Archive for » August 13th, 2009«

Tidur Tak Pakai Baju?

Semalam, hubby takde so semua budak² pakat tido lam bilik aku… semua tu sebenarnya Zikri sorang jer, yang nak tido sekali lam bilik ngan adik² dia…

Ika awal² dah tido masa dalam kereta balik dari makan, Zikri lepas sembahyang Isya’ terus terbongkang, tinggal Zulfan terkontang kanting duk layan aku menjahit..

Last aku bosan dia mintak apa tapi aku tak paham, so aku ajak dia masuk bilik…

Dia suruh aku bukakan baju dia… padahal ekon dah pasang… aku malas nak banyak songeh, aku layan jer…

Tak sampai seminit, dah terkubur…

DSCN3169

Lately ni, dia asyik suruh buka baju masa dia nak tidur.. walaupun dah pasang ekon, dia tetap nak suh bukakan baju, baru dia leh tido…

Pastu aku sambung balik menjahit…

Sejam kemudian:

DSCN3170

Alahaiii anak² aku… sayu kejap hati tengok keadaan macam ni… Kelakar pun ada…

Kemudian aku pakaikan balik baju Zulfan tu.. kang demam plak.. aku yang lengkap berbaju ni pun, berselimut tebal bagai tak tahan sejuk, ni kan plak dia…

Tapi serius laa, si Zulfan ni kalo berkelubung selimutkan dia, tak lena dia tidur… Dia nak sejukkkk sentiasa.. Ika pun ada nampak ciri² si Zulfan ni.. kalo tidur tak pasang ekon, mulalah basah bantal padahal dah pasang kipas puun…

Sekian...!
Makan, Gud Bye Papa & Yeaaaayyy!!!

 

 DSCN3161DSCN3163

yer Zulfan, nak order apa..?  Sibuk jugak dia tunjuk² nak itu nak ini…

 DSCN3164

Aku adalah kenyang sebab kat ofis semalam ada meeting & staff laen yang tak terlibat (aku lah tu) sama² tumpang makan, so aku adalah sangat kekenyangan… (gambar makan kat ofis tak ambil??… biarlah aku low profile kat ofis..)

Oh, sambung balik cerita.. so sebab aku adalah kenyang jadi aku order ini sahaja.. (seperti gambar di atas…)

Apa tu? 

Kerabu kaki ayamm.. memang sedap, tambah sedap sebab bila makan takyah duk sibuk nak buang tulang kaki ayam tu sebab tulang tu memang dah takde…

DSCN3165

hubby konon² tak nak makan nasi, so Si Zikri & Rohmah masing² order la mee goreng & mee ladna.. (tak sedap mana)..

tapi last, dia order nasi gak.. konon katanya takut lapar tengah jalan.. so lauk pauk, sup tulang, udang salut tepung & ayam pandan… lauk2 macam tu sangat sedap di kedai ini…!

DSCN3166

Selesai makan, balik umah berenti kat depan van hubby… gud bye my laling hubby…!! take care…!! (aku berjaya suruh hubby berlakon lambai depan camera untuk sesi blog aku ni)

Hubby nak ke Songkla, ada game softball… Kalo kalah cepat lah dia balik, katanya… So apa lagi kawan², doa² kan lah supaya team hubby kalah.. muahahahahahaha!!!!

daannnnnnnnn yang paling YEAAAYYY ialaaaaah:

DSCN3173

Hubby kasi bendalah ni suh pi shopping weekend ni…!!!!  Shopping baju raya tuk anak² laaa oiiii……… dan mak anak punya bahagian pun ada gak dalam tu :p

Weehhh jangan ko nak tuduh laki aku pi Songkla kawen laen.. dia pi ngan group² team dia, & adik dia pun ada sekali tauuu….

Malam kul 12, aku call hubby

Hello

Nak kena suruh ker, nak kena ajar ke tiapkali? (aaa takde aku nak intro hello² ke apa, terus kababooom jer….)

Tengah on the way dah ni.. ingat nanti berenti, nak call laaa

Bukan berenti baru kena call, patut tadi masa nak bertolak tu call laa… bujang ke? takde anak bini ke?  rasa bebas ke?

Gitu cara dia aku bom laki aku… sila ikut contoh!

