Archive for » June, 2009 «

Yang Ada Sudah Tiada

Ketiadaan Pertama

Berakhirnya perjuangan maxis broadband di rumah aku.. semalam dah terminate, nasib baek dapat waive RM200 sebab return before contract 2 years… ye lah, bukan salah aku pun and bukan aku sengaja nak terminate… kalo service dia bagus, confirm aku continue pakai sampai bila²…

.

.

.

.

Ketiadaan Kedua

Semalam waktu aku tengah duk atas jalan menuju ke Petaling Jaya, hubby call.. katanya 1 of our friend dah meninggal… Otak aku tak laen tak bukan, 1 of our friend sapa lagi kalo tak Abang Ricky, kawan hubby masa kat UK dulu… but tiba² hubby cakap Azhar Darby Park… What????

Aku memang tersentap, terkejut…

Accident motor ke?? Memang itu sahaja yang terlintas kat fikiran aku.

Ha ah.. tapi masa tu dia tengah test motor kawan dia.

Oh my God!… My beloved bro…!! Innalillaaaaaaaaaaah…

Abang Azhar, memang minat ngan motor besar sampaikan dia ada 2 biji motor besar (orang berada, tak apa lah).. Tapi tak sangka, dengan motor juga dia mengakhirkan kehidupan dia… motor kawan plak tu… just for test ride, not during konvoi..  Dah ajal dia kat situ, nak buat cemana.. Al-fatihah!

Sampai ofis, aku tak puashati, aku call henpon Abang Zahar, perempuan angkat.. aku memang dah expect, bini dia akan angkat phone tu.. (aku tak pernah kenal bini dia or latar belakang dia, Abang Zahar was sooo secretive)

Kak, betul ke Abang Zahar dah meninggal?

Ni siapa ni?

Huk, ermmm saya amy… kiranya macam adik angkat dia lah, dulu memang rapat ngan dia.

Dari mana tahu berita ni?

Suami saya bagitahu (sengaja aku up nama ni kang laen plak dipikirnya).. saya & suami memang rapat ngan abang zahar masa dia keje Darby Park dulu.. suami saya tahu pun lepas Abang Jamil yang bagitahu

Dah dekat 40 hari dah.. ~ nangis

Oh my…….. siannya!

23 haribulan aritu, sebenarnya aritu anniversary kitorang.. dia datang amek akak for lunch lepas tu antar akak balik ofis kul 2pm… dia accident tu kul 6pm, meninggal kat situ jugak…

Huhuhuhu……. huhuhuhu… huhuhuhu…

Abang Zahar yang aku kenal, seorang lelaki yang baek, murah hati… sangat2 murah hati & helpful… kalo aku atau gadis² aku mintak tolong ke hapa, satu jer ayat dia “takde hal laaaah” semua boleh… tak pernah kata tidak…!

Satu jer aku ralat pasal Abang Zahar, dia minum… tapi dia bukan pemabuk.. just light drink but still kaaan….? Dah lama tak contact dengan dia hampir 2 tahun, entah dia sempat berubah atau takk.. tapi wife dia tak henti² sms aku suruh aku doakan dia, sedekahkan al-fatihah…

Sekian...!
Ada Macam Tak Ada

Huhuhuhu.. takde mood nak update blog sebab:

1. Kat opis skang dah bz giler.. takat singgah² blog korang boleh ler, komen pun kena pilih2 serba sikit sebab kadang malas nauu nak nunggu page komen load, lembab!!

2. Tenet kat umah macam ru*b*sh, ada serupa tak payah ada.. YM jer ok, nak bukak web, punya ler mangkuk tingkat..!! Arini kalo ada masa aku nak pi terminate… nak pakai iZZi.net… ada sapa² pernah dengar pasal iZZi.net??  Dah test demo kat umah semalam, so far so good.. katanya lagi tinggi, lagi bagus untuk sistem depa ni… Will see how..!

banyak menda nak update lebih² lagi entry bergambar gathering 1 world 1 soul kat Tasik Titiwangsa semalam… huhuuhu gerammm memang aku geraaam, geram geram!!!

Sekian...!
Category: Diary  6 Comments
RoadTax Renewal

Sticky mode kejap… bagi laluan tuk mak aku berniaga..

dah renew….

DSCN2713

Cemana?

1.  Call mak, suh dia pi cek berapa harga insuran aku.. Fax aku punya latest insurance slip.. pastu dapat harga untuk Viva aku yang baru setahun RM705.40 (alliance & cimb kasi aku harga RM750+) – ini harga bukan sebab anak & mak, mmg UniAsia punya harga.. komisen mak aku kira laen tauuu!

