Archive for » July 17th, 2009«
syoknya dapat tidur tengahari tadi selama sejam setengah dalam surau…
Di kala semua orang sibuk keluar berjalan di waktu rehat yang panjang, aku sorang² aman lena dalam surau.. kenapa sekarang aku jadi kaki tido?
Stop….!
Aku nak bercerita pengalaman aku selama ada 4 orang maid dalam masa tak sampai setahun… yer sila jangan pelik…
Ramai gak kengkawan (ramai ker) yang nak tahu pengalaman aku ada maid ni.. So kat sini aku nak kongsi lah.. We start with my 1st maid..
Ningsih namanya…
Katanya janda, dah bercerai sebab suami dia kaki pukul… Ada anak sorang kat indon tapi sakit, ntah sakit apa aku lupa..
Umurnya 2 tahun lebih tua dari aku, tp dia lebih selesa panggil aku kakak, takpe laa… kalo tak, nak panggil apa lagi, tak sesuweeei hokeh nak panggil aku PUAN ke MEM ke…
Pertama kali ada maid, excited pun ada… tak tahu nak layan cemana… ada orang kata jangan bagi muka, tapi kita kan sesama manusia, kalo kita tak buat baek kat dia, camne dia nak buat baek kat anak2 kita?
Waktu aku amek Ning ni, Zulaikha still 8 bulan lam perut.. Zulfan still ngan babysitter dia.. aku takut lambat serasi jadi aku biarkan Zulfan abeskan tempoh dia ngan bbsitter (Kak Yati) sampai cukup bulan..
So pagi, Ning duk sorang2 kat umah, tengahari Zikri balik sekolah, ada ler peneman..
Tiap kali aku balik keje, mata aku lapang.. keje semua siap beres.. mana2 barang yang aku malas tak sempat nak kemas selama ni, semua dah susun elok.. ada gak dia alihkan almari kat balkoni tu, wahh nampak lebih luas.. pendekata keje dia memang tip top..
seminggu jer Zulfan kat umah Kak Yati, aku nampak dia & Zulfan dah mula serasi walaupun jumpa waktu malam jer.. Pandai dia ‘tackle’ budak.. ye lah, dah ada anak kan… pandai ler selok belok peel budak ni…
Bab masak memasak memang aku tak serah kat dia.. hubby tak mau… hubby mau aku gak masak, cuma bila petang, aku balik keje, dia sama2 tolong aku prepare apa benda nak masak.. tapi lebih banyak panaskan lauk pauk yang hubby masak tuk catering siangnya.. (aku tak rajen larat laa, dah sarat kan masa tu)
Satu yang aku tak berkenan pasal Ning ni, dia ni tak sudah berkepit ngan henpon.. Aku tak pulak melarang asalkan keje siap.. Orang baru 1st time ada maid, tak kenal lagi pantang larang maid ni..
Kemuncak, seminggu jaga Zulfan, tetiba satu ari tu pukul 4pm, dia call aku cakap nak berenti.. Berderau darah aku.. Aku tanya kenapa, then try pujuk bla bla bla.. aku cakap, hokeh walau apapun, jangan balik selagi aku tak sampai umah.. dia setuju…
Pendek cerita, dia nak balik jugak sebab “laki” dia tak bagi dia keje sini lagi.. (Eh tetiba plak ada laki kat sini).. aku dah malas nak soal banyak, panggil hubby balik..
Tengah² duk bincang tu, aku dengar jantan duk panggil nama dia dari tempat parking. dapur aku tu mengadap parking umah plak tingkat 2, haruslah boleh dengar..
Rasa lagi geram, macamana plak jantan tu tahu rumah aku walhal aku amek & jemput si Ning ni dulu dari umah sepupu dia kat belakang Zoo Negara tu… (bukan penghuni Zoo yer.. kekekeke)
Alasan laen sebab nak berenti, katanya Zikri macam tak suka dia.. (adakah?) Perlu ke dia nak mengambil kira budak kecik yang tak berapa empuk dagingnya tu?
Cakap macamana pun, dia nak berenti gak, pujuk suruh tunggu sampai aku dapat replace maid lain pun tak mahu jugak lebih lagi telefon dia duk berdering², jantan kat bawah duk terpekik terlolong nak maghrib² ni..
Last, laki aku suh keluar.. Aku menangis macam orang mati kucing kesayangan (walaupun aku tak berapa minat ngan kucing & benci kucing yang suka suki berak depan umah aku tuuu – umah lama)
bersambung Maid #02
Selalu kan jumpa komen box cenggini..? Yang hanya boleh di komen oleh Blogger Google Account sahajo…
Cam aku yang dah pakai dot com ni tak boleh nak komen kan?? kan kan kan??
Lomah tul laa bila jumpa komen box cenggini.. Tak dapeek nak glamer kan blog dot com aku itewww…
Kepada yang berkenaan, sila ambil prihatin terhadap blogger dot com ya…
**Nak abes dah entry draft aku.. lepas ni kena lebih gigih.. huhuhuhuhu
Ika pelik kenapa laa kepala dia berat semacam… hahahahaha…
Ini 1st time Ika sarung helmet Zulfan atas kepala dia… tu yang dia rasa pelik semacam…












Hot Comments