Archive for » July, 2009 «
Syok weehh tengok cerita ni tauu…. memula cam tak menarik tapi bila dah tengok, melekat plaaak…
cerita ni di sambung week by week sehingga pelakon2 nya sendiri tak tahu apa ending cerita ni….
Sooo surprise….!!
Jumaat jer, memang aku melekat depan TV3, skang pun tgh tengok ni…
Alamaaak, cemana ni???
Hahahahahaha
Kejadian di Gulati’s Shah Alam masa ngabehkan masa lunch tadi…
Hari Jumaat, lunch kan lama… so boleh ler heret si Linda ni ngan aku sama²…
Memang dah berhajat nak tambah lagi selai since tailor kata boleh.. Hubby pun dah agree nak tanggung upah tailor (tapi yang ni aku tanggung sendiri beli kaen)…
Aiisshh, macam nak buat contest laa sempena raya ni… Contest baju raya, mau nggaaak??? adiah nya lumayan looooow..
Dah shopping kaen, pi melantak plak… Kat Noodles Station…
Stringly (tak tahu apa ejaan betul) mee ni namanya laen², tapi bila dah sampai kat meja, macam lebih kurang sama jer….
Actually gambar yang bawah tu pun, sup dia lam mangkuk gak tapi si Linda ni dah curah sekaligus lam mee dia…
But anyway boleh laa… nak kata sedap amazing pun tidak, sedap yang biasa² laaa…
Air yang unik… satu namanya I miss you another one namanya I love you… Mana satu miss u mana satu love u aku tak tahu lah dah tertukar²…
Actually ni air tea tapi ada macam² rasa, yang kuning tu peach & apa ntah.. yang ijau tu apa rasanya Linda ko punya air??? aku lupa laaa….
Ada rasa macam soda skit…
Yang penting………. terpampang sijil ni kat depan pintu masuk…
Bagus bagus, boleh dipuji… jangan bila orang mintak baru hegeh² nak tunjuk tu pun dah expired bagai….
Aikk… mana Linda? aku lupa amek gambo dia.. hehehehe.. anyway thanks pilihkan kain tuk aku!!
Arini ni ke Canon.. nak repair printer.. kang makin tangguh, makin sangap aku nak buat kerja..
Melilau nak mencari bangunan Canon ni.. aduuuh…. pasrah, beranikan diri berdikari.. kalo nak arapkan hubby, ntah tahun depan pun tak terhantar lagi….
Siap proses, alahaiii cepat nauuu tak padan perjalanan aku ke sana…. Then, tunggu dalam masa seminggu tuk depa repair..
Thanks Canon.. tapi jauh sangat lah!
Semalam kan hubby sms cakap “luv u” bagai ajak pi umah MIL, ada pasar malam…
As usual, Rohmah akan bawak baju spare tuk aku, kadang aku rimas, aku mandi kat sana, kalo tak, aku carry on jer baju keje sampai balik….
Semalam, lama plak melepak kat umah MIL… Pukul 10 lebih baru balik, parking dah full kat dalam, terpaksa kuar balik, parking kat luar…
Gini ler gayanya kalo duk kat apartment Mesia ni, parking tak cukup semedang…. Sapa cepat dia dapat!
Berangkut laa anak beranak jalan kaki masuk ke apartment….
Tapi……..
Korang tak perasan ke kejanggalan kat gambar tu…?
Cuba perati betul²…..
.
.
.
.
.
Kemain kasut dengan suar trek & t-shirt!!!!!!
hahahahahaha
Dah ler kena jalan dari luar…. selalu balik takde la lambat gini..
Busuk² dapat parking jauh pun, still dalam apartment…!
