Casing Henpon Kulit Babi, SILA BERI PERHATIAN

Hari Sabtu lepas, aku pi ke Wangsa Walk sajer nak jalan2 ngan mak…  Singgah kedai accessories henpon sebab nak cari casing tuk henpon aku…

07112009163

07112009164**sempat lagi posing depan kedai, konon nak introduce kat lam blog kedai2 kat wangsa walk ni.. [konon]**

08112009167 

harganya RM35, memang dah lama aku cari casing macam ni, so aku beli jer laa takde banyak soal… Tapi malamnya aku balik umah, tengah duk belek2 casing aku ni, baru aku terperasan benda yang pelik kat bahagian dalam casing…

08112009166

Nak dekat lagi?

08112009166Allah Maha Kuasa, Dia haramkan kita pakai kulit babi, dan Dia memberi kelebihan untuk kita mengecam kulit haram ni…. 

Astarghfirullah, cemana laa budak pompuan melayu yang keje kat situ pun boleh tak terperasan…? selamba jer dia kasi aku casing ni…

Aku letak casing ni lam plastik, Ahadnya lepas lunch terus aku gegas pergi balik kedai tu…

Aku tanya kat pompuan melayu tu, dia tak tahu ker itu kulit babi? katanya itu casing baru, dia pun tak perasan.. Uuhhhh… tak boleh nak salahkan dia kot, sebab aku rasa dia pun baru keje situ..

Aku jumpa lelaki cina yang aku bayar kat dia semalamnya, aku bagitahu dia itu kulit babi, Islam tak boleh pakai, tak boleh pegang… Dia boleh tanya aku balik, kulit babi macam tu ke?

Aku tunjuk laa kat dia 3 bintik, itu maknanya kulit babi, melayu tak boleh pakai, dosa.. janganlah jual dengan melayu lain kali..

Nasib baik laa dia bagi aku tukar yang lain, ada lagi satu design, rendah skit kualitinya, bahagian dalam casing pun baldu, tak menarik sangat tapi katanya harganya sama jer… adeeeh, takpelah asalkan dia bagi aku tukar yang lain… [hati aku kuat kata, kedai ni tak jujur, dah lah mintak kurang pun tak bagi]

So kawan2, kalau beli casing henpon tu, tengok2 laa luar dalam kulit sebelum beli… Atau kalau dah terbeli tu, cepat2 spotcheck balik casing tu, mana lah tau, kot2 selama ni kita berdamping dengan kulit haram ni…

 

08112009168 

**Sempat posing lagi sekali lepas dapat tukar casing lain**

Sekian...!
Category: Diary
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
24 Responses
  1. ratna says:

    amy.. awak tak terkejut sambil tercampak casing tu ker masa dpt tau itu kulit babi? kalau saya.. tak tau la nak ckp mcm mana terkejutnya kalau dpt casing kulit babi. saya baca entry amy ni pun dah terperanjat giler2..

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @ratna,

    saya kan cool…. hehehehehe…

    Reply Komen Ni...

  2. Kalau aku, mau aku lempang cina tu…

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @MalaysiaSensasi,

    kalau aku kena lempang balik? hahahahaha

    Reply Komen Ni...

    MalaysiaSensasi Reply:

    @sWeEtDaRLinG, ye tak ye jugak….ko kan pompuan..ha ha ha, lupe plak aku.. :)

    Reply Komen Ni...

  3. Nizaa says:

    ee…..kalau tak telek betul2, casing tu la bwk masuk masjid, bwk masuk surau kan….kena hati2 betul..mana la nk perasan kalau tak tgk2 betul2..

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @Nizaa,

    Tu laa pasal.. nasib baik cepat terperasan… so boleh ler tukar laen…

    Reply Komen Ni...

  4. sumijelly says:

    sebelum dn selepas kejadian pun ad amood nak posing..
    hahaha…
    tul..tul..dulu aku pernah keje kat tempat kasut..
    siap tulih kat citu.. KULIT BABI..
    sbb cina suke rkasut cam tu..
    dh tmpt keje lama tu JEPUN punya…
    maka nak x nak aku kene gk keje..tp yg jual staff cina la..
    huhuhuuuu………

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @sumijelly,

    posing tetap kena posing, nak tunjuk sket kedai apa…. so len kali jangan beli kedai ni.. dah ler kemut nak kasi kurang harga

    Reply Komen Ni...

  5. budak comey says:

    yang mahal posing zikri…
    kaki dye mcm pose perempuan..
    sabo je la

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @budak comey,

    huks dok perasang plop… kekekeke

    Reply Komen Ni...

  6. Sakura Rals says:

    mula2 tgk casing tu, terkejut gak. sebijik macam yang saya punya tapi ada logo htc kat depan. cepat2 pergi tgk casing. nasib baik dalamnya jenis baldu. tapi memang kurang kualiti casing tu. dah retak sikit kat tepi :-/

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @Sakura Rals,

    yang saya tukar ni pun, baldu kat dalam.. memang nampak murah kualiti tuuu lagi nampak cantek ngan kulit babi tu hahaahahaha….

    Reply Komen Ni...

  7. nasazfrog says:

    uhhhh bahaya gak tu kan,,, kena berhati2 tuh…

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @nasazfrog,

    itu laa pasal.. memang sebelum membeli, kena belek betul2… aku pun lalai masa tu… isk!

    Reply Komen Ni...

  8. oli says:

    thanks for sharing the info…
    ingatkan kasut aje!!!
    tak sangka casing pun dah kulit pok pok!!!

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @oli,

    kena hati2 dengan semua barangan berkulit…

    Reply Komen Ni...

  9. rasp says:

    eeee sib baik u prasan sis…
    i pun balik nie, nak telek gak lah si SH nye casing…
    mana nak tau kan….

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @rasp,

    kadang2 kita mmg confiden jer beli, tak cek betul2.. cam i, i dah terlalai, nasib baik allah bukakan mata i, perasan bintik2 tu…

    Reply Komen Ni...

  10. saya pun dah naik confuse pasal titik tiga nie…

    sebab titik 3 nie selalu jek jumpa kat bahan pvc / plastic n naik was was pun ada

    just nak kongsi saya amik kat http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=460

    Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan.nn

    Reply Komen Ni...

    sWeEtDaRLinG Reply:

    @mama mya aka watie,

    ermmmm ada plak erk dari mesin..? apasal mesin nak sangat buat corak 3 titik tu erk…???

    elakkan dari terkena, biar lah tak pakai kulit ‘3 titik’ ni daripada kita duk yakin itu mesin sebenarnya memang kulit babi… kalau kita tak arif, baik kita elakkan.. itu lebih afdal…

    Reply Komen Ni...

  11. oneyani says:

    ish gilerk ah..yani geram tgk bintik2 tu..rasa nak renyuk2!

    fyi yani ade masalah bile tgk benda kecik berbintik2..penyakit geram dtg..xtao knp..xleh tgk lama2…badan jadi lenguh sbb xleh nk renyuk2 kan die..giler x penyakit ni??

    Reply Komen Ni...

  12. izan says:

    tau tak kenapa diorang selalu guna kulit babi??? sebabnya kulit babi ni murah…

    Reply Komen Ni...

  13. Faizan says:

    Aku dah beli sebiji macam casing dalam gambar tuh..? camne ni..? kulit babi ke tak…? bila tgk gambar kat atas aku dah cabut casing ni dari hp.. tapi bila baca komen wati tu.. rasa tak jadi plak.. kena surf byk lagi ni…

    Reply Komen Ni...

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: