Archive for » September, 2009 «
Kawan²…
Nak mintak tolong ni…
Boleh tak kawan² tolong tanyakan kawan² punya kawan² (kalo kawan² tak tahu), kat mana kita boleh install GPS Garmin untuk henpon kita?
Pernah dengar perkataan Timun Cina…? Kalo korang pantai timur, tak heran laa dengan perkataan ni, ye dok??
Kalo belah selatan plak, depa panggey Semangka.. eh tak pasti lah pulak belah selatan tapi aku tau, kalo Singapore memang panggil Semangka…
Tapi standard kita akan panggil tembikai….
Pokok pangkal, Timun Cina, Semangka, Tembikai adalah buah yang sama…
yang cantek susunannya bila kita pandai potong… wakakakakaka nak jugeeeek up diri sendiri… thanks to hubby sebab ajar aku cara2 nak potong buah!
tak paham kenapa tiba2 kuar entry timun cina…? uuhh, apa lagi, sebab dah takde idea laa, ini entry terperap hokeey…!
Lalalalala
Indahnya angan²…
lalalalala
Semalam, 29th September 2009 kan..? kan kan kan…?
**geramnya nak publish dari pagi tak boleh.. dah lah busy arini
Back to normal…
Seminggu carta menurun, sekarang dah kembali seperti sediakala.. Mood blogging pun dah mencanak² naek balik…
Thanks visitors!! Love you, mmmuuaaaah!!
***Aku tahu, 100++ ni tak seberapa tapi dah cukup tinggi untuk diri aku sendiri, so jangan nak propa!
Korang baca tak suatkabar semalam…? sana sini muka depan tajuk anak norlia ghani (Joyah) meninggal sebab jatuh dari tingkat 7 masa tangkap pencuri…
Itu laah umah lama aku… Kan aku pun pernah cerita pasal umah aku kena masuk pencuri… Klik sini kalo nak keypochi..
Tak abes2 kes mencuri kat umah lama aku tu.. alhamdulillah, nasib baek sekarang aku dah pindah… Tak de dah nak pening kepala risau tiapkali nak tinggalkan balik kampung ke apa… Tapi hubby punya bisnes, still operate kat sana…
Best part, kalo baca suatkabar Kosmo!, Utusan, kat situ ada nama hubby sebagai saksi…
Aku macam nak tergelak, geli aku baca laporan suatkabar tu, sebab hubby bukan lah saksi kejadian.. Ya, dia ada kat situ masa mangsa dah jatuh tapi bukan dia nampak peristiwa tu from the beginning..
Cuma kebetulan reporter tu datang masa hubby ada kat situ, so dia tanya nama hubby, then bantai olah cerita dari semua sumber, maen letak jer letak nama hubby sebagai saksi kejadian..
Kebetulan plak, aku memang ke sana waktu petangnya sebab ada jemputan rumah terbuka.. sampai ke petang tak abes2 lagi polis buat siasatan..
Kebetulan pulak, sebelum aku balik, mayat mangsa pun tiba dari hospital, depa letak kat surau belakang umah hubby.. Aku tak masuk menjenguk sebab tak pakai tudung..
Apa2 pun, memang tahziah aku ucapkan kat mummy norlia, kiranya bekas jiran aku jugak laa kan.. pernah jer aku berborak ngan mummy norlia masa duk sana dulu…
Semoha roh mangsa dicucuri rahmat..!
Hukkssss…. boringnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..! dah la cerewet nak buat Ben10 ni tapi aku ada lagi 3 order design Ben10 ni…
Semalam dah berjaya buat selai..
Tee ni ada hud kepala… jangan di tanya kenapa design Ben10 sahaja tiada nama.. sebabnya aku malas nak buat nama lagi.. tunggu laa siap lagi 2 helai Ben10, aku buat nama sekali gus..
