughpa kann………………..? but who care?? KAMI DAH MENANG!!!
weiii korang ingat senang ke nak berlari satu 1 Utama dengan pakaian separa otak ni…? Kiri kanan depan belakang orang duk pandang2 kami apahal ler hawaau hawaiii ni berlari tengah shopping complex…
Tapi serius, pesaing kami tu (Digi Dolls) sangat2 cantek, sangat2 seksi, body slim solid tak macam kami ni (aku & Oli) lemak tepu sana sini ada hati buat catwalk tengah2 stage semata2 nak raih sorak dari bloggers kat bawah… hahahahaha
Dan 2nd prize yang kami betul2 tak dijangka (selain berangan kononnnya nak dapat laptop, cisss), kami menang salah satu antara 8 challenge yang ada…
Batting…
last challenge yang kami buat…. dan kami lah team last yang buat challenge ni masa ni…
Actually belakang team kami ada team RedNara (kak red) tapi diorang tarik diri sebab masa dah suntuk… kena cepat2 balik ke MardiGras tuk submit semua challenge… Nasib baik kami sempat.. dan menang tuk challenge ni…!! Yeaaah…. Ash banyak menyumbang kat batting ni..!
sila ambil aura…. hehehehhee
- Gift Voucher Levi’s ~ best outfit
- Digi Broadband modem ~ batting challenge
- Limited Edition Prepaid Digi Internet ~ for all
Yeaaah, memang kami tak balik dengan tangan kosong…
[Sila rujuk Digi Challenge]
Tu laaaaaaaaaaaaaaaa…..
Ada sebabnya bila kita buat wishlist niii…. ada sebabnya…!
Sebab apa?
.
.
.
.
.
.
Korang nak tahu tak… kasut aku ni meragam start dari 2nd check-point, aku dah mula risau…
Kasut ni hanya bergantung pada hujung depan tu ajer… kiri kanan semua dah tercabut… huhuhuhu sungguh bernasib baik kalau tak, memang aku balik kaki ayam ler…
Kalau banyak masa, dan dan tu jugak aku pi shopping kasut, tapi memang kami betul2 kesuntukan masa, ngam2 soiii jer kami lulus setiap check-point…
weiihh ada team yang tak dapat complete kan check-point tau…!
dan sebab apa aku jadi amat kasihan sanggup pergi event nuffnang dengan kasut nyawa2 ikan ni….?
Actually elok jer lagi kasut ni masa aku pakai cuma ada ler yang pvc dia tu tertanggal skit kaler2 putih tuu… maklumlah, dah bertahun kasut ni aku peram lam almari… [bertahun gak ler tak kuar jogging maknanya...
]
Aku dah agak, perkara ni akan berlaku tapi sebab aku dah tak cukup masa nak membeli pagi Sabtu tu, so aku redah jer laa, tawakal… mujur laaah tak tertanggal..
Ntah sapa laa erk perasan, 2x aku naik stage amek adiah, dengan kasut kembang cenggitu… hahahahaha
Tapii……………… kan lebih elok kalau aku dapat RM300 voucher adidas (boleh ganti kasut) diganti dengan RM300 voucher Levi’s yang aku dapat tu… ada sapa2 nak tukar??
Semalam, kami merancang strategi padu untuk mempersiapkan dan mengemaskan diri fizikal dan mental demi sebuah laptop free, atau pun voucher Levi’s yang sebanyak RM300, paling tidak pun bawak balik goodies yang dah tentulah secara percuma….
Guys please pray for our success yaaaa…!! TQ in advance…!
Atas ketegaq keTEGARan aku sebab tak puashati dengan kualiti video Digi Pimp Up My Day Challenge KABABOOM team yang tangkap muat jer sebelum ni, so aku re-do video tu sementelah nuffnang extend time participate challenge ni…
Walaupun aku tahu, banyak lagi video2 yang lebih bagus dari apa yang aku buat, but no harm trying right? Manalah tahu, judges buta mata kat video lain, nampak video aku jer yang cung melecung, puuhh puuuh puuuhhh [jampi jampi jampi]
Maka, inilah hasilnya…
Not much different, but I THINK it is better than before… [perasan]
Suka aku ler kaaaan nak perasan ke tak, janji kami dah dapat masuk..!! Kalah menang, itu nanti kita belakang cerita hokeeeeeeeeeeh?
