Archive for » November 9th, 2009«

Sembahyang Hajat

Sempena kepergian mak ke Mekah, Ayahngah ‘kepala’kan sembahyang hajat tuk mak dua malam berturut2…

03112009114

Bangun pukul 12.30 tengah malam tuk buat sembahyang hajat, subuh pun berjemaah… rindukan suara lelaki bergema waktu sembahyang… Kalaulah abah masih ada…..

Sekian...!
Category: Mak  5 Comments
Casing Henpon Kulit Babi, SILA BERI PERHATIAN

Hari Sabtu lepas, aku pi ke Wangsa Walk sajer nak jalan2 ngan mak…  Singgah kedai accessories henpon sebab nak cari casing tuk henpon aku…

07112009163

07112009164**sempat lagi posing depan kedai, konon nak introduce kat lam blog kedai2 kat wangsa walk ni.. [konon]**

08112009167 

harganya RM35, memang dah lama aku cari casing macam ni, so aku beli jer laa takde banyak soal… Tapi malamnya aku balik umah, tengah duk belek2 casing aku ni, baru aku terperasan benda yang pelik kat bahagian dalam casing…

08112009166

Nak dekat lagi?

08112009166Allah Maha Kuasa, Dia haramkan kita pakai kulit babi, dan Dia memberi kelebihan untuk kita mengecam kulit haram ni…. 

Astarghfirullah, cemana laa budak pompuan melayu yang keje kat situ pun boleh tak terperasan…? selamba jer dia kasi aku casing ni…

Aku letak casing ni lam plastik, Ahadnya lepas lunch terus aku gegas pergi balik kedai tu…

Aku tanya kat pompuan melayu tu, dia tak tahu ker itu kulit babi? katanya itu casing baru, dia pun tak perasan.. Uuhhhh… tak boleh nak salahkan dia kot, sebab aku rasa dia pun baru keje situ..

Aku jumpa lelaki cina yang aku bayar kat dia semalamnya, aku bagitahu dia itu kulit babi, Islam tak boleh pakai, tak boleh pegang… Dia boleh tanya aku balik, kulit babi macam tu ke?

Aku tunjuk laa kat dia 3 bintik, itu maknanya kulit babi, melayu tak boleh pakai, dosa.. janganlah jual dengan melayu lain kali..

Nasib baik laa dia bagi aku tukar yang lain, ada lagi satu design, rendah skit kualitinya, bahagian dalam casing pun baldu, tak menarik sangat tapi katanya harganya sama jer… adeeeh, takpelah asalkan dia bagi aku tukar yang lain… [hati aku kuat kata, kedai ni tak jujur, dah lah mintak kurang pun tak bagi]

So kawan2, kalau beli casing henpon tu, tengok2 laa luar dalam kulit sebelum beli… Atau kalau dah terbeli tu, cepat2 spotcheck balik casing tu, mana lah tau, kot2 selama ni kita berdamping dengan kulit haram ni…

 

08112009168 

**Sempat posing lagi sekali lepas dapat tukar casing lain**

Sekian...!
Category: Diary  24 Comments
Entry Khas Untuk Para Juri – Kriteria Seorang Pemenang

Entry ni aku tujukan khas tuk semua juri2 yang selalu menjadi juri kepada sesuatu pertandingan khususnya dalam blog sekarang ni…

Oh, kepada penganjur laa jugak ya…!

Aku kadang2 tertanya, apa kriteria atau kelayakan yang sepatutnya ada kepada peserta2 untuk menjadi seorang pemenang?

  1. Ketepatan gambar menepati tajuk peraduan [itu dah semestinya]
  2. Kekreatifan penyampaian, misalnya penganjur mahukan link penganjur diback-linked kan supaya semua readers lebih mengenali blog penganjur… Cara penyampaian tu, cantik, kemas, ayat tersusun, cara penyampaian amat menarik minat pembaca untuk klik kat link tersebut dan  sebagainya [ada markah tak yang ni?]
  3. Link Sponsor disampaikan dengan cara yang sangat berhemah, siap ada gambar dari sponsor dan sebagainya.  Macam ni (contoh sahaja)                           1234
  4. Pemandangan belakang yang menarik?
  5. Kualiti gambar?
  6. Skill?

ATAU…

  1. Ada blog
  2. Ada Entry
  3. Ada back-linked (secara ringkas)
  4. Semua syarat tepat
  5. Gambar menarik

So dah boleh menang…?

Bukan apa, kadang aku tengok contest2 bergambar kat blog2 ni yang banyak sangat bercambah, lebih menilai kualiti gambar dari hasil entry tu sendiri.. Bermakna, pemarkahan tidak melibatkan semua aspek.. Cincai sajer, asal ada gambar dah boleh menang..

Dan satu lagi aku peratikan, gambar2 yang menang ni, nampaknya dari camera2 godang (walau tak godang mana) dan ada skill.. So macam aku ni yang takde skill, yang direct to the point (nak amek pinggan, pinggan ler kat tengah2 gambar jadinya), camera pun ciput ala2 zaman purba harga pun RM200-300.. so macam takde chance jer nak menang walaupun aku tengok anak2 aku bukan maen ensem lagi ngalahkan pemenang2 tu (sila muntah sekarang!) hahahahahahhaa

Oh, bukan aku kondem sebab aku selalu kalah.. tapi macam kesian gak kat peserta lain, yang mana bersungguh2 jugak lah buat entry, tapi hasilnya nan-ado..

Dan pemenang2 plak, hanya sebab gambar dia cantik, sharp, dan ada skill so boleh menang.. sedangkan entry depa aku tengok, buat lebih kurang jer..

oh, satu lagi… kadang kalau tajuk “Pakai Baju Gown”, tapi gambar pemenang tu taklah sepenuhnya menampakkan dia berbaju gown, kadang gown tersingkap la, lengan tersingsing (berlipat/bergulung) tak sempurna, nampak tang kepala sampai pinggang sajer la… tapi  hanya sebab dia comel, putih, gebu, cute, so boleh menang.. Kesian lah anak aku peserta2 yang tak cute tu walaupun dressing dah abes mantoooop, complete, cukup lengkap dari ujung rambut sampai ujung kaki!

Entry ni bukan bermaksud aku hebat atau sebagainya.. sebagai nak berkongsi info, manalah tahu, terbuka lagi hati aku tuk bertanding, dapatlah aku follow guideline juri ni kaaan…. kan kan kan…?

Setiap yang bertanding, mestilah nak menang kaaan?  Tapi bila ada pemenang yang buat entry ala kadar jer, tu yang buat aku tak pueeh hati tuuu…!!

**I’m away.. antar mak ke Kelana Jaya tuk mengerjakan Haji.. ini entry scheduled.

Sekian...!
Category: Sharing  4 Comments