Baju Dora 2 helai, baju nama ada 2 helai.. baju couple sepasang dan banyak lagi…
Aku penat buat Ben10 & Dora, favourites design.. sebab tu jugak laa aku nak stop amek order for time being… or should i stop tuk design tu ajer..?
Semalam adalah percubaan pertama dalam hidup aku untuk berkata tidak pada NASI…
Dan semalam juga adalah sedikit berjaya terhadap semangat tiba2 aku untuk berdiet secara drastik… uweek
Yaaa, aku adalah obvious terasa diri aku sendiri dah buncit gemuk put on weight… ditegur jugak oleh beberapa kenalan lama…
aku nak cuba, agak2 berjaya tak?
Pagi semalam, aku amek roti canai segera cicah sardin.. tengahari memang dah setahun aku skip tapi ada laa jugak jamah serba sikit makanan sampingan buat pengalas perut..
Balik keje, aku goreng ikan kerisi, then tumis sup sayur sawi putih tambah fish cake..
Aku hirup jer sup sayur tu, pastu ratah ikan kerisi sebelah ekor… alhamdulillah, cukup nafsu makan takat tu jer semalam.. takde meminta2 nak makan nasi ke hapa ke…
Doakan aku semoga berjaya ya, kawan2!!
Rasa macam gatal nak tukar henpon…
Walau apa alasan aku tulis kat sini, tapi gatal dan merenyam², mata dah kelip² tengok model² henpon…
So aku nak tanya… apa pro & kontra pakai touch screen…?
Touch screen yang macam ni
LG KM900 Arena
Kalo nak tahu features & specs nya, klik kat sini
amacam? boleh ker? bagus ker? OK ker?
Hubby pun dah bukan maen lagi cocok2 aku suh beli henpon baru.. sajer dia nak suh aku abeskan duit aku….
Tapi bila pikir2 balik, tak banyak yang aku buat dengan henpon selain terima SMS, call, MMS kadang2…
Tapi LG ni 5.0MP camera, so senang laa aku tak payah nak kuarkan camera nak amek gambar.. cukup laa sekadar amek ngan henpon jer…
Touch screen ni plak, kalo rosak, berapa kos repair? mahal tak? sensitif sangat tak touch screen ni sebab aku ni boleh tahan lasak.. ‘tak beralus’ kata orang Terengganu…
So sila laa yer bagi pendapat sebelum aku bazirkan duit aku nak bayar RM1899.00 kat menda ni…
Nak kongsi info yang aku dapat di akbar Kosmo! hari ni…
Kan dah jadi kegilaan ramai pakai selipar Crocs ni.. dulu pakai selipar kepala bulat yang melambak kat Carrefour, Tesco atau Giant, tak rasa janggal puun…
Skang ni, nak pakai yang ada kepala buaya plak kat tepi tu… kalo tak, tak gerek laa… kan?
Jangan tak tahu, walaupun dah ada tanda kepala buaya kat tepi selipar tu, tapi masih ada yang tiruan…!
Skang ni, kat pasar malam pun ada jual selipar Crocs lambang buaya kat tepi… murah, tapi jangan salah beli…itu tiruan!!
Nak bezakan tiruan atau Ori, tengok gambar ni….
Pastikan waktu membeli, label model, size, code warna dan code garis² tu ada….
Dan cuma yang Ori sahaja dijual di butik² yang tersenarai dalam website Crocs www.crocs.com.my, boleh refer butik² tu kat website yang aku kasi ni…
Apa kelebihan pakai yang ori?
So, tulen atau tiruan, korang sendiri yang pilih… Yang kat pasar malam tu pun, bukan jauh sangat beza harganya… tetap mahal bagi aku tuk selipar kepala bulat yang sungguh tak menepati citarasa aku…
Hubby ada sepasang selipar crocs tulen yang dia beli kat The Curve.. merah menyala!! yang tak asli toksah cakap laaa… ada jer dia beli masa memula glamer selipar kepala bulat kat Carrefour dulu…
Aku? Pernah hubby nak bayarkan tuk aku sekali masa dia nak beli, tapi sungguh tak berkenan kat mata & kaki aku.. So, baik toksah beli..! Tuk anak², aku tak galakkan bermanja² dengan selipar mahal macam tu.. budak pakai berapa lama laa sangat… kan?
