Author Archive
Tak pernah dibuat aku….
Yer, aku tak arif pasal barang² emas ni sebab aku bukan pencinta emas…..
Tapi gelang yang mak kasi aku dah bertahun aku pakai pattern tu jugak tak tukar², dah lama niat nak tukar tapi lemau nauu TokLaki nak bawak aku pi kedai emas sedara dia kat Pasar Keramat tu…
Maka….
Lunch hour tadi aku pi Wah Chan Carrefour Wangsa Maju.. kebetulan kawan aku beli gelang tuk anak dara dia, aku pun menyibuk pi hulur gelang aku…
Trade-in dapat dalam RM1,350…. (mak kata harga beli RM800)
pastu aku nak amik gelang ada campo mas putih skit kat corak² dia tu (aiishh aku tak reti).. pendekata aku kena tambah RM250
Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh….!
Beraya sakan aku tawun niii…………………
tapi
tapi…
.
.
Idok ler aku amik lagi gelang tu… nak pikir 80plohkali dulu….. cantek memang cantekk…
Tapi mak suh survey dulu harga trade-in tempat lain…
Baiklah, mak!
Banyak gak aku jumpa menu berbuka blogger ialah nasi ayam buatan sendiri ofcoz laaa kannn….
So aku pun taknak kalah hokeeeh untuk tunjukkan skill….
Sepantas kilat, hari Sabtu lepas aku pi pasar cari bahan² tuk buat nasi ayam ni terutamanya dah tentulah HAYAMMM…..
lauk pauk mentah dah abis stok kat umah aku… TokLaki entah ke takde masa, entah ke takde duit nak top up lauk…
Inipun dia bagi aku ngam² RM50 tuk beli pandai2 aku budget….
Nasi ayam aku selamat licin keesokkan tengaharinya dibaham dek dak Zulfan sampai abisss…. seronok memasak bila semuanya habis licin….
Untung ada anak, TokLaki makan skit, anak2 makan banyaaaaaaaaaaaaaaaak….. Mama Love Uolls So Much!!
Hari ke-3 berpuasa….
Hehehehehe…………………….
Baru ada keupayaan untuk download gambar dari dalam henpon….
dah banyak kali aku MMS kat Facebook gambar juadah berbuka, entah kenapa tak masuk² gambar tuuu….
Geram!
Dah ada resepi bihun singapore dalam blog aku ni, kalau nak tahu boleh laa search yaa… tak kuasa aku nak tolong carikan…
Satu pantang kat bihun singapore ni, jangan bubuh ayam… paling sesuai bubuh udang, sotong dan daging… Cung!!
Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru….. indahnya ciptaan Allah, mengurniakan manusia akal dan fikiran…
MERDEKAAAAAAAAAAAAA……!!!
Jumaat, pergi ke Wangsa Walk sebab ada banyak benda peribadi yang nak kena top up… tapi naluri Korea aku ni meronta² suh singgah gak kedai VCD tuuu….
Akhirnya….
Tak pernah tengok cerita ni.. tapi sebab ada Hyun Bin, dan katanya juga drama ni rating 50.5% on 2005 maka aku nekad untuk membeli…
rasanya dah lama tak beli CD korea… tapi bila balik office, tengok dalam rekod baru jer beli 10hb Ogos lepas… alahaiiii punya hantu laa aku ni…!
Anyway, not regret beli drama ni… best gak melayan!
Ceritanya ringan, tapi yang membezakan dia ngan drama lain, ini cinta 6 segi!! pun tak berat sangat konflik tu, biasa2 jer…
Seorang wanita yang diberi nama SamSoon (satu nama yang jelek bagi masyarakat Korea), yang menginjak usia 30tahun tetapi masih belum bersuami… baginya, kerana nama itulah yang membuatkan hidupnya malang, dan berhasrat untuk menukar namanya….
Hidupnya hanya sering berjumpa dengan lelaki curang membuatkan dia benci sesiapa sahaja yang bersifat demikian…
namun kerana berkeperibadian murni, dia akhirnya bertemu dengan jejaka idaman malaya hati….
Last but not least:
SELAMAT HARI MERDEKA………….. merdekakah anda??
Sesiapa yang available in KL raya ke-2, bak habaq mai kat aku… aku merajen nak pi beraya umah orang…
Kenapa raya ke-2 aku masih di KL? (sepatutnya dah beraya ngan mak)..
