Archive for » October, 2009 «
Weiii mestilah kecewa!!!! Kau gila, anak tak tersenarai ko boleh plastik ucap tahniah kepada yang tersenarai…?
Daah, malas dah nak masuk contest lagi…! Aku memang takde luck laa dalam contest2 ni..
Duk menggila konon nak dapatkan satu set Coka glass ni [tak sedar diri!]
Tapi korang tengoklah top score paling atas, apa angkanya…? Highest score aku plak berapa jumlahnya…? Sungguh tak sedar diri!!
Dah cuba cuba cuba dan cuba… kat umah pun cuba jugak sampaikan tidur pukul 1-2 pagi semata² nak hit gak score tinggi… baca rules game pun berkali² tapi aku masih hairan cemana depa dapat score sampai 100,000+ points??
Ada special trick ker? bak perturun kat aku sket… nak cecah 50,000 points pun seksa… tuuuu 45,200 points yang aku dapat tu pun, tu ler sekali cecah 40,000, lelain duk laa 20,000 kadang 30,000 jer….
Sekali lagi aku umumkan, jawapan bagi Teka Duit Raya adalah RM1307
Kategori:
- 10<10
- 50<50
- 100<100
10<10
Dee dengan jumlah beza RM8 (RM1299)
.
.
.
50<50
Nizaa dengan jumlah beza RM2 (RM1259)
.
.
.
100<100
rasp dengan jumlah beza RM0 (RM1207)
.
.
Keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan atau pertikaian tidak akan dilayan. Kepada yang kurang bernasib baik, tersalah teka, atau tidak sempat meneka, diharap mencuba lagi dilain kali…
Sila laa yer, masing² emailkan alamat penghantaran cenderahati kepada sweetdarling@sweetdarling79.com
Hari ni, pepagi lagi hati sudah panas dengar cerita dari Rohmah pasal Zikri… dia duk memberontak, marahkan Rohmah ntah apa yang dia tak puashati..
Aku marah balik Rohmah sebab kenapa pagi2 baru nak bagitahu aku, kenapa tak bagitahu semalam, senang aku terus marahkan Zikri…
Balik keje, aku balas dendam… ‘ajar’ Zikri cukup2.. jangan nak jadi samseng, end up aku suruh dia melutut minta maaf dengan Rohmah… Itu jer caranya.. next time kalau malu nak minta maaf, jangan cari pasal!
Kat opis pulak, buhsan dengan macam2 cerita perihal family day ni.. Lama lagi nak pergi, tapi macam2 cerita kuar.. Orang tu tak nak pergi situ, orang ni taknak pergi sini.. pokok pangkal, masing2 nak ikut selera masing2… adeeeeh!! Kejap berkobar2 nak pi, kejap tetiba risau budget company lari, nanti tak dapat bonus.. lagii adeeeeeeh…!!
Beb, bonus tu, tiap2 tahun insyaAllah dapat.. tapi family day ni, entahkan 2 tahun, 3 tahun sekali baru bos dapat pergi sama2.. so please laa… once a while, kita happykan family sendiri, rewards kat anak2… nak pergi sendiri, pakai duit sendiri, belum tentu mampu nak duduk hotel yang best2… betul tak?
Esok meeting lagi pasal family day ni, nak tentukan nak pergi mana.. baru nak decide venue dah kecoh2… macam version ada!
Semalam pulak, aku [hubby] dah apply streamyx tuk umah kitorang… ntah bila depa nak datang install.. i’m tired with broadband ni… Non payment for registration, free installation, free wifi modem…
Dapat ikan sungai, bentuk macam Ikan Bawal tapi kata si pembawa, namanya ikan pacu…
Collogue ofis aku yang bawak, rajen sungguh adik dia pi mancing kat kolam belakang zoo katanya… tapi bila dapat ikan, tak mahu plak dia dengan ikan tu…
So, destinasi terakhir adalah opis aku… berebut2 laa dengan rezeki yang ada… Aku amek 5 ekor..
