Archive for » 2009 «
Rata2 orang duk wish Selamat Tahun Baru 2010…
Aku macam biasa, suka yang pelik dari apa yang orang ramai buat.. ketegaq, kata orang Utara…
So aku nak remind, sempena tahun baru 2010 ni, bersamaan juga gerhana bulan malam ni…
Katanya, ada solat sunat gerhana bulan kat Masjid Negara.. hubby dah berkira2 nak ajak pi… aiisssh kalau nak bawak anak2, cemana nak pi sebab katanya lepas tu nak ajak anak2 jalan2 enjoy malam tahun baru…
Aku cakap,
Kita pi Dataran Merdeka macam aritu dah laa.. syok anak2 datang main lari2 tengah padang…
Dia diam jer.. tak sure laa diam takde setuju atau dia sebab malas nak layan suggestion aku… pokok pangkal, petang ni balik keje kena pi umah MIL dulu, ada pasar malam….
Wish you all happy New Year….!
Ada orang geli nak makan kaki ayam kat sini?
Aku pun dulu waktu kecik2, geli betul nak makan kaki ayam.. nak nak makcik aku yang tak suka makan ayam tu mencecey mulut dia cakap kaki ayam tu kuis2 tahi sendiri…
Tapi aku tak ingat lah waktu umur berapa aku start makan kaki ayam, but i remember, my 1st kaki ayam was kaki ayam goreng kat pasar malam…
pastu menggila lak kat kerabu kaki ayam.. newest, kerabu kaki ayam yang tak bertulang kat restoran depan masjid kat simpang gombak… fusssh marbeles… kunyah kunyah telan, kunyah kunyah telan… takde ler ko susah payah nak pueek balik tulang kaki ayam tu…
Pastu semalam, aku bikin demo… sementelah selambak kaki ayam hubby wat balik balance dari dia masak sehari2…. so aku try buah kerabu kaki ayam…
Senang bangeeeeeeeeeeeeeeet rupanya… tak padan merengek2 kat hubby suh ajak makan kerabu kaki ayam kat kedai…
Kalau aku tahu senang, dah lama aku buat sendiri…
Tapi hubby cakap tak cukup masam.. yo laaah, berapa lama jerk aku rendam kaki ayam tu dalam air limau…
K, kepada sapa2 yang berminat, meh ler aku nak share skit resepi sap sap soii nii…
Resepi Kerabu Kaki Ayam
- Kaki ayam direbus sampai lunyai empuk (buh garam skit kat air rebusan tu)
- Potong bawang besar, cili padi, serai
- Gaul dengan air limau
- Tambahkan garam & gula secukup rasa
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..!! Sebaiknya biarkan 2-3 jam sebelum dihidang…
Zulfan dah start free-diapers semalam.. kata Zikri 4 kali kencing merata, 1 kali berak lam bilik Zikri… keh keh keh keh
Tu laa hubby turunkan arahan serta merta malam sebelumnya… mengejut gitu jerk, paling tidak bagi laa warning dulu, sempat lah buat apa2 persediaan…
Antaranya, kenalah ada benda ni….
dah lama aku jenguk2 kat kedai baby bawah opis aku ni… tergerak nak beli tapi takut disalahguna, ditunggangnya depan TV, tak ke naya…!!
So since hubby dah kuarkan arahan, petang semalam gak aku beli benda ni…. RM20 jer…
Excited ler Zulfan nak duk dalam bilik air… tapi tak jugak keluar kencingnya tu… kata Rohmah, dia baru jer kencing sebelum aku sampai umah, ok fine….
tapi bila semua dah kuar bilik air, ada plak budak lain yang sibuk2 kata nak kencing..
weiii, jangan cakap aku tipu erk, budak ni pandai sebut nak kencing tauuu, walaupun tak betul sebutannya, tapi memang ada bunyinya…
Lama duk atas ni, ajak kuar bilik air, tak mahu…
Nanak!
siap ngeleng paler, siap muncung mulut…
Silap2, Ika yang free-diapers nanti… Save poket papa!!!