Usah ditanya, buat sakit hati jerkk…..
So untuk mengubat hati duka lara… ajak laa aku beraya umah korang woooiiii!
So silalah send ur address kat email aku sweetdarling79@yahoo.co.uk
Selamat Hari Raya in advance!
Pagi ni, aku dapat membasahkan rambut setelah 3 hari ber’rebonding’… sungguh excited hokeeeh…!
Excited nak tengok hasilnya lepas rambut dibasahkan… ooooh aku shukerrrrrrrrrrr….!
Kalau aku tahu dari dulu rebonding ni sangat selesa & mudah tuk uruskan rambut, dari dulu lagi aku dah rebonding…
Yer kawan², ni lah 1st time aku ‘buat’ rambut aku.. aku memang tak reti nak main2 kat saloon ni, sejak kecik mak aku tak ajar benda2 tu semua…
Pergi saloon pun tuk potong rambut semata2, tu pun setengah tahun sekali kot…
Ada sikit hukum pasal rebonding… tak haram yer puan² sebab rebonding atau apa2 jenis ‘buat’ rambut ni bukan bersifat kekal… bila tumbuh rambut baru, dia akan kembali ke bentuk asal…
kalau warnakan rambut, itu takde plak Ustaz Azhar sebut… wallahualam… nanti aku cari kat video ceramah ustaz Azhar ni.. best dengar dia jawab soalan2 kat ceramah beliau…
Berbalik pada cerita rebonding aku…. hehehehehe
aku tak bitau pun hubby [yet become tok laki] aku nak ‘buat rambut’ sebab aku tak pasti apa reaction dia… tapi aku tahu, aku takkan dijatuhkan hukuman nusyuz melainkan aku warnakan rambut… tang tu memang dah dapat warning awal dari hubby [yet become tok laki]….
Pastu kaaan….
Kan kena simpan kering rambut selama 3 hari… aku pun slow2 cakap kat hubby, aku takleh cuci rambut yaa….
Kalau aku cuci rambut, membazirlaaa aku punya RM150+RM30[treatment] tuuu….
Kalau aku tak cuci rambut plak, cemana aku nak sembahyang, nak puasa….
Faham tak?? tak faham kalu… ko budak kecik lagi laaa tuuu…. ok sambung….
pastu kan pastuuu…..
tak sangka plak hubby [yet become tok laki] menyokong penuh hasrat aku ber’rebonding’ nii….. ye laaa… ni jer caranya aku boleh handle rambut panjang…
rambut aku kan lebat, bila panjang jadi rimas gila, so masa tu laa rasa nak potong pendek…
Harap2, dengan rebonding ni dapat ler aku simpan rambut panjang… untuk hubby [yet become tok laki] aku jugaaak….
Hah? Apa??? Mana gambar rambut baru aku?
Oh, no no no no…
katanya rambut raya, gambar takleh tayang kat sini, nanti tak surprise kat adik badik aku tuuu….
Banyaklah plak aku nak bercerita sebenarnya… banyak benda plak kami buat weekend, tapi semuanya nan-ado gambo yaa….
Kalau betul2 dari camera aku, memang aku tak amik walau sekeping puun…!
Ok, cerita pasal shopping dulu laa yaa…
Semalam aku settlekan shopping raya… long journey weiiihh… Pepagi lagi dah kejut bebudak bangun…
Sogo –> Jalan TAR –> Carrefour –> Jaya Jusco Wangsa Maju –> balik umah, pengsan! hahahahaha
Kat Sogo dapat ler baju Zulfan selai, suar Zikri selai, menambah yang sediada dah selai… Baju Zikri dapat 3 helai.. Zikri dah besar, satu seluar boleh pakai tuk 2 helai baju, save budget gitewww…
Mujur jugak aku dah shopping skit2 baju masa kat Bandung dulu… ada gak aku simpan baju2 yang orang kasi, sayang ler kalau terus pakai…
Kalau ikutkan hubby, semua dia nak pakai terus… beli kasut pun, terus nak pakai… alang2 dah nak raya, simpan ler tuk raya.. kang raya takde duit nak beli, dah ler hubby aku tu bukan gaji bulanan.. ada keje masyuk, tak keje tak masyukk…
ok, melalut sudah…!
