Archive for » January, 2010 «
Suatu petang, seperti biasa jika ada kelapangan, aku dan suami akan membawa anak2 keluar berjalan2 ke taman permainanan…
Yer, sangat seronok bila kita dapat melihat anak2 gembira dan riang ketawa kerana dapat lepas bebas bermain di luar dengan udara yang nyaman kerana mereka sudah jemu terperuk dirumah 5 hari seminggu setiap hari kerana aku dan suami sibuk bekerja.
Tetapi, sangat menjengkelkan apabila sedang kita seronok bergembira, diganggu oleh Mr. Boss yang memang tidak peduli apapun yang sedang kita lakukan.. Grrrrrrrrrrrr!!!
Jika dulu, setiap kali Mr. Bos mengganggu hari bersama keluargaku, kami terpaksa berhenti berseronok dan anak2 terpaksa mengikut aku mencari access internet samada di pejabat atau pulang semula ke rumah semata2 untuk menempah tiket penerbangan beliau!!!!
[nangis anak2] huhuhuhuhu
Tapi sekarang aku tak risau lagi, kerana kini aku sudah mempunyai flymas.mobi…. dengan hanya beberapa saat, aku sudah dapat menjalankan tanggungjawab aku sebagai pekerja tanpa perlu mengorbankan masa anak2!!!
Jom sama2 kita belajar cara2 menempah tiket dengan mudah, semudah 1,2,3 dengan flymas.mobi
1) Log in flymas.mobi, klik ke Book Flight.. (peringatan: boleh pilih Bahasa Melayu atau English)
2) Setelah memilih destinasi, tarikh untuk berlepas, kelas penerbangan dan berapa jumlah penumpang, sila tekan butang BOOK
4)Sila beri perhatian kepada tambang murah yang tersenarai mengikut waktu2 tertentu… [Jimat!!]
5) Setelah kenalpasti jadual penerbangan yang dipilih adalah betul dan tepat, sila tekan butang PURCHASE untuk terus membuat pembayaran.
6) Anda diminta mengisi maklumat penumpang. Tekan butang CONFIRM jika anda sudah pasti dengan segala maklumat yang diberikan
7) Harga perlu dibayar telah tertera.. Isikan pula maklumat kad kredit untuk membuat pembayaran pada tiket yang telah ditempah.
8) Anda boleh menyemak semula segala maklumat tempahan di FLIGHT STATUS bagi yang telah membuat pembayaran atau tekan butang MY BOOKING bagi yang memilih butang HOLD sewaktu tempahan tadi.
Segala tempahan, pembayaran menjadi lebih mudah dengan flymas.mobi, semudah bermain dengan anak2….!!!
Selamat pagi!
Pagi betul aku bersiaran hari2 minggu gini kaaan? Sebab ada info pentinglah kena sampaikan kat korang…! Dapat info pun petang semalam dah suntuk sangat….
Memang tiap2 tahun Karangkraf buat karnival jualan majalah, buku, novel dan segala macam mak nenek terbitan Kumpulan Karangkraf…
Tahun ni, karnival diadakan pada 29 January (Sabtu) hingga 2 February 2010 (Selasa) bertempat di Perkarangan Komplek Kumpulan Karangkraf…
Hai pencinta buku…… sila2 lapangkan masa menjenguk ke sana! ![]()
Banyak lagi aktiviti2 lain yang disediakan.. jualan buku pun dapat murah2 lelong lelong lelong…
Kalau ada pertanyaan, boleh bertanya di sini:
Atau boleh terus lawat website karnival ni….
