Archive for » December 4th, 2009«

Gadis Kilang

imagegadis² kilang…

Pekerjaan kedua aku masa sampai di KL… (1st dulu aku kerja hotel).  Dua orang dari dalam gambar tu, masih kerja di kilang, yang lagi sorang tu termasuk aku, memang dah tak keje kat kilang tuuu…

Aku dah 6-7 tapak ke depan… merangkak dari satu kerja ke satu keje meniti anak tangga untuk memajukan kehidupan…

Rindu laaa zaman2 keje kilang dulu.. banyak aktiviti kitorang buat sama2 tiapkali offday…

Ni gambar masa kitorang bermanja2 ngan binatang dalam Zoo Negara… syok wooo pergi masa orang laen tak keje… tak ramai orang!  Itu ler kelebihan keje shift ni…

Time aku keje kilang dulu, gaji basic still RM500, tak macam skang, kjaan dah suh kilang2 semua naikkan gaji pekerja² mereka kaaan, tak silap aku basic ajer skang ni dah RM800-900 ke berapa… correct me if i’m wrong….

Dulu kaaan, aku keje kat Kilang Texas Ulu Kelang.. ada sapa² pernah keje sana jugak ker?  Aku shift C masa tu.. Oh, di samping itew jugak, ada kenangan cinta jugak di situ… Hai Ayiiiin, pekabar Ayin sekarang?  Sudah kawen kaa belom?…

Last nampak Ayin dulu masa kat traffic light Wangsa Maju, Ayin drive keter Kenari merah.. eheks, apa raaa sudah kasi cerita cinta cintun sama kamuuuu…. Hahahaha, gambar orang lain, cerita orang lain…

Sekian...!
Category: MySelf  Leave a Comment
[Coret] Coretan Yang Panjang

1.  Dah 2 hari berturut², hujan waktu dinihari…. kalau laah hari cuti, alangkah nikmatnya tidur di waktu pagi di dalam deruan hujan yang mencurah² di luar rumah…

Lagi bertambah² nikmatnya kalau tak perlu bangun solat subuh (khas tuk wanita sahaja)…. Tapi aku ni jenis kalau dah bangun cuci muka, payah ler nak tidur balik… Tapi yang aku heran, kalau hubby ada kat sebelah, eeeeeeh boleh pulaaaak mata ni lelap lepas subuh… apakah aku ni jenis yang terlebih gatal? Hahahahahaha (18SX sungguh!!)

2.  Memandangkan entry cadar dah distickykan kat atas, maka dengan rasminya aku turunkan ke bawah entry laki orang syok bini orang tuu… kepada yang sudi berkongsi, terima kasih banyak².. silalah bagi alamat kat email aku sweetdarling@sweetdarling79.com.. (jenuh dah aku mintak) kalau aku tak jawab email alamat tu, maknanya aku tak dapat ler alamat korang, maka sila berusaha menghantar alamat sehingga aku terima…

Sebarang ketidakterimaan alamat, tiada pujuk rayu untuk meminta alamat dari anda… Dan ketidakterimaan alamat tersebut, janganlah kamu mengharap aku nak pos pakai langit jatuh kedebumm atas atap umah korang pulak yeer…..

NO ENTRY gaduh² kononnya aku tak bagi hadiah seperti yang dijanjikan.. Hakak sentap hokeeeeh…!!  Sebab hakak bukan orang yang sebegitewww…. Walau pun hadiah adalah ciput murah, janji hakak kasi…. (isu terkini yang paling sensasi) :)

Oh, ya.. kepada sesiapa yang duk tangguh nak tulis taknak tulis entry tu, kalau dah buat keputusan nak tulis, boleh sila teruskan niat anda bila² pun, pastu pandai² korang korek balik entry tu bagi link korang kat komen… adiah tetap menanti anda kalau korang bagi alamat kat hakak…

3.  Semalam balik dari pasar malam umah MIL, adik aku si Mira meraung² sms kat aku, gaduh ngan orang tua tak empuk depan umah aku tuu… Tak paham aku baca sms dia yang terlampau nak jimat uruf, aku call jer terus senang…

Orang tua keparat, dengan budak² pun ko nak cari gaduh.. ingatkan arwah abah dah takde, ko puashati ler kaaan, rupanya tak abes² lagi dengki ko kat keluarga kami…?

Takpe, aku serah dosa ko tu kat Allah, ko ni dah tergolong dalam golongan orang yang menganiaya anak yatim… UUhh, ko bukan tahu dosa pahala pun kan, sembahyang pun tidak… Anak dah besar panjang, dah bercucu bagai, tapi otak still tak empuk²….

Ada ker, dia ejek adik aku si Yana tu ‘galok’… Yang adik² aku ni pun satu hal, dah tahu orang tua tu sengaja cari pasal, sengaja provoke korang nak suruh korang melenting… Kalau korang melayan, lagi laa dia suka.. Tercapai ler hajat dia nak tengok ko terpekik terlolong macam orang gila…

Sila lainkali abaikan kewujudan dia di depan mata, dan lenyapkan sebarang bunyian yang keluar dari kerongkong dia di telinga… sila pakai nasihat kakak korang ni…!!!

Bila orang keliling kelalang tengok ko duk bergaduh ngan dia, dah tentu ler diorang kata ko yang kurang hajar ngan orang tua… Hanya keluarga kita jer tahu apa yang dia dah buat kat kita selama ni, so tak payah korang nak buktikan kat orang kampung apa yang dia dah buat, sebab orang kampung takkan nak percaya kat kita ni….

Bini dia ‘master’ berita terkini hiburan sensasi, lawat kat pelusuk kampung lebih dari YB, ‘prihatin’ sangat² kat masalah dan kemelut yang melanda jiran² dan anak² jiran ni… So tak payah laa kita nak berlawan kuasa dengan dia tu… kita ni siapa kat kampung tu.. ‘orang luar’ jer…

Kalau ikutkan rasa sentap kat hati, nak jer aku bawak mak dan adik² keluar dari kampung tu.. tapi apakan daya… rumah kat kampung tu, adalah 1001 kenangan arwah abah pada kami…

kalaulah mak dah tak payah nak menanggung adik², nak jer aku lepaskan mak dari beban kerja, nak jer aku cakap “berehat laa mak, nikmatilah hari tua mak, biar orang bela mak… mak abiskan lah masa tua mak dengan beribadah dan berjalan² ziarah rumah anak² sesuka hati mak”

Tapi apakan daya.. Yana masih ‘tak lepas’ lagi… kalaulah aku ada lebih duit, biar aku jer laa yang tanggung belajar Yana tu…. besar betul cita² aku yang kecil ni… :((

Sekian...!
Category: Coret  Leave a Comment