Archive for » December 7th, 2009«
Awat lembab sangat blog petang ni…?
Semua cam malas nak update jerr……!
malas update takpe, jangan malas nak masukblog aku dah ler… takpe, tak komen pun takpe, asalkan korang sudi masuk sini, baca, [klik nuff] dah cukup bagi aku….
terima kasih teman!
Guardian Wangsa Walk tengah sale… mari mari marii….
Tujuannya nak pi beli ni… Stok dah nak abes kat umah… So rasanya cam berbaloi kot.. 500ml x 2 bottle for RM38.88
compare ngan:
Sebotol 385ml RM23.90 memang berbaloi2 laa aku beli twin bottle tuu, lagi dapat contact lens case dengan casing luarnya sekali siap cermin…
Adeeeh, sori.. lupa aku nak amek gambar free casing tuu….
Jalan2 nak ‘cuci wallet’, ternampak lak set Nivea for men ni… alahaiii, kalau laa hubby pakai benda2 ni, boleh ler aku rembat bag dia tuuu… canteeek nok…!
Tapi apakan daya, hubby tak pakai benda2 alah ni semua… minyak wangi ke hapa ke makhluk yang berbaloi, dia tak pakai… pening katanya….
Tapi kan, lately ni kulit dia berminyak tul… ada sekali tu aku nak gurau manja ngan dia, pi ler cubit pipi dia, tak lekat… telus dek minyak kat muka dia tu, leh goreng ikan kasi dia makan ikan tuuu….
So si isteri mithali ni, nak ler jugok buat jasa bakti tuk suami.. cari ler pencuci muka muroh2 tuk dia….
RM12 jer…. jadi ler dari takde… nasib tak baik, sia2 jer aku beli dia taknak pakai…
Tapii……………….. sib baik dia pakai..!
Sabtu, paginya hubby keje, petang baru balik…
Tapi aku gegar hubby suh belanja makan sebab aku malas nak masak.. Stok lauk tinggal daging jer.. jemu dah minggu ni asyik daging daging daging….
So lepas maghrib, kitorang pi ke Gombak Taman Bolton, nak pi kedai favourite hubby tapi tutup laa plak..
So terpaksa ler menyinggah kat mana2 kedai yang ado, makanan pun ado2 jer laaa…
Disebabkan kedai favourite hubby tu tutup (banyak kedai lain pun tutup gak), maka kedai yang kami pi ni tersangat laa ramai orang…
Jenuh tunggu makanan sampai, sambil2 tunggu layan boring amek gambar… gambar makanan malas aku nak amek, tak sesedap mana puuun… tapi kata hubby, daging goreng merah dia boleh tahan sedap…
usai dari makan, tetiba hubby melencong masuk highway…
eh nak gi mana ni?
jalan2 tengok lampu….
yeaaaaaay
Indahnya pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam… lama siot tak jadi kupu2 malam ni.. sejak kawen ni, dah pencen terus!
Jalan punya jalan, lalu tepi Dataran Merdeka, nampak cam riuh ramai orang.. [Ahad ada tari2 Malaysia ke hapa namanya] Aku suh hubby berenti, jamu mata anak2 kat situ… Sian Zikri, rasanya tak pernah lagi jejak Dataran Merdeka ni…
Tak sangka lak hubby ikut kata aku… [aikkk, ada apa2 ke ni, baik sangat ni? bukan leh caya sangat orang jantan lelaki niii]
Dengan baju tidur masing2 tak semenggah.. tak sangka nak sampai ke sini… hahahhaa
baru aku sedar, camera N97 aku ni, cantek di siang hari, kalah di waktu malam…. sesal tak bawak camera koman aku tu… walaupun koman, tetap cantek gambarnya waktu malam….
Bukan main seronok lagi anak2 berlari kat tengah2 padang tu… memang aku suh depa lari sekuat2 hati… tak kira Zikri, Zulfan, Ika pun sekali ke main lagi berlari sesungguh hati…
Ahhhhhhhhhhhhhh, lapangnya dada dapat berlarian macam tuuu…. Seronok betul!!
Sampai umah, masing2 semua kena mandi balik… Ika jer tak sempat nak mandi sebab dia dah terbongkang dalam van… So tukar baju, lap2 kaki jer laa Ika…
semalaman depa tidur tak bangkit2 mintak susu ke hapa… penat letih berlarian satu padang non-stop….!
Bang, lenkali kita jalan2 cenggini lagi yer….. lap u! Jangan ada udang di sebalik batu..! Hahahahahha
Sakit urat segala macam urat di sebelah kiri badan aku ni haaaa….
Akibat dah lama tak jalan jauh, weekend baru2 ni banyak nauu aktiviti dari petang Sabtu sampai ke Ahad malam tak berhenti2….
Seronok benauu hubby dapat spend masa sama2 bini & anak2.. dah lama tak spend masa yanng betul2 rileks cenggini…
malam ni, dah panggil tukang urut maii umah urut aku… adeeeeh….!
Sakit kedua plak sakit hati…
Sabtu tengahari, technician P1wimax datang umah buat demo… Hampeeh jugak P1 tu puuun, tak dapek nak surf dari umah aku…
Dalam map, kemain lagi apartment aku duk dalam kawasan hijau P1, tapi bila datang test, uuuuuh tak cukup kuat!
sib baek aku mintak demo dulu…. kalau nak ikutkan dealer P1 yang aku jumpa kat Wangsa Walk Jumaat lepas, uuh kemain lagi dia punya pung pang pung pang cam compang iklan dia yang suh potong potong tuuu….
Heeeei internet provider…!!! aku cabar korang, selagi takde sesapa yang leh pasang tenet kat umah aku, tak yah ler korang nak berlagak iklan pung pang pung pang serba elok, serba pantas…
Takat umah aku tu, bukan ler hulu kelaut puuun, tapi awat takde sesapa yang leh masuk line umah aku????












Hot Comments