Apa nak bueeeek datangnya cantek bergaya.. pulangnya ala² gini….
redah saja laaaa…
Handphone checked on 16:15pm
2 missed calls from “—<@Hubby”
1 sms from “—<@Hubby”
“Abg ambik anak2 pi rmh ma. Baby pi sana pi psr mlm. Love u”
Ahhh ayat memujuk ler tu…. (ini kes bunga layu)
Berapa hari nak amek masa memujuk ni tuan2 dan puan2….?? Yerrrrrrrrr 2 hari… tu pun sebab hari ni ada pasar malam.. kalo esok atau lusa ada pasar malam, esok atau lusa lah gamaknya baru dia pujuk…
Ayat last sms tu yang tak taheeeeennn tuuuu…. wakakakakakakaah!!
Gitu ler hubby tiapkali nak memujuk, takde modal laen…
Hehehehe… Puasa dah nak dekat, maka bermakna musim orang berniaga laaaa kan? kan kan kan kan??
Aku pun nak berniaga jugoook (please read: saya pun nak menang jugokk)…. hehehehe
Aku adalah menjual cadar….!
Ini adalah belian pertama aku tuk customer pertama… customer office aku ni jer, so buleh ler aku bagi installment kat diorang…. (untuk orang yang aku kenal rapat sahaja…)
Ini lah rupa cadar yang aku beli tu… cantek takk??
Kalo canteeek, cuci² lah mata tu ya… day by day aku tambah lagi koleksi kat lam blog tuuu…
So jenguk2 lah kat link
Bangun pagi tadi pukul 5.45am waktu azan Subuh berkumandang…
Semalam aku takleh nak menjahit, so aku bangun pagi² sebab nak menjahit…
Dalam pukul 6am, bunyi siren Bomba, Polis ne noo neee nooo kat luar umah tu…
Si Rohmah berdiri kat balkoni memekik
Kaaak, apa tu?
Aku bingkas bangun jenguk gak kat balkoni… Ya Allah, terbakar…
Siren dah bunyi sana sini… Tapi makin lama, makin besar plak api tu…. Kebakaran ni kat jalanraya nak menuju ke Sentul, depan masjid…
Tak silap aku depan masjid tu ada kedai perabot.. Oh, no!! Baru semalam lalu depan tu, berhajat gak nak cuci² mata kat situ….
Bunyi meletup²… huhuhu ntah ada nyawa kat situ ke tak?? Cemana jiran² yang berdekatan??
Aku pobia lah pasal terbakar² ni… Dah 2x pengalaman tengok kebakaran depan mata. Pernah dulu jiran kat kampung, tapi bukan side umah aku, seberang jalan…
Sekejapan hangus satu umah.. Aku memang mengadap kebakaran tu dari awal sampai akhir… pilu rasanya…!
Sekelipan mata, perabot dan segala macam peralatan lenyap sekelip mata… Bila pikir² macam tu, sayangnya nak beli barang² umah, kalo jadi benda² macam ni.. alahaaaii…
Tapi cepat² aku berbalik pada yang asas, qada’ & qadar, semua ketentuan tu di tangan Allah… Kita tak boleh nak menentang azali tu…
Pukul 7am baru selesai…. Tak tahu lah cemana keadaannya… Tengoklah bila² aku lalu kat situ baru boleh tengok sebab itu bukan laluan aku sehari²….
Aku adalah sangat jeles hokeh bila baca entry sana sini duk cerita cash out income from nuffnang…
ada tu aku baca, dia baru 2 bulan bukak blog tapi dah dapat cash out RM50… nuffnang, cemana hang kira ni?? aku dah nak masuk setahun blogging, baru RM40 jer niiih…..
Apa cara sebenarnya nak bagi nuffnang ni kasi kita banyak duit?? Aku heran bin ajaib niii….!!!
**Hambekk ko pagi2 macam ni aku dah bising pasal duit.. kekekekekke
Online CIMB nak buat regular monthly payment, so as usual aku kena lah connecting dengan printer…
Pasang cable printer connect dengan laptop… Pastu ON, tup tup…!!
Haaaah pesal tak leh on niii???
Bingkas bangun cek plug segala bagai… semua dah terpasang elok, tekan button ON tak nyala2 jugaaak..
adushh adusssh
Ika maen ke printer ni Rohmah???
aku dah memekik… sakitnya jiwa… beli tak sampai setahun, huuuh tak sampai 6 bulan pun lagil… aku beli 11 mei baru ni sekali ngan laptop ni sempena burfday aku, ingat tak???