Salam Isnin… amacam mood? Mood raya ker mood sudah mau keje?..
Tak tahu dah nak wat entry apa sebab semua entry raya aku dah kuar… Tapi aku nak share sikit pasal disebalik tabir hari raya aku…
Disebalik gambar² raya nan indah itu… ada cerita disebaliknya…
Pertama: Dua hari sebelum raya, ada tragedi berlaku… Tragedi ni dah lama berlarutan, cuma tak sesuai laa di saat² semua umat Islam nak beraya ni, dan sepatutnya yang retak itu dibetulkan kembali, tapi menjadi makin belah plak… Sungguh tak sesuaiii….!!
Kedua: Seminggu sebelum balik kampung, aku mimpi brooch² cantek lagi gempak yang aku beli tu, tertinggal di KL… Hancur berkecai impian nak bergaya dan berbakti kepada ibunda & adik²… Terjaga jer dari mimpi, cepat² aku sumbat segala macam brooch tu dalam beg baju… Tapi kisah disebaliknya berlaku… Samping hubby, Zikri & Zulfan terlupa bawak… ITU REALITI, bukan mimpi…!!
So, hubby dah kerah aku nak pi Pasar Payang beli samping… ewaaaah, banyak duit hang?? Tup tup mak cakap, tak payah lah beli.. samping arwah abah elok lagi mak simpan, boleh pakai… Zikri pulak boleh pakai samping mini yang mak beli dulu tuk abang aku masa kecik²… Si Zulfan plak, ada samping murahan Zikri yang tertinggal kat umah mak, Zikri pakai masa dulu².. besar skit samping tu, tapi boleh laa dari takde.. lipat skit pinggang dia elok laaa..
Kisah samping lagi, samping yang Zikri pakai tu sutera.. dah berkurun usia dia.. bayangkan masa abang aku kecik² dulu… umo 6-7 tahun pakai.. skang abang aku dah umo 32tahun… Masa aku iron, elok jer rupanya.. tapi sekali Zikri pakai, terus rabak kat tepi.. dah rebut kain tu rupanya… cover² skit, boleh lagi pakai, sementara jer kan…
Balik sembahyang raya, rabak terus tak boleh nak selamatkan lagi.. adussssh!!.. Sudahnya, Zikri tak pakai samping raya hari tu… So boleh review balik gambar raya yang aku tempek kat entry lepas² kalo nak tengok kecacatan yang berlaku ini…
Rugi woo sapa tak attend…. Memang meriah walaupun tak organize dengan elok2… takpe, next time buat lebih gempak yaaa tuan pengerusi…
The girls yang sampai awal… tapi tuan pengerusi tak nampak muka lagi… apa raaa….!
.
Si kumbang yang tersesat… heheheh takpe laa, dia bujang lagi…
Tak ada acara yang istimewa, cuma makan2 sambil berjumpaan dan sedikit ucapan dari setiap ex-student Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu 1992-1996… Banyak ketawa sambil mengimbas kembali kisah2 silam.. Banyak juga gurau senda, masing2 bawak kepala zaman sekolah dulu.. laki bini masing2 macam tak wujud… hahahahhaa!
Jangan lupa, gossip pun harus ada….
