Archive for » November 4th, 2009«

[Coret] Jangan Pening

Sebenarnya, kami yang pening….

Masih selamat bersiaran dengan jayanya di pagi ni bermakna, mak masih ada di rumah…. (Tak pergi untuk jemaah KT42 4hb, 11.15am)

Bermakna juga, mak akan ikut aku balik ke KL, standby kat KL jer sebab memang tak ada dah penerbangan dari Terengganu lepas tu…

Sebenarnya, last info yang mak dapat, diorang akan berlepas KT56 9hb di KL tapi pagi2 semalam, pegawai TH call bagitahu penerbanngan ditukar ke KT42 sebab visa yang sahabat mak apply, tiba2 dah siap awal…

Lemah longlai lutut mak bila dapat tahu berita tu.. Ingatkan dah dapat rileks2 bertolak lambat skit…

Tengahari skit, dapat plak berita dari sahabat mak, pemeriksaan kesihatan dia sangkut sebab ada darah kencing manis.  Tak pernah2 detect kencing manis, tetiba sangkut…

Puncanya, elok jer lepas dia makan tengahari kat umah kami, minum plak air sirap lepas makan, teruuuuuuuuus jer dia pi klinik sambung check-up… Bammmmmmmmmmmm sangkut!!!!!

Doktor advise sahabat mak tangguhkan penerbangan sebab kena buat check up lagi sekali.  Mak dah kecoh kat umah.. Dia takut, kalau dia tangguhkan penerbangan, tiba masa sahabat mak tu sangkut lagi, kesudahannya mak terkontang kanting pulak kena pergi sorang2… huhuhuhuhuhuhu :(

Segeralah mak ke pejabat TH, kalau boleh nak merayu supaya lepaskan sebab memang lah sahabat mak takde kencing manis.. Silapnya cuma lepas makan minum terus dibuat check-up.. Dengar kata, kalau nak buat apa2 check-up, kena biarkan 2 jam selepas makan dan minum, barulah boleh continue check-up..

Sudahnya, penerbangan mak tertangguh KT42, next penerbangan kononnnya KT56 tapi aku cakap, bersedia jer laa tuk perubahan lagi.. Jangan2 nanti terus tak dapat pergi dah laaa.. mintak selisih!!

Kawan2, doakan lah supaya lepas ni berjalan lancar semua perkara… Selamatlah mak pergi dan balik…

Sekian...!
Category: Coret  13 Comments