Archive for » December 12th, 2009«
Pukul 3.30am aku buatkan last susu untuk Ika… walaupun dia tengah tidur, aku sumbat gak dalam mulut dia.. nasib baik dia minum walaupun dalam tidur…
Ika kan kena puasa, so nurse dah pesan, last meal yang boleh bagi adalah pukul 3.30am.. so aku mmg set alarm kat phone, bangun kul 3.30am… aku takut nanti bila dia bangun pagi, dia akan mintak susu… aku takut dia lapar, aku takut nanti effect dia punya operation, aku takut… ya serba serbi aku takut….
Pukul 7am, pakar bius datang visit Ika, tanya itu ini, belek2 Ika, tanya apa alergik bagai…. then aku kena sign surat kebenaran untuk bius…
Then Datuk Dr. Soma plak datang, doktor yang akan surgery Ika.. Very nice person.. berulang kali dia advise aku ‘dont worry’…
tak lama lepas tu, nurse datang lagi bagi 2 jenis ubat tuk Ika.. ubat penenang, katanya… So terpaksa kejutkan Ika tuk minum ubat… nasib baik dia dah biasa dengan ubat, so takde laa menyusahkan nurse tu..
Then terus Ika berjaga, aku layan dia duduk kat mini slide… ![]()
Then nurse kasi baju tuk Ika tukar… dada aku makin berdebar, sesak rasa nafas tapi aku buat2 berani… ya, AKU BUAT2 BERANI….
Kalau aku tak berani, sapa yang boleh tolong aku..? Ika plak langsung tanak berenggang ngan aku… tak boleh lepas dari tangan aku, harus dia melalak….
labuh benau, so aku ikat kasi pendek..
Pukul 8am, nurse bawak kami ke Wad Operation… sambil2 tunggu Datuk Dr. Soma datang, kami layan bergambar… muka Ika serius jer…
Sambil2 duduk sini, layan gambar bagai, Ika leh tersengguk tapi mata dia terbukak… aku rasa ubat penenang tu buat dia rasa cam tuu.. plus dia kan kaki tidur… kan dia kena paksa bangun awal tadi, so memang time dia laa tidur balik…
Inilah Ika punya ‘bisul’ yang nak kena buang tu… dah kecut, tapi tetap kena buang sebab dia takkan hilang selagi akar tu tak dikorek…
Dalam gambar tak nampak sangat lebam, tapi kat luar memang akan perasan….
8.15am, doktor datang… awal dari jangkaan, kami dibawa masuk ke Operation Theatre (OT)…
Nurse cakap, aku boleh tunggu sampai Ika terlelap.. lepas tu aku kena keluar…
dada aku bukan dup dap dup dap lagi dah… aku rasa macam bunyi ‘GEDEGAAAAAANG!!!’ terus dalam dada aku ni…
Sekejap jer Ika sedut oksigen tu, dia terus terlelap.. then nurse suruh aku tunggu kat luar… (merayu2 Ika tak mahu aku letak dia atas katil tu… tapi sambil2 nangis, makin lama makin perlahan dia nangis, terus senyap)…
Apa perasaan korang kalau berada kat tempat aku…???? Apa perasaan korang kalau terpaksa harungi detik2 cemas macam ni sorang2???
Yaaaaaaa! Aku sorang2 jer masa ni.. dari start malam semalam hubby tinggalkan kami di wad, hanya aku berdua ajer ngan Ika lalui semua proses2 ni…..
Hubby terpaksa bekerja… ada catering order… untuk mencari sesuap nasi, untuk bayar fee operation ni… Tapi aku nak luahkan perasaan yang dalam hati aku ni….
"Apa salahnya tolak order tu tuk hari ni??? Untuk hari ni ajer…. Apa salahnya…??" (tapi aku malas nak besar2kan hal ni.. aku boleh hadapi sendiri…)
Sebab tu aku perlu kuat… Kalau bukan aku, siapa lagi??
Terima kasih untuk Oli sebab sudi call aku pagi2 semata2 nak bagi kata2 semangat… Terima kasih teman!
**Kalaulah abah masih ada, hari ni harijadi abah yang ke 67 tahun…
Bersiaran secara live di katil 211-4 Hospital Tawakal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur via Celcom broadband N97.
Petang tadi aku call Tawakal, tanya macamana Ika punya wad, latest pukul berapa aku boleh masuk tapi katanya katil semua tengah full so diorang akan call aku balik lepas arrange katil tuk Ika…
Tertidur kejap aku lepas dinner (camne tak gumuk?), pukul 9pm hospital call panggil suh masuk wad..
Hubby baru jer kuar sambung keje, terpaksa patah balik tuk antar kami…
Percubaan tuk menimbang Ika tapi gagal… akhirnya papa dia kena angkut sekali atas timbang dengan Ika, then kemudian timbang balik secara solo, tolak balik total timbang berdua tadi… bersamaan 10kg
Inilah penginapan kami malam ni…
Tapi punyalah Si Ika menakal tak mahu tidur… sebab dia sudah nampak benda ini sebelum masuk wad tadi…
Nasib baik laa mini slide ini betul2 depan pintu wad kami.. So takde laa jauh sangat kami merayap dari katil..
cuma masalahnya, wad semua dah sunyi sepi.. kanak2 semua dah tidur tinggal Ika sorang terpekik2 menjerit kesukaan dapat bermain…. adeeeehhh hakak segaaan!
Appointment surgery Ika esok pagi pukul 8.30 pagi… aku bukan risau sangat pasal surgery tu tapi aku duk memikirkan cemana aku nak handle budak nakal ni lepas surgery…
Isk, gerun ler aku nak jaga bab2 luka ni kang terkuis terhapa erkkk…. itu yang aku nak korang doakan, mintak2 takde benda tu berlaku, cepat2 laa luka dia tu sembuh nanti…
Tepat pukul 12 malam, budak ni dah lelap lepas kena cubit… hahahah tu jer cara dia… kasi dia nangis skit, pastu pujuk suruh tidur….
Tapi elok jer baru dia lelap, depa nak amek darah dia laa plaaak
Nasib baik ler dia tak terjaga kalau tidak, takkan mahu dia serah jari dia tu…
Dah nak tidur dulu, bye bye…
12.15am Tawakal Hospital












Hot Comments