~ disebabkan mak duk Tganu, aku punya geran plak kat Cheras sana, so mak takleh nak buatkan roadtax tuk aku… so dia pulangkan aku RM20 tuk duit roadtax..

2.  Online MyEG, masuk ke bahagian roadtax… (ada gak tuk insurance tapi complicated sungguh sebab kita kena isi sendiri semua maklumat yang pelik2.. (bagi aku seorang wanita yg tak tahu apa2 pasal kereta ni, memang banyak soalan pelik)

font

Isi maklumat yang simple ni tapi dengan syarat korang dah settlekan insurance tu dulu…

Lepas tu dia akan kuar maklumat kereta korang & maklumat insurans yang dah pun korang bayar sebelumnya (aku takleh nak view dah sebab aku dah settle aritu, takleh nak review…)

Harga roadtax RM20

Upah penghantaran RM6

Komisen ke hapa erk RM2+

So gedebuk gedebak RM30 gak tuk roadtax.. aku masih jimat RM40 kalo aku beli dari Alliance tuuu..

The next 2 days, aku terima delivery dari runner MyEG, mintak verify IC & cop jari kat alat dia tu.. maknanya orang laen mmg takleh terima roadtax ni selain owner sendiri…

So kat sini aku nak war2 kan kepada sahabat2ku sekelian, sesapa yang nak renew roadtax tu, meh laa beli insurans keter tu dari mak aku.. tambahkan sikit pendapatan dia untuk sara adik aku yang sorang tu masih study…

kalo korang berminat, contact aku yaa… faxkan slip insurance korang, bagi UniAsia cek berapa harga insuran korang, then korang bank-in kan duit kat mak aku, mak aku akan terus berdesup pi bayar insuran tu… abeh settle, korang settlekan plak kat MyEG, kalo tak daya, takpe aku tolong settlekan.. korang bagi alamat tuk delivery & phone kat aku.. beres!!

Ingat.. harga insuran ada pengurangan RM20 tuk roadtax korang RM705, aku bayar RM685 jer…

So servis ni lebih kurang sama lah dengan MyEG ke, roadtax door to door service ke hapa… aku tak tahu komisen tambahan door to door tu tapi mak aku takde amek komisen tambahan, dia kasi rebate lagi kat korang tuk roadtax korang tu…

Sekian...!
English Language.. Please alert!!!

Women’s English

Yes = No
No = Yes
May be = No
We Need = I want
I am sorry = You’ll be sorry
We need to talk = you’re in trouble
Sure go ahead = you’d better not
Do what you want = you will pay for this later
I am not upset = Of course I’m upset, you moron
You are very attentive tonight = Is sex all you’re thinking about?

Men’s English

I am hungry = i am hungry
I am sleepy = i am sleepy
I am tired = i am tired
Nice dress = nice cleavage
I love you = let’s have sex now
I am bored = do you want to have sex?
May I have this dance ? = I’d like to have sex with you
Can I call you sometimes? = I’d like to have sex with you
Can I take you out to dinner = I’d like to have sex with you
Those shoes doesn’t go with that outfit = i’m gay

***Michael Jackson dies Terkejut gak aku pagi ni dengar kat Era.fm.. maklumlah, aku membesar dengan lagu² Michael Jackson, membesar sewaktu dengan zaman kegemilangan dia…
Psst: nak tunggu cara pengkebumian dia, Islam ke Kristian sebab dengar khabar dia dah masuk Islam.. tak tahu betul ke tak..?

Sekian...!
Category: Sharing  8 Comments
Terima Hadiah dari Yanz

Ingat tak, minggu tu aku ada banyak luck?

Aku dapat hit 15K visitor Sis Rasp, dah dapat adiah dari dia..

Kemudian, tuah aku datang lagi.. hit counter lagi kat sini plak

Dan 2 hari lepas aku dapat parcel…

Waaahhhhh sangat valuable adiah dari dia & sangat2 berharga….

DSCN2753 DSCN2754

So dah jadi tugas aku sebagai penerima adiah tuk mempromte jualan si pemberi ini…

Ya, YantzYanz adalah pengedar One Drop Perfume..

Sekarang, hari2 aku test pakai One Drop Perfume… antara no. 1  hingga no. 4, aku paling suka no. 4 Inspired by Baby Jasz, One Drop Perfume…

Yang lelain aku lom cuba.. tunggu…! tiap2 hari aku tukar bau-bawangbauan…

Sesapa yang suka pakai minyak wangi, tapi susah nak bawak lam solat, cubalah pakai One Drop Perfume, minyak wangi tanpa alkohol… Lagi jimat sebab dalam 1 kotak dia ada 8 botol which is laen2 baunya…

Harga ke hapa, pi kat blog Yantz Yanz, tanya dia sendiri hokeh…

**Yantz Yanz, sori lambat iklan sebab tenet kat umah buat hal… Anyway thanks sebab bagi adiah yang sangat berharga itew….