Congratulations! Your team has just been selected to participate in the Digi Pimp My Day Challenge! Just to recap, the details of the event are as below:
Date: 9th January, 2009
Time: 4pm till late
Venue : Mardi Gras @ 1 Utama
___________________________________________________
You’re cordially invited to the Astro B.yond Bloggers Night happening on;
Date : 13 January 2010 (Wednesday)
Time : 7.30pm till 10.30pm
Venue : Modesto’s, Desa Sri Hartamas
Refreshments will be provided
Dua-dua email ni aku dapat semalam…. Uuhhh happy tak terkata!! Tapi yang Astro B.yond tu aku kena pergi sorang2 laaa pulak.. dia tak spare tuk partner aaaa…. alamaks….!! Takpe laa, redah jer laaa..!
Anyway, ada sapa2 yang dapat invited Astro B.yond ni tak, jom partner ngan aku, aku segan lerrrrrrrrrrrrrrrr….. [serius aku ni pemalu kalau 1st time]
Sepintas lalu jer dapat idea tuk kasi nama KABABOOM ni… ntah apa maknanya, jangan lah ditanya, janji malatopsss!!
Doakan semoga kami diterima ya, kawan2…..!!
Group kami ni terdiri daripada:
Thank you Nuffnang, Thank you Digi [ayat bodek!!]
~ Kasi Sticky Kejap~
Nak join lerrrrrrrrrrrrrrrrr……. tapi kena buat group 4 orang, Nuffnangers only!!
Sebab hadiahnya adalah (setiap ahli kumpulan yang menang)
1st prize – Personalized laptop + Speaker + Modem + Headphones
2nd prize – Router + External hard drive + Headphones + Modem
3rd prize – Modem + External hard drive
Tapi mereka perlukan:
- Laptop
- Camera (Video compatible)
- 3G Phone
- Cables (to transfer files)
Aku ada semua ni…. cuma aku perlukan 3 orang team member, sapa berminat nak join aku sila bagitahu cepat2 sebelum group lain amik aku sebab aku pun ada offer diri kat group yang tak cukup ahli jugak… (lagi best kalau dapat group among us, kan?)
20 group sahaja yang akan diterima, so cepat cepat cepat!
Ada tak sapa2 yang berminat nak join my group?? Free kah anda waktu itu?
Date: 9th January, 2009
Time: 4pm till late (there will be a night ‘partyyyyy’ as well)
Venue : Mardi Gras @ 1 Utama
Boleh baca lanjut kat sini
Sabar yer pemenang2…. on the way niii….
randomly aku bagi kat 3 orang pemenang tuu, so jangan gigit jari cakap yang tu lagi cantek yang ni tak cantek… maaflah erk, i tak leh nak judge how’s your taste…
Kalau tak suka, next time i belikan yang u suka, boleh gitu?
semua dah masuk sampul, tunggu mood sihat datang so aku leh catwalk pi post office, antar adiah ni erk….
Harap leh terima seadanya, and hope sangat2 u all suka….
Kepada mama mya a.k.a wati, adiah awak micro tee kaaan, so nanti2 saya bagi… awak kan ‘orang kita’, takpe lambat banyak pun kaaan…? hehehehehe ampuuuuuuuuuuuuun…..
~STICKY MODE~
Lately, banyak betul cerita kat blog pasal laki orang syok ngan bini orang… (kalau laki sendiri syok kat bini sendiri, tak jadi cerita ni yerrr). kalau tak pun, laki orang scandal luaq tak puas ada bini sorang kat umah pun melambak kan…? ‘anak dara’ pun bukan main galak lagi bercinta ngan laki orang walhal dah tauuu orang tu ada anak 5…
Tanyalah sesapa pun, samada pengalaman sendiri, atau pengalaman kawan² terdekat mesti ada punya kaaan?
So apa kata, korang share pengalaman korang ke, kawan² ke, adik badik ke, sepupu sepapat tapi cerita mesti sahih la yer…..
Kalau nak suh komen kat sini, musti panjang sangat kan?