**Zumy, aku dah tolong promote ni, takdok tips ker… hek hek hek
Oh ya, teringin aku nak pi tapi arini aku ada full scheduled… sehari suntuk menghabiskan masa di Bandar Tasik Selatan sana nun, ada urusan hidup…
[ini schedule entry, waktu ni aku senang sibuk menelaah cara2 nak jadi kaya]
Oh ya lagi, petang ni hubby ada buat small party tuk burfday Zulfan kat umah MIL.. (panggey adik beradik hubby jer). Kejam kan? Adakah patut burfday anak, seorang ibu tak dapat nak hadirkan diri…
Kejam lagi seorang suami sebab buat plan tak tanya dulu isteri dia free ke tak ke….. Zulfan, mama kirim camera, nanti amek2 gambar, mama tempek jer kat blog mama ni yaaa…. kiss skit, muuaaahhh!!
Simpan kek untuk mama yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….!
Video lama, baru terjumpa dalam facebook… Ini waktu aku pantangkan Ika… kecik lagi Zulfan waktu ni… sweet moment!
Masa tu dia dah ngantuk sangat²..bila nak tidur, ada plak kakak² dia (anak2 baby sitter) datang nak bawak dia main ke rumah diorang…
So bila dah letih main, balik umah tak nyempat2 nak lelap mata…
Semalam baru renew lesen memandu….
baru tersedar, dah hampir 7 bulan tamat perkhidmatan.
Tahun lepas terawal renew… Bulan 6 mampos [tak boleh pakai perkataan ni, tengah panaaas] lesen mati, tapi bulan 4 dah gatai pi renew… sebenarnya… errrrrr….. tersilap tengok tarikh jugak.. kikikiki
Bulan 6 lesen mati, bulan 1 baru nak renew….
Tetiap tahun sejak 13 tahun aku ada lesen memandu ni, mesti ada jer kes renew2 ni.. tak pernah jer sopan santun renew elok2.. hahahahaha!
Tahun ni, aku renew 2 tahun jugak.. SENANG!!!
2 tahun tak payah pikir pasal lesen… [kut lepas 3 tahun baru teringat]
Aku nak menceritakan hal semalam tapi rasanya agak sensitif tuk dibuat entry terbuka pagi2 cenggini…
Lagipun, lama kan aku tak buat protected entry…
amacam, agak2 boleh tak aku kuarkan satu protected entry petang nanti…?
Kepada kawan² yang keypochi sekalian
, agak² kalau nak berkepochi tu, pandai² ler korang tanya password kat aku erk… kamu dipersilakan…
Bukannya apa, supaya aku dapat ‘kawal’ orang2 yang tertentu dari membuat spekulasi buruk terhadap aku nanti…
Shorter hand!
Setiap kali saya mahu mengambil susu yang selalunya di letakkan di atas kabinet atau makanan kegemaran saya yang berada di atas meja, saya sentiasa perlu meminta bantuan orang yang lebih dewasa… Saya suka berdikari tapi tetap gagal kerana tangan saya yang pendek…
Shorter towel!!
Sangat susah untuk menutupi seluruh tubuh saya setiap kali selesai mandi… Badan saya semakin membesar dan tuala ini semakin pendek untuk saya… Mama, please get longer towel for me please…
Shorter blanket!!!
Mama dan papa saya sentiasa memasang penyaman udara sewaktu tidur malam… Selimut yang pendek ini memberi masalah kepada saya untuk menutup seluruh tubuh saya yang kesejukan… Kasihanilah saya…. get me longer blanket, mama…..
Shorter shirt!!!!
Kadang-kadang mama sengaja memberi saya memakai pakaian yang pendek dan kontot… katanya seksi…!! Dia tidak pernah tahu kah saya tak sukakan baju yang pendek ini? No money to buy new one ker mama?
Shorter
Shorter
Shorter
Shorter
Shorter
Shorter
Shorter
And that is Why I Like It Longer……….!!
Terima kasih kepada LG kerana telah berjaya menyediakan sesuatu yang panjang untuk saya….!!
LG BL40 Mobile Phones
- 4 inch widescreen HD LCD
- Complete Web Display
- Dual Screen UI
- Panoramic Entertainment
- One Touch Copy & Paste
- 5 MP Camera
Wooowww…!!