Sekian...!
Category: Diary, Iklaneka  12 Comments
Shopping serba sikit

After aku jumpa Sis Rasp sabtu aritu tuk tukar2 adiah contest, then aku ke JJ.. nak cari adiah tuk bday adik aku, Mira…

Happy Burfday Mira on last 21st June for your 21st Year….

Hajat di hati nak beli jam branded skit tahun ni kat adik2 aku punya burfday tapi apakan daya, bulan ni hakak dah kering bayar roadtax…

DSCN2732

Pusing2 satu JJ, ini yang aku dapat… bungkus!!

DSCN2733

.

.

.

Jalan² lagi, memang nak cari purse tuk my cards (yang sangat banyak tu).. or card folder or card holder or apa saja yang berkaitan asalkan kad tu semua tak duk dalam purse aku lagi dan mengoyakkan purse aku yang pakai tak sampai setahun huhuhuhuhu…

Akhirnya….

DSCN2735

Jumpa yang ini.. baru RM7.90.. terus amek…! Ada lagi lebih folder dia, nak buat apa ya dengan folder yang lebih tu?… Ermmmmm Tambah kredit kad lagi??

.

.

.

DSCN2736

Zulfan dapat instruments punya mainan, Ika dapat doctor’s equipment tapi balik umah, 2-2 mainan Zulfan yang bolot……….. apa raaaaaa

Sekian...!
Category: Burfday, Diary  4 Comments
Nangis Pagi²

Dah banyak ari aku menghadapi problem tiapkali nak kuar pi keje….

Kalo si Zulfan bangun awal sebelum aku pi keje, alamatnya siksa lah aku..!

Pagi ni, dia bangun awal lagi, macam biasa mintak susu dulu.. Lepas tu bila dah nampak aku dah siap bagai, mula lah merengek, melekat kat kaki.. Pastu tiba² pagi ni dia buat satu permintaan:

Maa.. jom daiiii

Hah, kedai?

Jom daiii….

Sapa ajar pi kedai pagi² ni? Jom mama call papa, Zulfan cakap ngan papa nak gi kedai

Nanakkkk

Tapi aku call jugek.. hubby hello tapi Zulfan katup mulut rapat²..

Hah, cakap laa ngan papa Zulfan nak apa

Dia diam jugak

Kalo gitu mama letak phone laa.. Kes ugut macam ni selalu menjadi

Mama… mama….!! Dia tak kasi aku letak. hehehe kan menjadi!

Dahtu, cakap cepat ngan papa

Papa….. papa jom daiiiii

Arr, nak gi kedai?? Papa work ni, nanti papa balik kita gi kedai ya..

Mmmm…Baii baiiiii….. Setuju then aku letak phone.

Mama jom daiiiiiiiiiiiii….

Hah??? What??? Mama jugak yang kena?? adoiii laaa but sorry aku memang tak layan, ko melalak ler kat situ!!

Dia ralit ngan Motor Transformer yang papa beli semalam (RM30), aku pun blah kuar dari umah… tak dan nak kunci grill aku dah dengar dia melalak lam umah.. aduiiyaaaiii

DSCN1486

***Gambar ni takde kena mengena dengan kejadian pagi tadi

Sekian...!
Category: Zulfan  8 Comments
Urutan & Makan.. Ermmm mana best?

DSCN2627 DSCN2628

Malam itu kami merempet.. ya berdua sahaja pada pukul 11.30malam… ke mana??

Ke sini…

DSCN2631

Motif?  Nak urut kaki walaupun makan bulan gak laa request aku ni masuk lam kotak wish, baru lah malam ni tertunai.. sebab aku tau, hubby aku ada buat salah, then ni cara dia nak tebus salah dia tanpa dia mengakui kesalahan dia tu… standard laaa jantan keberet lelaki, ego tak mau salah kalah..

Hampeh jer aku nak amek gambar, hubby tak kasi… pa’kal camera ada ngan dia, aku mintak pun tak mau dikasi.. katanya sini tempat banyak taiko cina, kang tak pasal2 kena se das konon kita ni nak spy depa… Apa raaa… orang nak promote lam blog pun takleh…

Overal, aaaaaahhhhh sungguh selesa.. aku memang request yang urut kuat, takmo laa urut2 sedap ni, tak lawas…!