So, apa kata [kata apa lagi?], korang buat entry kat blog korang, cerita pasal benda ni, sebab aku teringiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin sangat nak keypochi pasal sifat manusia yang satu ni…
Lepas korang buat entry kat blog, korang bak mai link tu kat sini, kang aku baca…. lepas aku dah baca, turn aku plak nanti share cerita aku kat korang…
SETIAP ENTRY, aku akan bagi cenderahati laaa…. tak mahal, tapi ada laa tuk korang2… penat woooo tulis2 entry ni kan? So sebagai penghargaan laa gitewww… tapi jangan komplen plak kalau korang jumpa cenderahati tu harga singgit ke hapa…
Takde syarat penyertaan..
Cuma kena cerita jer pasal topik berkaitan bini orang ke, laki orang ke buat scandal luar ni..
Tapi kalau korang nak sedekah link aku kat blog korang pun, apa salahnya kan, dapat pahala… so dapat ler kawan² korang merasa cenderahati aku yang tak seberapa tu… (alamak, kalau ramai sangat, mampus aku!).. takpe, kalau ramai sangat aku bagi month by month laa adiah cenderahati tu… bulan ni 10 orang, bulan depan lagi 10.. tak gitu?
Tarikh tutup sampai aku puas ler baca kisah2 yang korang tulis tu… sampai ler aku sendiri bukak cerita aku, maka tu ler penutupnya….
Weiii mestilah kecewa!!!! Kau gila, anak tak tersenarai ko boleh plastik ucap tahniah kepada yang tersenarai…?
Daah, malas dah nak masuk contest lagi…! Aku memang takde luck laa dalam contest2 ni..
Sekali lagi aku umumkan, jawapan bagi Teka Duit Raya adalah RM1307
Kategori:
- 10<10
- 50<50
- 100<100
10<10
Dee dengan jumlah beza RM8 (RM1299)
.
.
.
50<50
Nizaa dengan jumlah beza RM2 (RM1259)
.
.
.
100<100
rasp dengan jumlah beza RM0 (RM1207)
.
.
Keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan atau pertikaian tidak akan dilayan. Kepada yang kurang bernasib baik, tersalah teka, atau tidak sempat meneka, diharap mencuba lagi dilain kali…
Sila laa yer, masing² emailkan alamat penghantaran cenderahati kepada sweetdarling@sweetdarling79.com
Jawapannya adalah
.
.
.
.
.
RM1307.00 (RM421+RM426+RM460)
.
.
.
.
So sesiapa yang kira agak² betul, sila laaah men’excited’kan diri secara berpada²…
Perlu diingat, pemenang terbahagi kepada 3 kategori…
- 10<10
- 50<50
- 100<100
So sesiapa yang terhampir dengan 3 kategori tu, silalah konfidenkan diri…. tapi sekali lagi perlu diingat, satu kategori ada 1 pemenang sahaja…
So, let me kira² dulu perbezaan jawapan korang dengan katergori yang aku bagi tuu… Tapi aku yakin, salah satu kategori tu, ada jawapan yang ngam² masuk dalam kategori, takde terlebih takde terkurang walaupun seringgit… siapakah? jeng jeng jeng!!
Nanti akan aku umumkan…!
Gud morning….!!!! Boring arrr takde topik nak bebel…
Jom teka..!
Berapa jumlah RM duit raya anak2 aku ni…?
Aku bagi 3 kategori:
- 10<10
- 50<50
- 100<100
sapa yang teka RM10 terlebih atau terkurang, kategori tempat pertama, RM50 terlebih terkurang, tempat kedua dan RM100 terlebih terkurang tempat ketiga…
Maknanya, sapa tak dapat teka dalam figure RM10, takdelah pemenang pertama… macam tu jugak seterusnya… Tapi kalau tiga2 kategori pun ada teka dengan betul, tiga2 pun dapat adiah.. [jangan speku adiah mahal2... for fun jer ni tau]
dapat teka dengan tepat, lagi bagus!!
Hint: >1000
dan setiap orang diberi pilihan meneka 2 jawapan!!!!
Aiiyaaaa…..
Aiiyaaaaaaa….!!
