Archive for » August 14th, 2009«

Surat Terbuka Untuk TV3

Amaran: Entry panjang!!!

Wahai TV3 yang sangat budiman, yang terkenal dengan sahabat rakyat pembela masyarakat.

Ingin terdahulu saya memohon maaf jika terdapat kesalahan bahasa, kerana saya tidak petah berbicara, tidak pula mewarisi bakat yang dimiliki oleh kedua ibubapa. 

Izinkan saya meluah rasa terkilan kami sekeluarga. 

Sejak 1995, arwah bapa saya (Aziz Afkar) memperjuangkan hak nya sebagai penulis novel Hartini (telah didramakan tanpa izin), yang diterbitkan oleh syarikat yang dimiliki oleh pelakon dan pengarah Erma Fatima, dan ditayangkan pula oleh TV3.

Perkara ini telah dibawa ke muka pengadilan.  Tahun demi tahun kami ‘melayan’ perbicaraan kes ini, dan sentiasa pulang dengan kehampaan.  Samada pihak tertuduh, tidak munculkan diri, atau jawapan hakim yang menyambung lagi perbicaraan ini ke tarikh yang disebut nanti. 

Sehingga satu tahap, mahkamah telah menidakkan hak arwah sebagai penulis novel tersebut.  Luluhnya hati kerana buah hati pengarang jantung beliau, telah diragut dengan rakus.  Mujur baik, pihak penerbit novel (Creative Enterprise), sanggup meneruskan perjuangan itu, dan berjanji untuk memberikan hak itu nanti sepenuhnya kepada arwah bapa andai kes itu memihak mereka.

Sehingga kini, walaupun jasad arwah sudah bersemadi, kami sebagai pewarisnya masih belum mendapat walau satu sen pun dari kes itu walaupun keputusan sudah pun menyebelahi kami.  Bukan gila harta, tapi sekadar menuntut hak dan pembelaan bagi pihak arwah.  Perginya arwah dalam keadaan yang terkilan dan masih menanti-nantikan jawapan dari hasil perbicaraan novel kesayangannya yang telah dicabul itu.

Kes sudah selesai walaupun sekadar di luar mahkamah tapi apakah yang arwah dapat sehingga sekarang?

Terakhir kami mendapat surat dari peguam Creative Enterprise mengatakan sepakatan telah diambil, pihak TV3 & Erma Fatima akan membayar pampasan yang berjumlah RM42,052.50 dari jumlah yang sepatutnya dituntut adalah RM200,000.00

sweetdarling

Di mana harus kami mengadu?  Andainya kes ini tidak melibatkan TV3 sendiri, sudah tentu kami akan meminta tolong TV3 membuat pembelaan untuk kami.  Tapi apakan daya…..

Pernah satu masa dahulu, waktu isu ini masih hangat, ibu berhasrat untuk memanggil Melodi (sekmen Terjah) membuat liputan mahkamah tentang Erma Fatima, tapi cepat-cepat saya ingatkan ibu, “Melodi tu kan TV3” tergelak kami seketika.

Pun begitu, menitis airmata saya apabila ibu pula merintih “Jangan-jangan nanti, mak pula yang ‘tutup’ mata, sampai sudah tak merasa duit tu”

Sebagai sumber rujukan:

sweetdarling

sweetdarling

sweetdarling

sweetdarling

sweetdarling

sweetdarling

sweetdarling

Ini yang aku ambil dari koleksi Berita Harian tahun 1995.  Memang hangat isu ni waktu tu…

**Apa pulak aku buka surat ni tuk TV3 jer kan…? kenapa tak masukkan Erma Fatima sekali..?  errrmm ntahlah, sebab aku tau TV3 prihatin, semoga surat terbuka aku ni, dianggap reminder sahaja.. dan kepada petugas yang menjaga perihal fail arwah abah ini, boleh tolong selak-selak balik fail yang dah berabuk tu… Tolong ya, Encik Mazidul….!  Tolong remind rakan sekerja Encik Mazidul..

Sekian...!
Category: abah  One Comment
Jumaat Datang Lagi.. Ada Apa?

 

Kejapan dah Jumaat.

Jangan lupa malam ni, Nur Kasih….!

sweetdarling

Ruginya hidup kawan aku tu, dia kata kalau tiap2 hari adalah hari Jumaat pun takpe, semata2 nak tengok Nur Kasih… Kesian, pendeknya hidup dia sebab kena potong hari Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu & Khamis..

Tapi kalo tanya aku, aku akan cakap, tiap2 hari tayang Nur Kasih pun takpe…. kan lagi senang?

Korang tak nonton lagi ke Nur Kasih?.. Ruginyaaa…..! Ntah apa plak nak jadi malam ni kat idup Adam, Nur & Kat?

 

sweetdarling

Weiihhh, cuba la try tengok malam ni.. mana tau, kot2 terjebak cam aku & kawan2… berhantu siot cerita ni, walaupun sekor hantu pun takde lam drama ni…

Sekian...!
Category: Sharing  7 Comments
I’m MC of Migrain

Live for home…

Bangun pagi2, rasa something kat kepala… aduuuhsss!  Ini mesti kes petang semalam duk rushing sana sini, balik keje pergi pasar malam, angkut barang berat sorang2.. maklumlah, kan hubby takde so terpaksa berdikari pergi pasar malam sorang2.. pulak tu pi gatal mulut offer kat budak ofis nak belikan dia buah naga… Hammbeeek ko menyenget bahu angkut 6 biji buah naga keliling pasar malam…

Lepas tu rushing plak pi Gombak, amek baju tee yang dah order minggu lepas… masa tu dah kul 7pm… cepat2 plak drive balik umah…

on the way balik, hubby sms..

1 menang, 1 kalah.. rindu lah kat bb & anak2

kalo rindu, pi lah baca blog, melambak gambar anak2 & bini kat situ

ok

kekekeke, poyo kan hubby?  dia cakap 1 menang, 1 kalah.. ada chance balik awal tu… hahahhahaha jahat punya bini… mintak hubby kalah sebab nak suh balik awal…

K laa.. aku stop sini dulu… nak pi bertenangkan kepala hotak.. kang dah reda skit, aku sambung balik story mori…

**sebenarnya aku lom declare MC kat ofis tapi rasanya tak baek lagi migrain aku ni.. perut pun bergelodak rasa cam nak muntah… kalo dah bercampo rasa nak muntah, maknanya mmg kritikal la migrain ni, cuma skang boleh tahan skit sebab aku dah telan ubat tadi…

Rasanya kejap lagi mesti migrain balik sebab kat urat tengkuk & urat mata aku ni, still rasa berat.. sesapa yang memang migrain tu mesti paham lah apa yang aku cakap ni…

Sekian...!
Category: Diary, hubby  4 Comments