Archive for » August, 2009 «
Ini adalah group terakhir aku.. Aku kena stop produce applique sehingga aku siap jahit baju kurung anak2 aku… after that, baru aku boleh sambung balik applique tuk family Zura & Ayie…
Gigih aku siapkan semua ni semalam…..
Mama & Abah pilih untuk tee warna hitam…
Anak2 pula warna merah.. iyad adalah tee untuk 3months baby, so tak muat nak letak any face kat situ….
Harap2 Iyad keluar seperti yang dijangkakan… jangan tetiba kuar baby girl plak yer…. ucapan tahniah in advance tuk mama…
Malas nak masak ari Sabtu plus takde lauk.. asyik2 daging daging daging daging… hubby yang buat stok minggu lepas sebab masa dia beli lauk kat Carrefour, ikan2 semua tak fresh…
So aku pujuk rayu goda dia ajak makan kat luar…
As early as 5.30pm kitorang dah gerak kuar dari umah. Tapi……………
Nampak umat yang berdiri kat luar ni..? Inilah muka2 yang datang tapi tak buat reservation, then full house…!
So solutionnya, pre-order then leave.. After 7.40pm ke camtu, boleh datang replace people yang dah abes makan…
So we went to jalan2 kat sekitar Great Eastern Mall ni.. After azan, kitorang berbuka dengan kurma yang memang hubby dah bawak dari umah.. Sembahyang maghrib, baru gerak balik ke Cozy House…
Belum ada umat yang berganjak… Kami tunggu jer laa kat luar..
Tak lama pun, diorang panggil nama hubby… Ermm seronoknya.. lagi seronok tak sampai 5 minit, makanan semua dah sampai atas meja….![]()
Chocolate ice, chocolate milk shake, mango ice blended, ice lemon tea & french fries tuk Ika & Zulfan…
.
Asam Pedas Fillet Fish, Tomyam, Shredded Beef with apa ntah tapi rasa halia (sangat sedap), chicken dengan gajus & mintak asparagus tapi dah abes so ganti dengan kailan belacan… Sentak perut…!!
Korang nampak tak background aku ni…? dari start aku duduk kat meja tu, sampai aku dah abes makan barulah depa bangun….
ada gak 2-3 mat salleh ke tak tahu bangsa apa, tapi reti gak nak bangun lepas abes makan…
semalam delivery cadar sebanyak 4 set… Hantar kat Zura di Ampang…
Semua ni hantar kat dia, tapi bukanlah dia punya semua tu… Kawan2 office dia order sama.. Thanks to Zura sebab sudi meningkat jualan cadar aku….
Ingat tak entry aku pasal hit counter aku…?
Tarikh 22 August yang sampai 200+ aku punya visitor…
Rupanya ini lah sebabnya…. kadang2 topik semasa yang kita entry kan pun membantu hit counter kita, kan…?
Sebab aku wat entry jadual waktu berbuka & imsak 2009…
Tapi kenapa lebih ramai yang mencari waktu imsak dari waktu berbuka…?
Fikir2 kan laah, dan selamat beramal….!
PASTE FROM EMAIL
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia . Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Wallahualaaaam…!
Cuba cari ngan Mr Google pasal poco-poco ni, dah banyak artikel keluar bercakap pasal kesangsian halal haramnya…
Me, tak pernah pun menari atau berminat nak menari tarian ni…
Pernah tak tengok iklan ice cream wall’s yang terbaru…?
Yang ada chef tu, pastu segala mak nenek kacang duk berpusar dalam ice cream…?
Yang mangkuk ice cream tu kaler kuning bujur…
SEDAPNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA…..
Jenuh aku cari dalam website wall’s, takde laaa pulaaaaaaaaaaaaak!!
Hurmmmm akan aku usahakan tuk meneraiii benda ni….!!
Betul ke ‘slang’ ni Kak Ja?
So sweeet………………..!!