[Mengeluh]
[Mengeluh]
[Mengeluh]
Kenapa sorang pun takleh jawap ngan betul…? nak pilih yang terhampir pun, tak berapa nak hampir lorrr….! (adakah aku tak pandai nak memberi hint? Rasa sangat bersalah sebab bagi hint yang tak tepat)
Adakah bila aku sebut murah, maknanya kena murah melampau…? Atau aku kah yang terlebih duit skang ni, sebab harga bakul ‘macam tu’ pun aku cakap murah?
Okeeeh…
Jawapan yang paling hampir adalah jawapan yang paling mahal antara jawapan² yang diberikan… iaitu
.
.
.
.
.
.
RM10.. Tahniah buat Mama Mya a.k.a Wati..
Walaupun aku tak berapa puashati jawapan yang diberikan ni sungguh laaa TERLAMPAU murah, tapi dah janji kaaaan, sapa yang terhampir dapat Micro Tee….
Jawapan sebenar harga bakul itu adalah RM15 tapi aku tawar² dapat RM13
Kepada pemenang, bak sini mai alamat, nanti aku poskan micro tee tu yaaa…!
Beli kat Pasar Tani Precint 2, Putrajaya…
Niat asal untuk kegunaan ke pasar tani gak, tapi pasar tani kat umah aku, boleh letak lauk pauk hasil rembatan.. tak payah susah² nak bimbit plastik berjela²…
Memang terbukti keberkesanannya, meringankan kerja aku… ringankan jugak berat barang² yang kita bawak, lebih² lagi kalo terpaksa ke pasar sorang² diri… mana nak angkut plastik beg, mana nak bukak wallet amek duit…
Tapi baru ni, ada kegunaan baru tuk bakul ni
Juadah Pot Luck office baru ni, di isi dengan jayanya ke dalam bakul itew….
Budak opis aku pesan, kalo jumpa lagi bakul ni, belikan satu tuk dia… hahahaha
Alaaa, murah jer.. tak silap dalam… errrrr… apa kata kita main teka²?
Sapa teka betul, aku kasi Micro Tee…!
Tapi kaler fink laa erk, ni gambar contoh sahaja..
Jawapan yang tepat yang pertama atau terhampir sahaja yang akan menang Micro Tee ini… waaaaah contest gituuu…!
Tarikh tutup ikut suka aku laa sampai aku puas hati dengan jawapan korang… ADA BERANI?
Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak…?
Kalau difikir², kekalahan yang bertubi² tiapkali masuk contest, alahai malasnya nak masuk lagi..
Tapi bila dah 4,5,6,7 kali fikir, anak aku lah yang TERCOMEL berbaju raya di hari lebaran, ruginya kalo tak masuk kan?
Tambah lagi, bila fikir adiah² tuk pemenang pertama alahai banyaknya.. (fuuuh, belum apa² dah berangan nak menang tempat pertama)
Kalau kalah lagi? Adakah aku akan kecewa lagi? Mintak² lah kali ni BabyIbu (Penganjur) sudi memilih Zulaikha mahupun Zulfan…
Takpelah, aku redha.. so let’s begin!
Penganjur contest ini adalah BabyIbu.. Kalau korang nak tahu, banyak dah BabyIbu buat contest.. semuanya berkaitan parenting…
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 bahagian:
- Lelaki
- Perempuan
So maknanya sangat adil kaan…? Baju melayu haruslah bertanding dengan baju melayu, baju kurung bertanding dengan baju kurung.. Tetapi had umur bayi tu cuma setakat 7 tahun sahaja.. Kalo dah lebih dari 7 tahun, kata penganjur dah tak comel.. hensem & cantek sahaja layaknya…
Dan aku akan masuk kedua² bahagian iaitu untuk Muhammad Zulfan Afkar dan Marsya Zulaikha Afkar.
So jom kita intai sponsor dulu…
.
.
Casual Meg bunga² cinta… dah banyak kali aku cuba dapatkan adiah dari Gin & Jacqie, asyik tak bertuah jer.. mintak² lah kali ni dapat… Banyak jugak bag² yang cantek lawa yang sesuai untuk ibu²… sila laa terjah blog Gin & Jacqie ni…
.
.
eoe Online
Aku memang jadi member kat EOE ni.. memang senang print dengan eoe Online, download sahaja gambar ke website eoe Online, kemudian order for print.. buat pembayaran dan gambar tersebut akan terus sampai ke depan pintu.. senang!! Tak payah lagi nak keluar ke kedai gambar… Dan yang menarik, bukan setakat print gambar sahaja, kita boleh dapat macam² item berkaitan gambar kat situ..