Then kenapa jadi macam ni? Printer ni punca rezeki aku ngan Applique Tee Shoppe… takde printer, tak gunalah aku pakai laptop ni…
Sapa lagi yang suka kelebek printer aku ni melainkan Ika…? Dia sorang jer yang menyibuk nak duduk celah printer tiapkali aku wat keje kat meja ni…
Dah ler tak jumpa mana warranty card dia… seingat aku memang takde warranty kot sebab masa aku beli kat Carrefour aritu, dia cakap, try pakai laa sebelum 10 hari dari tarikh belian.. kalo tak boleh pakai ke apa ke, dalam 10 hari boleh tukar baru…
Kalo ada warranty, sure aku dah simpan kat dalam fail warranty kad.. kat situ semua barang2 yang ada warranty, kumpul kat situ…
ADOiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….!!!!!!
Dah la arini dah terbang RM150 pi servis kereta… ini apa plak ni??
Ada mood nak cerita sambungan pasal si Linda Norhayati ni….
Refer pada siri 1 aritu, aku sambung lah gelagat dan perangai dia yang tak abes² buat aku stress duk dalam pantang… nasib baek tak meroyan kaaan….
dah berpuluh2 kali aku minta tukarkan dia ni, aku nak yang laen, tapi alasannya asyik takde stok dah.. nak tak nak, sementara tunggu ‘stok’ baru tu, aku kenalah bertahan selama mana yang mampu….
berbalik pada kisah maid #02 aku ni, ada satu kes tu, pasal buat susu…
selalunya buat susu 1oz, satu sudu… tapi penat aku ajar dia… tak jugek reti²…
selalu buat 6oz = 6 scoop..
bila suruh buat laen dari 6oz sukatan dia dah tunggang lagang puting beliung ntah berapa sudu dia letak…
pernah jer aku tengok dia letak susu, aku kira dah cukup, dia kira tak cukup² lagi… patut lah si Zulfan lama mencirit masa tu….
suruh goreng karipap pun macam tu.. aku suruh dia goreng 10, jadinya terlebih².. aku syak dia ni tak pandai kira… abeh, tengok jam pun tak pandai!!!
then, hal dia ngan Zikri.. aku amat mengambil berat la pasal kes Zikri ni since Maid #01 cakap, Zikri macam tak suka dia, so aku pesan kat Zikri jaga tingkah laku jangan nak berlagak sangat…
Dengan Linda ni pun aku pesan, kalo Zikri ada buat apa², bagitau la aku so aku boleh tegur, jangan ambil hati dengan dia
Takk.. saya tak ambil hati dengan dia, dia kan budak lagi..
Waaah gitu jawapan dia…
Tiap kali aku puji dia pun dia akan jawab
Saya tak mahu dipuji… Tak suka
Aku puji dia sebab dia rajen… pastu pandai mengurut…!
Tiap kali kena marah plak, dia jawab
Saya tak kecik hati kok
Aaaaa gitu dia ni… kemain lagi kaaan… Berbalik pada hal Zikri, tiapkali dia bergaduh ke, ada apa² lah antara dia ngan Zikri, segera lah dia mengadu kat aku Zikri gini gini dan gini….
Tapi, selagi aku tak tegur Zikri, tak marah, selagi tu lerrrrrrrrrrr dia sebut² hal tu….
Time baek ngan Zikri kemain lagi bercerita itu ini sampai terkeluar cerita yang dia ni pernah kerja kat kedai makan Yusuf Haslam.. betul ke tidak, wallahualam.. Tapi cara dia bercerita, mengaku selalu kena marah sebab salah antar order, logik lah juga!
Pastu dia ni ada satu peel, suka termenung… bila dia termenung tu, memang jauh betul nampaknya sampaikan panggil pun tak dengar… Memang kena panggil betul² baru dia berenti melangut..
