Archive for » March, 2010 «

Wallpaper Lagi dan Lagi

yogalessonanyonebymashi

changerbymashi3622c8a flowersbymashi37b08bc

honniebymashi3642210

cleopatrabymashi372441b

theoperasingerbymashi38

balancingballsbymashi37

randomgalincolorsbymash

skatingbymashi37510c8

Sekian...!
Category: Sharing  5 Comments
Simpuh Anak Dara

image

07032010918 Hehehehe, ntah mana dia belajar…

Boleh laa jugak jadi bahan entry sementara kami tengah ’sibuk’ ni…. daaaaaaaaaaaaa

Sekian...!
Category: Zulaikha  6 Comments
Terima Kasih, Tatang…

Tatang ni adik ipar Kak Yanti merangkap pemandu van kami selama kami tiba ke Jakarta hinggalah hari terakhir dia bersama kami di Bandung…

memang perancangan awalnya, kami sewa van Tatang ni hinggalah hari terakhir kami pulang ke Malaysia, tapi atas sebab2 teknikal, kami terpaksa lepaskan dia…..

kembalinya kami dari Tangkuban Perahu, diam2 Tatang bagitahu pada Kak Yanti tanpa pengetahuan kami bahawa dia dah rasa tak sedap hati kat van tuu…

Van tu macam dah mula nak semput, ye laaa gamaknya panjat gunung punya pasal kot….!

Memang van ni bukanlah van baru.. dari awal lagi ekon dia pun buat masalah.. nasib baiklah cuaca kat sana tak berapa nak panas, angin pun menderu jer masuk waktu dalam kesesakan…

Tapi bila Tatang dah rasa tak selamat, dia mohon untuk pulangkan balik van ni…bandung 060 (2)

Sebelum sampai ke Jakarta aritu, aku dah bayar deposit van ni selama 2 hari iaitu IDR600,000 (RM215)…

So lepas kami selamat tiba di bilik hotel, Kak Yanti mintalah duit balance 1 hari van yang Tatang sewa.. mak suh bagi upah gak kat Tatang sebab bawak kita sepanjang 3 hari ni…

Van tuk sehari IDR100,000 mak tambah lagi IDR200,000 saguhati tuk Tatang…

Tapi bila Tatang datang ke bilik, mohon undur diri bersalaman dan minta maaf sebab kecewakan harapan kami [takde apa2 pun sebenarnya tapi dia rasa bersalah sangat], sebak plak kami rasa.  pastu mak tak sampai hati tambah lagi IDR100,000 kat dia..

Aku takut dia segan, aku suh mak cakap suruh kasi kat anak dia…

Korang tahu tak, Tatang ni memang bagus tauuu… selain dari masalah van dan kesesakan jalan, memang takde masalah langsung dengan servis dia.. mana kami nak pergi, dia ikut jer.. pendiam, tak banyak cakap.

Walaupun kesesakan jalan kat sini yang mencabar kesabaran, tapi Tatang tetap bawa kami dengan berhemah.. Walaupun kadang2, terpaksa jugak dia hilangkan hemah dia dek tuntutan kesesakan lalulintas kat sana…

Anak2 aku yang berdua duduk di depan dengan aku, memang kadang2 menguji sendiri kesabaran aku..

Bila dua2 nak baring atas riba, korang nak buat cemana?

Ada satu kali tu, Tatang biarkan kaki Zulfan ‘tersangkut’ kat perut dia nak bagi keselesaan kat Zulfan yang nak baring kepenatan dalam van…

Dan Ika plak, kaki dia nak membuas kat dashboard van..

Biarin.. kata Tatang…

Waktu bersalaman dengan kami masa dia nak pulang, diciumnya Zulfan dan Ika, alahaiii…..

Satu lagi yang menyayat hati, sepanjang Tatang memandu kami di sini, setiap malam itu jugak lah dia tidur dalam van!!

Memang dia tak mahu tinggalkan van tu.. dia takut apa2 terjadi kat van yang dia sewa tu… kesian bila didengar, tapi nak buat cemana.. kalau van tu kena curi ke hapa ke, nanti dia jugak yang dapat susah…

Ni plak cerita dari Kak Yanti dan ibunya..

Waktu malam yang Tatang balik ke Sumedang lepas hantar kami di hotel, van tu meragam kat tengah jalan…

Pukul 11pm pun, dia masih kat tengah jalan menunggu van dia yang rosak… aku plak yang rasa bersalah.. bersalah sebab tak tengok van tu kuat ke tak, ajak panjat gunung…!

Tapi mujur alhamdulillah, Tatang memang jaga kami sepanjang kami bersama dia.. Dia tak mahu kami terbengkalai tengah jalan bila van rosak, sebab tu dia terpaksa tinggalkan kami di hari ke-3…

Takpelah, plan kami lepas ni pun cuma nak berhabisan ke Pasar Baru.. naik angkutan jer laa, tak beban pun…

mungkin ada pengalaman seronok bila naik angkutan ni…?

Sekian...!
Category: Holiday  10 Comments
[Coret] 2am

Semalam balik kul 2pagi… maksudnya sampai rumah pukul 2 pagi… [sib baik dah autopublish entry tuk harini awal2.. so no worry, entry Bandung tetap ada]

Aku ke satu majlis ilmu semalam dengan bayaran RM30 tuk 4jam pembelajaran… bayangkan, dari pukul 8.30pm habis pukul 1am… fuuuuh, memang penat tapi sangat berbaloi….