Pertama kali melihat trailer LG BL40 ni, aku rasa teruja sangat… fuuuh rupanya banyak benda yang kita boleh buat dengan handphone panjang macam LG BL40 ni…
Okay, pada mulanya aku sangka…. what, longer handphone?? susahnya nak storage, nak letak poket, nak letak dalam handbag but i’m totally wrong!!
Sebenarnya handphone panjang ciptaan LG ini ada banyaaaaaaaak kelebihannya…
- 4 inch widescreen HD LCD – Unconventional 21:9 aspect ratio of the screen makes the design of the phone strikingly unique in style.
- Complete Web Display – Full screen web browsing with minimal side-scrolling
- Dual Screen UI – View two screens at once without switching windows
- Panoramic Entertainment – Magnified multimedia environment optimized for 4.0 inch wide screen; theater-like movie player, rapid access using diverse operation
- One Touch Copy & Paste – Quick content transfer with one touch copy & paste
Lihat sendiri berapa banyak menu yang dipaparkan dalam screen.. tak perlu kita nak alihkan screen untuk paparan menu seterusnya….! Malah kita boleh membuka 2 screen sekaligus tanpa membuka screen yang lain!!..
Widescreen HD LCD LG BL40 ni pun sudah cukup membanggakan…. merungkai zaman teknologi dan serba canggih, memang screen HD menjanjikan paparan yang sangat tajam dan memuaskan…
Kepada pencinta mobile game pula, ini lah yang dinanti-nantikan… longer screen macam LG BL40 ni memang sesuai sangat lah dengan tuntutan game yang memerlukan pandangan yang lebih luas…!
Seperti aku, kadang-kadang aku gemar melayari blog menggunakan handphone… oh, memang sakit hati bila tak dapat lihat sepenuhnya blog yang kita nak baca tu… terpaksa ke kiri dan ke kanan untuk paparan yang sepenuhnya… pernah alami apa yang aku alami ni?
Pokoknya, aku tak perlu terangkan dengan panjang lebar why i like it longer kerana aku percaya, kamu semua pun akan jatuh cinta dengan LG BL40 setelah menonton trailer yang aku paparkan kat atas tu…
MESTI TONTON!!! Kalau tak, korang memang dalam kerugian!
Seboleh²nya hutang dengan sesiapa pun, aku akan cuba lunaskan secepat yang boleh….
Kadang tak mampu banyak, bayar sikit pun at least kita bayar.. jangan buat2 lupa dengan harapan orang pun akan lupa… supaya orang tak serik nak bagi pinjam lagi
so sapa nak bagi pinjam kat aku duit… aku bayar ler.. tak lari dari hutang…
***teringat hutang tudung orang tak bayar lagi kat aku, PENIPU!!!! Jual tudung tapi hidup nak menipu duit orang!!
Sampai umah dari ofis semalam kul 11pm…
Huhuhuhu… terjebak!!
Cerita petang semalam, time nak balik tetiba tengok keter aku kena block yang keter bos… So dah bagitahu manager aku suh pesan kat bos, katanya bos tengah engage on the phone..
Tunggu punya tunggu dipendekkan cerita, manager aku suh naik balik.. tolong dia cari satu dokumen…
Cari punya cari, dipendekkan lagi cerita pukul 10pm baru jumpa dokumen tu setelah 4-5 orang lagi staff terpaksa menjebakkan diri jugak datang ke ofis, sama2 mencari….
Yang malang nasib aku laa kan, memang tak sempat balik ke rumah.. lagi malang, petang tu konon nak balik umah, tapaww KFC & cari small kek tuk Zulfan… [nangis!!]
Balik umah, Zulfan pun dah tidur, tinggal Ika sorang jer lagi nampak aku jer terus tersengih & segar bugar balik…!