RM45 tuk standard urut kaki.. Puas hati….

Lepas urut, hubby kebuluq sebab aku masak nasi goreng jer malam tu… Sedapnya char kuew tiaww special ni.. RM6.50 penuh udang sepinggan terlebih2…

DSCN2632 DSCN2633
Hubby order nasi lemak, lebih sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa dan lebih murah dari Nasi Lemak Antarabangsa yang kedainya selang berapa kedai jer dari sini…

DSCN2636

Oh ya!  Kedai ni betul2 duk sebelah Boraque Kopitiam yang aku cakap tak sedap sampai ada minah sentap cakap aku suka makan minum kat airtangan yang tak baca bismillaah…. Lantak ko lah, aku tetap nak cakap BORAQUE KOPITIAM TAK SEDAAAAAAAAAAAP.

Makan hati ler ko… wakakakakakakkaka

Sekian...!
Category: Diary  15 Comments
Caller Attitude…

Entry segera lagi…

jap tadi aku terima call dari +032781*31* … aku ingat no ni ada call aku semalam tapi sebab semalam aku tertinggal henpon kat umah, so tinggal ler misscalled ntah berapa kali..

So aku pick up the call

“Boleh cakap dengan En Fazel“  ke hapa Zel yang aku dengar.. cakap laju bukan maen..

Salah nombor ni

Ni sapa yang bercakap ni?

Ehhh, aku dah cakap salah nombor, lagi mau tanya sapa aku?  Huhuhu silap orang dia nak maen² niii… Aku fight balik!

Ni call dari mana?

“T*S Kuala Lumpur” cakap macam nak taknak bunyi tak bunyi suara dia.. aku tanya lagi suh dia ulang, lagi dia cakap macam nak tak nak..

“Company” jawabnya

Company apa?

Takpelah, salah nombor

Aaaa tau pun ko nak reti bahasa aku cakap salah nombor kaaaan? Kalo idak, beriya ko nak korek sapa aku erkkk?  Sapa suruh ko korek ni??  U Got Wrong Person laa weiii nak siasat² aku… Trick ni semua dalam poket aku laaah…

Kengkawan, kalo korang ada apa² masalah nak korek siasat sesapa, meh cakap kat aku.. aku buleh tolong nyamar, korekkan rahsia tuk korang… hehehe :) :) :)

Sekian...!
Category: Diary  6 Comments
Grrrrr… Geram!!

Semalam line broadband aku wat hal.. YM okeh jer tapi bila nak masuk website punya laa lembab… eh, bukan takat lembab lagi dah, tapi asyik error jer….!!!

Maka dengan itu, aku takde entry fresh tuk arini.. kang2 skit, aku publish entry draft (itulah gunanya buat draft banyak²).. ekekekeke

Sekian...!
Category: Diary  2 Comments
Barter Lagi??

Bukan barter sebab takde jual beli.. tapi pertukaran hadiah dari contest masing2.. Kejadian berlaku pada ari Sabtu 10.30am waktu aku sampai hehehehe ;) ;)

Sis Rasp again dapat hit top commentator aku for May….

Aku plak dapat hit 15,000th visitor lam blog Sis Rasp..

DSCN2715

Sesi makan kami.. again i’m so sorry sis, i’m late… bebudak ni laa nak uruskan depa punya laa lembab! (apa, budak2 jadi mangsa alasan???)

.

.

hasil pancingan

hasil pancingan penat lelah aku hit counter tuuu…. mussti ada tuk budak2 tauuu… dah warning, jangan ada apa2 lagi for kids… takdan aku nak balas… 2-1, mana aci!!

.

.

DSCN2718

Ika dapat hairband… huhuhu Sis Rasp macam tau tau jer aku tengah mencari hairband tuk Ika… Mekaseh sangat2… suka suka suka!!

.

.

DSCN2721

Kuar dari NZ.. Sis Rasp terpaksa berangkat dulu sebab Sapphire dah mengamok nak berjalan… heheh takpe, i blah pun just after you…

Eh thanks again sis sebab belanja i kali ni… Kali ni takde rebut2 bil.. segan kat your husband… hehhehe :) (adakah alasan lagi menyalahkan orang laen?)

.

.

DSCN2726

Ini yang aku dapat.. huhuhu malunya… siap bungkus2.. aku selamba jer taruk semua dalam paperbag…huwaaaaaaaaaaaaaa 3-1 arr gini…dussyum atas kelalaian sendiri!

DSCN2728

ada surat chenta… hehehe smooches to you too….!

.