Tapi ada gangguan dari hubby di akhir2 sesi… dia non-stop call aku walaupun aku dah jawab call dia cakap masih di dalam kelas.. aku sedikit kecewa kat situ…

Kenapa dia susah sangat nak menyokong aku dengan apa yang aku tengah usahakan ni?  Kecewa… memang aku kecewa…

Kecewa yang sampai tahap menitiskan airmata bilamana aku tengok kawan2 lain seronok kerana suami masing2 walaupun tidak mahu sertai kami, tapi tetap teguh memberi sokongan moral mahupun fizikal…

Menitikkan airmata bila setiapkali topik halangan dan rintangan dalam kejayaan dibualkan di kalangan kami… sedihnya aku kerana halangan dan rintangan aku ini datangnya dari orang yang TERLALU hampir dengan aku…!!

Ya, Allah… kau bukakanlah hati dan minda suami ku supaya dapat menerima anjakan paradigma ini demi untuk kebaikan kami bersama, demi untuk anak2 dan demi untuk masa depan kami sekeluarga… amiiiiiiiin!

Sekian...!
Category: Coret, Score A  7 Comments
Peace………!

Sajer jer nak tayang gambar budak ni dengan baju tidur yang beli kat Bandung….

24032010977

Sambil2 tu nak tanya, apa khabar anda di sana…??

Maaflah ya, entry kurang berquality… aku ‘busy’ laa lately… :)

Sekian...!
Category: Zulfan  4 Comments
Duit Duit Duit Duit…Senang Senang Mintak Duit, Senang Senang Hilangkan…

Ambil sendiri wallet aku dalam handbag…

Aku pernah cakap, budak ni memang pandai ngakah… so dia tahu segala celah2 bedah mana simpan barang…

Bila aku jerit, dia pun mula lah cari akal…

weeeeet… [nak duit]

aku korek laa syiling2 yang terkecil, kasi dia sekeping puaslah hati… Suruh dia simpan balik wallet aku dalam bag…

09032010923

Amik pandai, nak letak balik terkial2… tangan sebelah pegang duit, tangan lagi sebelah nak selak bag, nak letak wallet.. mana kan dapeeek yang oiiii….

End up………….

duit hilang..

09032010924Muka orang bersalah sebab dah hilangkan duit…  dia gabra dah bila aku tanya duit tadi mana…?

tak lama puuuun rasa bersalah tuuu, jap tu mintak lagi duit lain kat aku… hahahahahahaha [sib baek mama kasi 10sen pun ko amik anak oiii]

Sekian...!
Category: Zulaikha  3 Comments
Anakku Sangkuriang

**panjang taau entry ni, baca dengan tenang ya… sambil2 kutip pengalaman free dari aku….!

Inilah tempat yang aku kepingin bangat mahu jejaki…..!!

Cadangan nak pergi ke sini hari ke-2 terpaksa ditunda ke hari ke-3…!  Dah banyak kali aku ungkapkan, masalah kesesakan telah membataskan masa aku di sana…

bandung 029 (2)Cuaca pagi yang tenang, sekejapan jer kami tiba di kaki gunung.. Sepanjang2 kaki gunung, aku nampak sederet pengayuh basikal berkayuh di sepanjang jalan ke Tangkuban Perahu…

bandung 031 (2)

Kata Tatang, ini memang aktiviti mereka setiap minggu… uuuhhh aku mati2 ingat diorang ada tournament berbasikal ke hapa, memang ramai betul, agak2 dalam 100 orang macam tu lah…

Tak kira umur, tua muda, budak kecik lagi pun ada sama…. bagusnya mereka bersukan… Kita kat Malaysia ni, kebanyakkannya lebih suka bersukan bawah bumbung kaan…? :) jangan marah ahli sukan!

bandung 032 (2)Sebelum terus ke puncak, kami singaah di IndoMart untuk beli apa2 makanan ler tuk kunyah2 kat atas gunung sana….

Mak and the gang plak pi rushing cari nasi bungkus sebab kata mak Kak Yanti, seronok kalau dapat berkelah kat atas sana….

bandung 039 (2)bandung 033 (2)sambil2 tunggu mak beli nasi bungkus, macam2 penjaja datang serbu van kami… dari kaki bukit lagi mereka dah menyerbu, kalau kat atas kami, rasanya dah dapat kami bayangkan…

Si Mira & Yana membeli jugak lah keychain kat kaki bukit ni… murah jugak lah lepas Mira tawar menawar, kalau tak silap aku IDR50,000 (RM18) dapat 40 tangkai keychain… bahagi 2 dengan Yana.bandung 034 (2) bandung 035 (2)Tiba ke pintu gerbang Tangkuban Perahu tapi kami diarahkan tuk gunakan laluan lain sebab laluan ni tengah dibaiki…

Jadi terpaksalah Tatang patah balik, gunakan jalan lain… sib baik tak jauh mana jalannya…bandung 036 (2)   bandung 081Jeng jeng jeng…. aku sangat suspen dan excited hokeeeeh….