Pastu tambah malang lagi, hubby tak balik semalam sebab kena bermalam kat umah catering, arini ada menu pagi2 buta kena antar… dan malangnya pula adalah Zulfan bangun malam 3x mintak susu.. Ika ngamuk ngigau satu kali, bangun mintak susu 2x… Jumlah aku bangun semalam 6x… [kalau hubby ada, dia yang kena bangun
]
Zikri – RM1,500
Zulfan – RM900
Zulaikha – RM800
untuk rekod dan catatan sendiri… sila jangan pedulikan entry ini….
Ahad petang, kuar pun dah petang sangat sebab nak pi Carrefour membawak budak2 ni amik angin…
Zulfan pandai skang ni, tiapkali bangun tidur tengok aku terbongkang lagi kat umah, dia akan tanya..
Mama tak eje?
Taaak…
Jom laa alaan…
Beek ko, sapa nak menjawab…
Tunggu papa balik laa yer…
Kadang aku bosan sangat dia duk merengek, aku suh dia turun kat taman apartment kami ni, ajak Rohmah sekali temankan.. aku? sambung bongkang.. hahahaha
Back to the story, balik Carrefour singgah umah MIL solat maghrib.. siap solat masuk keter, tak sampai sedepa hubby parking tepi kedai makan ni….
Pernah makan tapaw dari sini, sedaaaaaaaaaaap!!!
Jangan pandang lekeh sesetengah kedai yang macam ni, nampak tak semenggah [tak class?], tapi belum tentu food dia tak sedappp….
Muka baru lepas solat laa katakan, tak bawak spare make up, kening pun tak berconteng… hehehe
Nasi goreng cina plus telur dadar…
Bihun hailam.. licin hingga ke titisan terakhir…
makan satu famili tapi idok ler 2 pinggan ni kongsi ramai2… ntah napa bebudak ni semua nak ikut menu mak pak… so order sama jer ler….
![]()
Papa tak enyum laa, mama…
Kata Zulfan.
Pandai skang ni kondem papa dia bergambar… Ini pun 3rd shoot baru ler senyum sikit.. yang sebelum shoot ni, senyum plastik sampai ke telinga tapi mata katup.. benci ler hubby ni kalau bergambar… Cam bini jer hidung *** mancung, pipi tersorong2….
Amacam…? Jijik tak korang tengok?
Sapa tak rasa geram, meh bagitahu aku…
Korang agak2, tingkat berapa yang buat keje takde otak ni??? nak jer aku pi ketuk umah dia, pastu tuang sampah atas kepala dia tuu…
kerana tu jugak, terpaksa laa aku pi cash wash semalam… [kalau tak, 2 minggu pun belum tentu aku pergi]
Bukan aku malas nak pi car wash, tapi kat opis aku ni ada budak india yang selalu basuh keter aku, 2 kali seminggu aku bayar kat dia RM20 jer sebulan… murah kan??
happy burfday to you..
happy burfday to you….
happy burfday to Zulfan….
happy burfday to you………..!!!
Tahun ketiga… [gambar malam tadi..]
Addicted to PC… panggil makan buat tak tahu jer… Sibuk duk mengecat gambar dalam PC…
dah ke Zulfan…?
elooooooooooom….
Amboiii kemain lagi menjawab, macam ye yer jer kena buat keje tu sampai siap…!
Yang aku peliknya, baru lah semalam aku dedahkan dia kat PC ni.. terus dapat control mouse tu elokkkkk jer…. zaman IT, memang kena dedahkan anak2 dengan IT laa kan?
Tak kira lelaki atau perempuan, sila baca….
Aku dapat email dari seorang kawan, tapi aku tak pasti dari mana datangnya artikel ini… Walaupun begitu, aku terasa saya motivated bila baca luahan hati ini.
- Kepada kaum wanita, be strong!
- Kepada kaum lelaki, jangan menongkat langit…
.
.
.
MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.
“Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk ‘Sokongan Suami Penawar Duka’ kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab ’suami menambah duka’.
Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.
Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.
Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat ‘mahkotanya’. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri ‘Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak’ dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.
Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah “Kalau doktor kata bedah …. bedahlah…. kalau sampai masa untuk mati… matilah nak buat macam mana?..”
Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.
Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata “tengoklah kalau sempat datang” (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).
Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.
Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.
Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: “Buat apa beli harganya mahal… sumbat sajalah dengan kain buruk!” Apakah perasaan saya ketika itu?
Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.
Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.
Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.
Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: “Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga.”
Itulah kata-kata ’sokongan’ yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.
Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.
Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.
Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai ‘Syifa’ (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.
Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.
Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.
Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.
Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.
Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.
Saya dijatuhkan talak dengan alasan ‘isteri enggan melayan suami’ selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan ‘layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?’
Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.
Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.
Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.
Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.
“Jumpa di pejabat kadi,” dan saya membalas “Untuk bincang apa?” Dia menjawab SMS “Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!”
Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi “Dia tak macam engkau”, mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya…
Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?
Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya.”
Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.
Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah ‘dipilih’ kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.
Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.
Sama-samalah kita renungkan… muhasabah diri….
Hehehe, jangan tertipu…
Bukan kotor, cuma comot skit jerr…………….
Makan nasi lauk ikan masak lemak kuning… [papa masak]
NO KOMEN!!!
Semalam lunch hour pi Low Yat….
Tujuan dia satu, nak kasi anak pandai belajar!!!
Apa kena mengena anak pandai belajar dengan Low Yat? Ada pusat tuition ke kat sana….?
Eeeeh, bukaaaaaaaaaaan…. pi sana sebab nak beli satu alatan belajar kat sana… [dengan harga yang paling murah!]
Yerrr Zikri belajar thru online… sangat berkesan bagi aku!!
Aku malas nak kasi dia pakai laptop aku, laptop kan sensitif, banyak tangan kang, cepat plak rosaknya…
Mahu atau tidak, kena lah aku melabur skit.. tak mahal pun, satu set PC tu baru RM960…
Itu harga yang aku dapat, mungkin korang leh dapat lagi murah dari aku… wallahualam…!
Pokoknya, kat Low Yat tu, korang cakap jer korang ada berapa duit, depa akan buat macam duit yang korang ada [jangan cakap ada RM1 dah ler]..
Sikit duit korang, sikit ler spec yang korang dapat…. Anyway, korang doa2 kan lah Zikri belajar elok2… study smart and success… amiiin!
Mak aiiih, kemain banyak S aku tu….
Apa tak nyer, elok mood cantik kuar umah, tau2 sampai kat keter rasa macam nak menyumpah nak maki hamun…
%&^$%^&()*)(^$&^
Keter aku sekali lagi jadi bahan buangan… Kali ni keter aku transform jadi ashtray plak… bingaiii!!!
Bukan sepuntung dua weiiihhh…. gamoknya satu gelen habuk rokok punay collection depa pi tiiiiiiuuuuuunnn kat atas keter aku… geli aku nengok!!!
Nak buka pintu keter pun tercemar, celaka punya binatang!!
Esok aku entry siap ngan gambar kalau korang tak percaya!
Ahad petang, kuar pun dah petang sangat sebab nak pi Carrefour membawak budak2 ni amik angin…
Zulfan pandai skang ni, tiapkali bangun tidur tengok aku terbongkang lagi kat umah, dia akan tanya..
Mama tak eje?
Taaak…
Jom laa alaan…
Beek ko, sapa nak menjawab…
Tunggu papa balik laa yer…
Kadang aku bosan sangat dia duk merengek, aku suh dia turun kat taman apartment kami ni, ajak Rohmah sekali temankan.. aku? sambung bongkang.. hahahaha
Back to the story, balik Carrefour singgah umah MIL solat maghrib.. siap solat masuk keter, tak sampai sedepa hubby parking tepi kedai makan ni….
Pernah makan tapaw dari sini, sedaaaaaaaaaaap!!!