Semua Ex-Student yang hadir… Ada pegawai perubatan, ada master taekwando, ada auditor, ada tokey bas ekspres, ada cikgu, ada kerani cabuk (aku laa tu), ada akauntan, ada engineer, ada saintis, ada tokey salon & spa, ada ‘tukang wat iklan’, ada keje sendiri (keje sendiri tu penda weiiih? Sila nyatakan).. pokoknya, macam2 adaaaaaaaaaaaaaaaa….. Sungguh berjaya laa ex-student SMSS ni… cikgu banggo setaro ni…!
harap2 next gathering versi Kuala Terengganu akan lebih ramai….. (kata set2 lelaki ramai, ciittt!) tahun depan tak boleh laa, sebab turn aku di KL.. maybe next 2 year..
kepada sapa2 yang tahun ni turn mertua masing2, kalo rasa nak join gathering, make sure ur turn for the next 2 year (2011) di Kuala Terengganu yaaaa…
***Esok kejeee… esok keje… esok keje….!!!!
Raya pertama, umah aku penuh dengan sedara mara… Wehhh, kenapa raya skang ni, budak2 takde mai serbu rumah ramai2…? Tak jejas duit raya singgit aku tawww….
Budak2 masing2 datang ngan mak pak.. dah tak de yang berjalan ramai2 beraya singgah dari umah ke rumah… Huk huk huk.. tak macam zaman aku dulu…
Haaah, ada pun gambar full menu raya… jap aku closed up sikit..!
Row depan, hubby punya nasi minyak.. kuah dalca, ayam masak merah, rendang daging, ada acar kat hujung nun & kuah kacang makan dengan nasi impit..
Row kanan, lontong mak… kuah lodeh, lontong, serunding kelapa, sambal ikan bilis….
Raya pertama memang ramai yang datang, stop kejap waktu tengahari gamaknya masing2 penat nak lelap mata… sambung balik belah petang..
Raya kedua, turn kitorang keluar beraya… Memang dari pagi kitorang kuar malam baru balik…
jap nak tayang baju gown anak dara aku… aku kan excited nak anak pompuan, so tahun ni memang gaya sakan laa ika dengan baju…
Pagi tu kami beraya ke Kuala Berang, umah family adik ipar aku, bini Hizaq.. kat sana, kami pergi plak beraya kat umah sedara mara dia, ada 4-5 buah umah jugak laa… dah macam sedara sendiri…
dari Kuala Berang, pukul 3pm kami ke Permint Jaya plak, edisi raya aku plak.. dah lama plan nak buat road tour…
Ke rumah Safiza Hana…. dari sana, kitorang singgah2 rumah kawan2 yang setaman kat situ…
Mak dah menyangkut dengan mak Hana, so aku tinggalkan dia kat situ sementara aku beraya ke umah terbuka Edmizi..
satu sekolah… masing2 dah berubah secara fizikal… muahahahahaha! dasyaaaat!!!
Iklan lagi… comel nya anak dara aku…. (sila muntah, mak mana yang tak perasan anak dia yang paling comey..?)
Sebelum amek mak untuk ke rumah Zumy, aku singgah pi umah Puspita Puspa, pun kawan sekolah gak.. awat tak ambil gambar kat situ..? (ntah laaa…~sambil geleng2 kepala)
Aku ajak mak datang umah Zumy sebab Zumy ni kawan sekolah aku dari sekolah rendah lagi…. memang mak kenal dari kecik…
Lepas ke rumah Zumy, dah pukul 6.30pm… ada satu umah lagi nak kena pergi tapi duk pikir sempat ke tak…
Last2 kami pergi jugak ke rumah Maz… pun lupa nak bergambar… tak lama kat umah dia sebab dah nak maghrib, kami pun nak kena berangkat ke umah adik angkat mak kat Medan Jaya… boleh bermaghrib kat sana… Puuuun lupa nak bergambar…
Ika di raya ketiga…
Sib baek muka Ika dah elok… kalo tak, tak beraya laa Ika….
Sang lelaki are going tu sembahyang raya… So cuteeeeeeeeeeeee!!
Zulfan & Along pun pergi sembahyang jugak… mintak2 laa 2 orang yang hyperactive ni tak buat hal dalam masjid… Amiiiin…!
