Archive for » January 7th, 2010«

Selipar Ngelap Ngelip (2)

Ni haaaa, gambar selipar secara berjemaah… ada lagi satu kaki sebenarnya tapi tak dapat nak amek gambar kaki dia, sebab dah pi bercuti-cutian…

30122009565

Napa aku nampak gelang kaki kasar tu yang lebih terserlah? Ciss betul!

teka, mana satu kaki aku yang berbulu  tu?

**entry tangkap muat.. dah abes dah entry draft aku.. waduuuuh kena keje keras lepas ni wat entry banyak2

Sekian...!
Category: Diary  2 Comments
Dara Semula

Aku sedang makan jamu ini….

28122009548 28122009549

Aku ni jenis tak suka makan2 jamu ni… tapi kan, jamu yang ini memang serasi sangat dengan badan aku… 2 kali makan, terus terasa kesannya…

tang mana?

RAHSIA!!

Untuk segala penyakit2 yang tertera tu, cubalah korang ikhtiar makan jamu ni, mana tauu kot serasi….

Bukan untuk para isteri sahaja tauuuu, ini juga untuk para suami (buasir), laki-laki dan gadis-gadis… (katanya lah!)

boleh  tengok kat sini sebagai rujukan.. tapi sebenarnya banyak juga yang menjual jamu ni… boleh surf tenet bezakan harga…

Opsss peringatan:

Wanita hamil dan sedang haid dilarang mengambil jamu ini…!

.

.

.

Sebenarnya aku nak bagitahu, seminggu lepas, lepas abis period aku, aku ambil jamu ni, makan sekali ngan JM5 aku…

Sebab tu ler aku bagitahu aritu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku, sebenarnya berat aku yang tengah turun, tiba2 stop kat tengah jalan…

Bila aku selidik2 balik kat brochure JM5, rupanya aku dah termakan ubat ni dengan JM5.. sebenarnya tak boleh digabungkan dalam satu masa…

So now, aku amek jamu ni belah pagi, JM5 belah malam… alhamdulillah, berat aku turun balik sikit demi sikit…

Sekian...!
Category: Sharing  6 Comments
ASB Loan

Waahhh…. ada ke yang dapat bonus terlebih tahun ni?  Tahniah aku ucapkan…

Aku?

Hehehehehe :)

Aku baru nak merangkak, baru terdedah dengan ASB Loan ni… baru nak apply loan tuu..

Actually dari tahun lepas lagi aku dah tergerak nak apply, tapi sebab aku ada halangan, buku ASB aku pakai buku Ting! (akaun remaja ~ remajakah aku?), so kena pi tukar kat PNB Jalan Tun Razak nun, so aku kemalasan nak redah KL waktu2 ofis gitu…

Kesudahannya, loan rumah mari, loan kereta mari.. loan ASB hancusss…!

Dan tahun ni, baru aku nak start balik apply loan tu…

Tapi kaaaaaaaaaaaaan….

Antara Maybank & CIMB, mana yang lebih bagus??

Share2 kat sini.. aku nak tahu sesangat sebelum aku buat keputusan yang merugikan..

Sekian...!
Category: MySelf  17 Comments
[Coret] Berehat

Semalam lepas balik keje, aku tak sentuh langsung laptop.. agaknya sebab jemu duk mengadap laptop 2 hari berturut buat banner dan video tuk Digi Pimp My Day Challenge (tak abis2 duk cerita pasal ni kan?) ~ selagi tak abis!

Lepas masak kari udang, daging goreng garing then makan² (sila ambil perhatian terhadap definasi makan² bermakna aku meratah lauk jer, takde nasi)…

Then aku cakap kat hubby, jangan ‘kacau²’ aku, aku penat sangat, nak tidur… serius, masa hubby duk ‘bergurau manja’ konon² nak geletek aku, aku tak larat nak protect my self, nak gelak pun tak larat… (terpaksa dikecilkan tulisan supaya orang² yang keypochi tegar sahaja yang sanggup baca… :)

So aku ketiduran….

Pukul 11.15pm, aku terjaga then terus ambil JM5, nonton JM5 Jangan Tidur Lagi TV3 bersambung dengan 702 The Nanny… Habis The Nanny baru aku tidur… So harini memang takde entry fresh kisah² kami sekeluarga…

Aku akan keluarkan entry draft yang mana ada, then kalau rajin, aku buat laa entry isu semasa jap jap lagi…

Sekian...!
Category: Coret  One Comment