Archive for » November 1st, 2009«
Bagi notice last minute kepada para jemaah… alangkah kelam kabutnya para jemaah [mak] tersebut…
Pergi haji bukan setahun sekali tapi mungkin sekali seumur hidup, mana lah kami reti prosedur2 bagai ni…
dari minggu lepas aku duk call TH nak tahu flight detail mak, manjang tak dapat information lagi.. Tup tup dia call kawan mak yang pergi sama2, katanya flight diorang 4hb 11, pukul 0715 pagi… adusss!!
Tak ke namanya last minute tu? Kalau lah aku tahu awal2, jumaat malam tu aku dah boleh bertolak balik ke kampung, boleh laa spend masa lebih skit dengan mak..
Dah la pulak gitu, bila 2-3 kali call nak dapatkan confirmation, dah berterabur maklumat yang kitorang dapat.. So semalam, aku postpone nak bertolak balik.. Mak cakap, biar dia confirm betul2 kat pejabat TH Kuala Terengganu..
Sungguh lah 4hb mak kena bertolak.. [sepatutnya mak bertolak jemaah akhir...] tup tup Che Bunga yang mak harap2kan temankan mak, tiba2 plak dapat pergi… tapi sebab dah hilang harapan, Che Bunga takde laa buat apa2 persiapan.. Visa pun takde lagi..
So mak kata, aku jangan bertolak balik dulu.. Dia nak kena datang KL dengan Che Bunga sebab kena serahkan sendiri passport Che Bunga kat TH KL dengan pegawai khas urusan visa…
So esok mak akan sampai sini, aku akan hantar mak dan Che Bunga ke TH, selesai urusan, kami akan balik ke KT sama2.. harap2, semua berjalan lancar.. Kesian Che Bunga, berharap sangat dapat pergi.. Kesian jugak kat mak, itu lah kawan yang dia betul2 boleh harapkan buat masa sekarang ni… dah banyak susah senang bersama…
Dan sepatutnya, mak kena rehat sekarang ni, rehat secukupnya, tenangkan fikiran.. bukan ke hulu ke hilir selesai perkara2 yang tak selesai lagi.. tapi nak buat macamana, mak memang harap sangat Che Bunga pergi sama2.. mak tak harap sangat 2 orang kawan yang dia kenal kat kursus haji tu..
Jumaat malam, aku malas nak masak… tapi Si Rohmah dah keluarkan ikan keli & ayam… Dah suruh Rohmah tumbuk cili & bawang putih, sat gi aku nak tumis..
Tapi sajer test luck, call hubby cakap malas nak masak.. eh tetiba jer kaaan, suruh aku siap2, lepas maghrib pi San Francisco… what?? Masyuuuuuuk…!!
Pendekan cerita, rupanya hubby dah kumpul jugak family dia suh pi sana…
**Kenapa besar sangat lubang idung Ika kat sini?**
**Penuh satu meja tapi ada 2 beradik yang takde**
Selebihnya, korang layan gambar jer laa erk… nak cakap pasal menu pun, dah banyak kali sangat aku tayang menu San Francisco kat sini… Kalo nak keypochi gak, pi cari sendiri entry aku yang lepas2…
**Itulah MIL ku, kakak ipar ku yang sulong (hubby 2nd)..**
Rasanya inilah 1st time aku dengan tegarnya snap gambar family hubby dengan acara makan2 yang tak formal macam ni… Dulu kan aku ala2 segan mangkuk nak expose blogger kat depa, skang ni peduliksss….
**Chicken Chop RM10.90 sajork**
Sebab Chicken Chop tengah murah laa hubby belanja family datang mai makan sini.. tapi tak semua pun order chicken chop… hahahahaha… pokoknya RM300 gak laa tuk makan malam tu… Thank you, bang!












Hot Comments