Usai sembahyang, gegas2 kami turun ke kubur takut nanti tetamu datang, terbantut pulak nak ziarah kubur..
Orang kampung aku adalah kepelikan bila raya pertama melawat kubur.. mereka punya tradisi, melawat kubur adalah raya enam… Tapi sejak arwah abah meninggal, memang tiap2 tahun raya pertama kami menongkah arus ke kubur sebaik sahaja sembahyang raya… Ada jugak orang laen yang datang ke kubur, tapi tak ramai.. tu pun orang2 luar, anak2 perantau…
Enterframe muka sendiri yang pakai tudung nak ke kubur jerk… heheks…
Kubur kat sini adalah sangat semak samun.. masing2 akan bersihkan kubur masing2 keluarga masing2 sahaja…
Balik kubur, barulah beraya sesama keluarga, bermaaf-maafan…
Bagi laluan kat anak2 dara gedik ni dulu… dah abes dah gambar korang… tak mo bagi chance dah… Oiiit, korang tak salam minta maaf kat kakak ko ni kaaaan….???
.
Bermaafan dengan ibunda tercinta dulu… Selamat Hari Raya, mak.. Maaf zahir dan batin, halalkan makan dan minum…
.
.
Sang suami.. halalkan makan dan minum, ampunkan salah dan silap tapi buat lagi lepas ni… hehehehehe sedangkan lidah lagi tergigit, ya dakk?
Ika kacau daun mama nak feeling ngan papa…
.
.
Turn anakanda….
Raya tahun ni agak tunggang langgang… adik2 takde nak salam2 abang kakak… kira macam hari raya TST (tahu sama tahu) kira lebih kurang paham2 jer laa raya, maaf dalam hati jer laaa…. isk!
Yer.. memang ada tragedi menyayat hati tahun ni berlaku 2 hari sebelum raya.. tak dapat aku nak buka pekung kat sini… Masih nak manjaga maruah dan tali silaturahim… tapi bila suatu hari nanti dah tahap melampau sangat, akan aku jaja jugak kat blog ni nanti…
Jangan sebab dah senang sikit, kau boleh bermegah, berbangga diri menongkah langit tak pandang bawah kiri kanan… Ingat, tayar tu bulat, bumi pun bulat….
Yang kecil dikasihi, YANG TUA DIHORMATI…..
Gambar kurang menarik laa… gerammm!!
Buat tatapan korang secara ala kadar… boleh kan?
Aiseeh, Zulfan tengah duk repair songkok… sekali lagi!
.
Okeh, jadi laa tu… eh, apasal plak Zikri duk kat tengah, patut bertempek laa dengan team oren, tetiba plak dia terpisah duk kat tengah.. sekali lagi!
.
Oiit, lom ready laaa…! Sabar2 skit cameraman…! (Cik Mamat parang tumpul) hahahaha!
.
Zulfan buat hal sendiri lagi… one more time, lassssssssst one!
.
Korang tengok mata hubby… adusssh dussh dusssh dusssh, abes hal anak2, dia plak wat hal… sib baek aku tak perasan, kalo aku perasan, samoai sudah tak abes2 shoot ni…
Boleh laa tuu…!
Team oren, biru & grey…. family abang aku jer takdak, balik Kuantan.. Korang perasan tak si Along, anak adik aku, dari 1st gambar kaki dia duk mengangkang atas sofa…? Sib baek sofa pun kelabu gak, so tak perasan…!
And, exclusively my family potret…
Muka berminyak2, lupa nak touch up… dah petang, Zulfan plak baru bangun tido.. waktu pepagi tak sempat nak bergambar sebab berduyun2 orang datang umah tak berhenti2…
Tak puas hati laa… rasa macam nak amek balik gambar raya kami… Yang tersenyum cuma aku dan Zikri sajork… huhuhuhuhu
Al-kisah Hari Raya, aku cukup cukup cukup laaa malasss nak jadi blogger… sampai ke hari ni aku malas nak berblog, apa kes??