DSCN2731

Macam kukenal perkara ini… (sib baek yang ni tak bocor..kekekekeke)… Sis, memang best ler sangkut tangan kat bendalah ni… syokkkkkkkkkkkk!!! sampai malas rasanya nak angkat tangan nak menaip… hahahahhaa!! Thanks a lot!!!!!

uuh aku lupa snap segala yang aku beri kat Sis Rasp… takpelah!  Takmo share ngan korang.. kalo keypo gak nak tau, pi laa blog dia, tu pun kalo  Sis Rasp nak share ngan korang….

Sekian...!
Keje Malam

 

 

Just after 9pm, member ofis aku call, katanya bos aku call dia suh print kat proposal which is aku yang handle tuk projek tu…

So nak taknak aku kena pi print proposal tu right now jugaak sebab dia nak malam ni jugak…

Grrr………. sib baek aku baru jer siap menjahit.. kalo tak, hangen ler satu badan orang kacau aku menjahit..

dah ler seharian arini aku migrain… cuti2 ni aku sempat siapkan 1 baju jer…??? Grrrrrrrrrr memang tak puas hati tul!! Ingatkan kalo tak kena datang opis ni, mussti aku dapat siapkan lagi selai…

 DSCN2750

Sepantas kilat aku print, binding… 3 set sekaligus…

.

.DSCN2751

Sian budak yang kena temankan aku ni… Zikri jenis yang tido awal tapi terpaksa ler temankan aku kat opis ni… Gila kauuu nak suh aku duk opis ni sorang2 malam2 gini…

Lagipun, bawah opis aku ni banyak kes arr.. siang hari pun tayar keter leh ilang, malam ari apatah lagi kannn……..??

siap print, binding, tinggalkan atas meja aku… bos aku akan datang opis jap jap lagi.. tak koser laa kan aku nak nunggu dia plak.. ntah kul berapa nak sampai tu nanti…

Pokok pangkalnya, sejam lebih aku duk kat opis, esok aku nak masuk opis lambat 2 jam…

Sekian...!
Category: Diary  8 Comments
Tengok Mawi

DSCN2599

Sila rujuk date kat gambar tu….

Aritu aku pi kenduri kawen budak opis kat Ulu Ampang.. Balik singgah Carrefour Ampang, tetiba tengok orang penuh kat ruang depan tu…

Rupanya Anita Sarawak ada tengah buat program masak2.. Mawi & Ekin pun ada, dengan ada peserta laen yang tengah duk memasak…

Banyak gak laa gambar yang aku snap tapi semuanya tak dapat jelas..

Bila camera aku masuk flash, krew dia pun tegur, camera takleh pakai flash.. Peduliks!! Aku dah pun amek gambar.. hahahahhaha!!

Eiiyy tak kuasa ler aku nok nunggu rancangan ni abes… Anyway, sesuweii laa tu Mawi & Ekin.. Semoga mereka bahagia.. sesapa yang makan hati Mawi kawen ngan Ekin, silakan terus makan hati..

Bagi aku, sejahat mana pun Ekin, dah Mawi sayang kat dia, nak kawen ngan dia, lantaklaaah kan.. ko peduli apa?

Sekian...!
Category: Diary  14 Comments
Tak Paham Lah!!!!

DSCN2637

Oli, tolong translate…

Ni management apartment aku ler yang tempek… ada kaa tempek bahasa cina, kita yang melayu yang india apa hal??

Arrrh tak kira, aku keypo gak nak tahu… TOLONGGGGGGGGG

Sekian...!
Category: Diary  6 Comments
New Lappy Bag

Salam pagi Jumaat..

Zaman remaja adalah zaman untuk mencipta kenangan.. Ciptalah seberapa banyak kenangan selagi ada… Kerana kenangan inilah yang akan menceriakan kita 10 tahun akan datang…. ~ amy afkar

pssst: malam semalam aku dapat cakap ngan ‘dia’ thru phone… layanannya okeeh, rupanya bini ‘dia’ pun usha aku sebab ‘dia’ bagitahu bini ‘dia’ kami penah kawen ‘kawan’.. hohohoohoho malunyaaaaaaaa…!

~~ entry draft:

DSCN2616

Sila gelakkan aku.. aku duk pakai laa bag free HP tu.. tapi tak kisah laa, bkn ada nak g memana puun..

Tapi kebetulan baru ni aku pi kat tempat pemborong barang2 souvenir, so nampak bagpack ni… Oh, boleh le pakai.. nak pi memana, barulah canggih skit sandang kat belakang, takde ler kena kelek sampai senget2 bahu…

akan ku anyam corak2 kat depan bag tu nanti…

Sekian...!
Category: Diary  6 Comments