Archive for » August 6th, 2009«
Korang masuk blog aku pagi ni perasan tak satu perasaan yang laen macam…??
Blog tak full page sampai abes screen.. ada plak side bar tambahan kiri kanan kaler putih tuuu..
Ntah apa kena.. ada lah tu tak tersalah sentuh… Tapi malam semalam aku bukak blog kat umah okeh jer..
Takpe, korang duk diam2 dulu kat umah pink aku ni erk… sementara aku pi cari jalan penyelesaian….
Stay Tune…!
**Updated: nampaknya background aku tu memang mengalami kerosakan teknikal.. dah berapa kali re-upload pun, memang gitu gak gaya dia..
So, aku telah bertukar wajah (again ~ i hate thisss!!), harap korang leh terima dengan selesa.. Sila komen
Kerana aku telah berjaya installed Follower dalam blog aku, so inginlah aku bermurah hati untuk kongsikan cara² ni kat kawan² plaaak (yang seangkatan sahaja, yang pakai blogspot tu, tak yah ngada² nak susahkan diri sendiri)..
Memula buka website ni… akan keluar macam ni:
Step 1:
.
.
Step 2:
.
.
Step 3:
.
.
Step 4:
.
.
Step 5:
.
.
Step 6:
Buka cPanel Hosting (contoh Serverfreak)
Upload file² yang save kat PC tadi kat dalam folder public_html… (macam upload plugin tapi tak payah extract) Kalo tak paham gak, contact aku)
.
.
Step 7:
Balik ke Step 5 tadi…
.
.
Step 8:
.
.
Step 9:
.
.
Step 10:
.
.
Step 11:
.
.
Step 12:
.
.
Step 13:
Paste kan code ini kat widget HTML dalam blog wp-admin… widget ni akan keluar di side bar…
ATAU
kalo nak buh widget ni kat atas entry macam aku punya, korang leh manual edit dan paste kat editor Stylesheet di bawah GENERAL macam yang aku tunjuk dalam gambar….
Selesai.. boleh cek hasilnya… tapi kalo secara manual ni, tak menjadi kat korang, jangan salahkan aku… mungkin sebab perbezaan theme, so coding dia laen²….
Dah cukup detail aku tutor, diharap sangat sangat membantu…! Selamat Berblog..!
Semalam aku dapat menjahit dengan tenang.. bila suasana tenang, aku menjahit pun kejaaaaaaaap jer dah siap…
Aku jahit baju tuk anak dara Kaseh… Yang laen² dah siap, cuma tinggal lagi 2 baju tuk si kembar…
Sabar ye Kaseh… nanti dah siap, aku bitau laaa….
Oh, balik pada tajuk entry ni, semalam suasana tuk menjahit amat tenang sekali… Si Zulfan tidur awal, si Ika melayan Rohmah lam bilik sampai tertidur…
Tapi dalam ketenangan tu, kepala aku plak wat hal.. migrain memanjang walaupun tak berat tapi kalo tak makan ubat, memang takkan hilang…
Tapi bila tak berat sangat sakit tu, terasa sayang nak makan ubat, bukannya apa… aku takmo laa biasakan diri makan ubat, nanti dah immune dengan ubat tu, aku kena upgrade ubat laen plaaak kan…
Apapun, memang aku berjaya siapkan baju tu malam semalam gak, tak payah aku bangun sambung menjahit pukul 4-5 pagi…
Uhhh lamanya tak bercerita pasal resepi kaaan…? Bukannya apa, aku ni ari² masak, so rasa macam takde apa dah yang special…
Tapi malam semalam, teringiiiiin sangat nak makan mee hong kong… Kebetulan aritu ternampak ada separuh bungkus lagi meehun dalam plastik… So terus mulakan operasi mencari bahan…
Takde apa pun yang di cari, cuma sawi dan fish cake sahaja… laen² semua dah ada stok…
So semalam aku berbuka dengan mee hoon.. tapi tetap gak masak nasi sebab hubby tak mo makan mihun… sungguh kekampungan kaaan….??
Aku dah cerita belum pasal resepi mee hongkong?? Takpe aku ulang balik serba ringkas…
Bahan tumis yang utama adalah (1):
- Bawang putih
- Halia
Bahan tambahan (2):
- serbuk lada hitam
- garam
- bawang goreng
- daun sup
- cili jeruk
- sawi
Bahan rencah pelbagai (ini tak semestinya kena letak semua, boleh pilih) (3):
- daging (potong kecil)
- fishcake
- udang
- sotong
Caranya:
-
Tumis bahan 1 sampai garing, masukkan bahan 3, biarkan sehingga masak… **tips: daging boleh direbus dahulu**
-
Setelah masak rencah²nya, masukkan bihun yang telah dilembutkan berserta sawi.
-
Gaul sebati, taburkan lada hitam, garam dan perasa… Gaul lagi.
-
Setelah sebati, boleh dihidangkan dengan bawang goreng, daun sup dan di makan bersama cili ceruk…
SELAMAT MENCUBA!!
Chewaaaaaaaaaaaaah….! Aku tauuuu, ada yang terliur nak makan mee hongkong ni, tunggu aku pelawa jer kaaan…??? sabar errk, hari raya pun boleh, kita buat “close open house” cam tahun lepas erk….












Hot Comments