Al-kisahnya, menapak ler kami anak beranak, si Rohmah sama.. aku bawak stroller, aku tauu saat2 macam ni, budak kecik berdua tu memang akan buat hal.. sedangkan ada stroller pun depa mintak berdukung, kalau kena jalan sendiri, tak tahu ler nak cakap cemana…
tapi kan tapiiii…. ada jugak mulut puaka time2 puasa ni taww…
masa aku tengah jalan kat Jalan TAR tu laa.. si Rohmah tolak Ika dalam stroller, aku pimpin si Zulfan jalan ke depan.. pastu aku terdengar lah satu pompuan ni duk merungut…
Dah tahu orang ramai, tak payah tolak2 stroller kat sini….
Sib baik puasa taww, kalau tak puasa memang aku patah balik tanya dia, apa pasal dia tak puashati dengan orang bawak stroller…?
aku tolak stroller kosong ker?
ke sajer aku nak eksen stroller mahal aku kat kau, sebab tu ko jelas?
ke ko jer nak shopping ke, anak2 aku tak payah shopping?
ko ingat aku suka sangat menyusahkan diri sendiri bawak anak2 aku tempat sempit2 macam tu?
ko ingat ko sorang jer miskin tahap marhaen [pinjam ayat mokcik rehan] boleh shopping jalan TAR, marhaen ada anak2 pinak macam aku ni tak boleh shopping jalan TAR?
aku ada suruh ko tolak stroller anak aku ke?
besar sangat ke stroller aku sampai ko takleh nak jalan?
kalau ko ada anak, aku nak tengok keadaan ko cemana heret 2 orang budak kecik jejalan… KAU TAK PAYAH BELI STROLLER TUK ANAK KAU LAAAH!
Serius gila aku geram…
weiii.. kalau tak sebabkan aku nak beli baju raya anak2 aku, memang aku tak jejak laa jalan TAR tu tauuu… setahun pun aku tak jejak!
ok, tamat cerita panas baran…!
Apa yang aku dapat kat Jalan TAR tu?
Baju kurung tuk Ika, RM27 harga asal RM29.. so kalau korang jumpa mahal dari ni, korang jalan2 dulu… survey2.. kalau tak dapat size & warna cam korang nak, barulah korang patah balik beli..
Takde gigih patah balik pun, dah jalan ke ujung, mestilah patah balik nak ke kereta kan?
pastu baju melayu Zulfan aku dapat harga RM31… murah dari tu, kualiti kain tak cantik… plus warna hijau lumut cam aku nak pun, payah nak jumpa…
ada kaler takde size…
ada satu kedai tu, memang betul2 ada kaler yang aku nak, Zulfan punya size terkecik, Zikri punya size terbesar… ralat, tak dapat nak beli.. harga dah cun dah, kain & kualiti jahitan pun dah cantik.. nak wat cemana, takde rezeki…
beli gak kain samping tuk Zulfan, depa letak harga RM15, aku tawar jadi RM13… kalau korang dapat murah dari tu, bagus lah..!
So demi nak mencari baju melayu Zikri, aku terpaksa laa pergi ke Carrefour.. dah agak kualiti baju melayu kat Carrefour tahap murahan laa skit… 2 tahun lepas pun Zikri pakai baju melayu Carrefour.. harga tak sampai pun RM30 tuk size 12 tahun macam dia…
Tapi masa ni memang dah pancit tapi tabah jugak laaa… sebab dah malas nak kuar banyak kali… lagipun yang puasa kami bertiga, si Ika & Zulfan 2 botol bantai air kosong…
tapi memang takde rezeki Zikri.. kaler & size takde… so Carrefour belikan baju kurung tuk Rohmah jer 2 pasang…
Oh, baju kurung jalan TAR mahal skit dari Carrefour yaa puan-puan… taraf² kain cotton kat Carrefour RM50 jer, tapi kat Jalan TAR, RM60 dah last price tak boleh kurang… aku tahu kat Carrefour lebih murah, sebab tu aku tahan tak belikan Rohmah baju kat jalan TAR tuu… nasib baik, aku dapat baju yang lagi lawa dengan harga murah…
Carrefour yang aku cakap, bukan dalam Carrefour yaa adik²… kedai2 booth kat luar Carrefour Wangsa Maju tu, banyak jual baju kurung… cantik2 dan murah! Masuk First Lady plak, semua jaraaaang manjang baju2 dema tuu… sangat tak sesuai tuk Rohmah…
So, takde apa jugak yang kami dapat kat Carrefour tu.. masuk lak JJ Wangsa Maju…
Ngam2 ada selai baju kaler yang aku nak, size 11-12 tuk Zikri… RM49 brand J-Kids… memang brand Jaya Jusco laa tuu… ok gak kualitinya, not bad…
Pastu hubby pesan suh beli sepentot dia… orang lain raya sibuk cari outfit, dia ni memang tiap2 tahun raya akan renew infit dia…
Pastu aku kesian tahap gaban gak kat hubby, katanya takde baju raya baruuu… [konon… walhal kalau dia beli baju baru, memang terus pakai tak simpan raya!]
