Archive for » July 27th, 2009«

Tempah Baju Melayu

Sabtu, kami anak beranak bersiap² keluar.. banyak urusan aku nak kena settlekan…

First ke Giant, sebab nak cari 3-4 helai baju budak perempuan tuk Applique Tee Shoppe aku, lepas tu aku ke Avon plak beli order dari budak² opis aku….

Kemudian, barulah aku ke Pasar Keramat, pi ke tailor ni, sebab nak tempah baju melayu tuk Zikri & Zulfan….

Sebelumnya aku dah datang survey harga, ada satu kedai tu namanya Saddam.. sesapa yang biasa lalu depan Pasar Keramat ni memang notice la kaen rentang Saddam Tailor ni..

Tapi mak aiii sombong nak mampus.. orang nak mampus pun tak sombong cam dia…

Aku tanya, layan tak layan jer menjawap… Pastu aku tanya harga takleh kurang lagi ker, “tambah lagi bolehlahh”

waaaah gitu dia jawab kat aku.. Malas aku nak layan, aku terus blah.. nak jer aku melaser kat dia, takde kedai laen ke yang dia nak sombong² tu?  Tapi terkatup laa plak mulut aku ni ngenangkan dia orang tua…

Pastu aku teringat, kat celah tu ada lagi satu kedai… Abang tailor ni nak keluar masa aku sampai tu.. nasib baek…

Sanggup plak dia bukak balik pintu kedai dia, padahal bukan aku nak masuk pun.. aku nak tanya harga dulu, kalo sesuai, aku proceed lah

Dia bagi harga RM60.. aku mintak kurang dia kasi RM55…

Aku mintak kurang lagi memandangkan aku nak tempah tuk 2 helai.. Dia bagi….

So dats y, sabtu nya aku bawak bebudak ni datang ukur… Biar siap awal, senang…!

DSCN3007 DSCN3008 DSCN3012 DSCN3010 DSCN3011

Abang tailor ni puji ini budak sangat cerdik.. tak nangis pun bila kena ukur… Dia cakap, dia dah ukur banyak budak, kebanyakkannya menangis takmo di pegang…

Huuuuh, ini budak memang gangster… mana nak takut orang…! Hahahahaha…

First time ni bebudak ni pakai baju melayu customade… kita tengok cemana hasilnya… mestilah bagus kan nak banding kalo aku yang jahit macam yang hubby suruh… ehehehehehe

Bebaloi tak RM50 seorang… murahh!!!

Weii mana nak cari dah tailor menjahit RM20-30??  Tailor sekarang kaya² tauu.. agak² tak tahu nak buat keje apa, pi belajar menjahit, pastu amek upah… sure lumayan!!

Sekian...!
Four Happy Season

DSCN3038

Semalam kami ke Four Happy Season di Wangsa Maju…

First time makan kat sini.. (alamaak, macam takde mood nak membebel…) apakata layan gambar jer dengan short caption?)

DSCN3028

Zikri makan Hailam Mee share dengan Rohmah.. nasib baek lah suruh share, pinggannya mai aiii besar gajah!!… Rasanya not bad…

.

.

DSCN3031

Aku pilih Blackpepper beef with rice tapi tetiba plak dia kasi menu Combo which is ada sayuran & octopus… grrr takpe lah, makan jer… rasanya so so sahaja… Takde yang istimewa puun…..

.

.

DSCN3035

Menu hubby Cantonese Kiew Tiaw… Nothing special, bahan² kat dalam pun sikit jer, kata hubby…

.

.

DSCN3036

Chicken apa ntah ke namanya ni.. menu tuk Zulfan & Ika… sedap, at least something different laaa skit…

.

.

DSCN3029DSCN3032 DSCN3033DSCN3034

Tapi beverages kat sini memang wallaaaa… segelas cuma RM5.80 sangat berbaloi sebab besar gelas tuu nak compare dengan restoran² laen yang setaraf….

.

.

DSCN3037

Overall… takde ler sedap mana pun makan kat sini… cuma tak mahal sangat makanannya, boleh mampu…

Semua sekali menu kat atas to cost RM70++…

Sekian...!
Category: Makan²  6 Comments