Pastu time angin kus kus dia datang, ko tanya hapa, dia jawap ntah apa² slow nak mampus… bukan takat slow lagi dah, memang tak kuar suara langsung, dia gerakkan bibir jer…
punya lah sakit jiwa aku nak kena tanya banyak² kali.. makin tanya, makin slow suara dia.. kalo korang, apa korang buat.. hampuk kepala dia kasi pecah??
Oii cakap kuat skit kasi saya dengar tak boleh ker? awak ingat saya pandai ke baca gerak mulut awak tu???
itu jer yang mampu aku buat…
Tapi bila datang hari menggeletik, menggatal… orang kat parking cakap sama sendiri pun dia boleh menyampukk…. Zikri ler ngadu kat aku
Mama, tengok bibik tu nyampuk orang bawah cakap
Aku rasa nak telan dia idup² pun tak berselera… aku marah dia cukup²… dia cakap, orang tu cakap ngan dia..
Takde maknanya dia nak cakap awak, jangan perasan!!!
Budak² main kat bawah pun dia boleh terpekik mengusik budak² tu main.. Suka sangat melangut kat tingkap intai orang…
Kalo orang datang umah aku pun cenggitu… Lepas hidang air, terus dia terjelepuk sama² kat hall ngan tetamu… Lepas aku tegur, barulah masuk ke dalam…
Dah ler tiap kali hubby aku balik, dia tersipu2 pi menyorok belakang pintu, ntah apa jadahnya kata malu, kepala hotak dia lahhh!!!
Pastu dah lama keje ngan aku, aku pun terpikir ler, kalo dah basuh ayam pun tak reti, basuh beras cemana gamaknya…?? Sebab tiapkali dia masak nasi, bau beras tu semerbak jer bukan main…
One day, aku intai dia basuh beras… sekali cuci terus dia nak masukkan lam periuk dah… aku pun tanya lah kenapa dia basuh beras sekali jer
dia cakap kawan dia yang ajar macam tu.. mangkuk ayun betul… selama dia duk ngan aku, kami ni makan nasi tak bersih lah!!!
Lassst sekali yang buat aku hangen, dia pi salut 4 ketul ayam dengan sebungkus kunyit…. abes kunyit sebungkus yang aku baru beli tu….
Aku takde suruh pun dia buat, dia RAJEN pi buat…..!!!
Aku marah dia cukup²..
ko mem ke aku mem? Kalo aku mem, kenapa aku nak kena buat balik apa² kerja yang ko buat?? Kenapa aku nak kena cek balik semua keje² ko?? Kalo macam ni, baik aku tak payah ada ko, ko berenti jer.. aku buat sendiri semua keje lagi senang hati…. Ko pergi, aku taknak tengok muka ko!!
Pastu hubby balik, dia ngadu kat hubby aku suh dia berenti, ngadu kata aku suh dia keluar, aku tak mau tengok muka dia… masa tu dia dah kemas beg dia, duk kat hall tunggu hubby balik, nak suh hubby antar dia balik…
Hubby tak layan dia, masa tu kami laki bini dah bergaduh… Hubby duk pertikai kenapa aku buat macam tu, aku duk pertikai aku ni dah nak sawan, gila meroyan duk melayan memekik marah dia hari², sakit jiwa dengan kerja² dia yang semua aku nak kena double cek…
Tapi si Linda ni duk bising² lagi ngadu aku suruh dia balik, ulang² benda tu last² hubby tengking dia…. Baru dia diam.. gamaknya dia ingat nak dapatkan pembelaan… kekekekeke
But the next morning.. aku bangun as early as 7am, tengok umah sunyi sepi… cari Linda takde… merata² takde… tapi kaen baju dia ada lagi 4-5 helai, telekung sembahyang dia pun ada lagi…
Sah, dia dah larii… Call hubby tanya, hubby tak tahu… tanya sana sini, tanya kakak cleaner kat bawah, pun cakap tak nampak dia… ermmm…..!! Call tekong dia, tekong dia pun tak tahu…
2 hari call tekong dia cakap tak tahu… dah ler dia tu takde sedara mara.. tapi hari ke-3 tetiba plak ada pakcik dia kat Cheras.. tetiba plak dia boleh pi umah pakcik dia kat Cheras kata tekong tu…
Then tekong minta duit gaji dia kat aku… hubby suh aku cakap, kalo nak gaji dia, suruh dia sendiri datang umah mintak… kalo pandai lari, mestilah pandai datang balik…
abesnya, gitu jer lah kisahnya si Linda Nurhayati ni… sampai ke sudah dia tak datang amek gaji dia.. tapi kami syak, bukan dia nak gaji dia, tekong dia yang beriya nak kebas….