tapi isteri mithali sorang ni, sambar gak 2 helai t-shirt kolar tuk tok laki…. katanya nak raya Singapore tahun ni, jangan wat malu bini yaa bang..! orang Singapore, raya ke-2, raya ke-2 pun pakai baju melayu lagi tauuu bang!!
Balik umah dah dekat pukul 4pm, cepat2 solat Zohor pastu aku kedebussss ataih katil….!
Sedar tak sedar pukul 6.30pm, huru-hara plak bersiap pi umah MIL, nak berbuka kat sana.. sib baik laa kan, kalau kena masak sendiri, alamatnya lambat ler kami anak beranak berbuka puasa semalam!
Al-kisah, balik keje Jumaat tu agak keterlambatan sebab bosses aku masuk lambat, suruh aku siapkan surat last minute….
Mahu atau tidak, terpaksa laa jugak buatkan, walhal tugasan memasak kat umah dah menanti tuu….
Balik2, rushing terus masuk dapur…. sotong masak kicap…
tengah2 duk memasak, teringat plak tadinya bos duk ulang2 cakap ada berbuka puasa on monday… tapi dalam list aku, takde plak reservation on monday nya tuu… was2 sudah….
So aku pun call laa my colleague tanya ada tak dia yang buat reservation for our bos yang tu… katanya ada, so lega…
Tengah2 duk bercakap phone dengar tak dengar, dengar plak si Zulfan duk melalak kat hall…
Aku pun libas rotan sedas kat dinding konon2 nak bagi bebudak tu terkejut…
Last2 aku yang terkejut tengok tisu yang Zikri pegang kat kepala Zulfan berdarah….
Aduiiii…. sotong atas dapur belum masak, dah la masa tersuntuk, tambah plak tertimpa bala…
Aku pun tengok kat kepala Zulfan… memang luka, nampak dalam…. panik tak panik laa jugak [aku kan cold cool....] tapi tak tahu nak buat apa ngan luka tuu…
Kalau kat lengan atau kaki, boleh tampal plaster, ni kat kepala….! call hubby pun, tak membantu apa2… dia pun tengah kalut handle 2 majlis berbuka dengan sibuk kat dapur Holiday Villa….
Aku pun capai bag, capai kunci kereta heret si Zulfan gi klinik… Sib baik ada doktor nak buka klinik time2 nak berbuka gitu… (Teringat kes emergency si ika tergigit lidah, sumpah kalau klinik lain tak bukak, memang aku takkan jejak jugak klinik tuuu)
Kata doktor, nak jahit luka tapi tak panjang sangat… nak di ‘glue’ tapi stok takde plak kat klinik tuu…
tapi kalau dibiarkan, tak boleh sebab lukanya dalam juga kat tengah2 tuuu…. last, jahit!
Takde bius ke doktor?
bius pun sama gak, kena cucuk gak ngan jarum.. baik jahit terus sebab ni satu jahitan jer ni…
Korang jangan tanya keadaan Zulfan masa tu, dia cold cool jer masa tu [macam aku], tak melalak pun… even dalam keter pun sibuk plak duk tanya aku kita nak gi mana…
So masa menjahit, jarum dah masuk 2 side kulit kiri dan kanan belahan… si assistant doktor plak terlebih2 takut, si zulfan diam jer…
Pastu masa doktor tarik benang nak ikat tu laa si Zulfan menangis skit… gamaknya perit kulit kelapa kepala dia kena tarik….
Ngam2 siap jahit, assistant klinik tu blah… katanya kepala pening…
dan2 tu jugak kepala aku pun malap, telinga berdesing macam nak pitam… aku pun blah jugak…
Tinggallah Zulfan & doktor, pastu sorang lagi assistant masuk gantikan assistant yang nak pitam tuu…
Aku rasa dah OK skit, aku masuk balik bilik pembedahan [bilik pembedahan katanya!], tengok Zulfan dah turun katil sambil pakai selipar… cayalah Zulfan!!
End up, hari Rabu doktor suh datang balik nak buka jahitan…
kalau suruh Zulfan melompat sekarang ni, memang jawapannya tanaaaakkkk….
Tapi korang tunggu lah time dah buka jahitan esok, apa lak jawapannya….
SHAH ALAM, 13 Ogos – Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.
Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.
Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.
"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.
Restoran ini menggunakan konsep layan diri.
Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.
"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan… ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.
Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.
"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.
"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.
"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.
Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.
Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.
"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.
Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.
"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.
"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.
Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.
"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.
"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.
Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.
"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.
"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.
Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.
Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.
Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.
"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.
"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.
Zulfan lebih seronok hafal lagi “ingat mati” Wali Band dari duk menghafal lagu ABC…
Semalam sebelum tidur, ulang² dia duk nyanyi ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau perit, ingat ingat hidup cuma satu kali….
Walaupun berterabur, tapi gigih dia nyanyi…
Aku suh dia berenti nyanyi, dia menceceh plak tanya itu ini kat TV cerita hantu The Eye semalam….
Diamlah Zulfan… tengok jer TV tu.. sibuk duk potpet potpet
Uffan tak potpet puuun, Uffan anya jer {zulfan tak potpet pun, Zulfan tanya je]
Mana kan tumpah kuah kalau tak ke nasi…?
Ramai jugak orang minat kat burung puyuh kaaan… tapi ada jugak yang geli nak makan, sebab rangkanya kecik bebenauu…
Pokok pangkal, pemakanan kita ni adalah berdasarkan konsep ajaran di waktu kecik… kalau memang dari kecik kita tak makan, kemungkinan dah dewasa ni pun, kita masih ragu² nak makan…
Tak kiralah samada kita pernah atau tak pernah rasa… ooh, itu kena tanya pakar psychology laa kan, kenapa kita bersifat macam tuu….
Duk berborak dalam FB pasal nak berbuka dengan burung puyuh[oh, aku skang memang bergiat aktif membebel dalam FB, mungkin sebab tu jugak kot aku kurang post entry kat sini sebab apa yang nak diluah, dah terluah kat FB]
Daripada beli kat bazar ramadhan sampai RM4-RM6 seekor, lebih baik kita goreng sendiri.. rempah pun tak susah, dah Carrefour ada jual rempah goreng segera…
Kalau beli kat pasar, sedozen burung puyuh baru berapa belas RM… bermakna, seekor puyuh baru RM1++ jer… boleh makan puas² satu family…
Itu menu aku semalam.. sapa kat FB, memang dah tengok laa gambar ni semalam…
Burung puyuh goreng berempah, Ikan bawal Sweet Sour, Brokoli goreng & Telur Dadar…. Amacam Makcik Rehan, ada berani mau challenge aku DDMR bulan2 posa ni?? kekekekeke
Mohon Kad Pengenalan – Hilang
Bayaran Permohonan – RM10
Bayaran Kompaun (HILANG 1X) – RM100
Bayaran Slip Sementara – RM2
Nasib baik pi buat tu kejap jer, tak ramai orang….
Aduhaiii punya malang nasib, ntah kat mana tercicir… yer la yer laa poket wallet tu dah bocor…. aku tunggu masa jer nak beli tuk raya…
Mana tahu IC tu tak sabar² nak jatuh dari wallet aku… masalahnya, banyak² kad diskaun, IC jugeeeeek yang nak jatuh… melayang duit!!
Kalau tak bayar denda IC hilang, boleh aku beli VCD Korea lagi 1…. huhuhuhu
Lama kaaan aku tak update blog ni… bukan taknak update, time2 jiwa kacau memang takboleh update, nanti kecelaruan kat sini…
Sebenarnya, 4 hari yang lepas hidup aku betul² celaru… banyak plak musibah yang menimpa… tak tahu nak menjerit atau menangis..