Tapi masuk ke sini kena tiket ler, wahai korang…

kalau tak silap aku, aku bayar IDR100,000 (RM36) tuk 7 orang dewasa.. tapi IDR100,000 tu ntah ada berapa sen duit kita ntah sebab Kak Yanti bising2, sen sen pun nak kira… hahahahahabandung 078bandung 080sepanjang2 jalan nak ke puncak, ada bau kurang menarik dah menyengat ke hidung kami…

Kata Tatang, itu belerang yang terbakar, kesan dari lava gunung berapi… tapi tak perlu risau lah, sebab Gunung Tangkuban Perahu ni dah lama tak aktif…bandung 037 (2) 

bandung 038 (2)bandung 106

Tiba jer ke puncak, dah nampak kemeriahan jualan kat sini… berderet2 dah depa jual macam2 topi & shawl.. konon2 sejuk sangat lah kat atas ni kan, so sapa yang tak tahan, buleh ler membeli kat sini…  bandung 040 (2)Excited dapat tengok lurah gunung berapi.. lurah? aikk tiba2 cam pelik bunyinya… lurah ke lubuk ke hapa diorang panggil benda yang kat tengah2 gunung ni…? correct me please….!  bandung 042 (2) bandung 043 (2)  bandung 045 (2)bandung 082  bandung 084bandung 086Takkan nak lepaskan peluang bergambar kaaan…?

aku dah cakap, entry ni berjela sebab banyak gambar… silalah jamu mata dengan berhemah yaaa….

bandung 107

bandung 046 (2)Tengok, kami ada ramaaaaaaaaai ‘bodyguard’…

Tapi pendapat aku, boleh tahan lagi penjaja kat Bandung ni, ada gak tertibnya sebab dia iring kita tak tepi2 jer…

Tapi kalau korang pi ke Bali, depan korang pun dia hurung.. dah hurung kat depan, cemana korang nak berjalan kan…?   bandung 048 (2)bandung 047 (2)Hehehehe, konon2 diorang umpan Zikri ngan Naruto tu, dapat ler aku belikan benda dari depa…. takde maknanya….!!

Tapi memang kreatif ler diorang ni, macam2 benda diorang boleh buat.. macam2 benda boleh jadi duit…

Tapi bila kita renung balik, kenapa yaaa mereka tetap mundur?  Di mana silapnya?  kadang2 bila kita fikirkan dari segi aspek kemanusiaan, rasa ralat kat situ…

bandung 087

Ini puncak menara pertama, ada penjaja kat sini advise pergi ke menara tu, tapi kata Kak Yanti jangan diturut, nanti diorang mintak tip sebab jadikan mereka tourist guide..

Memang lepas kes tip bagasi kat airport tu, serik aku dibuatnya!!  terus kami langsung tak sempat menjengah ke menara…bandung 049 (2)Benda pertama yang kami beli ni Gunung Tangkuban Perahu.. Apa ke benda korang panggil shawl sarung kepala gini? 

Aku, mak, mira & Yana sambar sorang satu dan kami belanja mak Kak Yanti sehelai sebab dia pun cam suka shawl ni… so kami adiah lah satu tuk dia.. aloorrr, tak mahaii pun, sajer suka2 bayar tuk dia…

eh, lupa harga… rasanya IDR100,000 (RM36) kot tuk 5 helai ni..?  Lupalah!

bandung 089

Mak borong t-shirt Tangkuban Perahu tuk 8 orang cucunya… aku memang nak belikan tuk anak2 aku, tapi mak kata dia nak bayarkan tuk semua cucu2 nya… aminnnnnnn, moga murah rezeki mak! hehehe :) 

bandung 093bandung 094Inilah suasana beli belah kat sini…  rata2 kat sini barangan ole2 atau barangan kenang-kenangan tuk di bawa balik ke Malaysia…

Tapi hati2 kalau nak tawar menawar kat sini, harga semua pukul rata..

Sapa yang tak sabar, memang kena tipu.. so sambil2 depa hulur suh beli barang, sambil2 kita tawar, sambil2 kita teruskan perjalanan…

Kalau jumpa kat kedai deret, baik beli kat kedai deret macam fridge magnet ke, keychain ke…

Ada gak barang2 yang depa jual tu, kalau kita tak jumpa kat kedai deret, on the way balik ke van, barulah kita layan depa lama skit… tawar secara abis2, jangan segan jangan malu… :) bandung 096 bandung 097Tiba kat satu lagi puncak gunung… cuaca makin sejuk, tak sia2 beli shawl murah tuu… bandung 099Waaaah… feeling salji gitewww…!! hehehehe

Tapi sayangnya kami tak sempat nak ke manara yang paling hujung.. cuaca tak mengizinkan, hujan dah turun gerimis…

Kami bertempiaran ler lari selamatkan anak2.. takut gak kami dihalau kalau berteduh kat kedai diorang tapi tak membeli, nasib baik jugak la tak kena marah… bandung 101

Tengah2 berteduh tu, ada satu pakcik tu datang kat kami jual strawberry & buah beri, katanya dia yang petik sendiri, dia yang punya kebun sendiri…

sekotak ntah berapa dia offer.. aku tak dengar sebab aku sibuk nak selamatkan anak2 dari terkena hujan..

