Archive for » July 29th, 2009«

Grrr Geramnya……!!!!!

Online CIMB nak buat regular monthly payment, so as usual aku kena lah connecting dengan printer…

Pasang cable printer connect dengan laptop… Pastu ON, tup tup…!!

font

Haaaah pesal tak leh on niii???

Bingkas bangun cek plug segala bagai… semua dah terpasang elok, tekan button ON tak nyala2 jugaaak..

adushh adusssh

Ika maen ke printer ni Rohmah???

aku dah memekik… sakitnya jiwa… beli tak sampai setahun, huuuh tak sampai 6 bulan pun lagil… aku beli 11 mei baru ni sekali ngan laptop ni sempena burfday aku, ingat tak???

Then kenapa jadi macam ni?  Printer ni punca rezeki aku ngan Applique Tee Shoppe… takde printer, tak gunalah aku pakai laptop ni…

Sapa lagi yang suka kelebek printer aku ni melainkan Ika…?  Dia sorang jer yang menyibuk nak duduk celah printer tiapkali aku wat keje kat meja ni…

Dah ler tak jumpa mana warranty card dia… seingat aku memang takde warranty kot sebab masa aku beli kat Carrefour aritu, dia cakap, try pakai laa sebelum 10 hari dari tarikh belian.. kalo tak boleh pakai ke apa ke, dalam 10 hari boleh tukar baru…

Kalo ada warranty, sure aku dah simpan kat dalam fail warranty kad.. kat situ semua barang2 yang ada warranty, kumpul kat situ…

ADOiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….!!!!!!

Dah la arini dah terbang RM150 pi servis kereta… ini apa plak ni??

Sekian...!
Category: Diary  13 Comments
Maid #02 siri 2

Ada mood nak cerita sambungan pasal si Linda Norhayati ni….

Refer pada siri 1 aritu, aku sambung lah gelagat dan perangai dia yang tak abes² buat aku stress duk dalam pantang… nasib baek tak meroyan kaaan….

dah berpuluh2 kali aku minta tukarkan dia ni, aku nak yang laen, tapi alasannya asyik takde stok dah.. nak tak nak, sementara tunggu ‘stok’ baru tu, aku kenalah bertahan selama mana yang mampu….

berbalik pada kisah maid #02 aku ni, ada satu kes tu, pasal buat susu…

selalunya buat susu 1oz, satu sudu… tapi penat aku ajar dia… tak jugek reti²…

selalu buat 6oz = 6 scoop..

bila suruh buat laen dari 6oz sukatan dia dah tunggang lagang puting beliung ntah berapa sudu dia letak…

pernah jer aku tengok dia letak susu, aku kira dah cukup, dia kira tak cukup² lagi… patut lah si Zulfan lama mencirit masa tu….

suruh goreng karipap pun macam tu.. aku suruh dia goreng 10, jadinya terlebih².. aku syak dia ni tak pandai kira… abeh, tengok jam pun tak pandai!!!

then, hal dia ngan Zikri.. aku amat mengambil berat la pasal kes Zikri ni since Maid #01 cakap, Zikri macam tak suka dia, so aku pesan kat Zikri jaga tingkah laku jangan nak berlagak sangat…

Dengan Linda ni pun aku pesan, kalo Zikri ada buat apa², bagitau la aku so aku boleh tegur, jangan ambil hati dengan dia

Takk.. saya tak ambil hati dengan dia, dia kan budak lagi..

Waaah gitu jawapan dia…

Tiap kali aku puji dia pun dia akan jawab

Saya tak mahu dipuji… Tak suka

Aku puji dia sebab dia rajen… pastu pandai mengurut…!

Tiap kali kena marah plak, dia jawab

Saya tak kecik hati kok

Aaaaa gitu dia ni… kemain lagi kaaan… Berbalik pada hal Zikri, tiapkali dia bergaduh ke, ada apa² lah antara dia ngan Zikri, segera lah dia mengadu kat aku Zikri gini gini dan gini….

Tapi, selagi aku tak tegur Zikri, tak marah, selagi tu lerrrrrrrrrrr dia sebut² hal tu….

Time baek ngan Zikri kemain lagi bercerita itu ini sampai terkeluar cerita yang dia ni pernah kerja kat kedai makan Yusuf Haslam.. betul ke tidak, wallahualam.. Tapi cara dia bercerita, mengaku selalu kena marah sebab salah antar order, logik lah juga!

Pastu dia ni ada satu peel, suka termenung… bila dia termenung tu, memang jauh betul nampaknya sampaikan panggil pun tak dengar… Memang kena panggil betul² baru dia berenti melangut..

Pastu time angin kus kus dia datang, ko tanya hapa, dia jawap ntah apa² slow nak mampus… bukan takat slow lagi dah, memang tak kuar suara langsung, dia gerakkan bibir jer…

punya lah sakit jiwa aku nak kena tanya banyak² kali.. makin tanya, makin slow suara dia.. kalo korang, apa korang buat.. hampuk kepala dia kasi pecah??

