Archive for » December 14th, 2009«
dalam wad, PAED Shiela ada datang visit… Dia cakap dia akan kasi antiboitik tuk Ika makan… Pastu blah..
Tak lama, Datuk Dr Soma lak datang… Sentiasa ceria dan meceriakan pesakit…
So dia jenguk then tanya serba sikit, then dia cakap boleh balik laa kejap lagi… Ika pun dah kencing, tak muntah so should be no problem…
Aku dah kebuluq tak makan apa2 sejak masuk wad semalam… hubby lak cakap dah abes keje tapi tak sampai2 gak lagi…
aku pesan hubby suh bawakkan aku breakfast tapi bila dengar Doktor cakap dah boleh balik terus aku cancel tapaw, makan kat luar terus laa… teringin nak merasa makan kat Haslam..
Tapi hubby sampai pukul 11.30am… tunggu punya tunggu tak jugak siap2 claim insurans.. last nurse cakap boleh ler keluar makan dulu kalau mahu… nanti dah siap makan, baru naik balik..
Aku kelek Ika dalam separa sedar tu…
Dah abes makan pun tak siap2 lagi insurans punya claim.. last2 kami2 layan tidur atas katil spital…
Ika selesa tidur berkelubung badan aku.. dia nak jugak duk celah tu… nak wat cemana, aku relakan je laa… asalkan dia lelap…
Pukul 1.30pm, nurse datang kejutkan aku tidur, bagitahu insurans dah siap claim, so aku leh pi settlekan bil kat kaunter discharge..
Total bil is RM2,952.35 tapi insurans cover only RM2,613.19 so aku kena top-up sendiri RM339.15 (tolak RM300 dah bayar tuk deposit)
Tak senang jugak weiiih walaupun dah ada insurans…. (insurans free company bayar, sepatutnya kena bersyukur laa kan, dari tak ada langsung)…
Lepas meneran, kuar suara baby nangis… pastu rasa tak sabar2 nak pandang muka dia, dakap dia kat dada…
Macam tu lah aku rasa waktu nurse tu cakap, operation Ika dah siap… huhuhu
**selagi tak abes entry ni, selagi tu ler aku sebak tiapkali nak menulis
Ika masih lum sedar… tak tahu laa samada dia masih dengan ubat bius atau dia betul2 tidur macam biasa…
sebab kalau dia tidur pun, memang susah nak bangunkan dia.. gerak2 kan badan dia, tetap gak dia teguh tutupkan mata
Sayu pilu hati aku macam kena hiris tengok anak terlentang tidur macam ni dengan wayer berselirat kat badan… Ini baru temporary, apa perasaan ibubapa yang anak mereka ditimpa musibah.. oh, aku insaf dengan kekuasaan-Mu Ya, Allah!
Inilah dia Datuk Dr Soma…. The Surgeon (kenapa aku nampak gumukkk… oh, tidakkkkkkkkkkk!!)
Thanks Doctor, thank you very much
No need to worry much laa… bla bla bla speaking cair yang aku susah nak paham… aku English level 1, dia speaking Level 10, mana laa aku nak paham… aku angguk2 je laaa…
Ika yang masih belum sedar tapi sebabkan dia dah batuk2 tadi, so doktor izinkan dia balik ke wad…
Aku membontot trolley Ika dengan penuh debaran… tak sabar nak tengok Ika bukak mata, pandang aku….
Tapi bila dia bukak mata, sudahnya macam ni laaa… Dia nak aku pangku dia kat bahu…
Dia nak tidur meniarap atas dada aku…. Then tak bagi aku lepaskan dakapan aku dari badan dia… Pantang aku beralih nak letak dia atas katil, dia terjaga & menangis…
Takpe laa Ika, tidur laa macamana pun yang Ika mahu… mama tetap akan peluk Ika, protect you…. cepat sembuh, sayang!
Stop kejap cerita pasal Ika ok…? Nanti petang2 skit aku sambung… nanti kang korang boring plakk asyik baca cerita pasal ni jer….
So aku publish yang light2 skit…
Jumaat aritu, aku ada bagitahu pi pekena Rootbeer Float kat A&W kan…? tapi segan nak bergambar sebab aku ngan kawan2 opis…
Jumaat baru ni, aku pi lagi.. balas dendam..!
Kali ni siap ngan makan sekali…
Pergi berdua, jadi takde laa segan sangat nak bergambar..
Kami sama2 order burger tapi colleague aku tu tak add float tu… aku jer yang minat melampau macam nak mati… hahahahaha
Set burger RM9 (double meat burger+rootbeer+fries) add RM1.70 for float… Not bad!
Tu dia… hingga ke titisan terakhir….
Ahhhhhhhhhhh…. terasa nikmatnya….
Sekali lagi wahai Norliza binti Sulong… maafkan aku! Hahahahahha
hari ni will be busy day.. pagi2 kena masuk opis awal sebab kekecohan nak meng’delivery’ barang secara tiba2… Grrrrr!!!!
Sepatutnya aku ke PJ sebab nak renew kad MYeP, ari Jumaat lepas kepergian adalah sia2 sebab rupanya Selangor cuti Jumaat lepas… Bukan tak tahu, tapi terlupa!
So pagi ni, aku kena pergi ler lagi sekali ke PJ, konon nak direct terus dari umah tapi tiba2 kena masuk opis dulu…
Dah ler aku cam was2 jer nak keje ke nak cuti kaaaan… sebab Ika kan baru operate…
Tapi Ika idokler terlantar sakit tak mampu bergerak ke bagai, dia elok jer main cam biasa.. lebih ‘galok’ lagi ada ler…. tapi aku risau dia duk garu luka dia tu… eiiyyy seram!! Tangan dia asyik laa nak menepis sticker kat leher dia tu…
Apapun, siap keje ni, aku pi PJ jap then baru aku pikir2 kan, nak sambung masuk opis atau nak amek half day…












Hot Comments