p/s: dia ni kaaaan memang tak ngaku dia ni jawa ke, madura ke hapa ke… katanya dia dari jakarta (ada class)….
pernah sekali tu, kitorang makan kat kg. baru.. ada group budak lelaki kelantan tengah duk rancak berborak, dia boleh mai kat aku bisik “Madura lah tu”. Kami bantai gelak sampai terbahak… Nak tunjuk pandai konon….
Pastu nak lekeh² keturunan orang laen.. adusssshhhh!!!
TAMAT Maid #02 insyaAllah sambung Maid #03 plak yaaa….
Petang tadi pukul lima bos call suh aku pi Corus Hotel antar dokumen kat dia…
Aduiii pepetang hari ni nak suh aku meredah KLCC?? Orang laen sibuk nak kuar dari tempat tu, tapi aku plak gi serah diri,… Geramnya kat bos tuuuu……
Balik dari sana, call hubby.. alang2 nak balik umah, memang lalu umah catering, boleh ler menyinggah kat dia… Nak suruh aku redah Jalan Semarak tu tengah2 waktu orang balik keje.. adusss tak sanggup…
Kata hubby dia nak kena pi Kg. Baru, nak beli kueh tuk catering Maybank KLCC..
Chantek laa tu, tunggu ler baby, jap lagi baby sampai…
dah sampai, dia tanya aku
datang sini nak buat apa??
Adussshhh apakah soalan itewww?
So takyah aku nak panjang2 citer, impian aku nak bonceng motor ikut hubby “jalan2” hancur musnah berkecai macam tajuk kat atas tu jugaaak….
Aku patah balik ke kereta… start enjin, blah!!!
Tak puas ati sebab si lelaki yang bernama hubby aku ni, tak de pun nak pujuk ke hapa……….!!!!
Hantuk kepala kat stereng kereta (tapi aku tak buat pun…!)
And now…. Pukul 11.20pm, hubby pun lom balik dan……………….
.
.
.
Budak2 yang bernama Zulfan & Zulaikha masih joget mambo lagi panjat situ sini, lompat sini sana taknak tido… tak menjahit lah aku dibuatnyaaaa…!!!
Sebelum apa², aku nak ingatkan di sini, aku dapat info ini dari email… Sungguh drastik cara penyampaiannya jadi aku cuma menyampaikan sahaja supaya kita dapat kongsi bersama²…
Andai cerita ini auta semata², pohon maaf dan kepada yang berkenaan, silalah bersihkan nama sendiri.. (adalah tu kot sapa² yang dengki kat hang)
Beritahulah kepada saudara-mara, rakan dan sahabat handai yang
berada di sekitar KLANG atau yang berniat untuk ke Hospital T***KU
A*P**N R*HI**H, KLANG bagi tujuan bersalin.
Di Hospital ini bahagian ibu bersalin: Doktor muda yang membuat
pemeriksaan BE (jalan) di bahagian kemasukan wad bersalin tidak
membenarkan pesakitnya menutup kain semasa baring supaya lebih
kelihatan berbogel dan sambil menyeluk akan melihat muka pesakit
(terutama yang muda mengandungkan anak sulung) dalam keadaan
tersenyum.
