Archive for » December 24th, 2009«
Entry celah2… hehehehe
Bestnya tidur meniarap gitu erkk…. elok plak bantal terletak jer kat kepala… kalau tidak, bantal ntah ke mana, kepala ntah ke mana….
aku terbaca dalam satu email yang aku dapat dalam minggu lepas.. serius, this is new thing yang aku tak pernah tahu dan tak pernah terpikir…
Fakta:
kebanyakkan suami memang akan menamakan isteri sebagai PENAMA polisi tapi SANGAT JARANG ISTERI YANG MENAMAKAN SUAMI SEBAGAI PENAMA…
Even aku sendiri, lebih ‘tenang’ jiwa bila menamakan anak2 sebagai penama, kononnya sebab takut hubby akan joli katak kawen lain bila aku mati kelak dengan duit pampasan insuran aku tu nanti…
TAPI SEBENARNYA AKU SILAP!!
PENAMA bukanlah bermaksud penerima harta pusaka, duit simpanan, duit pampasan atau segala mak nenek yang sewaktu dengannya…
PENAMA adalah wasi iaitu sebagai pemegang amanah, di mana JIKA aku mati kelak, hubby selaku PENAMA bertindak untuk menguruskan segala harta
peningggalan aku tu, dan akan dibahagikan pula mengikut hukum faraiq..
So tiada fakta hubby berhak joli katak ke atas harta aku tu..
[buat hantaran kawen lagi satu]
Dalam email itu pun ada menceritakan satu kisah si suami menamakan anak2 sebagai PENAMA (pengurus harta) di mana segala harta peninggalan akan dibekukan sehinggalah penama berusia 18 tahun (usia matang).
Dalam kes ini, si anak baru mencecah sekolah rendah. Malangnya si isteri terpaksa bertungkus lumus bekerja untuk menyara anak2 yang ditinggalkan si ayah tanpa bantuan atau hasil dari duit pampasan insuran dan sebagainya yang sepatutnya dapat meringankan beban ahli keluarga yang telah ditinggalkan.
Ada juga kes terutamanya wanita dalam menamakan EPF diorang, masa bujang2 dulu, mesti ada letak nama mak atau ayah sebagai penama kan…? Aku pun buat macam tu…
Tiba masa dah kawen, dah ada anak tapi masih kekalkan penama tu mak dan ayah.. sehingga terlupa kita nak menukarkan penama tersebut… Apa akan jadi kalau sehingga mak dan ayah kita telah meninggal, dan tiba2 umur kita pula tak panjang… Siapa yang berhak menguruskan harta tersebut?
So sila2 lah cek balik apa2 harta ke EPF ke, insuran ke, tukar lah kepada PENAMA yang benar2 layak…
Perkara ni sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Boleh rujuk SINI
Tak tahu nak tulis apa.. cam blur jer pagi ni….
Malam semalam pergi main bowling ngan bebudak opis, nanti2 baru buat entry tuu…
balik dari bowling dalam kul 10.30pm.. mandi dan solat Isya’, terus ngadap broadband.. kedaung lagi…
Ini malam ketiga i call complaint pasal broadband i ni slow.. Tapi pukul 7-8pm, speed dia ok, not so ok but at least i boleh watch movie online. But now, lagi lembap dari basic package, i think i wasted my money to pay RM98.
Nanti kami akan buat report berkenaan masalah puan. Dalam masa 3-7 hari, pihak kami akan buat pemeriksaan ke kawasan puan.
Hopefully, HOPEFULLY [betapa besar harapan aku], semuanya akan OK tak lama lagi….
Oh, ada sesuatu sebenarnya yang mengganggu fikiran aku… tak berapa penting, tak berapa peribadi, cuma belum masanya nak berkongsi kat sini…












Hot Comments