Archive for » July 25th, 2009«

’saya, somi saya, dan belog saya’

 

 

ini entry untuk MamaMencah punya give-away… hehehe

Bukan nak menang sangat, tapi seronok gak nak menjawap soklan2 ni… okeh let’s begin..!

1).  Hubby baca tak belog ni?

~ tak baca kot.. tapi dia pernah tengok, lepas tu sengeh jer sebab dah terkantoi aku kuar bilik air tengok dia ngadap belog aku… Aku tak kisah pun dia baca, biar dia tahu isi hati aku (sebenanya mengharap sangat dia baca supaya dia tahu apa yang berlaku kat bini & anak2 dia), tapi aku rasa dia tengok jer, tak baca apa2…

.

2) Kalau dia baca, agak2 dia sentap tak dgn apa yg ditulih pasal dia?

~ dia takde perasaan kot sebab macam yang aku cakap, hubby aku takde masa nak baca… takat tengok sekali imbas jer, pernah lah!

.

3) Entry laser kat belog mengenai hubby? 

~ kalo takde belog pun, aku memang kuat melaser hubby aku… aku peduliks hapa, keadilan mesti ditegakkan… Hahahahahaa…

yer, aku bukan jenis perempuan yang akan diam bila kena marah ke hapa ke, aku ni memang kuat menjawap, hubby aku pun dah tahu sejak azali, sejak kami bercinta lagi, so dia memang terima cara aku begitu.. kalo tak, takde lah pulak orang yang nak bergaduh ngan dia.. alamatnya boring lah kehidupan rumah tangga kami kaaan….? Kalo boring, camne nak beranak ramai2 kaaan…?

.

4) Dia support blogging tak?

Ntah, dia tu macam lalang… kejap OK kejap kiok..!! Ada kala aku nak ambil gambar, dia layankan ajer (dah tentu dia tahu aku nak masukkan lam belog)..

Kadang angin sewel dia datang, dia marah aku amek gambar, pastu mulalah aku hangen tarik muncung 14”… terus ler aku laser dia “takut girlfren dia baca belog aku tentang kebahagian umahtangga dia ke?”…  Lepas kena laser macam tu barulah dia nak pasrah & sedar diri bahawa bini dia ni seorang blogger yang kejap tegar kejap tak…. hehehhe

.

5) Ipar-duai baca tak belog ni?

Aku memang low-profile pasal berbelog kat depan mentua & ipar duai.. nak amek gambar pun mestilah segan….

Bukan apa, sebab kang susah plak aku nak sentap2 pasal mereka, tak boleh laa plak aku nak meluah kat sini… nama pun ipar duai, so kenalah jaga hati depa nak mentua kaaan….? maklumlah, aku ni bukan lah menantu favourite… (sedor diri!!)

Tapi tak tahu lah sebab dah banyak tempat aku publish belog aku which is example kat facebook (ipar duai aku ada dalam facebook tu).. Kut la depa perasan, dah tentu lah depa baca kaaaan….?

Tapi nak bagi link personally atau bagitau dia yang aku ada belog, tak daya aku rasanya… dan tapi lagi, pernah jer hubby aku pi bukak cerita depan adik beradik dia pasal belog aku sambil lalu gitu jer.. itupun takde depa nak berminat tanya selanjutnya….

.

secara kesuluruhan, hubby memang tak melarang aku berbelog cuma kadang2 mungkin dia rimas sebab aku asyik nak bergambar jer… dia memang dari sebelum kawen tak suka bergambar…

Sejak ada anak ni jer, dia dah pandai nak bergambar… kalo dak, pegang camera pun tak reti…

dan aku sedikit terkejut gak, bila kat gathering baru2 ni, contest tu tanya link blog isteri masing2, dia boleh jawab secara betul… walaupun begitu, aku masih percaya, DIA TAKDE MASA NAK BACA BELOG NI SECARA KESELURUHAN sebab hubby aku jenis buta IT & workaholic….

Sekian...!
Category: Diary  10 Comments