Sebenarnya dah 2 kali aku bolot ikan² sungai ni, ada jugak Tongsan tapi yang banyaknya ikan Pacu ni lah.. Sebelumnya, aku export umah MIL, dia masak, aku import ke opis balik, pakat makan sorang sikit…
Tapi dah 2 kali makan hasil tangan MIL, segan dah aku.. So kali ni, aku bawak balik umah… Semalam masak asam pedas…. bawak jugak ke opis arini, kalo tak sapa nak abeskan? [dapat pahala jadi tukang masak]
Terpaksa masak dalam kuali, kalau tak, tak muat nak kacau² kuah… Itu adalah tangan tuan penasihat (hubby).. Dah sekerat jalan pun aku masak, baru dia sampai umah… [sebenarnya nak bitau, walaupun dia penasihat tapi 100% aku yang masak] - sila puji nampak sedap!
santapan semalam, asam pedas ikan Pacu, kacang panjang goreng & sotong goreng tepung [segera]…
**tiba² belajar nama ikan² sungai…
Akibat tidur terlampau awal semalam, si Zulfan bangun jer terus mintak nasi… huhuhuhu kesiaaaan!
**Backstage:
“Makanlah Zulfan, mama nak ambik gambar ni”
Dia pun suap, pastu keras sudu kat mulut, menungggu aku snap.. hehehehe, memang pandai laah Zulfan ni, tahu jer mama dia nak buat bahan 16K (pinjam ayat MakCik Rehan)
Jawapannya adalah
.
.
.
.
.
RM1307.00 (RM421+RM426+RM460)
.
.
.
.
So sesiapa yang kira agak² betul, sila laaah men’excited’kan diri secara berpada²…
Perlu diingat, pemenang terbahagi kepada 3 kategori…
- 10<10
- 50<50
- 100<100
So sesiapa yang terhampir dengan 3 kategori tu, silalah konfidenkan diri…. tapi sekali lagi perlu diingat, satu kategori ada 1 pemenang sahaja…
So, let me kira² dulu perbezaan jawapan korang dengan katergori yang aku bagi tuu… Tapi aku yakin, salah satu kategori tu, ada jawapan yang ngam² masuk dalam kategori, takde terlebih takde terkurang walaupun seringgit… siapakah? jeng jeng jeng!!
Nanti akan aku umumkan…!
Semalam tidur awal… lepas masak, makan, then sempat tengok 360 (TV3) jer, then aku dah hanyut ntah ke mana²… Zulfan pun tido awal, maghrib jer dah lelap… Kesian plak tengok cam tu…
Cerita hari semalam, takde yang menarik sangat melainkan cerita Family Day yang on balik… Haiii bos aku ni kaaaan…! Kejap jadi, kejap tak jadi… Kemungkinan besar kat Belum Rainforest yang aku bitau aritu…
Oh, ya.. duk telefon Tabung Haji nak tahu jadual penerbangan mak, sampai ke sudah tak dapat tahu lagi.. aduiii, orang tua tu dah pening, dah nervous..
Tu jer laa kot.. nanti² update lagi cerita lain, ya…!
Gud morning….!!!! Boring arrr takde topik nak bebel…
Jom teka..!
Berapa jumlah RM duit raya anak2 aku ni…?
Aku bagi 3 kategori:
- 10<10
- 50<50
- 100<100
sapa yang teka RM10 terlebih atau terkurang, kategori tempat pertama, RM50 terlebih terkurang, tempat kedua dan RM100 terlebih terkurang tempat ketiga…
Maknanya, sapa tak dapat teka dalam figure RM10, takdelah pemenang pertama… macam tu jugak seterusnya… Tapi kalau tiga2 kategori pun ada teka dengan betul, tiga2 pun dapat adiah.. [jangan speku adiah mahal2... for fun jer ni tau]
dapat teka dengan tepat, lagi bagus!!