Tapi end up Kak Yanti tolong tawarkan, tak silap aku 3 kotak kami bayar IDR10,000.. kalau tak silap!!  Tapi memang kami rasa paling murah.. so mak beli 3 kotak, aku beli 3 kotak

Best giler buah beri rupanya erk.. ke sebab buah tu manis??  dan dan tu jugak 6 kotak abis licin!

Reda hujan, kami terus patah balik ke van…

bandung 095bandung 091

tengah aku sibuk membeli, depa kena lah amik2 turn layan budak tecit berdua ni kan… kejap nak menempek berdua dalam stroller, kejap nak lepas bebas ke luar…

Memang berjasa stroller ni, aku sumbat 2-2 kat dalam… bukan senang nak lepaskan depa berjalan sendiri, wooo bahaya oiiii…..!!  Jangan korang buat ya kalau anak2 jenis taknak berpimpin…!! 

bandung 100

Dah lepas bebas kat luar, nak pujuk masuk stroller balik bukan senang…

Mickey & Minnie Mouse aku beli IDR25,000 (RM9) jer seekor.. umpan depa masuk balik dalam stroller…  dari 2 budak tecit dalam stroller dah jadi 4!!bandung 103

Kisah softtoys ni, si Yana ler memula nak beli beruk beruang besar 3 pemeluk kat kedai tu.. tapi sebab harganya tak berkenan kat hati, so beredar ler kami nak cari kedai lain…

Tak ada!

Pastu masa kami patah balik, dia panggil balik offer harga yang kita berkenan… sudahnya memang dia tak kasi harga yang Yana nak, dapat plak harga yang aku nak tuk Mickey & Minnie tu.. sambar je la, apalagi!   bandung 104Ada kisah mencuit hati kat budak penjaja ni…

Dia duk promote naruto suh aku beli kan tuk budak2 ni, macam2 ayat ler dia pujuk aku supaya aku beli.. macam2 ayat gak aku patahkan semangat dia tuk menjual..

Kata aku, dah belikan anak patung mickey tu tuk anak2, katanya anak patung dia boleh lengkuk2 tangan & kaki, boleh silat..

Aku cakap, anak patung mickey tu boleh didakap.. dia kata, anak patung naruto pun boleh didakap.. kalau banyak!! hahahahaha, lawak kan..?

cerdik budaknya, sayangnya ke sini juga dia mencari hasil.. mana waktu belajarnya?

bandung 105bandung 050 (2)    bandung 054 (2)Haaa, ni penting aku nak cerita… sebab ni lah kedai favourite aku & mak.. kami memang gilakan deco..

So barang2 hiasan memang menarik sangat2 minat kami..! 

kat sini jer, 2 kali kami singgah… pertama kali memang dah berkenan, tawar2 tapi tak sampai harga yang kami nak…

kami chow air cincau ingatkan jumpa lah lagi kedai camtu kat depan2, tapi nan-ado… nak tanak datang balik beli dengan harga yang dia nak…

Alah, mahal pun tak mahal sangatlah cuma adat, kot lah boleh tawar2 lagi kan… hehehehe

bandung 056 (2)

Memang berquality dan mantop lah kraf dinding dia ni… dalam frame kayu ada kulit2 kerang, kulit ketam dan kulit udang yang tak jejas langsung fizikalnya.. looks real!

Aku beli frame besar satu harganya IDR100,000.. mak berkenan sepasang frame panjang tak ingat dah berapa harganya.. frame kecik2 harga IDR20,000 pun aku beli gak tuk buah tangan budak2 pejabat..

bandung 092

Dah menjelajah jajaran kedai tu, tiba masa nak panjat balik ke puncak barulah terasa siksa…

Yo laaa, seksa woo nak tolak stroller dengan kembar 4 kat dalam stroller tu, jalan plak tak rata… :) bandung 108 bandung 109

Tak nyempat2 hujan nak turun.. berlari2 kami masuk dalam van.. tapi penjaja kat situ tak peduli pada hujan…

Diorang tetap gak gigih menjual kat kami… tak dapat pujuk kami masa datang, depa tak henti2 pujuk kami masa nak balik.. walaupun dalam hujan!!

bandung 060 (2)

Dan akhirnya aku beli gak laa kotak tisu bulu arnab (konon) yang memang ada rupa arnab pun…! mak pun beli gak satu tapi rupa kucing.. [mak punya bulu kucing lebih lebaaat.. huhuhu]

Jap nak bagitahu, baju putih (Corsa), tu lah Tatang pemandu kami sepanjang 3 hari di Jakarta, Sukabumi, Sumedang dan juga Tangkuban Perahu… baik dan penyabar orangnya… nanti aku slot satu entry tuk Tatang dan van dia… sedih.. :(

bandung 110dan ini budak dah kepenatan, tidur dengan ‘teman’ barunya… nasib baik boleh dakap… hehehehe

Tapi masa kami dah turun dari gunung, Tatang tanyakan kami nak singgah tak ke kebun teh…   bandung 113 bandung 114   bandung 117Waaah tetiba plak feeling Cameron Highland kat tepi Gunung Tangkuban Perahu ni.. teh Cameron ko tak jejak lagi, tapi teh Bandung ko dah jejak dulu yaa amy oiii…..!! Hahahahaha   bandung 061 (2) bandung 062 (2)

Dan kami yang kelaparan, kempunan tak dapat berkelah kat puncak Gunung Tangkuban Perahu dek penangan hujan gerimis….

