Archive for » December 2nd, 2009«

Telur Manis

30112009287

Kata Zulfan:

aneess aaa mama…

Ooooo yang dia pi meratah garam tu tak ‘manis’, tang telur ni dia leh cakap manis plaak..

Masinlah, bukan manis

Hah, aseen?

Sekian...!
Category: Zulfan  2 Comments
In House Playground

Mana lagi kalau tak Jaya Jusco…

baru jer cerita pasal bebas bermain kat JJ baru ni kan?  Takkan nak cerita lagi…?

dah cerita pasal budak2, ni kali aku cerita pasal mak bapak budak plak..

29112009271

kejadian adalah di hari yang lain dari cerita yang lepas… (Ahad baru ni)

Satu jam aku bagi budak2 ni masuk main dalam ni, sampai kan Zulfan dah boring duk dalam ni, ajak papa dia round2 mainan kat luar dari tempat ni…

Dah puas round kat luar, masuk balik sambung minum susu pulak…

Tengoklah, 2-2 orang terbongkang minum susu… masa ni aku tengah lalok ubat batuk, seminggu batuk tak baik2 lagi… Budak2 tengah main, aku layan tidur kat sofa tu, boleh gitu?

Lantok laaah, aku dah tahan ngantuk.. hubby kan ada, bagi chance ler dia layan anak2 plak, asyik keje jer… oh, ya.. time ni kitorang maidless… Rohmah cuti raya, petang nya baru kitorang pi amek Rohmah…

Sekian...!
Category: Diary  2 Comments
Takutnyaa Bila Blogger Bercakaran

Semalam baca entry percakaran antara 2 blogger yang aku tak rapat.. Tak rapat dan tak kenal pun…

Yang sorang tu (A), ada ler aku masuk blog dia sekali sekala waktu senggang, tapi memang jaraaaaaaaaaang laa sangat… Yang lagi sorang (B) ni memang aku tak pernah masuk blog dia, tapi memang selalu nampak dia komen kat blog kawan²…

Depa gaduh pasal adiah!!!

Yang si B dah berbulan2 menunggu adiah dari si A, tapi tak dapat2… Yang si A plak bagi alasan tak de masa nak pos…

Huhuuhuhuhu….. [nasib baik aku dah pos adiah aku semalam].. Dee dah terima kan?  Cepatnya…!

cerita pasal adiah and contest ni, memang aku sendiri ada pengalaman dituduh penipu ni… Sapa lama ngan blog aku ni, tau laa cerita ni..

Tapi dalam kes aku ni, aku tak tahu ler nak tuduh sapa yang salah, tapi kalau memang aku salah, aku minta maaf sebab, bukan kerana aku mungkir janji tapi sebab aku memang tak dapat alamat si pemenang itewww… (sebenarnya bukan pemenang tapi adiah penghargaan sebab participate contest aku yang tak menjadi tu)

Sorang lagi peserta, dah lama terima adiah aku tu… So adakah aku cuba menipu kat sini?

Eh, tiba2 aku jadi takde mood nak bercerita kisah lampau… sebab aku macam tak paham kenapa dia nak salahkan aku sedangkan dia sendiri ngaku alamat dia adalah sedikit privacy untuk didedahkan dengan sewenang2nya… (dedah apa kalau aku suh email jer alamat tu, takkan aku nak forward kat orang lain kot?)

Dah kat sini jer… pokok pangkal jer, kisah A dan B aku jadikan iktibar tuk diri aku sendiri… Kalau takde masa, at least announce bagitahu atas kelewatan tersebut…

Pesanan ini ditujukan khas juga buat blogger2 lain yang menganjurkan adiah… Hidup berblogger biar ramai kawan, jangan ramai musuh!  Tu jer nak pesan…

**apa kes cerita panjang berjela, tapi nak pesan tu jer? kalau tak berjela korang tak paham plak aku nak cakap apa kan? 

Sekian...!
[Coret] Lupa

Lupa apa nak tulis.. malam semalam bukan main lagi aku berkobar nak menulis tapi tertinggal laptop kat opis…

K, meh laa aku cerita pasai apa aku bercakap bahasa alien petang semalam….

Kisahnya, lunch hour semalam aku pi TM Point, nak settle pasai Stre**x aku tu ler…. Pastu keputusannya, ada masalah cable so memang takde penyelesaian so, aku memang tak layak memiliki Stream** kat umah…

Tak ^&*%^$&^^( namanya..?? Sebulan weiiih aku tunggu, pas satu masalah, satu masalah yang timbul… 3x aku berulang alik TM Point tu, duk settle benda ni…

Potong, potong potong potong, potong potong potong, potong laa sajaaa…..

Memang patut pun korang potong St**myx ni…. Aku nak try P1 laa plak, tapi katanya area umah aku ujung2 jer dapat signal… amacam pendapat korang?  Patut tak aku try P1 ni?

Sekian...!
Category: Coret  4 Comments