Hint: >1000
dan setiap orang diberi pilihan meneka 2 jawapan!!!!
Harini tak banyak entry kan? Ntah laa… semalam duk tengok sangat CD Korea, sampaikan takde mood nak scheduled kan entry.. tu lah dia, kalau dah mengadap drama Korea, selagi tak abes selagi tu tak senang hati…
Hari ni, kehidupan aku amat tercabar.. dituduh sebagai orang yang tak beradab, melibatkan pulak Islam dalam adab dan sopan..
Aku yang jenis bercakap kuat, tak Islam kah aku?
Aku yang suka gelak kuat2, tak Islam kah aku?
Bersuara kuat tak semestinya meninggikan suara
Tiada kesopanan tak semestinya tiada rasa hormat…
Memang aku macam ni, cakap tak reti nak perlahan, cakap tak reti nak lemah lembut, bergemalai, beralun lunak suara.. tolong lah!! Not me at all…
dah memang gini cara aku, cakap dengan ayat yang ringkas, yang takde nak mengatur tatabahasa, madah pujangga…
Nak suruh aku jadi lemah gemalai? Maaf, tak reti nak pura2 lemah lembut.. hipokrit..!
dah biasa dengar aku cakap kuat2 [time tu takde laa kuat pun suara aku]
dah biasa jugak dengar aku marah2 orang [time tu takde laa plak aku marah2]
dah biasa jugak aku bergurau dengan cara kasar [memang semua pun tahu kan, aku ni jenis kasar, bukan type lemah lembut gelak tutup mulut kikikikikiki]
Dah tu, siap perli kat status YM ‘Adab Islam, bertutur dengan sopan‘ gitu lah lebih kurang aku tak ingat.. Tak cukup dengan tu, siap tampal kat notice board, adab tutur dalam Islam, cara, dan bagaimana… Ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik tuturkata anak2…
Uhhh memang family aku jenis kasar lah… gelak kuat2… sekali bukak suara, boleh dengar satu kampung… Marah anak, anak2 jiran tetangga pun kena tempias sekali… Apa leh buat?
Aku geram tahap gaban, bersemuka dlm YM.. tapi jawapannya tidak lah sepanas tindakannya… konon itu small matter, takde hal..
Andai betul salah aku, tak perlu lah perli, tak perlulah tampal notice, tak perlulah mengadu ke orang atasan [macam tu cakap small matter?], direct to me pleassssssssse!!
sebab aku memang takde niat nak besar kepala, bongkak diri, kurang ajar atau apa2 sahaja perkataan yang melambangkan aku ni takde adab sopan…
Yer, sudah conference, sudah minta maaf bagai… aku "tersenyum kembali"
Susah laa bila ada konflik bahasa ni, serba salah bila angsa nak bercakap dengan itik.
oooorrrkkkkg oooorrrkkkkg oooorrrkkkkg
kueek kueeek kueeek
tak ke beza komunikasi tu? payah kan? sapa yang salah? MEREKA DAN KELUARGA MEREKA… hahahahahahaha
Sajer posting entry ni waktu nak dekat tengahari… kang lepas terliur boleh terus pi lunch hokeeh? Baik kaaan aku ni… hehehehehe
Inilah dia ayat penyet.. kalo melayu, katanya penyek..!! Begitu lah maksud sebenarnya selepas aku tengok terjemahan dalam Bahasa Omputih…
Ayammnya biasa² ajer tapi sambal ayam tu sedaaaaaaaaaaaaaaaap…
Ini semua adalah tajaan Sport Club STSB setelah berpenat lelah buang airliur bertengkar pasal duit kutipan yang berganda2 aritu…
Katanya ini gado²… tapi bila rasa, lebih kepada pecal.. ntah lah!
.
Ini plak Sup Sayur Asam… biasa2 ajer…! boleh laa buat basahkan nasi..