.
.
leanalittleshop adalah online store untuk anak²… macam² barang ada kat leanalittleshop, pendekata tak payah nak keluar pergi mall bersesak² nak beratur membayar.. dari bayi berusia 0 bulan hinggalah kanak².. dari barang asas hinggalah ke pakaian dan peralatan… Semuanya ada di leanalittleshop
.
.
Sherry is actually baru buka bisnes handmade jewelry.. macam2 adaaa… dari cincin, ke rantai tangan, subang dan juga rantai leher…
.
.
Mungkinkah cincin ini yang akan disponsor oleh TH? Hehehe, i know TH is a fren of Sherry.. Go go you two..!!
.
.
Mia pun akan sponsor barang jugak macam TH… boleh melawat blog Mia tuk kenal Mia dengan lebih dekat..
.
.
Pretty Birdie Earing sponsored by Niko.. boleh kenali Niko dari website beliau..
.
.
Here she come…!! My Si Comel Berbaju Raya (Baju Kurung)
Namanya Marsya Zulaikha Afkar binti Mazlan
Umurnya 1 tahun 4 bulan
Info tambahan, mama Ika yang jahit sendiri baju ni… Tapi leher baju dikait oleh nenek (adjusted sebab leher tu besar skit)…. Itu beg, kata AyahSu Ika, beg cari makan tuuu… hehehehe..
Bukannya apa, aku memang tak campo duit raya anak².. Ika punya is Ika punya, Zulfan is Zulfan’s and Zikri is Zikri’s.. masing² masuk tabung masing²…
Kalo semua nak sumbat dalam handbag mama, abes laa bercampur baur.. Laen laa kalo mama dapat sponsor bag dari Gin & Jacqie, banyak compartment, so boleh letak duit raya masing² dalam beg mama…
.
.
And another boy…!! My Si Comel Berbaju Raya (Baju Melayu)
Namanya Muhammad Zulfan Afkar bin Mazlan
Umurnya 2 tahun 9 bulan
And info tambahan juga untuk baju raya Zulfan, ditempah khas di tailor sebab papanya nak jugak pakai sedondon dengan kain yang sama… Melilau cari tailor yang murah upahnya, Alhamdulillah nasib baik jumpa yang minta upah jahit RM50…
Dua-dua pun kena upah pegang henpon & kereta masing-masing sebab mamanya gigih nak re-shoot gambar untuk contest ni semata2 walaupun sungguh tak professional….
Tapi takpe kan, hidangkan banyak² gambar, BabyIbu tetap akan pilih satu jer kan yang tercomel?
Last but not least, aku hidangkan kalian dengan foto raya family khas untuk penganjur contest ini iaitu BabyIbu
Dan pesanan khas dari aku…
Kawan²….,
Kalau anak² aku terpilih, kawan² jangan lupa vote yaaaa…..!!! Terima kasih kawan²….!
Korang perasan ada banner ni kat blog aku sebelah kiri ni?
Si Comel Raya Contest.. tempek banner tapi entry nya tak kuar² lagi… Hehehehe..
Ileks arr kawan².. aku tengah touch up ada skit lagi tak sudah.. Nak re-shoot Zulfan dengan baju raya dia.. Masa raya aritu, Zulfan tak amek gambar proper…
Alang² nak bercontest (sebab asyik kalah jer), biar laa betul² kaaan…
So stay tune…!!
Oh, kepada sapa² yang nak join contest ni jugak, boleh KLIK SINI… Sama² lah kita tayang baju raya anak²… gud luck!!
Yer.. sama macam Sis Rasp, pagi2 ni berjalan dalam blog jer laa… Konon nak on laptop jer, pastu nak mandi..
Tapi bila dah blog hopping tu, tak leh nak tinggal laaak… Sib baek takleh nak tinggal, so takde lah aku termissed entry contest kat blog Sis Rasp ni…
Contest tajaan Exabytes…
senang sangat, isi form tuk register jer.. pastu jangan lupa letak email aku as your reference… sweetdarling79@yahoo.co.uk
lepas tu baca jer laa apa yang di tulis.. ada challenge quiz gak kat situ… pemenang dipilih randomly… so meh ramai2 kita join.. mana tau, ada luck kita terpilih…
Gud Luck to me!!
