Archive for » November 13th, 2009«
Nak kuar pi jengjalan… pastu gigih laa si Zulfan ni nak jugakk pakaikan kasut tuk Ika…
Pastu surrender sebab tak masuk2 kaki Ika dalam kasut… Yang aku nak tergelak, dari Ika berdiri, dia tarik kaki Ika masuk lam kasut, sampailah Ika duduk, gigih dia nak pakaikan…
dah besar nanti, jaga adik elok2 yer abang ngah!
Pemalu betul si Kimi ni… dia tahu aku nak ambik gambar dia, tapi dia tunjuk jer… (pemalu ke sombong?)
Takkan laa budak lagi dah pandai nak sombong kot…? Naaak jer aku panggil dia nak amek gambar in person tapi takut laa pulak kena marah sebab dia tengah bekerja kaaan?
Aiikkk, ari Jumaat pun ada shooting, tak keje ke dik?
Anak2 aku ler minat sangat Hikayat Putera Syazlan ni, kalau idak tak kuasa ler aku nak ngambek gambar bagai…
Opis aku ni kan, area yang baru siap, so banyak ler depa amek port shooting kat sini… Memang selalu ler jumpa artis2 tengah bekerja tapi malu laa nak menegur ke hapa..
Dulu pernah jumpa Rem, dia senyum bila kita bertembung mata dengan dia, bagus lah!
Balik kerja semalam, nampak Ika terlentang depan TV, dahi bertuam tuala dingin… alahai, tak kebah lagi anak mama…
Aku dakap dia, beriba. Aku tuam² lagi dahi dia kasi sejuk skit… Kata Rohmah hari ni dia diam jer.. Sehari suntuk mengadap TV, tidur, ngadap TV, tidur.
Pagi ni, lepas hubby selesai keje dia, dia akan balik umah, bawak Ika gi klinik… Cepat sembuh ya, sayang!
Dah 2 hari mak tak sms aku… So pagi tadi aku sms mak tanya khabar. Dah jumpa ke Cik kat sana? Mak sihat ke tak? Kenapa lama tak sms?
Cepatlah masa berlalu…
Semalam terbaca dalam blog kengkawan pasal ayam DJ-LRC.. lamanya tak order ngan Kak Didi…
Kak Didi,
Nanti 19/12 (Sabtu) or Ahad nya saya nak order secara pukal tawww… Nak jamu keluarga besar saya masa menyambut mak balik dari Mekah… Tungguuuuuuuuuuuuuu…..!! (Lupa nak jamu mak minggu sebelum mak gi Mekah)
**updated: mak dah reply sms. Katanya dia ada antar gambar (MMS), tak sampai la tu kot… nanti send lagi sekali












Hot Comments