Kadang² kita perlukan tempat untuk mengadu, tapi kalau takde siapapun yang kita boleh percaya, dinding kat MukaBuku tu pun amat berguna, tapi tak sangka plak ada orang yang salah guna…
Bila kita dah remove orang, bermakna kita tak mahu dia access kehidupan kita lagi, tapi tak sangka ada orang yang pecah amanah dalam kes ni.. tak faham? takpe.. let it go…..
Sementelah aku dah waras skit, aku bertafakur sekejap, renung balik apa yang menjadi punca kat status aku tuu… korang lihat yaa….!
Ceritanya begini:
Ada konflik berlaku antara aku dan A… maka aku post kat wall aku, berhasrat boleh menyedarkan dia atas apa yang aku rasa, itupun kalau dia terbaca dan dia terasa apa yang aku maksudkan…
Datang si B dan C, tiba² kondem aku pasal nilai persabahatan yang aku pegang.. cuba nak mengingatkan aku erti sebuah persahabatan, tanpa mereka sedari bahasa yang mereka gunakan telah melukakan sahabat mereka yang seorang ini… So, apa pulak makna persabahatan bagi mereka?
Status tu aku dah delete bagi menghormati permintaan A supaya isu ni clean & clear.. yer, dah abis cerita aku dan A kat situ… tapi A ni nampaknya ada sikit tak puashati pada D pulak, buat plak status provoke kat wall dia…
Aku dengan cara hormat, aku pun cakap kat A… cakap suruh aku tamatkan, tapi A sendiri tak mahu tamat…
“Weeiii…!! Ikut suka aku laa” antara perkataan dalam sms A yang buat aku cukup tertikam.
“takkan ko nak pantau setiap status aku” sekali lagi aku terkesima… aku gunakan Celcom SMS kat FB.. aku memang terima setiap status A ni melalui SMS sebab aku fikir dia adalah salah seorang rakan rapat aku tatkala itu.. tapi bila dia tak selesa aku tahu setiap status dia, buat apa lagi aku terhegeh²….
Antara status terawal yang aku luahkan kat dinding FB, meluahkan perasaan terkilan aku terhadap mereka… as i said temporary, bermakna aku perlukan waktu bertenang untuk muhasabah diri terhadap mereka…
![]()
Aku pun menenangkan perasaan aku dengan perkara² yang menggembirakan…
![]()
sehinggakan aku keluarkan status macam ni hari sabtu lepas…
![]()
Tiada aku sebut nama sesiapa, tiada perasaan untuk provoke sesiapa… cuma sekadar luahan rasa hati aku yang terkilan… dan pihak A atau B atau C tak sepatutnya dapat membaca status aku ni sebab mereka bukan lagi dalam frenlist aku…
Tiba² aku terima 2 SMS dari A, dan 1 sms dari B yang menyerang aku habis²an…
SMS 1 (A) – Maya, apa lagi masalah mu, aku dh mintak maaf tapi tak habis2 nk mnyerang aku… Aku rasa dah kat 10 kali aku mtk maaf, aku tak share ngan sapa2 aku tak berpeluang nak balas kat fb… Mu nak suh aku buat apa sebenarnyer.. Mu kata menyesal bkawan ngan aku, aku terasa gile2 tapi mu sdiri tak habih lagi mngutuk aku, kenapa ya maya?????
SMS 2 (A) – aku dah cakap, rabu baru perasan barang ada, rabu baru bank in duit, rabu tu malam nak bhubung dgn mu, tau2 lam fb mu dah kutuk aku… Aku take – aku admit, mintak maap.. tapi tak habis2 lagi mu…
SMS 1 (B) – aku nk jgk tau, slain dr sbb ‘nasihat terbaeeek punya’ [dia bukan amik laki mu, bukan loroh kain mu, guna paler hotak laa weiih] dr aku n z***l, apa lg alasan kau putuskan hbgn kawan dgn kitorg? kitorg xtau menahu masalah kau, sekadar bkongsi pendpt pun kau dh sentap. apa kes? klau xnak or xbleh trima pendpt or ‘nasihat terbaeeek punya’ [as i stated above] dr kwn2, jgn ltk status2 mcm tu kat fb. kita dah 31thn, bkn 13thn..
Siapa dia nak melarang aku letak apa status pun kat fb aku? Apa hak dia nak mengawal akaun FB aku.. bukan ke dia tak sepatutnya dapat access wall FB aku, macamana dia tahu apa yang aku tulis…? dan kenapa dia terasa sangat pedasnya status aku tu? Ada apa2 perkataan kasar aku kat status aku kat atas tu ker?
