Archive for » December 22nd, 2009«
Baca Harian Metro hari ni?
RESTORAN KEBAS 26J
Banyak tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu…..
Ada sebiji Red Island Cafe Pulau Merah kat area umah aku, dah dekat sebulan tutup padahal baru jer bukak cawangan tu kat situ, takkan dah lingkup.. rasanya glamer Red Island Cafe Pulau Merah ni kat merata ceruk..
Berkonsepkan skim pelaburan piramid, restoran yang mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang itu menawarkan beberapa pakej pelaburan bermula dengan pakej emas serendah RM3,000 hingga platinum bernilai RM33,000 seunit.
“Saya diperkenalkan dengan pelaburan berkonsepkan kad prabayar itu melalui seorang kawan. Ia dikatakan memberi keuntungan bukan saja berbentuk mata bonus yang boleh ditukar untuk makan dan minum di restoran itu, malah mendapat pulangan bulanan mencecah ribuan ringgit.”
nak baca cerita lanjut, boleh klik kat sini
Ada sorang blogger yang aku selalu pi blog dia, pun promote suh jadi downline dia, agaknya kalau tanya dia, dia tahu kot samada Red Island Cafe Pulau Merah ni terlibat ke tak.. atau ini tidak merangkumi semua cawangan, cuma satu cawangan ajer yang pecah amanah cenggini (yang kat Taman Ibukota laa tu kot)
MARSYA ZULAIKHA AFKAR BINTI MAZLAN
Specimen: Left Side Of Neck Nodule
Gross: Specimen of excised nodular tissue measuring about 2.0cm x 1.5cm 1.0cm. Cut surface shows ruptured cystic areas. Submitted entirely in a single block.
Histology: Tissue covered by mildly hyperkeratotic and parakeratotic epidermis. The underlying stroma is markedly inflamed consist of dense infiltrates of acute and chronic inflammatory cells with foreign body giant cell reaction engulfing the keratin material along with oedema. No remnant of cyst wall is present. No fungul bodies, granuloma or evidence of malignancy is seen.
INTERPRETATION: FEATURES ARE COMPATIBLE WITH DESTROYED AND INFLAMED EPIDERMAL CYST WITH SUPERIMPOSE ACTERIAL INFECTION.
Tak paham aku bahasa sains ni sebab aku nyaris failed sains masa SPM.. tapi bila doktor dah cakap “as what i told you, nothing to worry about” aku terus excited, tak teringat nak tanya lebih lanjut pasal report ni…
Yo doktor kita… tahu kah doktor kita komen report ini…? [ada doktor tawww baca blog aku… kita bangga taww doketor…]
Disebabkan kat umah takde tenet, maka tak dapat lah aku nak update secara live…
Lepas tu, masuk jer keje ari Isnin (semalam) tetiba plak blog ada masalah bandwidth, so tertangguh laa mood nak bercerita…
Mak sampai sini pagi Sabtu pukul 1.30am… Sepatutnya pukul 12.30am tapi flight delayed, nasib baik aku call Tabung Haji dulu sebelum bertolak ke KLIA… kalau tak, memang berjanggut plak menunggu flight sampai…
Kawan², yang mana masih menanti yang tersayang pulang dari tanah suci, 2 jam sebelum waktu ketibaan tu, calling2 laa Tabung Haji tanya waktu sebenarnya pesawat mendarat, jadi takde laa kita nak membazir masa menunggu kaaan… Oh ya, boleh call kat nombor ni 03-62071919 kasi nama dan nombor IC jemaah…
Tapi kami sampai di KLIA pukul 2am… kapalterbang mak dah mendarat tapi mak belum keluar sebab tengah tunggu bagasi… ini prosedur biasa, memang kalau lambat bagasi diorang keluar, maka lagi lama laaa kita2 ni menunggu kat luar…
Tapi alhamdulillah, mak keluar jam 3 pagi lebih kurang so salam² peluk cium bagai, kami bertolak balik dengan van hubby (muat tuk whole family tolak budak2 yang terbongkang tidur kat umah).. sampai umah lebih kurang 4am, mak tak tidur. Katanya nak qada’ dulu solat yang terlepas waktu penerbangan..
Fakta TAK MENARIK!
Aku geram kat 4-5 orang minah getik kat sana… berdiri kat belakang dan tepi aku waktu menunggu kat tepi pagar arrival tu…
eh mummy mummy… eh bukaaaan… tak mungkin mummy aku pendek macam tuuu..
eh daddy daddy.. eii tak mungkin daddy aku berserban macam tuu…
Duk ulang2 mummy daddy dia tu kat semua makhluk yang keluar dari pintu tuu… Eiiiiy tolong lah!!!! hormat skit mak pak orang lain kalaupun mummy & daddy hang tu cantek bak superstar!!
Tapi sudahnya, mummy ntah ke mana, daddy ntah ke mana, yang dipekiknya maaak maaak maaak jugak… berjurai gak airmata.. hilang ler gelak getik gedik tadi tuu…
Pastu kan, jenis tak hormat orang lain.. sesuka hati masuk lam pagar, pastu duk bersalam2 kat dalam pagar tu…
Weiii abeslah aku tak nampak mak aku niiii!!
Selamba aku sound tapi depa wat tak reti jer… WEIIII boleh tak korang pi salam peluk cium menangis merintih kat luar sana… korang dah buat jem kat depan tu, abes orang lain tak nampak mummy daddy dorang kuar tau taaakkk….?
Disebabkan mahkluk 4-5 ekor yang tak bermoral ni, aku terlepas mak aku.. tau2 jer mak dah keluar ikut pintu belah kiri sana… Si*l betul!!! Frust adik aku yang kononnya nak amek gambar mak waktu tolak troli keluar dari pintu tuu….
Oh, apa barang yang aku collect? Nanti2 aku citer… tak amek gambar pun lagi.. masa mak mengagih harta, aku tengah busy siapkan breakfast tuk depa2 masa tu…












Hot Comments