Archive for » November, 2009 «
Sorang lagi pesaing aku dalam rumah…
HANTU DURIAN….
Dia boleh join sama2 makan durian, bertukar2 ulas plak tuu,…..
Abes laa mama kena share durian ngan lagi sorang…
Dalam umah, aku & zikri jer hantu durian.. hubby tak berapa minat sangat, dia cuma akan rasa seulas dua…
Zulfan pun camtu, tak maunya bila aku nak suap kat mulut dia… tapi Ika ni, siap nak pegang sendiri….!!
Pastu bila aku nak pusingkan biji durian tu, dia siap marah sebab takut kita nak ambil buang…
Bila suruh tukar lain, barulah dia letak biji durian tu dalam tong sampah then amek yang baru….
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… papa, lepas ni tak boleh dah beli RM10 selonggok, kena beli 2 longgok laaaa….!!
3 hari punya cerita, coret jadi satu…
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA…. Dan selamat memulakan tugas..!
Ada yang masih bercuti ke? Aku tak ke mana².. Mak ada kat Mekah, so takde ler aku balik kampung plus memang tahun ni giliran hubby…
Oh, ya.. tahniah kepada mak sebab dah bergelar Hajah Kamariah… I loike the title!
Mood adalah kureeeeng… Streamyx tak terpasang lagi kat umah… line cable tak sampai laa pulak… dah ‘putus angin’ ngan Streamyx ni… So aku abeskan weekend dengan nonton drama Korea… Sungguh kusyuk!
Pagi ni, si Rohmah ketuk pintu bilik.. katanya paip shower kat bilik air tercabut, so tak boleh nak tutup.. air mencicir keluar, paipnya dah loose… aku bangun pi tengok, tak dapat tutup gak.. Suh hubby lak bangun pi tengok.. End up, dia marah² aku plak… Sungguh mencabar kesabaran bila pagi² kena marah…
Apahal nak marah aku? Marah ler Rohmah, dia yang tanggalkan paip tu! Sungguh tak puashati betul!!! Eiiiiyyyy!!! Rohmah ni kaaaan, tangan dia memang ganas tauuu, dah berapa banyak barang jahanam kat tangan dia…
- Lampu bilik dia dah 3x tukar
- Iron dah tertanggal tempat pulas temperature (boleh bayangkan cemana boleh tertanggal benda tu?)
- Plug iron pecah sebab katanya terjatuh, nak selamatkan Ika memanjat so dia lepaskan iron…
- Plug lampu tidur aku meletup dan tertanggal (masa ni dia nak tanggalkan plug sebab nak cuci habuk)
Kesudahannya, ntah cemana hubby buat, paip shower tak boleh nak guna dah…! So maknanya, no warm water in the morning until …….……. [bang, sila isi tempat kosong ini]
Dan sampai sekarang, aku masih bengkeek dengan hubby… Rasa petang ni malas nak balik umah… ada sapa2 nak temankan aku hang out??? (cakap jer lebih, kang pukul 6pm sharp, rumah jugak tempatnya…) – tak sampai hati nak tinggalkan anak²…
**Rohmah menangis bengkak² mata dengar aku gaduh laki bini pagi² buta…
Nampak gelap tak gambar ni?
Yeeer memang pun dalam gelap..
Lately, Ika tidur lambat so aku tutup lampu pun, dia tak takut… Ini paksaan buka CD upin & ipin…
Korang tengok, bukan main lain menegak badan gitu jer nengok TV… itu belum lagi kalau dia melenggak…
Malam selepasnya, aku tutup lampu, tak pasang TV pun, puuuuuuun dia boleh merayau2 dalam gelap… aku tak sedar dia tidur kul berapa, tau2 jer dah tertidur [must be hubby ler tidurkan, lepas dia balik keje tengok anak dara dia sorang2 lagi 'idup' dalam gelap]
Aku rasa dah 3 minggu planning nak bawak anak2 pi main2 kat playground dalam JJ ni tertangguh dek kerana hujan lebat tiap2 petang minggu…
Asal nak kuar jer, hujan menderu2, terus semangat malas menjelma, lepas solat sambung tidur… hehehehe sian budak2.. padahal kalo aku terus jer pi pun, takde apa hal pun sebab kat dalam JJ bukan kena hujan pun… tapi MALAS bila hujan dah turun menderu.. Semangat nak tidur lagi kuat…
Tapi akhirnya, tercapai jugak… sekali aku kasi chance sampai 40minit main..
Rohmah yang snap gambar, jadi haruslah gambar Ika yang melebih2 dalam camera… Seronoknya Ika, first time laa ni dia enjoy dalam playground ni.. datang sebelum ni, last rasanya Ika lom pandai jalan… lamanya aku tak bawak budak2 datang sini…….