![]()
Tak salah kalau kita concern pasal kawan² kita.. aku pun tak kisah selama ni kalau post status apa², kawan² aku datang komen ke apa ker… tapi komen laa sesuatu yang sesuai dengan keadaan dan perasaan kawan² kita…
kaji dulu apa masalah kawan kita tu sehingga dia tergamak buat status macam tu, jangan nak jadi orang tengah tapi berat sebelah or else, jangan masuk campur urusan meraka…
aku rasa, isu aku dengan A selesai sekejap ajer, tapi sebab B & C masuk campur, rasanya isu B & C lebih besar dari isu A.. kalau korang claimed tak tahu apa² pasal isu aku dan A, so apa faedahnya korang pertikaikan aku? Aku jugak kawan korang, so jagalah perasaan aku masa tu.. korang sedar tak, korang bukan nasihat tapi mencerca!
SMS 2 (B)- jgn kau ingat aku n z***l psg spy kat fb kau. kitorg xde masa nk layan mende2 remeh kau ni. asal usul probs kau tu pun kitorg xtau.dh kau ckp jgn interrupt, kitorg dah backoff.yg kau up lg status2 yg mcm ni, apakes? mende kecik la. xleh terima nasihat dh la, dh remove pun kitorg. apa lg yg kau xpuashati?
Ok, skang siapa yang tak puashati ngan siapa, aku tak faham… wall aku yang sepatutnya diorang tak boleh baca, kenapa diorang masih sibuk nak kelebek?
SMS 3 (B) - kau org xbleh nk trima nasihat, tp masih mintak simpati kat fb. kalau kau rs kau btl, ckp dpn2 la wey. 2ways communication, xpayah bls2 kat fb. berani kerana benar!
Adakah akan settle dengan cara baik kalau cakap depan2…? apa yang aku cakap salah?
SMS 4 (B) – hahh? kasihan? kasihan kat diri sendiri tu mmg patut pun.. mmg kasihan
Pantas betul dia antar SMS kat aku, juz aku post status kasihan tu… nampak sangat setiap masa duk pantau status aku kan? ko pakai akaun siapa hah bukak wall aku?? betul2 aku nak tahu…!
SMS 5 (B) – aku ni maya, 3party yg xtau pape. bkn nk lebih2.. kau dh xleh trima nasihat baeek punya tu xpe la, aku n z***l xpaksa pun.. yg kau sentap sgt tu apa kes? siap nk putus kawan bagai, pastu dh remove br brani provoke lg kat fb..
Tiada istilah provoke kalau diorang tak kelebek wall aku illegally…. aku cuma tulis apa yang aku rasa…
SMS 6 (B) – dh benci kat aku? tu je yg kau boleh ckp? aku bkn mcm kau nk memekak kat wall, nak provoke semua org.. aku xde nak publish aib org kat public.. kalu berani, bdepan la. ckp kat dinding jd apa? mende kecik ni pun kau nk sentap. dh xleh terima nasihat dh la. aku xde rasa apa pun. tp kau xabih2 nk provoke!!
SMS 7 (B) – tapi aku dah terdelete laa plak sms tu.. tapi serba sikit katanya dia bukan anjing nak menyalak.. bla bla bla.. jadi jawapan aku kepada keprihatin dia yang tak abis2 selongkar wall aku tanpa ‘permit’ adalah
Semoga dia tidak menggangu lagi keamanan hidup aku…!
Perasaannya yang bermula dengan hanya sedikit rasa terkilan diakhiri dengan perasaan yang benci teramat… maaflah, memang aku berperasaan macam tu, cakap lah korang nak cakap apa….
yang pasti, tiada secebis pun perkataan maaf dari pihak B atau C… yang pasti, pihak A sendiri aku anggap dah abis sengketa, cuma aku menunggu waktu bertenang aku, tapi si B ni mencelarukan keadaan dan menjadikan keadaan lebih buruk!! Fikir²kan…~
Bukan aku nak menegakkan kebenaran aku kat sini, [anyway, ini blog aku, suka hati aku laa kan], tapi aku cuma bercakap apa yang aku rasa dari pihak aku.. kalau ko kawan, ko paham laa situasi aku plak…












Hot Comments