Perut dah lapar masa tu dah pukul 3-4pm lebih kurang, kami suruh jer Tatang cari tempat lapang tepi jalan, berenti je laa makan dalam van…

bandung 063 (2)

Orang lain dah siap makan, baru budak ni nak bangun dari tidur…puas kejutkan dia bangun.. Ika tu tak kisah lah sebab dia ada susu boleh minum…

Zulfan plak baru ‘lepas’ susu, jadi kesian lah kat dia kalau tak dapat makan… memang bersungguh betul dia makan nasi..

Memang sedap pun nasi tu, tak tahu lah sedap sebab lapar atau memang betul2 sedap.. katanya nasi lemak tapi tak lemak pun nasinya, warna kuning dan ada sambal macam sambal nasi lemak..

bandung 064 (2)Turun dari gunung, aku suruh Tatang ke jalan Dagor… kata orang, kat sana pun macam centre tuk shopping gak…

Tapi punya lah hujan ganggu aktiviti kami yang memang dah tak cukup masa ni, jamu mata dari dalam van je laa jawabnya…

kalau tak kerana kelek anak, boleh jer berlari turun dari van, terus masuk ke sederet kedai2 factory outlet sepanjang2 Jalan Dagor tu..  bandung 066 (2)Dan dalam hujan renyai tu jugak, kat sinilah korang leh nampak anak2 kecik cari makan dengan minta sedekah…

Mak memang dah sediakan IDR1000 (duit singgit2 kata mak) kat dalam poket asing tuk bagi2 kat bebudak yang mintak sedekah tepi2 traffic ni…

Tapi paling aku geram, baby yang nampak cam baru 3-4 bulan diheret sama minta sedekah dalam gerimis!!

Yang dukung tu macam budak lagi, mungkin kakak dia.. kat mana emaknya?  ke memang sindiket?   

bandung 067 (2)

dari jalan dagor, Kak Yanti minta singgah di rumah makciknya… bertemu makciknya kat sana…

lewat petang, kami singgah makan di kedai mee bakso… kenyang makan nasi lemak tak hilang lagi, so mak request makan sup2 jer…

puas makan terus balik ke hotel…..

Fuuuhhh, berjela kan entry Tangkuban Perahu ni, itu belum aku nak bukak cerita sejarah dan lagenda Tangkuban Perahu lagi… oh, rindu kat filem Tangkuban Perahu, sapa2 ada tak movie tu?

what’s next??  cerita pasal Tatang erkk….?

Sekian...!
Category: Holiday  11 Comments
[Coret] Tak Sempat

Semalam entry aku cuma 2 jer kan… alahai, sorry sangat2 [ada sapa peduli?]

Inilah akibatnya kalau tak buat autopublish, konfiden jer nak publish kat office, tiba masa nan-ado…

Timing kat office ni memang tak menentu, ada masa busy sangat2, ada masa rileks buleh laa layan blog mana yang sempat…

**pagi tadi terjumpa balik jam yang hilang, nanti story!

Sekian...!
Category: Coret  4 Comments
Mutiara Hotel, Bandung

Hari ke-3 kami adalah di Bandung… Thanks to Liyana sebab booking kan hotel ni tuk aku dengan harga murah!

bandung 027 (2)RM250 per night untuk Family Room, berbaloi laa kan…? muat kami 6 dewasa 3 kanak2.. (baju aku pakai tu beli kat Rumah Mode)

Actually, bilik ni limit tuk 4 orang jer… tapi lantak ler kan, kami tak kisah tidur atas lantai pun, janji budget!!  [budget hotel jer, shopping takmau budget!!] hahahahaha

Family Room ni, dalam billik ada sebuah lagi bilik dengan King Bed Size…

bandung 155

Ini pandangan dari depan pintu masuk, ada 1 single bed, 1 lagi single bed size jugak tapi besar skit size nya, nak kata queen size, kecik sangat laa pulak… bandung 153Ini King Bed yang dalam bilik kecik… kat sini aku tidur ngan Zulfan & Ika, Mira & Yana plak gilir2 tidur atas katil ni…

Actually, tak payah ribut2 pasal hotel mana nak tinggal… Surf kat internet pun banyak pilihan… cuma kebersihan tak dapat nak jamin… lagipun aku ni pax ramai, memang perlukan 1 bilik, baru syiok duk ramai2 tak payah pisah2 bilik

Tapi kalau korang tengok kat sekitar Bandung ni, memang melambak laa hotel, tunggu pilih jer… pendekata, korang boleh walk-in jer cari hotel yang bersesuai dengan jiwa…

Tapi sebabkan aku ikut nasihat Sis Dee, memandangkan aku bawak bebudak kecik, takut kesian kat bebudak nak walk-in cari hotel, so better lah aku book hotel siap2…

bandung 071 bandung 072 bandung 073 bandung 074

Breakfast di Mutiara Hotel, Bandung… dah katanya family room tu 4 pax, breakfast pun tuk 4 orang la jugak kaaan….