**entry ni di draft pada 9 Nov 2009 (lamanya baru nak kasi kuar)
sorry sorry sorry…
bukan hari ni punya cerita, tapi Rabu lepas punya cerita…. ini hari baru kasi keluar…
:)
Ini pokok kat parking apartment aku…
Alahaiiii, nasib baik ler siang hari so semua kereta dah keluar pi keje [aiikk bukan orang ke pi keje?]…
naisb jugak laa tempat tu selalu ’sold out’ tiapkali aku balik keje, so itu bukan tempat favourite aku….
Tapi sungguh dasyat ler ribut siang hari tu… ini yang aku amek gambar, yang luar apartment aku, pun ada pokok tumbang, hempap gerai buah kat tepi jalan tuu…. siaaan…!
Tapi skang dah re-build dah gerai tuuu…. dah lebih canggih…
Setiap musibah akan datang kebaikannya.. renung2 kan dan selamat beramal [tiba2!!]
Jumaat sampai parcel ni tapi sebab Jumaat tu kan aku ‘diMCkan’, so barulah pagi semalam aku dapat tilik aset baru aku niii….
Besar skit ler dari jangkaan mata aku yang cuci mata kat website jer.. tu ler satu kelemahan membeli online ni, sebab kita tak dapat nak tilik puas2 kaaan…?
but overall, mmg aku puashati, quality pun looks OK let’s see how boleh tahan lasak beg ni…
p/s: kenapa aku tak besarkan gambar model beg tuuu…? sajer, nampak lebih seksi kalau kecik2 gini, bila tak puas tengok, memang rasa nak tatap lama2…………… kan?
Stremyx gagal lagi dipasang di rumah aku…
TM memang SENGAL…!!!
Ada kaaa, bila technician tu datang, dia kata tak boleh nak pasang sebab line tak stable.. Balik gitu je laaa technician tu…
Then aku call TM100 nak buat report.. rupanya bukan sebab line tak stable, tapi sebab system tak tukar lagi line phone aku tu ke Streamyx… Tak ke sengal namanya tu??????
Dah antar technician datang, tapi system tak tukar, !#%^$^%&*!!!!!!
Tengok Ika seronok bermain macam takde masalah jer kan…? Tapi aku dah mention awal2, Ika ada satu ‘bisul’ kat leher which is takkan hilang selagi tak buang akarnya dari dalam…
Doktor advice Ika kena surgery, so pagi Khamis aku ke Tawakal Hospital tuk dapatkan khidmat nasihat dari PAED sekaligus nak dapatkan appointment tuk surgery..
Kenapa pilih Hospital Tawakal? Sebab hospital ni one in the list Prudential punya hospital… So aku akan dapat 90% claim dari kos surgery tuu… mujur company bayarkan insurans tuk kami sekeluarga…
Jumaat plak, aku dapat appointment dengan Surgeon plak.. [hari yang 'diMCkan']
Datuk (Dr) Soma… Very nice person.. dah berusia but very capability.. I trust him soooo much, he decrease my worried laaa…
**Sian Ika.. dia tak tahu apa2, kalau boleh, mama nak tanggung sakit Ika tuuu – jari tetap maintain nak peace :)**
**Huduhnya quality pakai camera depan henpon niii…..
Decision dah dibuat… Ika akan buat surgery dia pada 12 Dec 2009.. OMG, dats is my late father’s birthdate….!!
Tapi kata surgeon tu, no need to worry laa, very small surgery, very little one.. After surgery boleh terus balik rumah, buat activity macam biasa… will be amaze..
Tapi aku request ler nak admitted sebab tu syarat dapatkan claim dari insurans, so surgeon tu cakap lepas operate leh rest dalam ward, next day boleh balik..
Tapi aku nak request masuk wad malam sebelumnya laa, sebab katanya aku kena bangunkan Ika pukul 5 pagi, bagi dia minum Milo then datang hospital tuk buat surgery..
So kalau aku duk wad malamnya, pagi tu takde ler aku rushing pi hospital subuh2 hari kaaan?
Apapun, nanti hospital akan call balik lepas insuran aku dah confirmkan claim aku approve… Doakan tuk Ika ya kawan2….
Sabar yer pemenang2…. on the way niii….
randomly aku bagi kat 3 orang pemenang tuu, so jangan gigit jari cakap yang tu lagi cantek yang ni tak cantek… maaflah erk, i tak leh nak judge how’s your taste…
Kalau tak suka, next time i belikan yang u suka, boleh gitu?
semua dah masuk sampul, tunggu mood sihat datang so aku leh catwalk pi post office, antar adiah ni erk….