Aku dapat 2 jemputan kenduri di hari yang sama tapi berbeza jaraknya…
Nak mintak pendapat ni…
Kalau korang dapat 2 jemputan (aleeeh, baru 2 dah kecoh) pada hari yang sama, satu nun di Perak, lagi satu sejengkal jer kat KL ni jugakk…
Yang mana lebih afdal tuk kita hadirkan diri?
Apapun jawapan korang, yang jauh sudah kutitipkan hadiah…
Selamat Pengantin Baru Mya… semoga berpanjangan jodoh sehingga ke akhir hayat.. Maaflah aku tak dapat nak hadirkan diri, hubby aku cakap, suntuk sangat dah nak buka sekolah jalan jauh2….
Group aku dah ada 3 orang… nak lagi sorang
Sapa yang betul2 boleh bagi commitment, sila bagitahu secepat mungkin sebab proses nak participate tu, ada benda gak nak kena buat especially nama & banner tuk group..
Pasal gadget memang totally tak payah risau, aku boleh sponsor semua peralatan dari laptop, henpon 3G, camera w/ video (walaupun cikai), and also cable for transfer…
Transport plak, bagi yang susah nak ke tempat tu, aku leh kutip kat mana2 lrt atau apa2 tempat yang berdekatan, kita leh gi sesama naik keter kontot aku tu…. no hal!!
Till then, waiting for those interested, chiawww!
frust weiiihh telur kuning tak cair… ini namanya tiga suku masak, bukan telur separuh masak…
Aku ni bab telur kuning masak ni, rasa geli geleman skit lam tekak… kalau yang goreng, takpe skit…
Tapi sebab malas nak tukar, so telan jer laa… TAK SHUKEERR!!!
Kejadian di pagi Ahad, sebelum pergi kenduri kawen…. Pi makan kat NZ Curry House, Wangsa Maju..
1+1 = peaceeeeeeeeeee…! itulah cara Ika
Tengok dagu Ika, datang balik alergik dia.. puncanya, dia pi belasah susu Zulfan yang tak abes, letak merata2.. si Ika lapar, dia capai jer laa… tau tau dah licin sebotol.. (record: Ika takleh minum susu lembu)
Ane, kira!!
Jappp… nak tayang sanggul sejemput anak dara hakak nii….. (sambil meloncat2 gedik kegembiraan)
~ Kasi Sticky Kejap~
Nak join lerrrrrrrrrrrrrrrrr……. tapi kena buat group 4 orang, Nuffnangers only!!
Sebab hadiahnya adalah (setiap ahli kumpulan yang menang)
1st prize – Personalized laptop + Speaker + Modem + Headphones
2nd prize – Router + External hard drive + Headphones + Modem
3rd prize – Modem + External hard drive
Tapi mereka perlukan:
- Laptop
- Camera (Video compatible)
- 3G Phone
- Cables (to transfer files)
Aku ada semua ni…. cuma aku perlukan 3 orang team member, sapa berminat nak join aku sila bagitahu cepat2 sebelum group lain amik aku sebab aku pun ada offer diri kat group yang tak cukup ahli jugak… (lagi best kalau dapat group among us, kan?)
20 group sahaja yang akan diterima, so cepat cepat cepat!
Ada tak sapa2 yang berminat nak join my group?? Free kah anda waktu itu?
Date: 9th January, 2009
Time: 4pm till late (there will be a night ‘partyyyyy’ as well)
Venue : Mardi Gras @ 1 Utama
Boleh baca lanjut kat sini
Nampak tak…???
aissshh korang ni, BUKAN YANG KUNING TU LAAAAAAAAAAA
Kuning betul hotak korang ni tawwww….
Ni haaaaaaaaaaaaaaa…..
Kot laa ada adik2 ker, anak2 buah ker yang baru abes SPM, nak mencari pengalaman kerja sementara tunggu result keluar kan….
Jangan syok keje sampai tak mahu sambung belajar dah laa, besar gaji promoter tu, syok woooo…
Tapi hati2 laa erk, kot kena tipu, naya!!! Banyak kes tipu2 ni skang, nak nak keje trade trot ni… saham kopi la, gula la, semua tu tipu belaka.. jangan amek risiko….
