Archive for » August 11th, 2009«

Diniy

Semalam, sangatlah smooth bagi aku nak siapkan satu baju ni…

DSCN3151

Kejapan jer dah siap… kalo anak² tak kacau, senang sangat laa keje aku… tapi kalo budak² tu buat hal, aduuuiiiii nak buat satu huruf pun bercinta nak siap…!

Baju mak pak diniy pun dah siap, tapi aku tak buat wording jer lagi.. adik beradik Diniy yang laen, dalam proses… tungguuuuuuuuu

Sekian...!
Category: Felt  Leave a Comment
Turun Tangga Laju²

Kalo version Melayu akan jadi “Buai Laju Laju”

Mampuuuiihh laa orang melayu kita nak biar anak buat camni.. mat salleh jer yang berani….

Sekian...!
Category: Sharing  4 Comments
Kaki Ayam

Maksud kaki ayam adalah ayam punya kaki…

.

.

Tapi peribahasa ada menyebut, kaki ayam itu adalah manusia (bukan binatang) yang berjalan tanpa menggunakan alas kaki i.e selipar atau kasut macam ini:

DSCN3152

Dah 2-3 kali aku jumpa akak ni berjalan pagi² dalam keadaan macam ni… hokeh aku tipu… baru 2 kali sebenarnya..

Walaupun 2 kali, keadaan ni bukanlah kebetulan kan…?  Ini mungkin kebiasaan dia…

Aku tak tahu dia duk blog blok mana, tapi 1st time aku jumpa dulu kat blog blok 6… ada sorang lelaki atas motor duk tunggu dia tepi parking… terkedek² dia datang, lalu tepi tong sampah, campak sampah kat situ then pi jumpa lelaki yang atas motor ni..

Aku yang tengah panaskan enjin kereta intai² gak kut celah sunglass, mak aiiii kiss mulut kauuuuuuuuuu, nak bye² ‘laki’ pi keje…!! (lama plak aku panaskan enjin hari tu)

Tapi hari ni, masa aku panaskan enjin kereta gak, kat blok aku, lalu laa akak ni.. cepat² aku capai camera.. (blogger tegar kaaaaaan???) snap takde flash.. kang dia kejar plak aku bila nyala flash.. weiii orang yang berlari guna ‘kaki ayam’ laju taaaau….!!

Tapi korang pelik tak.. dia bimbit selipar dia kat tangan?… aku tak tahu apa motif dia, tapi hari tu pun gitu laah gayanya… (dan baju yang sama jugaaa…) pakai kaki ayam, tapi kaki sendiri tak mauu pakai selipar…

ehhhhhhhh… ke aku yang termasuk dalam dunia misteri, back to the future, hari aku berulang²….

Sekian...!
Category: Usik²  8 Comments
Aku Hilang Kereta

 

Aku pergi mall kat Ampang, yang dekat dengan Hotel Flamingo… kan ada jalan belakang, lorong sebelah kedai mamak apa ke namanya, aku lupa… aku lalu ikut lorong tu laa…

Sampai lorong tu, ada sorang mamat ni terdampar tepi jalan sorang², macam kesakitan.. aku tak berani nak tolong sebab takde orang laen kat situ.. dibuatnya dia rompak aku ke hapa..

Lagipun, aku tengok dia pun memang curios sangat².. So aku bawak keter laju², parking tepi jalan terus masuk kat Mall tu…

Keluar dari Mall, aku takut nak ke kereta aku, takut mamat tadi aim aku, tunggu kat situ ke hapa.. Solution, aku tahan teksi, pusing jauh skit then berenti kat tepi jalan yang aku parking kereta tadi..

Tapi kat situ tiba² dah ramai orang, ada persatuan cina tengah buat aktiviti senaman ke hapa ntah.. Fuuuh legaa…. Bayar duit teksi RM2.50

Tapi melilau aku cari kereta aku takde… memang aku ingat, aku park kat situ tadi.. Ahh, aku dah berderau darah…

Tengok aku melilau, ada sorang cina tu tanya aku, aku cakap la, aku park kereta kat situ tadi, tapi skang dah takde.. Dia cakap memang kat situ tempat ‘panas’… selalu jer hilang kereta…

Aku dah separuh nangis.. melilau sana sini cari kereta, kut² silap park kat laen..

Tiba² hati aku terdetik.. “apa susah, kalo nak dapat balik kereta aku tu, bangun jer laa dari tidur”

Terus aku buka mata… sedar² aku still atas katil.. jam pun dah dekat pukul 7am.. Bergegas aku bangun mandi tadi..

Hhuhuhuhu, korang jangan laa marah.. aku takde niat nak tipu sebab aku pun tertipu gak tadi…. Nasib baek mimpi kan kan kan kan kan….?

Sekian...!
Category: Diary  19 Comments