Entah laaa, serba serba malas.. nak jahit baju pun raya malasss sangat sangat…
Sehari sebelum balik ke KL, aku macam nak demam.. demam urat kata orang.. sampai hari ni macam2 sakit datang… sakit kepala, sakit perut, sakit urat, sakit tengkuk… aduiiiiii!
Tapi aku gagah gak nak upload gambar raya.. kalo aku tak buat, alamatnya tertangguh makin banyak..
Aku tahu, ramai lagi yang belum online tapi, still masih ada gak yang sudi jenguk blog aku yang tak berhapdet ni… TQ!
Ada ketupat tahun ni kat umah aku, dan di anyam oleh sang laki aku… hehehehe…
Sungguh aku tak bermood nak pikir kan aku ni blogger, sampaikan lauk pauk juadah raya aku tak amek gambar specially… apa daaa aku ni…
So aku ringkaskan, ada lontong mak aku, hubby plak masak nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, ketupat dan kuah kacang…
Sebab mak risau sangat takut juadah tak abes, so aku istihar kan raya pertama tu sebagai Open House… aku jemput semua kawan2 yang ada, tapi tak ramai yang datang.. Ye lah, raya pertama, selalunya abeskan raya dengan keluarga, ya kaaan..?
Qurata sahaja yang sudi datang open house aku di raya pertama.. datang dengan boyfriend mat salleh dia tu yang sungguh pemalu hehehe…!
Gambar raya family, next entry kay….
Aku dah sampai KL… Start keje lambat lagi, so aku sangat free sehingga hari Ahad (kalo tak menjahit baju)
So kalo sesiapa nak aku pi beraya umah dia, sila laah menjemput..
Or aku juga ingin menjemput sesiapa yang sudi beraya di rumah aku, sila laaah… Disebabkan aku tak sure lagi leh ke tak buat open house, so aku jemput jer laaa skang..
Kalo jadi buat open house, datang laah lagi sekali.. tak salah kaan?
Call dulu yaa, kalo nak datang… kalo yang takde no aku tu, tinggalkan jer message kat sini, aku reply nanti
Juadah semalam adalah Nasi Ayam…
Tapi dek kerana kekalutan, sedar2 jer “bedil” dah bunyi, terus ler berbuka…
Tak dan nak amek gambar comey2…
Ini jer yang tinggal, Ika yang tengah makan.. Orang laen semua dah angkat bontot, dia tak mau angkat bontot lagi…
Actually semalam, tak ramai pun yang berbuka, cuma aku anak beranak, mak, mira & yana… (dan ‘kawan’ mira)
Abang aku dah berangkat balik ke kampung wife dia tengahari semalam..
Lepas berbuka, Zulfan lepas gian maen bunga api… Tak seronok sangat, sebab cucu2 mak yang lagi 2 tak sampai lagi..
Family aku kecik jer laa kawan2, so takde laa riuh mana, yang penting dapat beraya dengan mak sendiri… Syoook….!!!
Arini plak, berbuka dengan lebih ramai orang…
Ada Hizaq & family… jadi lebih meriah…
Bermain bunga api pun jadi lebih meriah…. Selamat Hari Raya semuaaaa… Esok takyah puasa…!
Busy nya.. tak sempat nak update…! Nanti ada masa, aku update okay… Bye!
Tengah busy memasak juadah esok… huhuhuhu bukan aku yang masak, aku tolong2 jer…
Dah sampai ke tanah tumpah darah period ku…… Bertolak semalam pukul 10pm… tak jem! Syukur…. gamaknya masing2 duk menunggu tengah malam sebab tol free…
Aku tiong dengan ubat gatal lagi… So ntah berapa kali hubby berenti tidur, tak dapek aku nak ganti dia drive sebab aku pun ngantuk giler…
Last dah keluar tol Kuantan, baru laa aku sambung drive.. Keluar tol kuantan before 5am, so tol kami free walaupun masuk tol sebelum kul 12am…
Tengah test Celcom Broadband elok tak coverage kat sini… sehingga aku update lagi lenkali.. kalo tak update tu maknanya kat sini tenet tak cung..!
