Archive for » August 24th, 2009«
Kul berapa balik hari ni? Tak sabar nak balik dah ker…? Aku balik kul 5pm sempena bulan puasa. Sempat lah balik memasak apa yang patut.
Kejadah Juadah ni plak di hari ke-2 adalah kuah singgang, ikan masak kicap special, kobis goreng, Macaroni goreng.
Tambahan dari pasar malam (lupa nak bawak kamera), ayam kebab, & kueh mueh….
Itu kurma Mariami Grade A adalah favorite aku.. aku tak suka kurma madu, ntah rasa geli tekak aku makan.. Kalau Mariami ni, aku ratah gitu² jer pun boleh abes…
Perlukah aku hapdet ari² juadah berbuka aku?? Tengok lauk laa erk, memandang hati aku masih panas dengan kejadian “balik lepas sembahyang terawih” maka jadinya aku tak bersemangat nak masak beriya²…
Setakat aku, boleh jer berbuka dengan 1 lauk… Aku tak kisah, dah biasa macam tu…
p/s: elok jer sampai pukul 5pm, bendera merah pun terbang.. adussss!
Makna gunting dalam lipatan adalah:
Kain yang diletakkan gunting kemudian di lipat.
Tapi peribahasa orang dulu2 pula bermaksud, sesuatu perbuatan yang tidak baik yang boleh menyakiti orang lain, tersembunyi di sebalik suatu yang kita tak boleh nampak. Moralnya, kita kena berhati2 dengan setiap persahabatan yang kita jalinkan supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Tetapi…
Hari ni aku nak cerita pasal gunting rambut sebenarnya
Dah besar budak bujang ni…hubby leh tinggalkan dia sorang2 kat situ, hubby plak borak ngan tukang gunting yang tengah gunting rambut Zikri..
Aku masuk jer kedai tu, aku tanya Zulfan mana…? Nuuun kat ujung sekali tengah tadah kepala.. Aiik, tak nangis pun.. tak marah pun kena tinggal sorang2 kat situ…
Cutenya aku tengok…..!!
Ini budak plak, sebelum sampai kedai, berpuluh kali dia remind kat aku suh pesan hubby tak mau gunting botak… dah banyak kali dia kena nyakat ngan hubby, gunting botak rambut dia.. padan muka! Sapa suruh cerewet sangat….?
Nak ngurat sapa nak lawa2..? Belajar pandai2, tak lawa pun pompuan suka!
Julung2 kalinya aku bergedik… bagi chance arr… sajer tuk menambahkan entry sekaligus tambah income nuffnang 16K (tiru ayat Oli & Mak Mencah ~ harap depa takde copyright)
Kalo tak sempat, abang balik lepas sembahyang Terawih
Tak balik buka posa ke?
Kan abang keje…?
Yelah, tak buka posa lah sampai sembahyang terawih, ke nak buka posa kat mana?
Buka laa, makan apa² yang ada, kuih² kee….
Apasal tak leh pergi terawih kat surau kat sini jer?
Tolonglah!!! Orang laen keje jugak.. Tahulah keje tak macam orang laen, ada keje ada duit, takde keje takde duit, tapi berpada² lah…
Yang nak pi surau kat umah mak dia tu jugak apasal????? Surau dekat ada, pi cari yang jauh kenapa?? TOLONG BELAJAR KUALITI KAN MASA…!












Hot Comments