Sebabkan aku letih sangat nak bangun pagi, aku suh Yana, Kak Yanti, mak Kak Yanti dan Zikri jer pi breakfast sana…

I still need time nak guling2 atas katil, lagipun perut tak lapar… nak kumpul tenaga nak berjalan ke Tangkuban Perahu… :) bandung 076

kasi chance ler gambar Yana masuk sini… sebenarnya nak tunjuk kat korang environment kat hotel ni, bukan nak tayang sangat muka Yana tu… hahahahaha

So tuk korang yang tak cerewet pasal hotel ni, boleh laa jugak pilih Mutira Hotel.. Hotel Mutiara ni takde lah mewah tapi tetap menjaga kebersihan…

Lagipun, ramai Malaysian yang suka duduk sini, boleh book online di internet, atau pakai agen tuk harga lebih murah…bandung 075

Tapi masa aku extend lagi 1 hari kat sini, aku dapat 30% diskaun berbanding harga biasa jadi RM212 sahaja… lebih murah plak dari harga ajen..

Yer aku terpaksa extend 1 hari lagi kat sini.. perancangan asal, malam terakhir kami nak bermalam lagi di rumah Kak Yanti, so dari sana kami terus jer berangkat ke Jakarta untuk ke airport..

Tapi memandangkan aku dah tak sanggup nak rembuh jem, dan masa kami pun dah banyak terganggu dengan traffic kat sana, semua planning pun dah berganjak so masa tuk kami memang dah jadi singkat…

Nak dengar cerita kami di Tangkuban Perahu tak?

Sekian...!
Category: Holiday  19 Comments
[Coret] Loya

Tak tahu kenapa lately after went back from Jakarta, aku macam tak berapa sedap tekak & isi perut… lepas makan jer aku rasa cam nak termuntah..

Kadang2, selera takde nak makan tapi nafsu serakah suruh aku makan, lepas makan dapatler akibatnya..

Adakah aku termengan?

Oooooh, katakan tidak…!! aku baru jer lipat bendera merah masa kat Jakarta aritu… mustahil, mustahil!!

Agaknya ini symptom biasa laa kot bila dah berkelana di tempat orang… kawan ofis aku, balik jer dari sana dulu, siap cirit-birit.. itu pun memang dah cukup jaga makan minum dia kat sana… kiranya aku ni bernasib baik jugak lah takde cirit-birit.. semua sihat alhamdulillah termasuk anak2…

Sekian...!
Category: Coret  6 Comments
Dari Sumedang Ke Bandung Pulak…

Lepas makan tengahari di rumah Kak Yanti, kami pun bergerak ke Bandung…

Sepatutnya kami  ke Tangkuban Perahu, tapi Kak Yanti macam tak sure pukul berapa boleh sampai ke sana, jadi aku batalkan ajer… Tak mahu stuck dalam jem lagi…!

waktu pun dah masuk petang, tinggal lagi 2 jam cuaca akan gelap jadi lebih bagus terus check-in ke hotel jer…

bandung 057 bandung 058

Indah kan….?  rata2 kat sini ada kawasan padi di tepi rumah masing2… gamaknya, ini lah namanya padi bukit yer…?  Bertingkat-tingkat nampak padi tu, canteeeeeeeeek!!

yang aku perasan, apa yang membuatkan rumah Kak Yanti jauh dari Bandung adalah kerana perjalanan yang terpaksa mendaki bukit hampir sejam tuk sampai ke rumah Kak Yanti

Tapi takde laa ke puncak sangat rumah Kak Yanti tu, cuma masih di kawasan tinggi ler… ntah, aku pun tak sure ada puncak ke tak bukit tu, nampak landai jer… hehehehebandung 059 bandung 060 bandung 061

Alhamdulillah perjalanan kami cuma 2 jam saja tuk tiba di hotel.. traffic tak jem sangat… sampai saja kat kaki bukit, dalam setengah jam lebih jer dah masuk ke kota Bandung….

Tatang (driver) gigih bertanya orang kat mana letaknya Mutiara Hotel yang aku dah booking tuk 2 hari hasil pertolongan Liyana… oh, nanti story panjang lagi pasal hotel… ada tips gak nanti entry hotel ya….

bandung 027 (2)sampai hotel, aku check-in kan diorang… rehat tak sampai 10 minit, kami keluar balik.. masa tak boleh dibazirkan, lagipun cuaca dah gelap!  nak tak nak, kami tetap kena keluar cari makan tuk dinner kami…

bandung 025 (2)

memang teringin sangat nak sampai ke Rumah Mode ni tapi sayangnya cuaca hujan, kami basah kena renyai hujan waktu berlari nak masuk ke Rumah Mode ni.. mood pun dah terganggu skit kat situ…

bandung 023 (2)Tapi nafsu membeli tetap menguasai… geram tengok branded outfit yang murah2… tapi ehem ehem kenapalah semua baju yang aku perasan lawa kat badan aku cam sempit jer jahitannya… hahahahaha [apakah maksudnya tu?]

bandung 063 bandung 064sempat gak aku sambar 2 helai baju tuk aku, selai t-shirt tuk Zulfan dan selai t-shirt tuk hubby… sesapa yang suka baju branded, memang sesuai lah datang sini… memang murah harganya…

bandung 020 (2)

Aku beli shirt Armani harganya IDR89,000 (RM32.00)… yang shirt Guess tu aku lupa laa plak berapa harganya tapi tetap aku pilih yang tak sampai IDR100,000

Actually baju aku dah habis pakai (bawak 2 helai jer), esoknya takde baju dah nak pakai!! kawan2 pesan jangan bawak baju banyak sebab kan nak shopping baju… So pakai jer baju2 yang baru dibeli, jimat timbang!

