Archive for » April, 2009 «
Top Commentator akan ditutup petang ni pukul 6…
Harap Maklum!!
Esok cuti, SELAMAT HARI BURUH….
Aku pun akan bercuti ke Cherating… Selamat bercuti tuk aku!
Kenapa aku cakap dengan dia, tapi dia tak pandang muka aku…?
Kenapa aku cakap dengan dia, tapi dia pandang muka budak sebelah aku…?
Kenapa aku cakap dengan dia, tapi dia macam cakap dengan budak sebelah aku…?
Kenapa dia tahu aku yang tahu jawapan dia, tapi dia tanya budak sebelah aku…?
Kalo dah tahu taknak bercakap dengan aku, kenapa tiba² menyampuk masa aku bercerita pasal topik tu..????
Takut sangat nak pandang aku, takut aku mandrem…??? Weiiii, be professional laaaa!!!!! Tak kuasa aku nak melayan soal peribadi ko!
Ika dah pandai nak take-over stering kereta…. Mati laaa aku….! Pernah satu kali tu, si Zulfan buat perangai nak duduk atas riba aku masa tengah drive…. (macam biasa)
Sekali, Ika pun meronta gak nak duduk sama…. Adududududududu……..!!!!
Apa aku tengah buat sekarang…??
Oh, aku tengah layan cerita ni kat tenet… So guys, sorry for the time being aku takde masa nak layan blog korang….. Nanti bila dah abes citer ni, aku kadaq balik entry korang semua….. Bye!
dah lama betul tak tengok rating kat dalam Nuffnang ku yang tersayang ini…. chewaaaah… maen sayang² plak sekarang ni………….??
Hehehe, abeh tu, makin laju jerrr income aku skang ni…. alhamdulillah, sebulan dua lagi, sampai ler RM50 tuuuu…. amiiiiiiiiiiiiiiiiin!!!
Tapi buat pertama kali, rating aku cecah 110 visitor…. agaknya sebab ada ‘kedai baju’ tu kot…..
Cabaran jadi parents….
Aku kena refresh balik otak aku cemana nak buat bahagi dalam bentuk cenggini…
Adehhh, betul ke ni????
Aku belasah jer, janji bila aku kira pakai calculator, jawapan dia betul! Hahahahaha…
Zikri kena marah “Masa cikgu ajar, ko taknak tengok betul² kaaan..? Balik umah, mula laa tak reti nak buat!”
“Abes tu, masa cikgu tulis abang tak nampak sebab terlindung badan cikgu”
Banyak ler ko punya alasan!!
Sebenarnya mama pun cuak, dah lupa cemana nak buat… TAPI…………… matematik ni matapelajaran favorite mama tau!!!
Dari awal Akademi Fantasia dulu pun aku tak follow, sampailaa sekarang ni dah ada Astro kat umah, pun aku tak follow…
Kalo aku tengok pun, selingan yang ulang tayang… tu pun kalo kebetulan aku ada depan tv, aku tengok ler… kalo tak, aku tak pernah nak mencari puuun diary ke hapa ke…
Tup tup
Ada jugak sorang calon terlepas kat umah aku niiii………..
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………….
Sebab tu jugek laa aku nak beli meja makan yang tinggi… Tak mo dah pakai meja jepun ni…. Dulu takde budak² seronok ler pakai meja jepun, lapang jer…
Sekarang ni, bukan aja tak boleh nak letak makanan, meja ni dia boleh buat macam stage….
P/s: Selepas aksi ini, Zulfan telah turun dengan tergesa² kerana kena cubit…..
Sejak aku rajen menjahit 3-4 menjak nii kaaan, maka alatan jahitan aku pun makin ler bertambah…
Before this, aku maen campak² jer masuk semua dalam toolbox…
But now, nak make it proper sebab aku ni jenis kalo nak buat keje apa², aku nak amek mood so pandangan mata aku pun kenalaah lihat yang indah²….
‘Bekas benang’ ni aku beli kat Carrefour harga RM18 berapa sen ntah…. So aku dah lambakkan benang kat dalam boxes kecik tu ikut kategori warna…
Hurmmm barulah aku ada banyak mood nak buat kerja… ni dah abes banyak tempahan ni.. Ada lagi ke sapa² nak tempah….?
Sapa kata Ika tak senyum????
OK, OK.. memang susah nak tengok gambar Ika yang tersenyum… kat umah pun, ada masanya dia diam jer.. tapi kaki tangan jalan…. maen macam² tapi dia suka tutup kemam mulut dia tu….
Tapi… (berapa banyak tapi ni…..?)
Aku nak tunjuk bukti…
Ika memang BOLEH SENYUM!!
Oh, tu rantai aku tuuu yang Ika pakai… dia takde rantai lagi… Insiden dia pakai sebab aku bukak rantai masa berurut taktahu mana nak letak, takut tercicir, sangkut ler kat leher Ika…
Melekat kat situ sampai arini dah 3 hari…..
Takpe, papa dah tengok semalam, tanya rantai siapa.. Nanti dia beli laa tu tuk Ika, untung nasib mama baek, yang tu dia kasi Ika, dia beli lagi satu yang baru tuk Mama…..
Aku pernah posting pasal pemakaian tali pinggang belakang ni kan….?
Aritu aku dapat email pasal kemalangan yang dasyat akibat tidak memakai tali pinggang belakang….
Bukan nak menakut² korang, tapi aku sendiri pun ngeri nengok gambar² tuuu….
Pilu sangat hati aku tengok gambar² ni sebab budak² tu macam sebaya dengan anak² aku… Ibarat Zulfan & Ika… Aduiiiii, rasa menikam kat jantung aku ni…. Ya, Allah.. Kau lindungilah keluargaku dari malapetaka ini… Amiiiiiiiiiiiiin….!