BE yang dilakukan juga agak lama sambil 2 jari meninjau ke atas, ke
bawah, ke kiri, ke kanan seluruh bahagian di dalam alat perempuan
sehinggakan ibu yang belum terasa sakit nak bersalin terpaksa
menahan daripada geli dan nama doktor ini adalah Doktor A*b*r.
Di dalam ‘Labour Room’ tirai yang sepatutnya ditarik supaya pesakit
tidak nampak sesama sendiri dan doktor atau nurse yang lalu-lalang
kat dalam bilik itu boleh terpandang pesakit dalam keadaan
terkangkang tidak ditarik.
Isteri-isteri anda diperlakukan seperti tidak ada maruah dan tak
ubah seperti pelacur jalanan.
Hospital ini juga suka melakukan pembedahan walaupun tanpa kebenaran. Jika isteri anda terpilih sebagai ’subject’ untuk operation maka penipuan akan dilakukan seperti dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur air.
Bila isteri anda sudah tidak sedar, apa-apa saja boleh dibuat. Anda cuma akan diberitahu ‘perlu operation’ walaupun anda tidak setuju dan tidak menandatangani apa-apa tapi operation tetap akan dalam masa 24 jam tentu isteri anda tidak mampu operation perlu kerana nanti ‘anak’ anda akan lemas’
Doktor-doktor di sini juga suka menyeluk ibu yang susah bersalin
dengan tangan mereka bagi tujuan menarik kepala bayi. Penggunaan
alat-alat seperti alat besi untuk membesarkan ‘jalan’ tidak
digunakan kerana cerewet dan malas.
Doktor yang menyeluk pula mesti yang bertugas pada hari itu, kalau 4 orang doktor maka 4 orang yang akan mencuba ‘try & error’ seperti repair enjin kereta.
Ibu yang telah dioperate dan telah sedar DIBOGELKAN kemudian
DITUKARKAN baju oleh pembantu hospital LELAKI (tidak ada pembantu
perempuan ke untuk buat kerja ini atau ramai lelaki pondan kat situ
atau lelaki gila seks?)
Hospital ini adalah Kampus Cawangan U*, sudah tentu ibu-ibu yang
bersalin adalah ’subject’ bahan kajian untuk doktor-doktor pelatih
yang muda-muda.
Tolong forwardkan e-mail saya ini kepada semua di Malaysia
ini. Jika ingin bersalin, cubalah pergi ke hospital swasta dan tentukan anda mendapat doktor perempuan jika boleh, jika tidak
pastikan doktor lelaki yang anda dapat itu adalah seorang doktor
yang amanah dan boleh dipercayai sambil si suami boleh masuk ke mana sahaja isteri anda masuk.
Mahkota isteri hanyalah untuk suami, jangan biarkan doktor lelaki
memeriksa isteri tanpa si suami berada di sebelah…. Pergi ke hospital
swasta bukan sebab ‘high class’ tapi korbankan duit anda Duit boleh dicari tapi agama dan maruah bagaimana
Yang aku strike tu sebab aku tak setuju cara dia bercakap suruh pergi ke hospital swasta sebab aku bersalin kat HKL, labour room nya sangat macam 1st class dan layanan nurse² kat labour room sangat² superb…
Tak abes duit aku RM100 bayar bil bersalin…
**Gambar hiasan sahaja..
:)
:)
Situasi di ruang tamu rumah aku… Hubby tengok tv.
sambil² aku on laptop, connecting to internet, dia sound;
Ika, tu mama dah nak blog tuu…
Aku menjeling, tanda aku marah sebab dia suruh Ika kacau aku.. (takleh nak senang² sikit)
Pastu aku teringat pasal entry Saya, Suami & Belog Saya yang aku post couples day before..
Abang, abang baca tak blog baby?
Baca laa jugaaak sambil² cek email… Cek email pun seminggu sekali jer, kalo sempat abang baca laah
Baca kat mana? Tang mana baca blog?
Bila bukak email kat umah ma.. kadang kat cyber cafe, kalo nak kejar masa tak bukak laaa
Aiikk… sungguh ajaib!
