Archive for » July 28th, 2009«

Bunga Mekar Layu Macam Kena Jirus Air Panas

 

Petang tadi pukul lima bos call suh aku pi Corus Hotel antar dokumen kat dia…

Aduiii pepetang hari ni nak suh aku meredah KLCC?? Orang laen sibuk nak kuar dari tempat tu, tapi aku plak gi serah diri,… Geramnya kat bos tuuuu……

Balik dari sana, call hubby.. alang2 nak balik umah, memang lalu umah catering, boleh ler menyinggah kat dia… Nak suruh aku redah Jalan Semarak tu tengah2 waktu orang balik keje.. adusss tak sanggup…

Kata hubby dia nak kena pi Kg. Baru, nak beli kueh tuk catering Maybank KLCC..

Chantek laa tu, tunggu ler baby, jap lagi baby sampai…

dah sampai, dia tanya aku

datang sini nak buat apa??

Adussshhh apakah soalan itewww?

So takyah aku nak panjang2 citer, impian aku nak bonceng motor ikut hubby “jalan2” hancur musnah berkecai macam tajuk kat atas tu jugaaak….

Aku patah balik ke kereta… start enjin, blah!!!

Tak puas ati sebab si lelaki yang bernama hubby aku  ni, tak de pun nak pujuk ke hapa……….!!!!

Hantuk kepala kat stereng kereta (tapi aku tak buat pun…!)

And now…. Pukul 11.20pm, hubby pun lom balik dan……………….

.

.

.

Budak2 yang bernama Zulfan & Zulaikha masih joget mambo lagi panjat situ sini, lompat sini sana taknak tido… tak menjahit lah aku dibuatnyaaaa…!!!

Sekian...!
Category: hubby  8 Comments
Bersalin Tapi Macam Kena Cabul??

 

Sebelum apa², aku nak ingatkan di sini, aku dapat info ini dari email… Sungguh drastik cara penyampaiannya jadi aku cuma menyampaikan sahaja supaya kita dapat kongsi bersama²…

Andai cerita ini auta semata², pohon maaf dan kepada yang berkenaan, silalah bersihkan nama sendiri.. (adalah tu kot sapa² yang dengki kat hang)

Beritahulah kepada saudara-mara, rakan dan sahabat handai yang
berada di sekitar KLANG atau yang berniat untuk ke Hospital T***KU
A*P**N R*HI**H, KLANG bagi tujuan bersalin.

Di Hospital ini bahagian ibu bersalin: Doktor muda yang membuat
pemeriksaan BE (jalan) di bahagian kemasukan wad bersalin tidak
membenarkan pesakitnya menutup kain semasa baring supaya lebih
kelihatan berbogel dan sambil menyeluk akan melihat muka pesakit
(terutama yang muda mengandungkan anak sulung) dalam keadaan
tersenyum.

BE yang dilakukan juga agak lama sambil 2 jari meninjau ke atas, ke
bawah, ke kiri, ke kanan seluruh bahagian di dalam alat perempuan
sehinggakan ibu yang belum terasa sakit nak bersalin terpaksa
menahan daripada geli dan nama doktor ini adalah Doktor A*b*r.

Di dalam ‘Labour Room’ tirai yang sepatutnya ditarik supaya pesakit
tidak nampak sesama sendiri dan doktor atau nurse yang lalu-lalang
kat dalam bilik itu boleh terpandang pesakit dalam keadaan
terkangkang tidak ditarik.

Isteri-isteri anda diperlakukan seperti tidak ada maruah dan tak
ubah seperti pelacur jalanan.

Hospital ini juga suka melakukan pembedahan walaupun tanpa kebenaran. Jika isteri anda terpilih sebagai ’subject’ untuk operation maka penipuan akan dilakukan seperti dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur air.

Bila isteri anda sudah tidak sedar, apa-apa saja boleh dibuat. Anda cuma akan diberitahu ‘perlu operation’ walaupun anda tidak setuju dan tidak menandatangani apa-apa tapi operation tetap akan dalam masa 24 jam tentu isteri anda tidak mampu operation perlu kerana nanti ‘anak’ anda akan lemas’

Doktor-doktor di sini juga suka menyeluk ibu yang susah bersalin
dengan tangan mereka bagi tujuan menarik kepala bayi. Penggunaan
alat-alat seperti alat besi untuk membesarkan ‘jalan’ tidak
digunakan kerana cerewet dan malas.

Doktor yang menyeluk pula mesti yang bertugas pada hari itu, kalau 4 orang doktor maka 4 orang yang akan mencuba ‘try & error’ seperti repair enjin kereta.

Ibu yang telah dioperate dan telah sedar DIBOGELKAN kemudian
DITUKARKAN baju oleh pembantu hospital LELAKI (tidak ada pembantu
perempuan ke untuk buat kerja ini atau ramai lelaki pondan kat situ
atau lelaki gila seks?)

Hospital ini adalah Kampus Cawangan U*, sudah tentu ibu-ibu yang
bersalin adalah ’subject’ bahan kajian untuk doktor-doktor pelatih
yang muda-muda.

Tolong forwardkan e-mail saya ini kepada semua di Malaysia
ini.
Jika ingin bersalin, cubalah pergi ke hospital swasta dan
tentukan anda mendapat doktor perempuan jika boleh, jika tidak
pastikan doktor lelaki yang anda dapat itu adalah seorang doktor
yang amanah dan boleh dipercayai sambil si suami boleh masuk ke mana sahaja isteri anda masuk.

Mahkota isteri hanyalah untuk suami, jangan biarkan doktor lelaki
memeriksa isteri tanpa si suami berada di sebelah….
Pergi ke hospital
swasta bukan sebab ‘high class’ tapi korbankan duit anda  Duit boleh dicari tapi agama dan maruah bagaimana

Yang aku strike tu sebab aku tak setuju cara dia bercakap suruh pergi ke hospital swasta sebab aku bersalin kat HKL, labour room nya sangat macam 1st class dan layanan nurse² kat labour room sangat² superb…

Tak abes duit aku RM100 bayar bil bersalin…

24

**Gambar hiasan sahaja.. :) :) :) :) :)

Sekian...!
Category: Sharing  12 Comments
Dia Baca Lah…!

 

Situasi di ruang tamu rumah aku… Hubby tengok tv.

sambil² aku on laptop, connecting to internet, dia sound;

Ika, tu mama dah nak blog tuu…

Aku menjeling, tanda aku marah sebab dia suruh Ika kacau aku.. (takleh nak senang² sikit)

Pastu aku teringat pasal entry Saya, Suami & Belog Saya yang aku post couples day before..

Abang, abang baca tak blog baby?

Baca laa jugaaak sambil² cek email… Cek email pun seminggu sekali jer, kalo sempat abang baca laah

Baca kat mana?  Tang mana baca blog?

Bila bukak email kat umah ma.. kadang kat cyber cafe, kalo nak kejar masa tak bukak laaa

Aiikk… sungguh ajaib!

Apa address blog baby?

www dot sweetdarling seventy nine dot com dot mai

Mana datangnya dot com dot mai tu?? mana ada dot mai

sama jer… blog dari mesia, ada lah mai tu…

KORANG PERCAYA TAKKKK???? BULEH PERCAYA KER?? 

Sekian...!
Category: hubby  7 Comments