Semalam lepas balik keje, aku tak sentuh langsung laptop.. agaknya sebab jemu duk mengadap laptop 2 hari berturut buat banner dan video tuk Digi Pimp My Day Challenge (tak abis2 duk cerita pasal ni kan?) ~ selagi tak abis!
Lepas masak kari udang, daging goreng garing then makan² (sila ambil perhatian terhadap definasi makan² bermakna aku meratah lauk jer, takde nasi)…
Then aku cakap kat hubby, jangan ‘kacau²’ aku, aku penat sangat, nak tidur… serius, masa hubby duk ‘bergurau manja’ konon² nak geletek aku, aku tak larat nak protect my self, nak gelak pun tak larat… (terpaksa dikecilkan tulisan supaya orang² yang keypochi tegar sahaja yang sanggup baca…
So aku ketiduran….
Pukul 11.15pm, aku terjaga then terus ambil JM5, nonton JM5 Jangan Tidur Lagi TV3 bersambung dengan 702 The Nanny… Habis The Nanny baru aku tidur… So harini memang takde entry fresh kisah² kami sekeluarga…
Aku akan keluarkan entry draft yang mana ada, then kalau rajin, aku buat laa entry isu semasa jap jap lagi…












kalo dah penat tu…semuanya bo layan kan…
saya salah sorang keypochi yg tegar tu hehehehe
Reply Komen Ni...