Jangan pandang lekeh sesetengah kedai yang macam ni, nampak tak semenggah [tak class?], tapi belum tentu food dia tak sedappp….
Muka baru lepas solat laa katakan, tak bawak spare make up, kening pun tak berconteng… hehehe
Nasi goreng cina plus telur dadar…
Bihun hailam.. licin hingga ke titisan terakhir…
makan satu famili tapi idok ler 2 pinggan ni kongsi ramai2… ntah napa bebudak ni semua nak ikut menu mak pak… so order sama jer ler….
![]()
Papa tak enyum laa, mama…
Kata Zulfan.
Pandai skang ni kondem papa dia bergambar… Ini pun 3rd shoot baru ler senyum sikit.. yang sebelum shoot ni, senyum plastik sampai ke telinga tapi mata katup.. benci ler hubby ni kalau bergambar… Cam bini jer hidung *** mancung, pipi tersorong2….
Eeeeh tetiba terjumpa gambar ni dalam camera… ntah bila & siapa yang amek [suspect utama Rohmah, suspect sampingan Zikri]
So cuteeeee abang ngah peluk adik ya saayanggg?
Besar sok jaga adik baik2 yer… jangan kasi adik kena buli…
Tak kecil hati pun kalau tak cakap…..
tapi kalau nak cakap jugak semata2 yang macam gini…. ermmmmmmmm
takkan ler kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakarnya….
takkan kerana gambar kaki ayam yang merengkot2 ni [lazatnyaaa], habis semua ayam ko tak mahu makan, Min…?
amboiii haaang, awat… 1st time kah nampak gambar kaki ayam yang begitu menyelerakan?
Orang lain pun ada gak tak makan kaki ayam, tapi takdok laa over cam hang… sampai nak boikot ayam goreng!!
Maaflah kalau gambar kaki ayam aku ni, buatkan hang phobia dah nak makan kaki ayam… maaf maaf maaf… sila lain kali jangan lihat!!
Siapakah gerangannya Min ni? Sila jangan boikot laa kelazatan ayam goreng tu, hang boikot blog aku dah ler.. sebab tuan punya blog ni suka makan kaki ayam…. hahahaha
Memang hantu durian Ika ni.. actually sebelum video ni dah banyak kali aku suh Ika pi buang biji durian tu tapi dia tak mahu… Dia sorang jer makan tak abis2 lagi…
So konon2 nak amek laa gambar dia cakap nanaaaaaak tuu [cute laa konon]..
Pastu diusiknya Rohmah suh kiss dia.. [Rohmah memang tak suka bau durian...]
Penuh dengan aktiviti shooting… wahh shooting ko!! ehekssss…
Shooting syok2 sendiri laa tuk nuffnang punya contest, apa lagi..! Tapi semalam bila aku dah edit masuk movie maker, bila publish adalah menjadi kecewa sebab video aku gambar dia jadi separuh… awat hah??
Masa kat movie maker, tiapkali play elok dah cantik terbentuk bagai, bila save jadi movie jer terus tinggal sekerat gambar dia, bawah gambar jadi hijau separuh screen…
Tolongggggggggg… sapa buleh tolong…?? alamatnya tak masuk contest laa aku jawabnya gini…!
Originally uploaded by sWeEtdArLinG
Multimedia Message
This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60172******
You have received this Multimedia Message in your email inbox
and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
that are best viewed with the MMS capable player located in
MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below…
I hate live blogging via Celcom… tiapkali antar live blogging, gini ler jadinya… dah setting pun, gini gak jadinya…!!
Betul2 kena dera hari ni… Bila dah ada program study online ni, baru ‘nampak’ kelemahan Zikri tang mana…
Matematik: rupanya dia sangat lemah dalam topic persegi, padu & perimeter…
Oh, aku tak punya kesabaran tuk menjadi ‘guru’… habis anak murid aku kena bantai ngan aku nanti.. heh!
