Archive for » July 16th, 2009«
Anak dara aku ni berani kauuuu, dia leh berjuntai kaki kat ujung katil sambil intai2 orang kat luar bilik… aktiviti selalu di lakukan bila orang tinggalkan dia sorang2 lam bilik atas katil…
Aku pernah cakap, katil ni syurga Ika… Nak2 lagi dalam kepala katil tu kann, arini jer dah londeh lagi cover kepala katil aku tuu…
Muka terkejut Ika… peel dia skang selalu suka buat muka terkejut.. hahahaha…
**entry ado2 sajer
***ketika entry ni di publish Ika dah expert pun turun katil sendiri..
Semalam petang aku balik lambat skit sebab menyinggah ke kedai baju amek stok tee shirt tuk Applique Shoppe aku….
Lama laa plak aku kena tunggu sebab mamat yang janji ngan aku tu tengah sembahyang Asar siap doa zikir bagai.. (serius ni..!!!)
Pastu sedang elok aku kuar kedai tu, hubby call tanya kat mana.
“Abang dah sampai umah tu, tolong lah masakkan Asam Pedas Ikan Pari… Rohmah dah kuarkan ikan tu dah, daun kesum & serai pun dah suruh Zikri beli tadi”
“Abang tak tahu laaa”
“Apa??? Abang tak tahu nak masak asam pedas?”
Dia diam aku pun diam…
“Dah mandi.. malas nak masuk dapur nanti badan berbau, nak kena mandi lagi”
.
.
.
.
“Takpelah” <————- dengan nada yang paling perlahan tapi pastikan hubby dengar perkataan ni then terus letak phone.
Lalalalalalala… aku nyanyi dalam hati sambil terus drive balik umah.
.
.
.
.
jeng jeeeeeeeeeeeeeeeeng….!!!
Inilah gayanya kalo hubby aku masak.. dah biasa masak pakai kuali kawah bagak raksasa kat umah cater dia kan, masak kat umah pun dia pakai kuali gak….
So apa lagi kawan²… nak ikut trick aku?? silakannnnnnnnnnnnnnnnn…!! Lenkali kalo nak apa² jangan memaksa tapi sudahi dengan kalimah magik macam aku tuuu… pasti berjaya!!!












Hot Comments