Archive for » February 16th, 2010«
Pulang membawa segugus KFC…
cuba nak pujuk aku..
I say NO till say sorry
Itu batu kapla atas ada keras jugaaa…
hahahahhahaha
Tak balik
Tak call….
Takpe
Kita tengok
Itu batu atas kapla sapa juga mau pecah!
Ingat tak aku menang voucher Levi’s worth RM300 for best outfit Digi Pimp My Day Challenge? So inilah masanya aku nak redeem voucher tu…
Kalau tak kerana hanya Levi’s terpilih sahaja yang terima voucher tu, takde maknanya aku nak pi ke sana…
Oh itu bukan seluar Levi’s yaaa anak2…. yang aku pakai itu Padini sahaja…
Bengkek giler aku kat salesgirl Cina yang chubby tu, mementang ler ramai cina tengah membeli Levi’s, aku yang melayu ni dia layan nak taknak jer… [agaknya sebab aku pakai suar Padini, bukan Levi's]
Aku mintak suggestion, cutting apa yang sesuai tuk aku yang gemuk ala2 skit lagi nak chomel niii.. dia suh aku try jeans yang sebaris tergantung kat tengah laman tu..
Aku try sehelai dua, memang can not go la sebab cawat dia pendek, so aku surrender laa balik jeans tu.. bila aku tanya lagi cutting lain, katanya takde, itu jer tuk lady..
Pastu aku melilau sendiri dalam kedai tu try jaket ke hapa ke jadah lah yang berharga RM300 atau terhampir.. jaket pun tak muat, size L tapi sendat kat perut, apakah?? [sila jangan berani nak kutuk aku gemuk]
Pastu ada sorang budak lelaki melayu, aku mintak cutting yang sesuai dengan aku, aku cakap cutting pompuan semua low cut, tak lepas dengan perut aku yang buncit ni laki aku tak suka aku pakai seksi2 gitu..
Pastu budak tu kasi laa aku 2 helai cutting lelaki, tengah aku beratur nak masuk fitting room, tetiba itu amoi terkejut tengok aku beriya nak membeli, bukan main2..
terus dia tanya aku, dengan sapa aku amek suar tu, aku cakaplah.. terus dia sound itu budak, aku ni customer dia.. eeeh tetiba dia jadi cukup peramah, dapatkan aku Levi’s yang betul2 sesuai ngan aku..
Ikutkan hati jahat, nak jer aku cakap, aku takmo dia layan aku, aku nak budak lelaki tu layan tapi aku malas ler nak banyak songeh tengah2 ramai umat cina tu…
So akhirnya aku ambil Slim Boyfriend punya cutting RM279.. jantan pun jantan ler makngah, janji aku pakai seksi ler jugak peha aku kat situuu…!
Kena potong skit kaki suar.. in between nak menunggu, kami melilau laa satu 1 Utama…
Pergi pun time nak raya cina.. mahunya umat cina meramai laa di mana2 nak bershopping tahun baru… kucing miawww miaaww besar bagak pun melambak…
so kebetulan plak ada contest, hubby merajen pi register Zikri masuk ke sana…
mencanting batik [lukisan]
![]()
![]()
Tak menang pun, dapat hadiah saguhati jer… cemana nak menang, background pun gelap, warna batik pun gelap, jadi lah gelap gelita Tahun Baru Cina… marah wooo orang cina gelap2 gitu…
dapat botoi air pun cukup lah dari takde apa menonong jer kaaan…. happy bukan main dah tu si Zikri….
Ouuccchh, niat nak balas dendam sebab tahun lepas hubby lewatkan adiah tuk aku tak menjadi…!!!
Kononnya tahun ni pun aku nak lewatkan adiah tuk dia, tapi akhirnya aku terlupa yang aku tengah plan nak revenge…!! Arggghh…
Ni semua gara2 aku shopping suar Levi’s hasil dari pendapatan aku ngan Digi Pimp My day Challenge yang aku menang voucher RM300…
Harga suar aku RM279 so balancenya nak kena abiskan hari tu jugak kalau tak rugi ler…
So aku suh hubby pilih baju tuk diri dia sendiri as burfday present.
budget RM50 jerkk
konon lah
belek2 dia kata tak berkenan.. memang kualiti t-shirt Levi’s low class, aku memang tak berkenan, tak padan dengan harga
Tup tup dia berkenan ngan t-shirt lengan panjang ni…
T-shirt gini hubby pernah ada, beli kat Rantau Panjang berapa puluh hengget jerr…
Cuma yang ni ada class skit sebab ada tanda merah kat baju
Berbaloi ker benda kelemut gini jadi harga RM99….? Sebab tak cukup waktu aku nak pikir2, aku bayor jer laa…. tak pasal2 kena tambah duit RM70+
Sungguh kemut kan nak beli hadiah tuk laki sendiri?
Nasib baik ler aku nak beliii…… in advance lagiii dari laki aku asyik macam terlupa burfday aku jer tiap2 tahun!! Sokmo jer delay celebration…!
So hubby,
Happy Burfday to you….!!
Abang,
dah 38 tahun tauuu, sedor2 skit diri tuuu… life begin at 40, lagi 2 tahun tapi sampai skang habuk pun tarak….!! Kata nak bisnes auto pilot sendiri bila dah tua, so kena laa plan baik2…
Bangun tidur tadi, ada darah dalam mulut Ika.. tak tahu datang dari mana tapi mungkin ke lidah dia tu berdarah balik?
Ada kemungkinan ke perkara tu boleh berlaku, wahai doktor kita?
dan first time jugak, Ika tak selera susu… puas dipujuk2 baru lah dia nak isap susu… tapi sekali isap, berdesup laa habis…. ha ha ha ha
sat gi akan kuar entry publish pasal burfday hubby tapi sampai sekarang pun aku tak wish apa2 kat dia.. silap haribulan laa dia cari gaduh semalam..!
I would never wish to him as long as he say sorry!












Hot Comments