Apa address blog baby?
www dot sweetdarling seventy nine dot com dot mai
Mana datangnya dot com dot mai tu?? mana ada dot mai
sama jer… blog dari mesia, ada lah mai tu…
KORANG PERCAYA TAKKKK???? BULEH PERCAYA KER??
Sabtu, kami anak beranak bersiap² keluar.. banyak urusan aku nak kena settlekan…
First ke Giant, sebab nak cari 3-4 helai baju budak perempuan tuk Applique Tee Shoppe aku, lepas tu aku ke Avon plak beli order dari budak² opis aku….
Kemudian, barulah aku ke Pasar Keramat, pi ke tailor ni, sebab nak tempah baju melayu tuk Zikri & Zulfan….
Sebelumnya aku dah datang survey harga, ada satu kedai tu namanya Saddam.. sesapa yang biasa lalu depan Pasar Keramat ni memang notice la kaen rentang Saddam Tailor ni..
Tapi mak aiii sombong nak mampus.. orang nak mampus pun tak sombong cam dia…
Aku tanya, layan tak layan jer menjawap… Pastu aku tanya harga takleh kurang lagi ker, “tambah lagi bolehlahh”
waaaah gitu dia jawab kat aku.. Malas aku nak layan, aku terus blah.. nak jer aku melaser kat dia, takde kedai laen ke yang dia nak sombong² tu? Tapi terkatup laa plak mulut aku ni ngenangkan dia orang tua…
Pastu aku teringat, kat celah tu ada lagi satu kedai… Abang tailor ni nak keluar masa aku sampai tu.. nasib baek…
Sanggup plak dia bukak balik pintu kedai dia, padahal bukan aku nak masuk pun.. aku nak tanya harga dulu, kalo sesuai, aku proceed lah
Dia bagi harga RM60.. aku mintak kurang dia kasi RM55…
Aku mintak kurang lagi memandangkan aku nak tempah tuk 2 helai.. Dia bagi….
So dats y, sabtu nya aku bawak bebudak ni datang ukur… Biar siap awal, senang…!
Abang tailor ni puji ini budak sangat cerdik.. tak nangis pun bila kena ukur… Dia cakap, dia dah ukur banyak budak, kebanyakkannya menangis takmo di pegang…
Huuuuh, ini budak memang gangster… mana nak takut orang…! Hahahahaha…
First time ni bebudak ni pakai baju melayu customade… kita tengok cemana hasilnya… mestilah bagus kan nak banding kalo aku yang jahit macam yang hubby suruh… ehehehehehe
Bebaloi tak RM50 seorang… murahh!!!
Weii mana nak cari dah tailor menjahit RM20-30?? Tailor sekarang kaya² tauu.. agak² tak tahu nak buat keje apa, pi belajar menjahit, pastu amek upah… sure lumayan!!
Semalam kami ke Four Happy Season di Wangsa Maju…
First time makan kat sini.. (alamaak, macam takde mood nak membebel…) apakata layan gambar jer dengan short caption?)
Zikri makan Hailam Mee share dengan Rohmah.. nasib baek lah suruh share, pinggannya mai aiii besar gajah!!… Rasanya not bad…
.
.
Aku pilih Blackpepper beef with rice tapi tetiba plak dia kasi menu Combo which is ada sayuran & octopus… grrr takpe lah, makan jer… rasanya so so sahaja… Takde yang istimewa puun…..
.
.
Menu hubby Cantonese Kiew Tiaw… Nothing special, bahan² kat dalam pun sikit jer, kata hubby…
.
.
Chicken apa ntah ke namanya ni.. menu tuk Zulfan & Ika… sedap, at least something different laaa skit…
.
.
Tapi beverages kat sini memang wallaaaa… segelas cuma RM5.80 sangat berbaloi sebab besar gelas tuu nak compare dengan restoran² laen yang setaraf….
.
.
Overall… takde ler sedap mana pun makan kat sini… cuma tak mahal sangat makanannya, boleh mampu…
Semua sekali menu kat atas to cost RM70++…













Hot Comments