Archive for » December 9th, 2009«
Merepek jer nak dapatkan tips ‘cara mengelak kucing jantan memancut kencing’??
Awat tanya aku? Aku ni, bela kucing pun tidak.. nak kata suka kucing pun tidak jugak… hehehehe
Sapa aaaarrr tanya tips ni kat aku?? baik ngakuuuuuuuu…. hehehehehehe
dah lama aku tak check keyword kat abang nuff aku ni… sesekali bila check, mesti ada benda2 pelik yang korang cari kan?
Yang Subway dan Roti Boy ni, leh tahan dah lama gak kedai nya bukak… tapi sebab aku ni, walaupun duta wangsa walk, tapi amatlah bercinta gak nak menapak masuk dalam ni….
Tapi ada satu kedai yang amat2 buat aku teruja… berkurun tak minum Rootbear Float tuuuu….
maka Jumaat lepas tercapai ler cita2 aku nak pekena Rootbear Float… tapi disebabkan aku minum dengan budak2 opis aku nih, maka amatlah expose kalau tetiba aku nak ngambek gambor air tu kaaan…
Hasratnya tersimpan kemas dalam sanubariku…. ahaks!
Maka, kepada Norliza Binti Sulong yang berada di Putrajaya, terpaksa laa aku batalkan perjanjian aku nak pi sana belanja mung sekali pekena A&W upah jadi peneman, sebab kat tempat aku ni dah ada A&W… hahahahaha [keji punya perjanjian...]
Semalam, aku tak mengharap sangat laa makcik tu datang urut.. so lepas makan (hubby masak mee sup semalam), aku terus ler bersenang lenang depan TV.
Tup tup pukul 8.15pm lebih kurang gitu, dengar cam ada orang bagi salam.. Rupanya sungguh dia datang…
Sambil mencecey cerita kononnya ada ah moi datang umah dia nak berurut jugak, tapi dia suruh datang esok sebab dia dah nak kuar datang umah aku…
Sambil berurut, sambil dia mencecey cerita itu ini tapi aku susah nak paham sebab loghat indon dia kuat betul… mana yang aku paham, aku sambung ler cerita dia, mana yang aku tak paham, aku iyakan jer… hehehehe
tapi sungguh laa sedap dia urut…. kuat, terasa badan aku… aku memang suka orang urut kuat2.. katanya dia pun suka urut aku sebab aku tak merungut sakit…
Lama giler dia urut, ada ler dekat 2 jam… sebab pukul 10pm baru dia keluar dari umah aku…
So tak sampai hati aku nak bagi dia sikit, tambahan lagi dari cerita dia, semua orang yang nak berurut dengan dia, datang umah dia… aku ni jer yang jadi special case, dia datang umah…
Seikhlas hati aku kasi dia RM50 dengan harapan takde ler dia serik lagi nak urut aku….












Hot Comments