Archive for » February 19th, 2010«
Semalam aku dah shoppingkan duit Nuffnang yang aku dapat minggu lepas…
Sebagai ingatan, aku nak ler membeli sesuatu yang boleh dibuat kenang kenangan bahawa inilah hasil pertama aku dengan nuffnang..
ada sedikit sentimental value di situ kononnya…
Pun dah cakap, jam tangan hilang entah ke mana laa perginya duhai sayangku… dan memang aku beli ler jam tangan sebagai ganti yang hilang tu..
B.U.M.
mampu beli.. padan ler dengan cek Nuffnang yang aku dapat RM200+ tuu….
Korang tengok dari jauh dah laa yer.. nothing special kat jam ni, simple2 jer yang penting ada haribulan kat situ…
Ada lagi satu jam BUM ni, cantek… tapi sayangnya takde haribulan so aku terpaksa membatalkan niat aku untuk membeli jam itewww…!
Tanya orang terengganu, ngakah tu apa…?
Aku perasan perangai budak Ika ni kaaaan, pantang orang leka skit, dia pun akan buat projek dia tersendiri… depan orang dia buat tak tahu, tapi kelip jer mata, dia pun pegang apa yang kita pegang sebelumnya…
Macam gak mainan Zulfan, dia tahu kalau dia nak main masa orang tu ada memang tak boleh, tapi kelip jer Zulfan takde, tidur ke hapa ke, dia pun cepat2 take over….
Ini tengah buat lakon semula mama dia make up kat dressing table tu… jenuh dah si Rohmah berkemas lam laci tu, tapi dirombak balik dek budak niii…
konon2 bila tutup mata dia dengan langsir gitu, orang tak boleh nampak ler dia tengah buat apa….? buat lawak betul!!
puas ngakah kat dressing table, dia ‘kemas’ side table plak… hah, tu berdiri tegap tu sebab dah tersentap ler tuu kena sergah ngan mama dia…. panggil banyak kali pun, tetap gak tegak dia berdiri… nak tergelak aku masa amik gambar niii
tak serik…
Dah kena sergah 2 kali pun tak serik gak.. kali ni dia pindah plak kat kabinet ni, tempat aku simpan semua novel2 aku…
Aku dah tak tahu dah apa jadi kat novel2 aku tu, dah berkeronyok dikerjakan budak Ika ni… berkali2 dah pun si Rohmah duk kemaskan novel tuu…
3 port ni favourite Ika tunjuk bakat dia… Memang dah peel dia cenggitu.. dari kecik suka sangat ‘mengemas’… Pasrah je laaaaaa
sebelum tu aku nak minta ampun minta maaf tok cucu cicit sebab baru sekarang nak share kemudahan yang ada niii…
Memang dah lama aku pakai Window Live Writer ni untuk buat entry blog, sangat mudah, sangat sangat convenience… terima kasih kat Sirman husband kakred sebab sudi share ilmu nii dulu..
Tapi sebab aku dengar skang ni ramai sangat merungut susah nak masukkan gambar laah, itu laa ini laa so aku pun nak jugakkan share kesenangan aku ni dengan korang…
Let’s go!
1) Memula boleh cari kat pakcik gugel ataupun kalau nak shortcut klik jer kat link yang aku kasi kat atas….
2) Klik download.. biarkan dia download puas2 then ikut jer step step yang dia arahkan…
3) Bila dah siap download, buka Live Writer tersebut then klik kat BLOGS tu, pilih ke add blog account
4) tahu kaan korang nak kena tick yang mana satu… kalau korang tak tahu, meh aku pelekung kepala korang sebiji, then aku kasitahu…. Pastu klik NEXT
5) Isi ni plak erk… Web address tu link korang lah yaa… username tu id yang korang pakai kat akaun blog tu, email korang ler… sama gak ngan password.. pastu klik NEXT
6) Tunggu ya…………….
7) Blog nickname tu sepatutnya dia akan kuar automatic once sistem dah dapat detect blog korang, tapi contoh ni sengaja aku delete… Then klik FINISH lah…
kecikkan skit kornea korang yaa…. usaha tangga kejayaan hehehehe.. sajer aku nak menyiksa mata korang, bila korang bersungguh nak baca, tandanya korang tergolong dalam orang2 yang berjaya [tiba-tiba hekkss]
Korang yang pakai blogspot, theme minima selalunya akan kuar putih kosong jer kat Window Live ni…
Tapi macam aku pakai wordpress dan ada theme aku sendiri, maka aku punya Window Live looks real laa… sila jangan jeles..
Lagi function2 kat dalam Window Live ni korang godek2 laa sendiri erk, cemana nak edit gambar, cemana nak crop, cemana nak buat watermark, sizekan gambar, semua ada dalam ni…
So kak ina kl, dah paham ke belum…? kalau belum faham gak, contact me, k?
*** Window Live boleh didraft secara offline.. dah siap2 draft, pastu save.. bila2 dah ada internet, terus jer tekan publish.. camtu la aku buat masa takde tenet kat umah dulu.. draft siap2 kat umah, sampai ofis, buka laptop then publish jer….
****dah buat window live ni, credit arr skit nama aku lam blog korang, hakak pun nak glamer gaaak… ciss!! [ada hati gak tu nak hit visitor....]
Izinkan aku membebel panjang…
Lately ni kan, aku rasa macam bukan diri aku dalam dunia blogging… aku duk sibuk ambil tips sana sini macamana nak tingkatkan traffic blog, macamana nak tarik ornag datang baca…
Yer, memang bagus baca dan ikut segala tips2 tersebut tapi bila dah terlalu extreme, blog kita bukan blog kita lagi.. Our blog is no longer ours…
Baru2 ni aku banyak berkenalan dengan orang2 hebat yang dapat income nuffnang secara mendadak… macam aku ni lainlah, setahun lebih blogging, baru mampu cash out kan 1 cek…
Tapi bila aku tengok blog2 mereka, seolah2 terlalu taksub dengan kejayaan2 yang dicapai…. tips sana sini, memang bagus.. tapi tidak bagus untuk diri aku sebab bila aku cuba ikut tips2 tu, my blog is no longer my blog..
Tujuan asal aku blogging adalah sebab nak miliki diari maya macam kawan aku sorang tu, seronok tengok dia blogging pasal anak2, pasal keluarga dan sesekali kaitkan juga isu semasa… Itulah yang aku angankan untuk blog aku jugak…
Di samping tu, jadi tambah seronok bila dapat pulak duit sampingan dari nuffnang… perhatian kat sini, DUIT SAMPINGAN yaaa, amy!!
So kenapa nak jadi macam orang lain? STOP sWeEtdARLinG !!












Hot Comments