Dalam sebiji telur lipas….
Ada berapa ekor baka anak lipas………..???
Renung²kan dan………….
Selamat beramal……………
Interesting piece of information
There was a study done where a control group of 100 people were divided into two:
50 people watched a very funny, tears-off laughter type movie
and
another 50 watched a very sad and tears-off compassion type movie
At the end of the sessions researchers collected the “Happy Tears” and “Sad Tears” with eye droppers. They found that Happy Tears are made up of brine, salt water and not a great deal else.
However the Sad Tears were found to contain the very same chemicals and enzymes that are found in tumors, ulcers and other such lumps and bumps and sicknesses through out the body.
This test concluded that the body, when crying in sadness etc is literally flushing out all of the toxic-chemicals that accumulate and are a part of the sadness / heartache experience.
Therefore if one holds back those tears, those toxic-waters will find somewhere else to deposit themselves…. and lack-of-crying-release will guarantee that the body will accumulate a huge amount of internal pollution and toxicity that should have been released through the tears… is it any wonder that the eyes sting so much when we hold back out tears??
LESSON FROM THE STUDY:
CRY YOUR HEART OUT WHEN YOU ARE SAD, LONELY, ALONE, DEPRESSED, ETC…
IT IS GOOD FOR YOUR HEALTH!
You say…..?
**best buat entry bergambar cam ni.. takyah type apa²… korang jer laa buat caption sendiri erk…
Ambek ko……….. aku siap capture terus aku punya desktop… semua dokumen aku korang boleh teropong erk…?
Soalan kenapa aku suka wallpaper ni, takde apa² sebab aku memang tak simpan file tuk wallpaper aku ni… selalunya aku akan setting terus dari gambar email yang aku dapat…. Dapat gambar yang lebih cantek, aku akan tukar…. So kecantekkan dan keindahan sesuatu gambar tu yang buatkan aku set to wallpaper…
So harap Mrs. E yang mengetag aku ni berpuas hati dengan jawapan tag aku ini..
Nak kena tag 10 orang:
1. Kak Ja a.ka. BERMULA DI SINI
2. Rasp
huks… tetiba aku jadi buntu… aku tag 2 orang ni jer laaa… SENIOR!
Tetiba hari ni aku banyak post….
Aku bukan nak mengumpat.. Aku cuma nak luahkan rasa tak puashati atau mungkin boleh dikatakan dah meluat!
Seorang hamba Allah…
Baru² ni sms aku nak mintak aku jadi share partner dia… entah cemana dia leh teragak nak ajak aku jadi share partner… agaknya sebab aku borong barang dia baru ni sampai RM500 tanpa pilih²… lepas tu aku tambah lagi borong sampai RM100… atau mungkin masa borong barang dia tu, aku ajak dia jumpa kat cafe, bukan mamak atau tepi jalan… so dia ingat aku ni jenis mewah…
Tidak…… aku ajak dia jumpa kat cafe sebab cafe tu bersih, sesuai laa dia nak tunjuk barang² dia kat aku… kang aku ajak jumpa kat mamak, meja kotor, kerusi kotor cemana? Pastu, dia yang berniaga, aku yang bayar… takpe!
Lepas tu, dia offer aku macam² barang expect aku amek jer macam aku borong aritu.. no no no… aku ni jenis cermat juga tau!!
Baru² ni dia cakap dia perlukan modal RM500, then nak share profit aku 40% dan dia 60%… Aku awal² dah rasa semacam… apa ni, macam ni ke cara nak proposed orang menyumbang dalam bisnes dia… cukup ker sekadar sms jer?
Aku balas sms dia balik “nanti kita jumpa baru bincang”
RM500 takkan nak maen² dalam sms jer…?
Petang semalam, on the way aku tengah drive nak balik ke rumah dari ofis, phone aku berbunyi… Hamba Allah ni yang call aku…
Bila aku angkat, dia letak… Hampeh! Apa ni, bisneswoman tapi maen missedcall? Kenangkan dia pernah mintak aku tolong top up kan handphone dia aritu sebab kat tempat dia takde tempat top up, so aku terpikir, mungkin dia ada hal penting tapi takde kredit…
Aku yang berbudi pekerti dan berhati mulia ini, return laa call tu kat dia….
Rupa²nya dia nak tanya aku, kenal tak sesapa yang boleh kasi pinjam duit… WHAT????? Dia missed call aku suh aku call balik, then nak tanya benda macam ni? What the……?
Aku dah mula jawab macam nak taknak… Thanks God, line tak berapa cantek asyik on off jer suara dia… Serius, aku tak tipu!!
Dan serius, aku mana kenal sapa² yang boleh kasi pinjam duit kat dia nak buat modal… Siapa, ALONG??? Errrrr…. Selisih ler nak libatkan diri dalam hal cam ni…
Takpe, tak salah soalan dia tu, mana laa tahu kot² dengan soalan dia macam tu, aku terbuka hati nak offer diri tuk melabur… tapi apa kes ko nak tanya pasal bisnes ko tapi suh aku yang call ko??? Ada share bayar bil ker?
Tapi aku meluah rasa ni bukan sebab aku berkira bab telefon² ni… sumpah aku tak berkira..! Cuma kerana aku tak senang dengan cara dia tu, jadi hal macam ni menambah lagi rasa kurang senang aku tuuu… dan………. memang tak kena laa cara dia nak mintak tolong orang tapi maen missed call missed call ni…!
Aku pun pernah pakai prepaid tapi bila bab nak mintak tolong orang ni, aku rela pi top up dulu banyak² supaya nak mintak tolong orang dan tak pulak menyusahkan orang tuu…
Wassalamm….!!












Hot Comments