Harap leh terima seadanya, and hope sangat2 u all suka….
Kepada mama mya a.k.a wati, adiah awak micro tee kaaan, so nanti2 saya bagi… awak kan ‘orang kita’, takpe lambat banyak pun kaaan…? hehehehehe ampuuuuuuuuuuuuun…..
Sejak Khamis lepas aku pi Streamyx settle kan masalah dalaman TM yang tak membolehkan mereka memasukkan data application aku [apa punya ayat ni]..
Penyelesaiannya, aku mintak depa tukar nombor phone aku tu….
So petang Khamis tu jugak aku received call dari TM, inform us that our application for Streamyx successful… Ciitttt, senang punya masalah, punya lah susah diorang nak settlekan???
Tukar number phone ni pun, aku yang mintak wokeeeeh, bukan cadangan dari mereka mereka dan MEREKA [TM]…
Kalau ikutkan MEREKA tu, aku kena tunggu lagi sampailah masalah depa selesai… [sampailah abang kasim mampus - Kassim Selamat]
Then, kena tunggu lagi installer datang, so semalam dah cukup hari, aku call TM100 tanya khabar, sihat ke tak, demam ke selsema burung ke selsema bab* ke… dia kata appointment aku sepatutnya Ahad pukul 2pm tapi memang takde pun orang call aku cakap nak datang install modem…
So dia bagi aku nombor phone installer tu, bila aku call, si Mustapa Kamal ni kata TM SUKA SUKI JER LETAK APPOINTMENT HARI AHAD, DIA TAK KEJE HARI AHAD…!! [aku tahu, sebenarnya dia malas nak keje Ahad tu sebab installer memang pekerja part time, bila2 masa dia boleh keje]
Pastu aku tanya kenapa tak datang hari ni [Isnin], dia kata sebab TAKDE MODEM… memang haprak, dari TM sampai ler ke installer, semua pun buat keje haprak…
So dia promise nak datang malam ni.. will see…………………!
"Kenapa potong? Kalau bukan Streamyx, tak cukup bagus laaa"
**eh tetiba [Coret] aku arini bergambar
Jangan jadi PON dah laa erk Zulfan….
datang ler hari rajen dia…
Membawak beg mainan dia ni serata alam… dah cakap, tak payah laah bawak, tinggal jer dalam kereta tapi tetaaaap gak nak dikelek bag tu…
Sudahnya dah nampak cam henbag laaa pulak… aduuuuusssshhhh!!
Yang bagusnya, dia ingat plak bag dia sampai ke sudah… lepas masuk playground, keluar tu dia mintak balik “aner bag uffan?”
Bermaksud, perkara yang kecil diperbesar2 kan…
Tapi bukan nak cerita pasal perkara kecil ke perkara besar ke, melainkan nak bercerita pasal SUDU…
Apalah gunanya SUDU tu sayang, kalau yang suap ke mulut tu tangan juga akhirnya….?
Tapi naaaaaaaaaaaaaak jugak Ika request SUDU tiapkali nak makan…
Tak mahu disuap.. especially kalau hubby ada, melebih2 ngada2 dia tuuu.. ANAK PAPAAAAAA……………………!
Aku yang pening lalat…
Jumaat, kononnya nak amek halfday sebab paginya kena antar Ika jumpa Surgeon Hospital Tawakal tuk consult pasal surgery dia tu, but pepagi bangun tidur, kapla pusing²… Idung beringus… So aku ‘diMCkan’ ari tu…
Since no internet connection di rumah, blog ni jugak terpaksa ‘diMCkan’ cam tuan dia… Sorry…! (ada sesapa heran?)
3 hari aku berkelubung kat umah… Hari ni, datang keje cam biasa tapi otak still toing toing bila tiapkali batuk & selsema menyengat kat otak… tapi demam dah OK.
So tuk santapan hari ni, izinkan aku habeskan stok draft yang ada… entry terbaru e.g Surgeon Ika, Wishlist #01, akan menyusul esok² sebab arini aku lupa bawak kabel henpon, takleh nak transfer gambar…
Till then, byeeeee………..
Aritu publish cerita tapi malas nak attach gambar sebab takde mood nak download masuk PC…
Tapi adik aku request sangat nak tengok gambar, so layan ajer laa erk…
Tiba2 plak aku boleh terperasan ada signboard ZON MENUTUP AURAT.. aisehhh malu beb… tapi orang kepala batu macam aku ni, boleh plak tenangkan jiwa melilau mata plak mencari kepala togel yang laiin… Oh, ada.. Lega!












Hot Comments