Harini breakfast adalah heavy sikit. Cadangannya nak beli bihun goreng untuk santapan pertengahan masa sebelum lunch nanti…
Tapi disebabkan bihun goreng dah habis, maka aku pun beli ler kue tiaw goreng, gulp berselera plak tengok kue tiaw tuuuu…
Sampai jer opis, terus belasah makan.. Datang plak manager, bawak nasi kerabu dengan paru goreng yang sangat garing dan rangup…
Dia tak abis, maka dia suruh aku abiskan paru goreng tu.. burrrpp, kenyangnyaa……
No no no for next day!
Semalam, balik dari keje aku keletihan betul… langsung tak pegang laptop… Hubby plak cakap dia belikan KFC, jamu budak2.. so aku tak masak…
Lepas mandi, solat, makan, terus terbongkang baring depan TV nonton Tari Tirana kat TV3…
Lepas makan JM5, aku terus letak kepala kat bantal.. since anak2 pun dah lelap awal, aku pun tutup mata jer laa….
Huuuuuuuuuuuuuuuh, letih tengok Loving You yang tak kesampaian cinta di penghujung.. (aku lak yang emo terlebih)
Manager aku baru balik dari percutiaan… bagi anak2 buah kat opis selipar ni…
Alamak, berbulu ler kaki aku….! (yer, kaki aku agak buruk)
Thanks Kak Ina, belanja selipar yang cantek ni…. lain orang lain kaler nya….
oh, naper ler aku tak amek gambar selipar ni secara berjemaah? huhuhuhuhu
3 hari aku duk mengadap dia, tahu2 abes cenggitu jerk???
kenapa ending tak bersatu… semua masalah kan dah selesai, kenapa pulak nak berpisah?
Tak paham betul masalah orang yang cipta cerita ni… Masa bercinta banyak halangan, bila dah tak ada halangan suka suka plak taknak teruskan percintaan…
eiiyyyyyyyyy geram betul!!
aku jumpa laki suami somebody kat tepi jalan.. tengah nak melintas jalan kat depan Platinum Walk, Danau Kota…
Tak nampak ker laki sapa?
jap jap jap (bak kata Zulfan), nak close up banyak2…
Opsss…
laki aku ler, laki sapa lagi…
Berani nak amek gambar laki orang lain? Huks, tak sanggup kena potong kepala oiiiiiiiiiiiiii…….
Time ni aku on the way balik umah dari opis, tetiba nak masuk simpang umah, nampak keter merah cam familiar, kena plak sorang lelaki berbaju merah tengah try nak melintas jalan…
Ada kah patut, bini dah berenti tepi jalan, dia boleh pandang sengih2 jer pastu terus melintas jalan… keji betul….!!
Sepatutnya, dia mai laa kejap kat bini ni, bagitahu nak pi mana dengan suar senteng2 tu… hahaahahahhahaa
Apa perasaan korang bila tengok anak2 yang disayangi dan dikasihi, mencium mesra pipi perempuan yang memisahkan ibu & bapa mereka?
Aku simpati dengan Abby…
Norman memang kurang ajar dan tak reti nak hormat bekas isteri…! Dah ler kena tangkap basah, dengan tak malunya mengaku tak de apa2 tapi duk berkepit terkepit siap libatkan anak2 yang tak berdosa dan tak tahu apa2…
Kalau aku jadi Abby, mahunya aku mengamuk sakan… Sapa yang tak geram, bak habaq mai kat aku, korang memang wanita berhati besi!
Watching Loving You last night… tapi tersangkut kat episod 11…
Semua yang didownload tinggal sekerat dari part 1 sampai part 4… potong stim betul!!!
Aku ni, kalau tengok citer Korea memang jadi hantu… takleh tinggal walau sesaat pun… apa lagi kalau pasang CD.. aku akan ulang2 babak tu kalau aku tak puashati ada gangguan…
Weiii, tolong lah daku…! Tang mana nak cari episod 11 ni, ada adegan minah jahat tu kena humban dalam kolam then kantoi sebenarnya dia tak reti berenang at all…. So terbukti lah bukan dia yang selamatkan hero tu masa lemas kat pantai…
ni yang datang roh jahat menghasut dompet aku pi beli CD dia yang mahal nak mampuihh tuuuu!!!
Best tak kalau aku update blog sama macam aku update status kat FB…?
Agak2, ada tak makan hati?












Hot Comments