Archive for » July 30th, 2009«

Ayat Memujuk

Handphone checked on 16:15pm

2 missed calls from “—<@Hubby”

1 sms from “—<@Hubby”

Abg ambik anak2 pi rmh ma.  Baby pi sana pi psr mlm.  Love u”

Ahhh ayat memujuk ler tu…. (ini kes bunga layu)

Berapa hari nak amek masa memujuk ni tuan2 dan puan2….?? Yerrrrrrrrr 2 hari… tu pun sebab hari ni ada pasar malam.. kalo esok atau lusa ada pasar malam, esok atau lusa lah gamaknya baru dia pujuk…

Ayat last sms tu yang tak taheeeeennn tuuuu…. wakakakakakakaah!!

Gitu ler hubby tiapkali nak memujuk, takde modal laen…

Sekian...!
Category: hubby  6 Comments
Cadar Pulaaak….

Hehehehe… Puasa dah nak dekat, maka bermakna musim orang berniaga laaaa kan? kan kan kan kan??

DSCN3062

Aku pun nak berniaga jugoook (please read: saya pun nak menang jugokk)…. hehehehe

Aku adalah menjual cadar….!

Ini adalah belian pertama aku tuk customer pertama… customer office aku ni jer, so buleh ler aku bagi installment kat diorang…. (untuk orang yang aku kenal rapat sahaja…)

24

Ini lah rupa cadar yang aku beli tu… cantek takk??

Kalo canteeek, cuci² lah mata tu ya… day by day aku tambah lagi koleksi kat lam blog tuuu…

So jenguk2 lah kat link

http://sweet-cadar.blogspot.com/

Sekian...!
Category: cadar  10 Comments
Gempar Pagi Hari..!!!

 

 

Bangun pagi tadi pukul 5.45am waktu azan Subuh berkumandang…

Semalam aku takleh nak menjahit, so aku bangun pagi² sebab nak menjahit…

Dalam pukul 6am, bunyi siren Bomba, Polis ne noo neee nooo kat luar umah tu…

Si Rohmah berdiri kat balkoni memekik

Kaaak, apa tu?

Aku bingkas bangun jenguk gak kat balkoni… Ya Allah, terbakar…

DSCN3048 DSCN3049 DSCN3050

Siren dah bunyi sana sini… Tapi makin lama, makin besar plak api tu…. Kebakaran ni kat jalanraya nak menuju ke Sentul, depan masjid…

Tak silap aku depan masjid tu ada kedai perabot.. Oh, no!!  Baru semalam lalu depan tu, berhajat gak nak cuci² mata kat situ….

DSCN3051 DSCN3055 

Bunyi meletup²… huhuhu ntah ada nyawa kat situ ke tak?? Cemana jiran² yang berdekatan?? 

Aku pobia lah pasal terbakar² ni… Dah 2x pengalaman tengok kebakaran depan mata.  Pernah dulu jiran kat kampung, tapi bukan side umah aku, seberang jalan…

Sekejapan hangus satu umah.. Aku memang mengadap kebakaran tu dari awal sampai akhir… pilu rasanya…!

Sekelipan mata, perabot dan segala macam peralatan lenyap sekelip mata… Bila pikir² macam tu, sayangnya nak beli barang² umah, kalo jadi benda² macam ni.. alahaaaii…

Tapi cepat² aku berbalik pada yang asas, qada’ & qadar, semua ketentuan tu di tangan Allah… Kita tak boleh nak menentang azali tu…

DSCN3060 DSCN3058DSCN3061

Pukul 7am baru selesai…. Tak tahu lah cemana keadaannya… Tengoklah bila² aku lalu kat situ baru boleh tengok sebab itu bukan laluan aku sehari²….

Sekian...!
Category: Rumah  8 Comments
Nuffnang.. cepat lah bagi aku kaya!

Aku adalah sangat jeles hokeh bila baca entry sana sini duk cerita cash out income from nuffnang…

ada tu aku baca, dia baru 2 bulan bukak blog tapi dah dapat cash out RM50… nuffnang, cemana hang kira ni?? aku dah nak masuk setahun blogging, baru RM40 jer niiih…..

Apa cara sebenarnya nak bagi nuffnang ni kasi kita banyak duit?? Aku heran bin ajaib niii….!!!

**Hambekk ko pagi2 macam ni aku dah bising pasal duit.. kekekekekke

Sekian...!
Category: Diary  11 Comments