Awat mulut Nazira ketap macam tu… Geram kat ayam kaa?
![]()
![]()
- Ayam penyet RM8.90
- Nasi RM1.50
- Gado² tak ingat berapa RM (4 pinggan)
- Sup sayur RM4 (share 2 orang)
Pokoknya, sport club bayar RM200++ tuk 15 orang.. Mekaseh Sport Club!!
[Kena tukar makan² club, baru semua staff nak join]
Tak bertajuk.. tak dan nak pikir tajuk dan tak dan nak tulis panjang2…
Sebab nak tonton drama korea [CD]…
Cuma nak bagitahu, family day opis aku kemungkinan batal.. sebab bos mungkin pi oversea, ada keje..
Suka hati laa bos.. lagipun hubby pun takleh nak gi sebab ada kenduri kawen yang dia kena buat 26/12 tuuu (dah bagitau ke belum?)
oklah, nak nonton korea.. konbawao! [terima kasih]
@ Wangsa Walk…
Sesapa yang minat English Style, boleh laa datang kat Wangsa Walk ni.. baru bukak kedai ni, tupun tak fully complete lagi.. banyaaaak lagi barang2 yang depa tak susun…
Banyak2 benda yang kita selalu jumpa kat kedai2 macam ni, satu ni aku berkenan sangat2…!
Waaahh ini kalau letak kat meja ni, seminit sekali pun nak telek muka…. tapi idok ler aku beli sebab aku dah ‘bercermin’ kat meja tu.. kang beli, nak campak ke mana plak cermin Ikea aku yang comel tu…
Tapi aku tak minat sangat laa English Style ni, sekali dah ada nanti terikat.. abes semua benda tak match ngan dia, tak ker susah?
Aku nak bukak segmen kondem cara berpakaian… Kondem tu tak semestinya buruk atau cantek.. ye ker kondem tu tak semestinya -ve?
Apa erk perkataan yang sesuai tuk menggantikan perkataan kondem ni, kalau maksudnya komen apa saja +ve atau -ve?
.
.
Sesuai tak?
Korang jangan naek teksi plat ni!!!
Cerita dia macam ni…
Tengahari Jumaat aritu, MIL aku call bagitau dia dah masak ikan sungai yang officemate aku bagi tu, (adik dia mancing, MIL aku yang masak) so aku pi laa amek ikan salai masak lemak tu, nak jamu laa kawan2 ofis ni serba sikit..
Kemudian, elok jer aku lalu depan hentian teksi Carrefour tu, tetiba teksi yang sekor ni selamba jer keluar dari tepi.. Sib baek aku sempat brek, kalo tak dah hancur kereta aku side depan tuuu… sikiiiiiit jer sangat lagi nak kena, aku agak seinci jer lagi tuuu…
Pastu aku bukak ler tingkap nak marah dia.. alih2 dia marah aku
"Bodoh ker? Tak nampak ke aku dah signal nak keluar?"
Adakah??? Apakah?? Engkau nak keluar, engkau bagi signal, so aku yang jalan lurus ni kena stop bagi laluan kat kau???
Elok aku nak maki dia balik, dia blah gitu jer.. ada sorang awek chubby sebelah dia, aku rasa bukan passenger..
Pastu orang ramai kiri kanan kat situ pun bengang ngan dia siap sorang pakcik tu yang tengah tunggu dalam kereta tunjuk2 kat aku
"Apa laaa dia tuuu…"
Lepas jer traffic light depan tu, aku potong teksi tu, awek kat sebelah pandang ke lain ko!!! Malu gamaknya atas kebodohan pakwe tua bangka dia tu… dah tua bangka, selekeh serabai janggut misai memutih!
HWD 1186
Aku nak buat apa ngan plat ni?? Boleh aku buat aduan kat mana2 tak?












Hot Comments