Nafsu aku kalau membeli tak dapat tawar menawar ni macam tak syiok sangat laah…. sebab tu aku tak berapa beriya sangat kat Rumah Mode, ke sebab aku still lagi mood letih sebab tak cukup rehat?

bandung 067

mak pun cam boring jer masuk Rumah Mode, agaknya sebab bukan taste mak baju2 kat situ.. ye laa, kebanyakkannya baju orang2 muda…  lagipun mak memang dari dulu tak suka baju branded…

Rasanya aku pun ikut perangai mak, membeli biar yang murah tapi berkualiti… lagi murah, lagi cantek lagi bagus! baru lah terasa bangga diri ni pandai berhemah dengan duit!bandung 069

Hujan gerimis manja2 kat luar masa kami menunggu Tatang bawak van dari parking… sambil bebudak layan ikan kat dalam kolam depan Rumah Mode ni…. besar2 ikan tu… Si Ika berani jer celup tangan dalam air, kena gigit baru tauu!

Zulfan plak memang dah penat sangat agaknya, dia takde selera nak tengok ikan, nak bertenggek jer dalam stroller…bandung 070

Masuk jer van, kami suruh Tatang carikan tempat makan.. tapi elok jer nak keluar Rumah Mode tu, ternampak plak sign Rumah Mode yang sangat cantik, tak sempat nak bergambar kat situ tayang kat korang…

bandung 024 (2)Kami singgah makan di sebuah restoran ntah ke hapa namanya.. order makan jer dapat air teh free apa ntah pelik rasanya, so aku order plak juice buah…

Lauk pauk pilih2, then kami makan berhidang… Makan tuk semua orang termasuk jus buah 6 gelas tak sampai IDR100,000 (RM37), murah kan?

rata2 makan nasi kat sini berlauk kering kan.. tapi kenapa aku rasa nasi kat sini sedap2 belaka?

gambar masa dinner malam tu, langsung aku lupa nak snap2, mungkin sebab dah lapar sangat then tak cukup rehat… makan pun berselera sampai rasa tak cukup sepinggan nasi, paling best sambal belacan cicah dengan salad dan kobis… uuhhh, nikmat!

habis dinner, kami terus balik ke hotel… Selamat malam, Bandung!

Sekian...!
Category: Holiday  3 Comments
My Date Night

Aku rasa, aku takde memori romantik tuk diceritakan tentang My Date Night especially dengan hubby… [kena cerita dengan hubby laa kan, takkan nak cerita dengan ex-boyfriend plak kat sini, nak mamposss??]

Tapi izinkan aku bercerita tentang Date Night kami selepas berkahwin laa erk… lepas berkahwin pun ada date jugak kan…?  Takkan lah nak date sebelum kahwin jer….

Aku ni jarang nak buat surprise belanja hubby… Tapi rasanya surprise terbaik yang pernah aku buat tuk hubby adalah malam meraikan harijadi hubby…

DSCN1476 Kami dinner di Outback SteakHouse di Bangsar… balik dari dinner tersebut, ada surprise lagi menanti iaitu hadiah burfday…

DSCN1478Aku belikan dia wallet leather… [tapi sampai skang dia kata sayang nak pakai...huhuhuhu]

DSCN1734Semoga kami berbahagia, kekal bersama selamanya…. amiiin!

Oh, kenapa plak aku tetiba nak cerita pasal My Date Night ni…?

Sebab aku nak nonton cerita ini bersama Nuffnang…………..!


image
Sekian...!
Category: Ads  3 Comments
Like Mother Like Dotter Laa Kan…?

Pernah cerita pasal tali pinggang biru aku niii….

14032010958nampak mama nya pakai kat pinggang, dia pun nak jugaaak….

Oh, yang biru ni yang lama, takde brand…

Yang aku pakai warna ungu, brand Avon so mama & dotter sama2 pakai bengkung sebab nak kempiskan perut… hehehehe

Sekian...!
Category: Zulaikha  8 Comments
Oh Indahnya Perjalanan Ke Sumedang

Pagi pertama di Indonesia, wahhhh cuaca kat sini memang awal.. baru pukul 6 pagi tapi dah terang benderang macam pukul 9 pagi…

Yang eloknya, kat Sukabumi ni paginya tak terik macam kat Malaysia… So terasa sejuk, dingin, redup dan nyaman… tambah nyaman menggigil mandi air sejuk..isk rindunya….

bandung 048

Indahnya potret ni, mereka semua baik2 dan ramah2… sangat2 welcoming us… Terima kasih pada Sri dan keluarga, susah2 sediakan makan malam tuk kami, dan susah2 jugak sediakan tempat tidur tuk kami…

bandung 051

Perjalanan ke Sumedang bermula… Mood sangat segar, mood sangat baik jadi semuanya kelihatan sangat fresh dan indah..  sudah teramat bersedia menempuh traffic yang penuh pancaroba… :)

bandung 052

bandung 053

Tiba-tiba feeling macam photographer terhaibat seantaro dunia… kikikiki, habis semua gambar aku sapu!  Konon2 pelancong laa sangat kaaan…. hahahahaha jom gelak!