Jarang aku publish pasal budak ni sorang…. sebab dia jarang ada gambar yang sorang2.. maklumlah, dah besar, dah tak cute lagi.. hehehehe [cute jugak kalau dia tak menyakitkan hati]
Ini gambar tahun lepas, 1st day dia masuk Sekolah Kebangsaan Danau Kota (2)… So far, dah 3 buah sekolah yang dia belajar…
Ini plak waktu maid kami berenti.. terpaksa biarkan dia berdikari sorang2 kat umah.. Zikri sekolah petang, so pagi2 dia kena layan diri sendiri kat umah… sementara jer, lepas 2 minggu kami dah dapat maid baru, alhamdulillah…[tgk pakai baju terbalik]
Gambar kat kampung… Happy yerr dapat balik kampung jumpa nenek?
Kalau nak tahu, ini adalah baju favourite Zikri.. dia ada 2 helai baju yang sama, 1 nenek dia yang kasi, lagi 1 papa dia yang belikan… asyiklah nak ulang baju yang sama sampaikan aku buhsan…
A lovely brother… sayang sangat kat adik pompuan dia.. adik lelaki selalu diusiknya… :) Tapi perangai kebudakan belum luntur lagi, selalu jugak ler gaduh ngan adik2nya….
Nakal… amek gambar lepas makan dia San Francisco…
Waktu di sunway lagoon tahun lepas..
Di air terjun ulu yam 2 tahun yang lepas.. masa ni Ika duk dalam perut lagi… Zulfan plak masih takut2 nak main air…
Naik kuda di zoo, pun 2 tahun yang lepas waktu Ika masih dalam perut, agaknya sebab tu senang sangat aku beranakkan Ika, banyak sangat berjalan…
Budak taekwando… dah berenti dah sekarang sebab tukar sekolah…
Best friend ever kat kampung…. Tua setahun dari Zikri tapi badan dia keciiiik sangat…
Terjaga dari pukul 5 pagi sampai ke sudah tak mahu lelap…
Mata jer nampak macam tertutup tapi sebenarnya silau flash henpon ni haaah… [ni ler terjaga kalau idea duk berpusing dalam otak, mata pun tak boleh nak tenang!]

Wallpaper
Originally uploaded by sWeEtdArLinG
Wallpaper via live blogging via email.. menjadi ke tak?
Oii bangun bangun bangun… update blog!!!
Apa ni, semua entry samaaa jer….. boring guwe!
[blog aku pun cam boring, publish cerita takde motif… sorry, no idea!]
Rangka tu bermaksud tulang…
Tapi kalau rangka atau tulang tu digoreng dengan tepung garing2, nyuum nyuum nyuuum sedapnya… lagi sedap dari makan isi ayam
RM2.50-RM3… sangat berharga kan rangka ayam ni… dulu seingat aku Rm1.50 jer….
Inilah menu wajib tiap2 minggu kalau pergi pasar malam…. ada sapa2 tak pernah try makan rangka manusia ayam??
Oh, itu kaki ayam pun sangat berharga tauuu… 7 batang RM1 bermakna sebatang kaki berharga lebih dari 10sen…
Belah belakang skit tu nampak cup putih, itu kulit ayam… Sorry, aku tak minat! Erkkk, sebenarnya sebab masih fikirkan benda tu tersangat banyak kolesterol.. tapi kalau dimakan pun, sedaaaaaap [cis!]
So sweet……………
So clever…………………
[jangan dengki bila orang puji anak sendiri, kalau mau dengki, pergi beranak sendiri!]
Dah banyak hari, aku pergi kerja secara telus….
Takdok nak nyorok kuar umah senyap2 bila Zulfan dah bangun sebelum waktunya…
Dia plak siap tanya
mama nak egi eje?
yer sayang…. byee…. salam mama dulu, kiss mama dulu.. byeeee!
Bekk ko, siap posing lambai tangan…. kekekekeke















Hot Comments