Oii cakap kuat skit kasi saya dengar tak boleh ker? awak ingat saya pandai ke baca gerak mulut awak tu???

itu jer yang mampu aku buat…

Tapi bila datang hari menggeletik, menggatal… orang kat parking cakap sama sendiri pun dia boleh menyampukk…. Zikri ler ngadu kat aku

Mama, tengok bibik tu nyampuk orang bawah cakap

Aku rasa nak telan dia idup² pun tak berselera… aku marah dia cukup²… dia cakap, orang tu cakap ngan dia..

Takde maknanya dia nak cakap awak, jangan perasan!!!

Budak² main kat bawah pun dia boleh terpekik mengusik budak² tu main.. Suka sangat melangut kat tingkap intai orang…

Kalo orang datang umah aku pun cenggitu… Lepas hidang air, terus dia terjelepuk sama² kat hall ngan tetamu… Lepas aku tegur, barulah masuk ke dalam…

Dah ler tiap kali hubby aku balik, dia tersipu2 pi menyorok belakang pintu, ntah apa jadahnya kata malu, kepala hotak dia lahhh!!!

Pastu dah lama keje ngan aku, aku pun terpikir ler, kalo dah basuh ayam pun tak reti, basuh beras cemana gamaknya…?? Sebab tiapkali dia masak nasi, bau beras tu semerbak jer bukan main…

One day, aku intai dia basuh beras… sekali cuci terus dia nak masukkan lam periuk dah… aku pun tanya lah kenapa dia basuh beras sekali jer

dia cakap kawan dia yang ajar macam tu.. mangkuk ayun betul… selama dia duk ngan aku, kami ni makan nasi tak bersih lah!!!

Lassst sekali yang buat aku hangen, dia pi salut 4 ketul ayam dengan sebungkus kunyit…. abes kunyit sebungkus yang aku baru beli tu….

Aku takde suruh pun dia buat, dia RAJEN pi buat…..!!!

Aku marah dia cukup²..

ko mem ke aku mem?  Kalo aku mem, kenapa aku nak kena buat balik apa² kerja yang ko buat??  Kenapa aku nak kena cek balik semua keje² ko??  Kalo macam ni, baik aku tak payah ada ko, ko berenti jer.. aku buat sendiri semua keje lagi senang hati…. Ko pergi, aku taknak tengok muka ko!!

Pastu hubby balik, dia ngadu kat hubby aku suh dia berenti, ngadu kata aku suh dia keluar, aku tak mau tengok muka dia… masa tu dia dah kemas beg dia, duk kat hall tunggu hubby balik, nak suh hubby antar dia balik…

Hubby tak layan dia, masa tu kami laki bini dah bergaduh… Hubby duk pertikai kenapa aku buat macam tu, aku duk pertikai aku ni dah nak sawan, gila meroyan duk melayan memekik marah dia hari², sakit jiwa dengan kerja² dia yang semua aku nak kena double cek…

Tapi si Linda ni duk bising² lagi ngadu aku suruh dia balik, ulang² benda tu last² hubby tengking dia…. Baru dia diam.. gamaknya dia ingat nak dapatkan pembelaan… kekekekeke

But the next morning.. aku bangun as early as 7am, tengok umah sunyi sepi… cari Linda takde… merata² takde… tapi kaen baju dia ada lagi 4-5 helai, telekung sembahyang dia pun ada lagi…

Sah, dia dah larii… Call hubby tanya, hubby tak tahu… tanya sana sini, tanya kakak cleaner kat bawah, pun cakap tak nampak dia… ermmm…..!!  Call tekong dia, tekong dia pun tak tahu…

2 hari call tekong dia cakap tak tahu… dah ler dia tu takde sedara mara.. tapi hari ke-3 tetiba plak ada pakcik dia kat Cheras.. tetiba plak dia boleh pi umah pakcik dia kat Cheras kata tekong tu…

Then tekong minta duit gaji dia kat aku… hubby suh aku cakap, kalo nak gaji dia, suruh dia sendiri datang umah mintak… kalo pandai lari, mestilah pandai datang balik…

abesnya, gitu jer lah kisahnya si Linda Nurhayati ni… sampai ke sudah dia tak datang amek gaji dia.. tapi kami syak, bukan dia nak gaji dia, tekong dia yang beriya nak kebas….

p/s: dia ni kaaaan memang tak ngaku dia ni jawa ke, madura ke hapa ke… katanya dia dari jakarta (ada class)….

pernah sekali tu, kitorang makan kat kg. baru.. ada group budak lelaki kelantan tengah duk rancak berborak, dia boleh mai kat aku bisik “Madura lah tu”. Kami bantai gelak sampai terbahak… Nak tunjuk pandai konon….

Pastu nak lekeh² keturunan orang laen.. adusssshhhh!!!

TAMAT Maid #02 insyaAllah sambung Maid #03 plak yaaa….

Sekian...!
Category: maid  16 Comments