First time neeh aku merestas desa jalan keretapi secara live gini… aikk, macam lah tak pernah lalu jalan ketapi kat batu cave kan..? tapi entah kenapa, feeling rasa lain!! hahahahaha

Oh, aku jumpa tip lagi, pertama kali aku tengok, masa nak melintas simpang tiga, ada orang yang akan ‘tolong’ berhentikan kereta tuk bagi laluan kenderaan kat simpang ni masuk…

bandung 054

Bila dah lepas, kasi tip kat depa IDR1000 (40sen)…. memang tiapkali dan kat mana2 pun, wujudnya tip traffic macam ni…. ok, tip ni memang bagus tuk lalulintas, tapi tip angkat bagasi tu, memang aku tak boleh terima dek akal betul!

bandung 055Kagum kagum.. kamu boleh tunggang gitu??  hebat kan…?  serius aku pernah cuba tapi bukan aku yang goyah, hubby yang goyah sebab tak reti nak balance, berat sebelah…

bandung 006 (2)

bandung 056

dalam perjalanan, Tatang (driver) tanya samada kitorang nak tak singgah di kedai manisan… of course laa nak…!!!

bandung 009 (2)

bandung 008 (2)

Aku cuma beli jeruk salak jer kat sini, memang murah tapi nafsu aku kat jeruk ni tak berapa nak ‘mari’ laaa….

bandung 010 (2)Oh, sila jangan buat muka pelik bila tengok ‘kerepek’ ni… ini adalah pisang yang dah hiris2… rasa dia macam pisang salai tapi agaknya digoreng plak garing dengan tepung bersalut nipis… sedapp!!

Aku beli setengah kilo sebagai ole2 tuk bebudak opis… mak suka sangat sampai beli sekilo, si Yana & Mira pun beli gak pisang salai ni tuk ole2 bebudak opis masing2…  bandung 012 (2)Ntah apa benda ni, tak beli pun tapi rupa dia macam mangkuk, sangat unik!  Lupa lak nak tanya Kak Yanti, intip ni apa… kalau kat Malaysia ni, intip tu dah tentu laah spy kaaan…? hehehehehe bandung 013 (2)Adeeeh, ‘kerepek’ belut…. geli aku nengok tapi hubby tanya kenapa tak beli, katanya sedap… oh please……….!  Aku tahu ramai gak yang suka makan belut tapi entah kenapa aku geli, takde alasan hanya geli…

Perjalanan di teruskan, tidur bangun tidur bangun, tak gak sampai2….   bandung 014 (2)Tak jauh dari nak sampai ke rumah Kak Yanti tu, ada plak lori terbalik, lagi lah bertambah2 jem kat situ… uuuuuuuuuuuuuuuuuh, memang terasa perit dan serik laa, cam nak phobia pun ada…

bandung 016 (2) Kami sampai jugak akhirnya di rumah Kak Yanti, ayahnya sedang menunggu2 ketibaan kami…

Sempat makan tengahari kat sana, ikan emas panggang… weiih bukan ikan emas yang kaler emas tu taaau, ini ikan emas kolam laaa, siap bapaknya pancing kat kolam belakang umah depa…

Pastu bukak tingkap umah, ada padi tengah menyubur, uuuuh indah!!!  Tapi rata2 umah kat sini semuanya duk betul2 tepi jalan, ibaratnya bukak jer pintu, terus jalan raya…

Sib baik rumah Kak Yanti cam luas gak laa siap ada space tuk kereta parking, tapi sayangnya kami betul2 lupa nak amik gambar kat sana.. sempat ngambik gambar Ika jer sekeping…

Memang sesal sangat2… tapi masa kami makan tu, ayah Kak Yanti amik gambar kitorang dengan henpon dia, advance youuuuuuuuuuuu….!!  kiranya ada la jugak kenangan kami kat sana kaaan…?

Takpelah, nanti ada rezeki kami ke rumah Kak Yanti lagi, bermalam kat sana…mungkin tahun depan plak…!

Sekian...!
Category: Holiday  4 Comments
Instant Cash Blogging

Ingat tak aku pernah wat entry ni…?  Entry tu adalah khas tuk Project Alpha Instant Cash Blogging…

Bagi sesapa yang masih tak tahu apa benda tu, boleh ler klik sini untuk dapatkan RM20 dengan senang lenang… :)

Aku dah dapat…!

image

image

Dah credited pun to my nuffnang account….

Bila dah dapat sekali, rasa syiook plak, rugi dari awal dulu aku tak join….

So apalagi kengkawan, rajen2 kan diri buat entry tuk Project Alpha, get your own instant cash blogging, barulah blogging itu akan menjadi lebih bermakna! chewwaaaah wat iklan free plak…!

Sekian...!
Category: Ads  9 Comments