Dah ada ‘bunga raya’ atas meja… RM100+ aku beli bunga ni tawwww…! cantek tak..? Please cakap cantek, kalo tak aku bunuh orang.. hehehehehe
Dan…
.
.
.
Dah siap masukkan duit dalam sampul raya….
Different design for different amount yaaa kawan²… I need one more design tu put another amount inside…. nak kutip tang mana ni…? huhuhuhu…
Maka mood malas berkerja pun datang jugeek….
Memang start semalam dah aku liat nak bersiap pi opis.. sib baek pikir takde banyak keje kat opis tu, so datang jer laa… Arini pun last aku keje walaupun sebenarnya opis tutup esok..
Eh, pagi ni aku tak jamah nasi sebiji pun tuk sahur.. Aku bangun, ngadap nasi & sardin (alamak, baru rasa terliur), tapi duk termenung depan pinggan kosong.. Minum air teh 2 cawan..
Pastu jahit baju tee selai lagi yang terbengkalai kena siapkan sebelum raya…
Siap baju, aku kemas lak baju² tuk balik kampung.. mana baju raya, mana baju tak raya… Sebab petang ni, balik jer opis, takde banyak masa dah… Anak 3 orang campo ngan baju aku.. bukan keje mudah wehh, kang ada lak yang tak cukup ke hapa ker… Sib baek baju hubby aku takyah nak kemas, hubby memang suka kemas sendiri… Dia jer tahu apa yang dia nak pakai…
Pernah jer aku kemaskan tuk dia, pastu dia rombak balik, letak mana baju yang tanak, amek baju yang dia nak pakai.. huhuhuhu… kadang rasa macam tak dihargai, kadang rasa cam bagus ler, tak nyusahkan aku!…
Balik keje nanti terus isi barang² dalam keter, terus pi umah MIL berbuka kat sana…
Oh, ya… semalam aku berbuka kat JW Marriot.. sekeping hapah gambar pun aku tak amek.. takde mood sebab sejam lebih dari umah nak sampai ke sana… Jem gilerrrrrr petang semalam… Siap leh tidur dalam kereta dengan berdengkurnya…. ngeh ngeh ngeh!
Hurmm apa lagi erk nak cerita.. Oh, kueh raya…! Hubby dah wat balik kueh raya.. ada 5 jenis semuanya.. campo yang aku beli 2 jenis.. kerepek ubi & kerepek ubi pedas.. dah! Itu jer tuk tahun ni…
Ok laaa.. aku nak bersurai dulu.. entry lepas2 ni adalah entry draft yer kawan².. aku dah malas nak buat entry baru…
Korang pun dah takde masa nak baca kan…? asyik duk pikir raya jer…!
Adeeeh, siap gak semalam baju ni.. punya laa cereweeeet, sebab banyak lenggang kangkung lekuk² kat design tu….
Apapun, wahai tuan punya baju, sabar tunggu lagi selai baju kamu yaa… makin nak raya, makin liat aku nak menjahit… sorry….!
***Sib baek kawan sendiri
Kad raya lagi… dari Sumijelly.com.. bapak besar kad tu, patut laa kata special…
Thanks sumi… anyway, dah dapat ke kad dari aku?
banyak betul pengaruh Ben10 ni kan…? Ker mak bebudak yang lebih2 minat kat Ben10, sebab tu laa nak suh buat tee Ben10 kat anak masing2…
Kepada yang berkenaan, puas hati….? Tunggu tee hang & laki suami hang jer yang aku tak buat lagi.. sabaq noo….
Hang balik Tganu daaak…? kalo balik, apa kata aku pass kat Tganu jer laa, sambil2 beraya umah hang, tak pung hang laa mai umah mak aku….