Dia takleh nak menjawab mana, sebab bising suara member² borak kat belakang…

And pagi tadi pukul 7, hubby call… katanya baru sampai Alor Setaq.. lambat sebab tidur tengah jalan, masing² tak larat nak bawak van..

And jap tadi pukul 10am, hubby call lagi.. dah masuk sempadan and dia buat roaming… Katanya nak mandi² & rehat jap.. Tengahari terus ada game… Gud luck lah!! Walaupun dalam hati aku kuat cakap, tak menang pun takpe!

Sekian...!
Category: Makan², hubby  6 Comments
Tuam Benjol

 

Kan dah cerita semalam pasal benjol kat kepala Zulfan.. ramai yang concern, thank you!!!

Tulah, banyak nasihat yang aku dapat, so balik semalam cek lagi dahi dia, berkilat… siang semalam pun hubby tanya, kenapa ngan dahi Zulfan..? ingatkan dia baca blog aku rupanya katanya masa dia balik malam tu, dia nampak dahi Zulfan berkilat dalam gelap… huhuhuhuhu

 DSCN3156

Memula nak tuam, dia leh eksen lagi sebab sapu tangan tu belum sejuk…

Lepas tu taknak dah.. dia larii….!  Si Rohmah takutkan dia ada ulat, dia tak peduli.. bila aku gertak, alamak nampak ulat kat dahi, baru lah dia berlari² duk atas riba aku serah dahi sambil meraung…

Suruh Zikri ambil gambar.. dan dan tu stop menangis, siap kesat airmata (wahhh dah pandai anak aku kontrol macho depan camera)

 

DSCN3159DSCN3158

“Awek² kat luar sanaaa, saya dah besar, dah pandai control macho…. silalah mengurat saya…..” kekekekeke…

Lepas dah tuam lama, air batu pun dah nak cair, aku test tekan dahi dia..

Sakit tak?

Dah aiiikk (dah baek)

Pandai ko erk, Zulfan… nak suh mama berenti tuam, sanggup cakap dah baek… Lagi satu yang lawak pasal Zulfan, bila orang tekan dahi dia yang sakit tu, dia suh tekan sebelah yang tak sakit…

nii, niiii… dia tunjuk sebelah kiri yang tak benjol.. gamaknya, kalo nak maen tekan² dahi dia, silalah tekan tempat yang tak sakit…  (sajer aku nak bagi dia sakit, biar dia serik, last dia plak ajar aku tekan tempat yang tak sakit)…!

Aritu pun sama, jari dia sakit.. tapi bila aku mintak nak tengok, dia pi hulur tangan yang tak sakit… tangan yang sakit, dia sorok belakang…

Sekian...!
Category: Zulfan  4 Comments
Baru Darjah Satu Dah Pandai Jadi Gangster

 

Cerita semalam.  Berita penuh kat sini…

sweetdarling

Budak ni punya ‘anu’ kena hiris dek budak sekelas yang bengang sebab tak dapat nak paww duit budak niii…

Apa nak jadi????

Korang rasa tak apa yang aku rasa???  Aku memang rasa sangat2 sebab anak aku dah bersekolah… Aku risau.. risau sangat2.. samada aku risau anak aku jadi mangsa, ataupun aku risau anak aku jadi kaki buli…

Dua dua perkara tu aku mintak selisih malaikat 44… jangan lah terjadi kat anak aku…

Dan aku paling geram baca berita bila mak budak pembuli tu, takde buat apa2 reaction.. kata bapak budak ni, mak dia senyap seribu bahasa & tak dapat melawat puuun….!!  Minta maaf jauh sekali!

Weeehhh, gelap masa depan maen benda2 cenggini… pulak tu doktor yang dia pergi jumpa tu boleh tolak kes ni sebab katanya kesan luka terlampau serius… aduiiiiiiii!!!

Apa nak jadi ngan budak2 skang ni.. darjah satu pun dah pandai nak buli2 mintak duit, dah pandai nak jadi gangster…. apa perasaan makk si pembuli tu erk????

kalo aku jadi mak dia, aku rotan kat situ jugaaak sampai dia betul2 serikk….!

“Zikri…………. kalo abang buat benda2 jahat macam ni, jangan harap mama akan diam diri, samada mama akan hukum abang seabes2 nya ataupun jangan berani abang nak mengaku ada mama”

Sekian...!
Category: News  8 Comments