Sabtu pagi, temankan papa pergi training softball @ Tasik Titiwangsa
Zulfan tolong papa buat warm-up… (papa kena kutip bola yang Zulfan lontar lempar)
.
Papa yang sedang melontar… lontar cantek² tauu papa…!!
.
.
Mama & anak² bagi sokongan padu kat tepi padang… hehehehe!
.
.
.
Tinggalkan papa dengan trainingnya, kami melangkah ke taman…
Seronok tengok Zulfan & Zikri berebut bola.. pandainya Zulfan tendang² bola… berapa kali jatuh, tapi dia tak nanges, agaknya dia faham, waktu bermain adalah untuk bermain sepuas²nya.
Rehat sekejap bawah bangsal yang disediakan kat tepi taman ni… Nyaman berteduh kat bangsal ni dengan angin bertiup sepoi²..
Ika tonggeng botol air sampai juling² mata.. hehehehe
Turn Ika take over the ball.. wahhh Ika pun dah pandai nak sepak² bola tu… reti jer dia meniru apa yang Zikri & Zulfan buat…
Jambatan gantung
.
.
“Maaa… ajuuuuu..” Zulfan suruh mama hayun dia laju²… heheheh beraninya Zulfan…..
Zulfan nak naek yang tapak hijau (tinggi) tapi tak sampai, so dia panjat yang kuning sajer…
Actually cuaca tengah panas terik maklumlah waktu ni pukul 10-11 pagi.. tapi Zulfan dia tetap aktif lari sana sini, panjat itu ini, melongsor, membuai tak kenal penat….
Sepagian di taman, masing² balik kepenatan…
oh, ya mesti korang semua heran kenapa ayat aku & title kat entry kali begitu skema kan….
Entry ni dibuat khas untuk Baiboo Baby’s Day Out Contest… Thanks to Baiboo tuk contest ni..!!
Bukan barter sebab takde jual beli.. tapi pertukaran hadiah dari contest masing2.. Kejadian berlaku pada ari Sabtu 10.30am waktu aku sampai hehehehe
Sis Rasp again dapat hit top commentator aku for May….
Aku plak dapat hit 15,000th visitor lam blog Sis Rasp..
Sesi makan kami.. again i’m so sorry sis, i’m late… bebudak ni laa nak uruskan depa punya laa lembab! (apa, budak2 jadi mangsa alasan???)
.
.
hasil pancingan penat lelah aku hit counter tuuu…. mussti ada tuk budak2 tauuu… dah warning, jangan ada apa2 lagi for kids… takdan aku nak balas… 2-1, mana aci!!
.
.
Ika dapat hairband… huhuhu Sis Rasp macam tau tau jer aku tengah mencari hairband tuk Ika… Mekaseh sangat2… suka suka suka!!
.
.
Kuar dari NZ.. Sis Rasp terpaksa berangkat dulu sebab Sapphire dah mengamok nak berjalan… heheh takpe, i blah pun just after you…
Eh thanks again sis sebab belanja i kali ni… Kali ni takde rebut2 bil.. segan kat your husband… hehhehe
(adakah alasan lagi menyalahkan orang laen?)
.
.
Ini yang aku dapat.. huhuhu malunya… siap bungkus2.. aku selamba jer taruk semua dalam paperbag…huwaaaaaaaaaaaaaa 3-1 arr gini…dussyum atas kelalaian sendiri!
ada surat chenta… hehehe smooches to you too….!
.
Macam kukenal perkara ini… (sib baek yang ni tak bocor..kekekekeke)… Sis, memang best ler sangkut tangan kat bendalah ni… syokkkkkkkkkkkk!!! sampai malas rasanya nak angkat tangan nak menaip… hahahahhaa!! Thanks a lot!!!!!
uuh aku lupa snap segala yang aku beri kat Sis Rasp… takpelah! Takmo share ngan korang.. kalo keypo gak nak tau, pi laa blog dia, tu pun kalo Sis Rasp nak share ngan korang….














Hot Comments