Ika dah start tidur kat bawah sama2 Zulfan… Ahhhh luas rasa katil…! Buat sekelian kalinya selama 3 tahun, kami share katil bertiga…
Lepas Zulfan, share ngan Ika plak… But now, hanya katil kami berdua….
Weiii citer pasal anak tidur ke, pasal mak pak tidur…?
hari ni aku akan sibuk.. So maybe tak sempat nak buat entry untuk menambahkan pendapatan Nuffnang.. (semalam dah update gaji Nuffnang…)
Hari ni, kena prepare dokumen tender yang nak kena submit 1 September ni… ataupun, aku terpaksa datang masa cuti tuk complete kan dokumen tu…
Takmo
Takmo
Aku kena concentrate arini… kang ada plak gangguan nak suh reserved kan buka puasa laa, itu ini bagai….
Senarai kad raya tuk kawan2 bos pun lom abes buat lagi… so yang tu kena pending job after submit tender…
**Entry2 selepas ini adalah auto publish…
tekun nak ngabehkan jugak tee tuk famili wahida…
Semalam dah buat sekerat jalan, malam tadi abeskan jugak sampai siap…
So complete laa 4 beranak… rujuk sini dan sini…
Uhhh ada lagi 10 helai aku kena settle dalam bulan puasa ni… So, adakah ini dinamakan cuti di bulan puasa???
Aku memang train anak2 gosok gigi seawal tumbuhnya gigi pertama… Tapi cam biasalah, budak2 memang akan menjerit tiapkali kita ‘teroka’ mulut diorang…
Tapi ini budak memang pelik…. (alhamdulillah laaa sepatutnya…!)
Lepas mandi mesti dia nak bawak berus gigi ke bilik… Masalahnya, berus gigi dia yang kecil comel tu dia taknak, dia naaaaaaaaak jugak belasah berus gigi Zulfan…
Beriya lah gosok gigi tu!…
Letak ubat gigi, tak mauuu….
Korang, tengok laa muka Ika yang makin teruk ni…
Gambar ni aku amek pagi semalam sebelum kitorang antar dia pi klinik…
Worse than before… sampai ke dahi… Isk isk isk isk… apalah nasib Ika.. Lepas ni mama akan lebih careful pasal makanan Ika.. duk pikir makanan yang direct tak leh makan, tapi lupa indirect pun sama gak effect nyaa….
Adakah lucky? adakah ini yang terhebat dalam lucky draw tu…? dasar tamak kan…?
make-up palette hasil dari rembatan di Avon hari Isnin lepas then dapat buat lucky draw….
So cute…! Thanks Avon..
Arini aku dah kering idea.. Pagi² sampai opis buat apa yang patut (apa yang patut?) then kul 9am hubby datang ngan anak², kitorang pi klinik antar Ika..
Muka Ika teruk balik… rupanya punca dia adalah KEK…!!! Kek tu kan ada telur…! Hawau punya aku, duuuk laa avoid seafood bagai rupanya aku lupa yang kek tu ada telur.. Telur yang semestinya telur, dah tentu² tak leh makan… Huhuhu sian Ika..
So from now on, no more cake, no more coklat biscuit for Ika… Sorry, Ika!!
Hubby cakap, Ika takleh makan biskut raya tahun ni.. hehehehe…!
Alhamdulillah…..
Kalau dulu 80+ unique tu, hanya hit aku on weekdays… Tapi skang, alhamdulillah, dah tinggi hit aku termasuk weekends…
Korang boring kan sebab puasa…? So layan blog lagi bagus dari layan lapar, kan kan kan kan…?
Mekaseh korang!!
Kalo bulan puasa, barulah kurang skit aktiviti harian hubby.. So ada masa dia nak spend kat umah…
Masalahnya… bila hubby ada kat umah, ini jer lah keje dia….
Sekali ngan anak² dia ajak tidur… Mana tak boring aku dibuatnya…












Hot Comments