Hang bukan nak pakai baju ni pagi raya pun kaaan….? kan kan kan? (apa ni, beraya kat Tganu tapi cakap loghat Utara.. nak kena penampaq amy niii…)
Maaf kan aku.. bagi aku merepek meraban sekali sekala lepas tension kena bambu sepagi tadi semalam….
Semalam last aku masak kat umah untuk sepanjang Ramadhan ni…
Sebabnya…..
Malam ni, kami akan berbuka di JW Marriot (again), dan malam esok akan berbuka di umah MIL sebelum kitorang terus bertolak balik kampung…
Ho ho hooo balik kampuungggggggg, ho ho ho balik kampung, hati riang………..!!! yeaahooooooooo….!
Hidangan semalam, udang masak merah, daging goreng chicago & kacang buncis goreng dengan hati & pedal ayam…
Kenapa namanya daging goreng chicago..? sebab aku hamtam sahaja letak semua bahan kat dalam daging goreng tu… ada kicap, ada sos tiram, ada macam²….
Telur masin pun yang terakhir.. ngam² soi… tahu² jer malam semalam kitorang last makan kat umah, telur pun abes… hehehehe
dalam kedukaan, ada yang mengubat kegembiraan.. Tapi ntah kenapa, tak banyak kegembiraan ini, dapat menutupi kelukaan hati aku….
Arrghhh, apasal ayat jiwang plak ni….?
Sungguh, effectnya sampai sekarang aku masih terasa.. kenapalah “hal tu” jadi besar macam ni…? Kitorang yang terlibat ni, sungguh2 tak paham dan rasa ralat sangat sebab dituduh atas kesalahan yang kami tak buat…
Takpelah, sedikit sebanyak, 4 keping kad raya yang aku terima hari ni (semalam), sangat2 dapat membuat aku tersenyum, walau seketika…
Ada sesapa yang kenal tulisan envelope masing2…? Hehehehe, ada 2 dari blogger dan 2 lagi dari supplier & lawyer umah..
Let’s story yang bloggers kasi…
first is from Sis Rasp… Thank you sis… i wonder why my card tak sampai2 lagi kat u…. i guna address yang u bagi kat i dulu…. tak sampai ke?
Sorang lagi adalah Yani… thanks jugak Yani.. tunggu jer akak sampai umah mung nanti… hahahahaha.. tak kisah ler beraya dalam debu asalkan jangan hidang “debu kueh” dah laaa… hehehehehe
Sampai skang aku still takde mood nak menulis… adeeehhh!
Actually badan aku penat sangat2.. penat kena bambu semalam, and penat sebab dek penangan ubat gatal yang mengantuk membawak sampai berhari2….
Tapi demi kerana blog ku tersayang (sayang ada makna tuuuu..) plus aku memang ada banyak cerita nak kena update so aku gagahkan jua menaip kat laptop aku ni sambil mata separuh terbuka…
Baju ni dah lama aku ‘hutang’ ngan budak opis… tapi sebab jadual asyik penuh, nyaris2 aku postpone lagi lepas raya…
Kebetulan, memang aku ada tee Ben10 yang laen tuk di settlekan, so sekali arung jer laa…
**Baju raya aku dah collect… sangat2 suka hokeeeh sebab ngam2 padan… tak payah nak betul sipi ke hapa dahh… lenkali aku buat kat tailor ni jer laa, biaq mahai asal puas hati…. (tailor disponsor oleh sang hubby)
**Entry Draft, keluar di saat2 kecemasan macam sekarang ni…
Building baru yang duk kat simpang Jalan Tun Razak mengadap Menara TH-Selborn, berdepan ngan Marinara nearer Menara Celcom…
cantek building ni, ingatkan nak buat kondo…
nak peta?
So sesapa nak pergi PERKESO lepas ni, harap info aku ni membantu…












Hot Comments